Saturday 2 June 2018

Fish & Co Nikmati Hidangan Baru Fish & Chips Sedap Feast For 2

Hidangan Sedap Feast For 2

Assalammualaikum , 

Fish & Co 'One bite in you're hooked ! ' menyediakan makanan laut yang segar dengan inspirasi daripada nelayan lautan Mediterranian yang terus memasak tangkapan laut segar mereka dan memakannya dalam kuali tersebut . 

Sai menerima jemputan daripada Fish & Co untuk merasai hidangan baru bagi musim perayaan untuk di nikmati bersama yang tersayang . 


Sesi Pendaftaran Bloggers

Sedap Feast For 2 di mulai dengan  hidangan sup yang sedap dan mewah sangat creamy dengan rasa seafood untuk dua orang dan di hidangkan Fish & Chip dengan topping pilihan bersama dua minuman moktails yang menyegarkan . 


Fish & Co berkonsepkan nautika
Hidangan Sup 

Hidangan sup sangat berkrim dan berkhasiat yang kaya dengan ikan Chowder dan mewah cendawan sangat sedap untuk di nikmati . 



Games pertama meneka jumlah ikan dalam 2 saat

Sementara menunggu hidangan Sedap Feast For 2 kami bermain beberapa permainan yang di sediakan sangat menarik dan enjoy sekali berada di situ . 


Meneka Jenis Barang Dalam Kotak 

Meneka Jumlah Barang 



Menu Fish & Co's Fish & Chips 

Antara pilihan menu Fish & Chips yang boleh di pilih seperti : 

  • New York Fish & Chips


 ( Fish & Chips yang di saluti dengan keju Parmesen dan di hiasi 
dengan sos mentega lemon )   

  • Swiss Fish & Chips 
( Fish & Chips yang di saluti dengan Mozza Oregano di hiasi dengan sos mentega lemon garlic )

  • Danish Fish & Chips 
( Fish & Chips dengan lelehan keju Mozzarella bersama cili dengan sos mentega lemon )


  • The Best Fish & Chips 
( Fish & chips yang terbaik di bandar )


  • Salted Egg Fish & Chips 
( Ramuan sedap dengan kuning telur masin )


  • Africa Fish & Chips 
( Dengan sos klasik smokey peri peri Waka Waka Africa  )


  • Artic Fish & Chips 
( Mencari lautan Atlantic utara untuk Pollock dengan menghidangkannya dengan cara tersendiri )


  • Malaysia Fish & Chips 
( Dengan sos sambal yang sedap dan berapi - rapi )





Africa Fish & Ships



Salted Egg Fish & Chips


Malaysia Fish & Chips 


Set hidangan Fish & Chips 


Moktails

Menu pilihan Moktails : 
  • Classic Mojito 
  • Lychee Mojito
  • Passion Fruit Mojito 
  • Citruss Mojito 
  • Citrus Granite - kesegaran jeruk dan delima
  • Limo Fizz - Jeruk oren dan jeruk 
  • Peach Rainbow - Peach & Crenberry fusion 



Fish & Co Restourant

Fish & Co Introduction

Cawangan Fish & Co Malaysia 

Terdapat tujuh cawangan Fish & Co di Malaysia : 
  • One Utama Shopping Centre
  • Paradigm Mall
  • The Mines
  • The Main Place
  • IOI City Mall 
  • Sunway Vellocity
  • Stapak Central 



Sunway Vellocity Mall Fish & Co

Selain Malaysia Fish & Co juga telah berkembang di negara lain seperti : 
  • Bangladesh 
  • Brunei 
  • Cambodia
  • Indonesia
  • Singapore
  • Mauritius
  • Filipines
  • UAE 




Main Entrance Fish & Co

Dengan hidangan unik dalam ' pan ' memberikan pengalaman menarik kepada keluarga . Selain itu hidangan makanan laut menggunakan makanan laut yang segar dan bahan semulajadi yang sihat seperti minyak zaiton , herba dan pelbagai rempah dari seluruh dunia untuk memastikan kita dapat menikmati makanan yang sihat . 

Sesi pemberian hadiah kepada pemenang  

Konsep restourant Fish & Co dengan gaya desa dan nautika serta Kru yang ramah memberikan anda pengalaman santap yang istimewa dan unik .


Facebook : Fish & Co Malaysia 
Instagram : Fishncomy 
Twitter :fishncoMY 


Chicken Salted Egg Resepi ( Ayam Bersalut Telur Asin )

Ayam Bersalut Telur Masin

Assalamualaikum , 

Bulan Ramadhan mesti ramai yang mencari - cari resepikan kadang tu tak tau nak masak apa apa dah.
salah satu resepi yang Sai masak hari tu ramai yang nak resepi Chicken Salted Egg hari ini berkesempatan nak berkongsi. 


Bahan - Bahan 

  • 250 g ayam fillet ( isi ayam bahagian dada )
  • 1 biji telur untuk coating
  • Tepung goreng serbaguna
  • Garam 



Ayam bersalut tepung di goreng
Bahan - Bahan Sos

  • 3 biji kuning telur masin
  • Air secukupnya
  • 2 lembar daun kari 
  • 2 biji cili kering di potong
  • susu pilihan jika mahu letak
  • 2 sudu butter untuk menumis
  • Garam 
  • Lada
  • 3 biji bawang putih di cincang 




Langkah Penyediaan 

  • Potong ayam berbentuk cube taburi dengan lada dan garam perap seketika 15 minit 
  • Saluti ayam yang di perap dengan telur 
  • Campurkan ayam tadi kedalam tepung gorengan serbaguna 
  • Goreng ke dalam minyak sehingga masak 
  • ketepikan seketika 


menumis
  • Lumatkan kuning telur masin untuk sosnya
  • panaskan butter dalam kuali
  • tumiskan bawang putih , cili & daun kari sehingga berbau harum




  • Masukan kuning telur masin tambahkan sedikit air dan susu supaya sedikit creamy
  • Tambahkan garam & lada mengikut selera citarasa.
  • Masukan ayam adukkan sekali kacau rata
  • Angkat dan sedia di hidangkan 

Selama mencuba Ayam bersalut telur masin .