Tuesday, 5 May 2020

McDonald’s Malaysia beri kelainan untuk menu Ramadan kegemaran ramai



Assalammualaikum peminat MCD


Foldover Ayam Gril yang menjadi kegemaran pelanggan kini kembali, bersama pelbagai pilihan menu, termasuk Foldover Ikan Rangup baharu


Bulan Ramadan ini, McDonald's Malaysia terus menyajikan pelbagai hidangan menarik dan menyelerakan melalui menu Ramadan istimewanya, untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan. Ini termasuklah Foldover Ikan Rangup dan Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis baharu


Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, pengenalan kedua-dua menu baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan McDonald's Malaysia dalam menyediakan pilihan menu menarik sepanjang Ramadan dengan citarasa yang berlainan.


Sepanjang bulan tersebut, para penggemar ikan mempunyai pilihan untuk menikmati Foldover Ikan Rangup – dengan kepingan ikan rangup keemasan yang lengkap dengan salad, tomato, dan hirisan bawang merah segar bersama sos istimewa yang dibaluti roti nipis hangat. Dihidangkan bersama Kentang Goreng dan Teh Ais Limau, ianya merupakan hidangan yang enak dan mengenyangkan untuk berbuka puasa. Selain itu, Foldover Ayam Gril lazat yang sentiasa menjadi kegemaran ramai turut diperkenalkan semula.






"Foldover Ayam Gril sememangnya menjadi kegemaran pelanggan, dan ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkanketika kami memperkenalkannya semula pada tahun lalu. Oleh sebab itu, kali ini kami ingin memenuhi permintaan pelanggan dengan memperkenalkan varian baharu melalui pelancaran Foldover Ikan Rangup ini," tambah Melati.


Selain itu, penggemar Ayam Goreng McD juga boleh menikmati hidangan itu dengan cara baharu, iaitubersama Sos Cili Manis enak yang akan memberikan mereka rasa yang lebih mengagumkan. Nasi Lemak McD yang sentiasa menjadi kegemaran ramai bakal melengkapkan lagi hidangan Ramadan, bukan sahaja membuka selera mereka yang berpuasa, tetapi juga setiap rakyat Malaysia.


“Permulaan Ramadan tahun ini akan jatuh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan ketika rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan keadaan ini, kami ingin terus membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia menerusi hidangankami di sepanjang bulan Ramadan. Walaupun dalam persekitaran yang mencabar ini, McDonald's Malaysia akan terus menyajikan rakyat Malaysia dengan pelbagai tawaran menu baharu dan menarik melalui kemudahan saluran McDelivery danPandu-Lalu kami,"kata Melati.






Pelanggan juga boleh berbuka puasa dengan menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut dan kopi McDonald’spada bulan Ramadan ini. Pai Coklat Pisangmerupakan pencuci mulut terbaharu, yang menggabungkan inti coklat dan pisang enak dalam kulit pai coklat yang rangup. Penggemar kopi tidak akan kecewa, kerana McCafe akan memperkenalkan minuman Kurma baharu dengan ekstrak Kurma sebenar, yang sangat sesuai untuk dinikmati sepanjang bulan Ramadan iaitu Kurma Ais, Kurma Latte Ais, dan Susu Kurma Ais.

Foldover Ayam Gril dan Foldover Ikan Rangup masing-masing berharga RM16.99, lengkap dengan Kentang Goreng dan Teh Ais Limau dalam saiz sederhana. Set 2 ketul Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis pulaberharga RM15.49, manakala set 3 ketul ayam pula berharga RM20.24.

Sementara itu, set Nasi Lemak McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD boleh didapati dengan harga RM12.99, manakala set 2 ketul ayam pula berharga RM15.99.

Foldover Ayam Grildan Foldover Ikan Rangupboleh didapati mulai hari ini dalam tempoh masa terhad, manakala Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manisboleh didapati mulai 24 April.

