Friday 29 May 2015

Pengalaman Bersalin Second Baby ( Breastfeeding Jaundice )

Assalammualaikum
Pengalaman yang tak dapat di lupakan adalah ibu2 akan melalui proses bersalin.
masih dalam memori sebelum berlalu begitu sahaja baik ku coretkan di blogku ini.
Mungkin satu hari nanti anak2 ibu dapat membaca kembali supaya dapat hargai pengorbanan ibu dan ayah.

Muhammad Thaqif Qayyum Bin Norrashaidi 

Tarikh EDD dah semakin dekat tapi mcm biasa ibu ke opis dan lalui hari2 dengan tenang.
23 July 2014 dalam bulan Ramadhan 3 hari sebelum Hari Raya dah msk waktu tengahari tetiba ada tanda darah makanya tak dapatlah ibu berpuasa hari tu.. Dalam hati ibu mungkin ini tanda2 dah nak bersalin.
Ibu masih relek cakap dgn kawan2 dan bos esok saya mungkin tak datang sebab dah ada tanda2 utk bersalin.Ibu terus balik rumah opah standby kat sana.Malam hari dah rasa sakit konstraksi tapi ibu belum bersedia hendak ke hospital lebih awal.Bkn ape takut kena induksi.

Kontraksi nie ibu dah boleh lalui dengan tenang sebab da ada pengalaman lalu.
 Jadi dah x menggelabah.. Ibu bertahan sehingga esok pagi.Dalam jam 9 terus gerak ke hospital.
Sampai jer kat sana dorang terus check bukaan dah 5cm apalagi masa tu jgk dorang pecahkan air ketuban.
Ibu dah rasa turun air dulu dan kali nie turun darah.Ibu terus masuk labour room.Sakit Konstraksi kali nie agak cepat tanpa bantuan induksi tapi bukaan perlahan.Habis baju ayah ibu gengam menahan sakit.Ibu nie walaupun blm ada bukaan tapi rasa nak meneran sangat sampai kena tegur.. Pintu rahim ibu dah bengkak dorang risau baby lagi susah nak keluar.

Bukaan da msk 7cm nurse dan doctor bantu ibu.Apalagi ibu mmg tgu2 kali nie 3 kali push.
Sehabis tenaga tanpa bantuan ubat bius mahupun Epidural ibu dah tak nak.Ibu nak rasa sakit bersalin secara semulajadi tu.. Jam 9 mlm lahirlah baby ibu seberat 3.7 Kg.. Bayangkan agak besar bersalin secara normal hinggakan Doc pun geleng kepala siap ckp awk tak ambil apa2 pun bius. Kuat semangat ibu nie.Sooo.. anak2 ibu jgn cepat mengalah kena berusaha sehingga berjaya.Ibu dgn baby di tolak msk wad mlm tu.. Tenaga ibu mmg habis langsung nak dukung baby pun dah tak larat.Apa yang ibu buat ibu mkn ubat herba..
Menyesal ibu mkn ubat tu.. dah effect baby dengan cepat kulit dan badan naik kuning kemerah merahan.
Apabila kita menyusu secara tak langsung akan effect baby dari pengambilan ubat2 herba nie.

Anak ibu terus di tahan dalam NICU dan perlu di letakan bawah 3 lampu biru yang mana paling tinggi.
Kerana bacaan darah hampir mencecah 300.Hati ibu mana yang tak risau apabila doc beritahu jika bacaan naik lagi perlu buat pertukaran darah.Masya Allah ibu tak dapat bayangkan dan hanya berdoa hanya kepada Allah.. Kemudian dalam kes nie ibu tak boleh memberi susu badan dulu mengikut penjelasan doc mereka tak mahu ambil risiko. Salah satu sebab lagi darah ibu berlainan kumpulan itu yang menyebabkan kuning naik terlalu drastik.Esok Dah Hari Raya ibu tak fikirkan langsung hal tu..
Baby ibu kena minum susu formula khas yg hospital berikan.. 
Alhamdullilah keesokan hari bacaan turun ke 200 dan di benarkan pulang pada hari raya tu..

Sayu sangat hati ibu kaki dan tangan dah penuh dgn wayer.. 
ibu tak dapat angkat sebab nak baby cepat sembuh.

Bersykur sagat ibu dapat bawa baby balik rumah dapat la ibu berpantang.2 hari kemudian ibu masih perlu check up darah baby dekat klinik kesihatan.Ibu dan Ayah terkejut sebab bacaan makin naik dah 270. Klinik suruh refer hospital semula.Untuk anak ibu sembuh kami ke hospital semula.Bacaan darah adik naik sehinnga 390 sekali lagi ibu di uji dan redho jika masih naik adik perlu menjalani pertukaran darah.Ibu berdoa tak putus2 supaya Allah dapat turunkan bacan darah..Baby masih lagi menjalani treatment di bawah 3 lampu.
Bayangkan ibu tak de langsung berpantang tapi kali nie ibu boleh menyusukan badan secara direct.
 Ituu pun dah cukup gembira sebab dapat peluk baby walaupun sekejap2 .
lepas tu perlu letak semula di bawah 2 lampu.