Pesanan bungkus untuk semuamenu ini bolehdibuat di restoran-restoran McDonald’s terpilih, dan menerusi perkhidmatan Pandu-Laluserta McDelivery






Langkah-langkah Keselamatan McDonald’s yang Dipertingkatkan Sepanjang PKP

Sepanjang tempoh PKP, McDonald's Malaysia telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan makanan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan Warga Kerja dan Pelanggannya. Ini termasuk pelancaran sistem Tanpa Sentuh dan Tanpa Tunai untuk perkhidmatan McDelivery.


Bagi penghantar makanan, mereka mesti mematuhi langkah berjaga-jaga sebagaimanaberikutketika menghantar makanan kepada pelanggan:

·           Mereka dikehendaki memakai topeng muka dan sarung tangan sebelum memasuki premis McDonald's

·           Mereka dikehendaki melakukan sanitasi tangan

 ·           Penghantar makanan mesti menjalani pemeriksaan suhu badan di luar restoran setiap hari

·           Seorang kru akan ditugaskan melakukan proses sanitasi dan membersihkan beg penghantaran setiap seorang penghantar makanan sebelum memasukkan makanan ke dalam beg masing-masing

·           Pengasingan tempat pengambilan makanan (pick-up points) bagi penghantar makanan perkhidmatan McDelivery (MDS) dan penghantar makanan Grab Food dan Food Panda di restoran-restoran McDonald's


Dengan perkhidmatan penghantaran tanpa sentuh McDonald's, langkah-langkah keselamatan tambahan dan amalan penjarakan sosial yang dipertingkatkan telah dilaksanakan, seperti:


  •          Beg bawa pulang (take-away) ditutup rapi, dengan bacaan suhu badan penghantar makanan dan kru ditampal pada beg
  •          Penghantar makanan akan menghubungi pelanggan sebaik sahaja mereka tiba di lokasi penghantaran
  •          Penghantar makanan akan meletakkan makanan di tempat selamat yang telah dipersetujui 



Di peringkat restoran, pihak syarikat telah memastikan standard keselamatan dan kebersihan makanan yang tinggi dipatuhi. Selepas restoran ditutup, setiap restoran akan menugaskan seorang Pengurus dan 4 kru untuk menjalankan pembersihan restoran secara menyeluruh dan terperinci. Ini meliputi ruangan seperti dapur, laluan Pandu-Lalu, ruang makan, dan ruang penyimpanan. Semua kru dikehendaki memakai topeng muka dan sarung tangan setiap masa. Ini termasuk kru yang ditugaskan memeriksa suhu badan pelanggan dan penghantar makanan.



Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.mcdonalds.com.my




Memperkenalkan Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream



Assalammualaikum gaiss 


Wall’s Berganding Tenaga Dengan Tealive Untuk Kolaborasi Pertamanya
Memperkenalkan Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream



Korang mungkin fikir kegilaan boba telah pudar di Malaysia, namun interpretasi semula minuman kegemaran ramai ini muncul pula, apabila jenama ais krim ternama Malaysia, Wall’s memperkenalkan rekaan terkininya melalui kolaborasi dengan rangkaian bubble milk tea, Tealive - Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream.


Keluaran terkini ini lebih dikenali dengan nama manja #WallsBobalicious, Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream merupakan gaya terbaharu peminat boba untuk menikmati minuman kegemaran mereka dalam bentuk ais krim, tidak mengira tempat dan waktu! #WallsBobalicious direka khusus untuk memberikan pengalaman sensori baharu hasil dari minuman yang tidak asing lagi di Malaysia dengan harga yang berpatutan dengan rasa teh susunya yang kaya dan bijian pearl yang kenyal dalam setiap gigitan.





Produk ini juga melambangkan pengalaman pertama jenama Wall’s, kerana ianya merupakan kolaborasi pertama di antara Wall’s dan Tealive, disamping memberikan rakyat Malaysia pengalaman baharu untuk menikmati boba dalam bentuk sebatang ais krim. Kolaborasi ini juga semestinya memberikan kenikmatan dan menjadi penaik semangat buat semua rakyat Malaysia dalam tempoh #DudukRumah ini, dimana kami semua boleh #BobaJeLAH dan menikmati kemanisan hidangan kegemaran ini tidak mengira tempat dan waktu! 






Jadi apa yang anda tunggu lagi? Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream kini hanya boleh didapati eksklusif secara pra-pesanan melalui atas talian dari 28 hingga 30 April 2020 di Tealive:


       https://tealivehq.beepit.com/ordering/ (KL, Bangsar, Mont Kiara, Damansara, PJ, Subang, Shah Alam)

       https://tealivehq2.beepit.com/ordering/ (Klang, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya & the rest of Klang Valley)



#WallsBobalicious bakal dipasarkan di seluruh negara di kesemua semua pasar raya utama, pasar raya besar, kedai serbaneka dan juga cawangan Tealive terpilih dengan harga sebatang ais krim dijual pada harga yang disyorkan iaitu RM2.20 - RM2.70 sebatang. Nantikan kemas kini dan tawaran menarik di laman sesawang Wall’s  (www.walls.com.my) atau ikuti Wall’s Malaysia di Facebook (www.facebook.com/wallsmalaysia/).  

Thursday, 30 April 2020

Chef Kuala Lumpur Convention Centre berkongsi resipi masakan keunggulan Mereka untuk Ramadan dengan rakyat Malaysian



Resipi keluarga autentik untuk Ramadan !


Assalammualaikum ,
Ramadhan Mubarak




(Pusat Konvensyen) merayakan bulan Ramadan bersama rakyat Malaysia dengan cara yang berlainan pada tahun ini, iaitu dengan berkongsi resipi beberapa masakan keunggulan mereka yang biasanya disajikan untuk majlis berbuka puasa ‘Memoirs of Ramadan’ menerusi laman web dan saluran media sosial. Perkongsian ini bertujuan untuk menghidupkan kembali keseronokan dan keceriaan berbuka puasa dengan sajian makanan tradisional yang dimasak di rumah.





Cef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Jaafar, berkata, “Kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua rakyat Muslim di Malaysia. Umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan yang penuh berkat dan setiap tahun, kami mengalukan-alukan beribu-ribu pelanggan berbuka puasa dengan pelbagai juadah buffet Ramadan kami yang termasyhur. Tetapi pada tahun ini keadaan tidak mengizinkan dan kami mengambil keputusan untuk berkongsi ‘Resipi Asli Turun-Temurun’.”




Resipi asli turun-temurun Ramadan kegemaran ramai yang boleh di sediakan di rumah ini termasuk sup tulang rawan kicap bersama sambal cili padi daripada Chef Bahar, gulai pedas chili api udang bersama nangka muda daripada Chef Asri, daging gulai kawah daripada Chef Rezal; dan daging masak hitam daripada Chef Imran 


Chef Hisham menjelaskan, “Pasukan kulinari kami yang kreatif telah mencipta masakan keunggulan mereka ini berasaskan resipi tradisional yang diturunkan dari satu generasi kesatu generasi. Setiap resipi membawa cerita nostalgianya tersendiri yang boleh dikaitkan oleh setiap rakyat Malaysia dengan kenangan Ramadan mereka. Ini adalah benar-benar satu perjalanan yang mengembalikan memori kepada pengalaman, perkongsian dan penceritaan yang menggembirakan.”






“Perkongsian resipi-resipi ini membolehkan kami mendekati komuniti pelanggan kami, rakan-rakan sekerja kami, pelawat dan mereka yang berkepentingan sepanjang tempoh mencabar yang belum pernah kita lalui sebelum ini. Kami harap resipi-resipi istimewa barisan cef kami ini digemari oleh rakyat Malaysia dan sedikit sebanyak member inspirasi kepada mereka untuk mencipta versi dan memori istimewa mereka sendiri. Kami juga berharap perkongsian ini dapat menaikkan semangat rakyat Malaysia untuk berpuasa dan membantu mereka terus cekal, kuat dan gembira sepanjang Ramadan,”katanya.