 
Alhamdullilah bacaan turun sedikit selepas adik di masukkan air dan perlu berpuasa 12 jam.Hati ibu mana lah yang sanggup melihat anakku menangis kelaparan bawah lampu panas tu.Ibu kuatkan semangat baby ibu perlu kuatkan diri supaya cepat sembuh. sehinga hari ke tiga dekat hospital adik di benarkan duduk bawah satu lampu..Alhamdullilah dapat nyusu baby ibu lebih lama sedikit.Hati ibu dah boleh bernafas sedikit lega anak ibu kuat sungguh kamoo.. habis tangan dan kaki berbekas jarum.. Hari ke lima di benarkan pulang kerumah.Selepas 2 minggu adik perlu menjalani ujian darah dan air kencing untuk pastikan mengapa kuning belum betul2 hilang.Alhamdulillah result ok..Breastfeeding Jaundice nie mmg agak lama skit nak hilang selama 2 bulan smpi habis pantang barulah hilang sepenuhnya. Kesian anak ibu kena cucuk pundi kencing untuk ambil air kencing tu.. Setelah bacaan pertama tercemar oleh E coli sebab ibu tadah sendiri.Jadi kali nie dorang terus cucuk sendiri. 

 amboi tidur berbantal lengan tu..

Akibat duduk bawah lampu terlalu lama baby perlu pemantauan sehingga dia boleh berjalan dengan normal.
sekarang 30 Mei 2015 adik dah berumur 10 bulan.dah boleh berdiri lepas tangan cuma takut nk melangkah bertatih lagi.. lagi sekali jumpa ngan doctor bila dah berumur setahun pula yer cayang ibu..Setakat nie Alhamdullilah baby sihat.Terima kasih nurse dan doc yang memastikan anak saya baik.

Saya dah sihat terima kasih doc yang merawat saya







Thursday 28 May 2015

Family Day @ Sutera Beach Resort Merang Terengganu


Tiada yang lebih indah melainkan bersama keluarga.
Kali nie Family kami dah decide nak bercuti ke Terengganu.
Bukan satu family tapi big..big family uolss.. . Nak bagi tip bercuti family besar nie
* kena set tarikh cuti sekolah ( semua bole ikut anak pun bole bawa )  
* Comfirmation participant yang betul2 boleh join 
* Persetujuaan tempat penginapan 
* Barulah boleh Booking hotel @ chalet 
* Faktor cuaca amat penting
* kelengkapan utk di bawa cam set BBQ ker..of coz la  family day mesti nak buat aktiviti kan. 
Ok la jom gerak ker Merang Terengganu .
kampung kitaorg hanya dekat Kelantan makanya langkah kananlah menuju destinasi.

 ibu ngan Qayyum dah ready

 ayah pun dah ready

 ok go..

 Tetiba alamak banjir..Sebenarnya time kitaorg pergi tu musim tengkujuh.
Gelombang pertama jadi hujan pun masih okey.
 x tau ada sesetengah tempat dah banjir.
Sebelum tu kami dah check dgn pihak hotel dorang ckp tempat dorang ok tak banjir.
Maka redahla jgk. Berkonvoi reramai x de la takut sangat..

 Setelah melepasi Besut sampai la daerah Setiu banyak la jgk tempat dah di genangi air. Perasaan cuak jgk weii.. Family yang lain teruskan perjalanan sampai satu simpang untuk ke Merang Jalan Runtuh sebab arus air sangat deras sampai benteng pun pecah.

 ha nie la kiri kanan da tenggelam air cuma jln je masih blm tenggelam.Seberang sana dah Merang dekat jer nak ke resort.Dah tak dapat lalu kami ikut jln alternatif lain ikut jalan kampung.

 Alhamdullilah sampai jgk family kami dekat Sutera Beach Resort.

Resort nie masih mengekalkan ciri2 tradisional. Dan yang paling best swimming pool nyer sangat besar dan menghadap laut.Memang sesuailah untuk mencari ketenangan lagi2 cam saya yang mmg suka tgk laut.

ombak air laut masih kuat jadi mandi swimming pool jelah..

nie lah swimming pool dia agak besar jgk mmg puas lah untuk berenang. 
Jom join kitaorg berenang

 Swimming pool nie menyediakan tempat untuk kanak2 bermandi manda. Tak dalam maka selamat untuk dorang cuma agak licin sikit lantai sblh atas mungkin sebab hujan.Kena ada org dewasa jgk untuk pantau.

My son bkn main seronok lagi dapat mandi

Bilik Sutera Beach Resort mmg selesa dan luas




toiletries



Kemudahan yang di sediakan

Cantik jgk taman dalam resort nie.



Dekat sini boleh berkelah makan ramai2 ngan family mmg best


nak jgk gambo dekat pool tu..

aktiviti dua bradik nie mlm hari

kalau datang Terengganu mestila breakfast nasi dagang putih.
barulah sah datang ganung


suasana sekitar restoran Sutra Beach Resort mmg nmpk ciri2 tradisional



Jom jenjalan sekitar resort

Belakang tu dah laut malam2 boleh dengar bunyi ombak

suasana tenang resort nie

nak sampai laut dah

tadaa.. laut

Chalet tepian laut




cari ketenangan jap kat sini





Sebelum balik kota bharu kami singgah dulu di Bukit Keluang Terengganu nie untuk berBBQ

Dekat sini ada taman kanak2

wah ada pulau tengah2 laut tu

Sementara BBQ blm siap kita jelajah dulu ape yg ado kat sini

nampak tak jambatan nak ke mana tu..


Wokey.. Bukit keluang nie simpan pelbagai cerita misteri .Tapi mmg sangat cantik pemandangan kat sini lagi2 jika daki bukit nie.Comfirm view mcm dekat obersea.

menarik kan mcm kat obersea pun ado


Bukit Keluang khazanah alam semulajadi boleh jadi tempat tumpuan pelancongan jika diperkenalkan.