Untuk menyertai perjalanan nostalgia cef Pusat Konvensyen merentasi masa dan mengetahui lebih lanjut tentang cerita warisan di sebalik masakan mereka, 

Jangan ketinggalan untuk mengikuti laman Facebook - @klccconventioncentre and Instagram - @klccconventioncentre dan laman web Pusat Konvensyen pada minggu-minggu akan datang untuk mendapatkan Resipi Asli Turun-Temurunyang akan mengembalikan kenangan indah bulan Ramadan.

Untuk semua berita dan maklumat terkini mengenai Pusat Konvensyen, sila kelaman www.klccconventioncentre.com.


Wednesday, 29 April 2020

Bekerja Dari Rumah – Bagaimana Set-Up Anda?

Sudut selesa dan kemas di sofa



Bekerja dari rumah atau lebih sinonim dipanggil Work From Home (WFH) di kalangan orang ramai adalah suatu perkara biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada antara kita yang menggunakan aplikasi Skype, WebEx dan Zoom untuk berhubung antara satu sama lain kerana akur dengan arahan kerajaan untuk sentiasa #dudukrumah #stayathome



Ruang artistik yang memerlukan skrin besar untuk kerja yang lebih teliti 


Bekerja dari rumah boleh menjadi produktif atau sebaliknya. Antara tip untuk menghasilkan suasana kondusif semasa bekerja dari rumah adalah:-

  • Tetapkan ruang bekerja, anda mungkin memerlukan kerusi yang selesa bersama meja di satu sudut.
  • Kemas ruang bekerja anda untuk mengelakkan gangguan. 
  • Kumpul dan susun peralatan yang diperlukan untuk kegunaan harian.


Dua paparan skrin bersama snek sentiasa tersedia 



  • Pastikan sudut bekerja anda mempunyai plug berdekatan untuk memudahkan anda cas alatan elektronik.
  • Duduk di ruang yang mempunyai pencahayaan yang cukup.
  • Guna ‘headphones’ untuk kurangkan gangguan bunyi.
  • Beritahu ahli keluarga ruang bekerja anda; anak-anak harus menghormati ruang ini sewaktu tempoh PKP.

  • Tukar ruang bekerja anda untuk mendapatkan ‘mood’ berbeza, contohnya dari ruang tamu ke dapur.


    Pelbagai skrin di katil hanya untuk mereka yang tidah mudah tertidur 


    Pasti sekarang anda sudah mempunyai gambaran ruang bekerja rakan pejabat dan juga klien anda. Kami telah meminta kumpulan About Communication untuk kongsikan bagaimana ruang bekerja dirumah mereka.

    Jadi, bagaimana sudut bekerja di rumah anda?



    skrin di permukaan tredmil untuk seorang yangaktif bersenam 


    Kekalkan penjarakkan sosial. Kerap basuh tangan menggunakan sabun, sentiasa melakukan sanitasi di permukaan yang disentuh dan amalkan cara batuk  dan bersin yang betul. Pastikan anda membuang tisu yang telah digunakan dan pakai penutup mulut dan hidung sekiranya berada di luar rumah. Paling penting anda #DudukRumahDiamDiam / #StayAtHome


    ringkas dan tenang disudut balkoni dengan pencahayaan semulajadi 


    Kongsikan bersama  ruang bekerja dari rumah anda. Secara tidak langsung anda telah membantu untuk putuskan rantaian penularan Covid-19. Gunakan hashtag #wfhsetup dan tag kepada @_aboutcom di Instgram dan @aboutcom.my di Facebook.


    sudut sofa di temani lampu membaca 

    Tuesday, 28 April 2020

    VIT’S MENCARI GOLONGAN WARGA EMAS UNTUK HULURKAN BANTUAN MAKANAN HADAPI COVID19

    Bantuan makanan ke Covid19 Team Hospital Kuala Lumpur

    VIT Makanan Sdn Bhd, pengilang dan pengeluar makanan segera dan mee kering sejak 1975, telah menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menghulurkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid19 ini. Dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada 14 April 2020. Vits berjanji untuk meringankan beban petugas dan golongan sepanjang waktu PKP ini. 


    Sejak bermulanya PKp, Vits telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk kembali menyumbangkan kepada masyarakat yang memerlukan dan mereka yang sedang berjuang demi negara dalam situasi sukar ini. Vits sehingga kini telah menyumbang sejumlah 3000 lebih karton kepada petugas Hospital Kuala Lumpur, para petugas polis yang sedang menjalankan sekatan jalan, bomba, rumah pertubuhan, rumah kebajikan dan rumah orang tua yang kurang bernasib baik di beberapa lokasi. 


    Bantuan makanan di agihkan pada petugas polis dan tentera di sekatan jalan raya 


    Noodlesman atau Mr YT Lai, Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd berkata, Covid19 adalah situasi yang paling mencabar pada beliau dan kita semua, terutamanya petugas barisan hadapan yang kekal bekerja tanpa mementingkan diri dalam situasi penuh risiko demi perjuangan memerangi Covid 19. Sebagai penghargaan serta sokongan kami terhadap usaha murni ini, kami ingin membantu menyediakan bantuan makanan secukupnya buat mereka. Kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia pada waktu yang sukar ini.




    Sebagai peneraju dalam industri makanan segera klasifikasi mee segera dan mee kering ini, kami amat mematuhi piawaian dalam memastikan makanan yang kami hasilkan melalui saringan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Makanan. Di mana kami amat menitik beratkan soal sientifikasi di mana setiap pekerja yang masih bekerja di bahagian logistik, pembungkusan, pengeluaran serta pejabat perlu melalui pemerikasaan suhu badan, pemakaian topeng muka dan sarung tangan, pengangkutan seperti van dan lori juga perlu di nyah kumankan setiap hari bagi memberi dan menghantar produk serta stok makanan yang bersih dan terjamin, tambah YT Lai lagi.




     Vit makanan juga ingin meneruskan niat murni ini dengan mencari warga emas yang berumur 60 tahun ke atas di seluruh Malaysia yang tinggal bersendirian tanpa anak yang bekerja untuk diberikan bantuan makanan. 

    “kami percaya gologan ini seharusnya diberikan keutamaan dalam bantuan kerana mereka ini tidak mampu untuk keluar mencari makanan di saat sukar ini. Sekiranya anda mempunyai jiran, kenalan, kenalan sekampung boleh tampil kehadapan dan kami akan hantarkan bantuan makanan ini terus kepada mereka. Kami berharap agar dengan bantuan ini kami dapat membantu bersama-sama mengangani Covid19, kata beliau.


    Bantuan makanan diagihkan kepada Rumah Orang-orang Tua Kuchai Lama 

    Bantuan agihan makanan ke Balai Polis Rawang 


     Untuk maklumat lanjut klik link di bawah 

    Cuka Epal – Rahsia Wanita Besi



    Apakah rahsia Wanita Besi seperti ini?

    Salah satunya ialah cuka epal, ramuan yang sekian lama digunakan sebagai penawar untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Banyak keluarga mengamalkan rahsia kecergasan dan kesihatan Wanita Besi ini.

    Supaya anda lebih yakin, pilihlah produk organik yang diperakui seperti Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar dengan komponen utama asid asetik serta bahan lain seperti asid laktik, asid sitrat, asid malik dan bakteri baik. Oleh kerana cuka epal sejenis asid pekat, pastikan anda larutkan satu sudu besar ke dalam secawan air terlebih dahulu sebelum meminumnya. Hanya sedikit cuka epal diperlukan untuk membawa hasil yang besar.


    Berikut adalah beberapa cara Wanita Besi mengambil Apple Cider Vinegar supaya lebih berkesan.

    1.     Tingkatkan sistem imunisasi

    Wanita Besi jarang mendapat masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan sakit tekak seperti orang lain. Pengambilan cuka epal yang mengandungi asid amino, kalium dan enzim membantu menguatkan sistem imun dan melegakan keletihan.


     Cuba resipi berikut yang pasti dapat memberi tenaga di saat anda berasa lesu:

    Tonik hangat! 

    Kisar halia, lobak pedas, bawang, bawang putih, lada habanero, lemon, kunyit dan serai dalam sukatan sama. Tambahkan 100ml Apple Cider Vinegar. Tuang adunan ini ke dalam bekas kedap udara dan biar selama 14 ke 60 hari. Tapis bagi membuang cebisan tumbuhan. Tambah satu sudu besar tonik ini ke dalam secawan air panas atau teh ‘O’ untuk minuman berkhasiat yang merangsang sistem imun.

    Minuman cuka oren! 

    Didih secara perlahan 100ml Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar berserta 2 keping kulit kayu manis, sebiji oren yang dihiris, 4cm halia dan dua sudu besar madu organik selama 20 minit. Tapis ke dalam bekas kedap udara. Tambah satu sudu campuran bahan ini ke dalam 125ml air dan minum.





    2.     Membantu menguruskan badan dan penyerapan nutrisi

    Mengekalkan kesihatan dan berat badan ideal memang mencabar, tetapi Wanita Besi bijak menggunakan Apple Cider Vinegar dengan menambahkannya kedalam diet mereka untuk manjaga berat badan. Sains turut menyarankan kaedah ini. Satu kajian dalam Journal of Functional Foods pada tahun 2008 membuktikan penambahan satu sudu cuka epal ke dalam pemakanan mampu mengurangkan lemak pada perut selain membantu menyelesaikan masalah kesihatan lain.²


    3.     Kebersihan mulut

    Walaupun sibuk sepanjang hari, Wanita Besi sentiasa memiliki nafas yang segar dan kesihatan mulut yang baik. Rahsianya, tonik cuka epal yang diambil pada waktu pagi yang terbukti memiliki sifat antikulat yang membantu melawan radang membran mukus, menurut Journal of Prosthodontics, 2015.3


    4.     Menangani masalah senggugut

    Wanita Besi belajar mengatasi masalah senggugut dengan pengambilan Apple Cider Vinegar dari hari pertama hingga hari terakhir kitaran haid. Ia dipercayai dapat mengawal atur kitaran haid dan memendekkan tempohnya. Kandungan kalsium dan kalium dapat melegakan kekejangan otot yang menyebabkan kesakitan senggugut.






    Jadilah seorang Wanita Besi yang inovatif. Cuba resepi berikut untuk mengurangkan kesakitan senggugut:


    Kehangatan teh cuka epal: 

    Tambah 1 sudu kecil cuka epal, sehiris lemon dan separuh sudu kecil halia segar ke dalam secawan teh yang baru dibancuh. Jika mahu, anda boleh juga menambah sedikit madu.


    Ketenangan teh hijau cuka epal: 

    Bancuh secawan teh hijau. Sementara masih panas, tambah satu sudu kecil cuka epal dan sedikit pudina.


    Tonik cuka epal dan kunyit: 

    Kunyit adalah sejenis tumbuhan berkhasiat yang sering digunakan sebagai penawar untuk kesihatan. Tonik kunyit juga boleh dijumpai di kedai-kedai organik. Tambah satu sudu kecil Apple Cider Vinegar ke dalam tonik kunyit anda bagi menghasilkan minuman penyembuhan yang menyegarkan.





    Serlahkan ciri-ciri Wanita Besi pada diri anda dengan menjadikan penawar dan tonik Apple Cider Vinegar sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

    Kami menggunakan Alce Nero Organic Apple Cider kerana ia dibuat daripada buah epal organik yang ditanam secara eksklusif di wilayah Trentino-Alto Adige dan bebas daripada racun perosak, baja kimia dan unsur GMO. Cuka epal ini kaya dengan rasa dan mempunyai tahap asid yang rendah, menjadikannya sesuai untuk penyediaan salad dan makanan lain. Berikan tubuh anda sumber tenaga ini dan jadilah seorang Wanita Besi setiap hari.

    Ketahui lebih lanjut mengenai Alce Nero di https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/