Thursday 28 May 2020

#AyamWithYou Ayam Brand Pantri Komuniti Oleh AnjungSinggah Dan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah Membantu Komuniti Yang Memerlukan Di Lembah Klan

Members of the Anjung Singgah community taking only what they need from the Ayam Brand community pantry


Assalammualaikum gaiss


Di samping kita melawan wabak pendemik Covid_19 di seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia marilah kita menanam semangat #KitaJagaKita pada waktu yang amat tidak dijangka ini , di mana seluruh warga Malaysia sedang melaluinya .


Rakyat Malaysia berusaha bersama – sama untuk menyokong masyarakat dengan kebaikan dan kepercayaan salah satunya dengan kaedah lama iaitu pantri makanan. Inisiatif #AyamWithYou ‘ food pantry ‘ oleh Ayam Brand dan 13 rumah kebajikan di seluruh negara membantu badan amal dan masyarakat sekitar yang memerlukan . Contohnya kehilangan tempat perlindungan dan tempat tinggal, AnjungSinggah di Jalan Lekiu memimpin masyarakat sekitar dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di kawasan ini 


Ayam Brand telah menyediakan bekalan produk selama dua bulan dan mencadangkan pantri makanan atau gerobok rezeki  untuk masyarakat atas keperihatinan dan kesejahteraan beberapa keluarga terutama pada bulan Ramadhan dan perayaan . Encik Amir Rudin Bin Abdul Rahman pegawai operasi AnjungSinggah menyatakan mereka telah menyediakan pantri tahan cuaca dan stok yang berasingan 



Ayam Brand #AyamWithYou Food Pantry in Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara.


Pantri tahan cuaca dipasang di luar tempat perlindungan agar jarak sosial dapat diihat. Ia dibuka untuk umum sepanjang masa. Kakitangan dan penduduk mengemas kini  mengenai pantri makanan atau gerobok rezeki melalui media sosial dan aplikasi lain seperti melalui WhatsApp dan Facebook bahawa barang – barang makanan di pantri adalah percuma bagi yang memerlukan sementara bagi yang ingin menyumbangdapat menambahkan makanan kering , makanan ringan , alat tulis , produk pembersih dan barang – barang penting lainnya. Penduduk bersama menguruskan pantri makanan dan menyimpannya dengan baik .




Respond dari inisiatif ini sangat luar biasa dengan peruntukkan harian produk Ayam Brand seperti tuna , kacang panggang , kacang  yang diproses , tin nenas & santan dan keperluan lain yang ditambah oleh masyarakat lain. Kejutan juga muncul di pantri makanan termasuk sayur – sayuran segar , kurma , susu formula bayi , lampin dan biskut raya . Projek Pantri makanan #AyamWithYou menjadikan raya ini sangat istimewa dengan ikatan kebaikan merasakan kedekatan #KitaJagaKita dengan kepercayaan dan sokongan yang lebih kuat dalam komuniti .



Kids of Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah filling up food to the #AyamWithYou Food Pantry.


Melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat yang telah lama berjalan Ayam Brand telah menyumbangkan lebih dari 2 juta makanan sihat untuk amal , menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih daripada 21,800 orang dari 524 organisasi amal dan NGO selama 12 tahun yang lalu. Ayam Brand juga telah menyokong barisan hadapan Covid_19 di Hospital Sungai Buloh , 13 rumah kebajikan , inisiatif pantri makanan #AyamWithYou dan pusat Transit Tanpa Rumah AnjungSinggah Kuala Lumpur dengan rancangan untuk menyokong lebih banyak organisasi dan komuniti .




#AyamWithYou Food Pantry ‘ telah merubah naratif untuk rakan kediaman amal kita dari menjadi penerima menjadi penyumbang dan penderma di komuniti masing – masing yang telah menerapkan konsep pantri makanan ‘mengambil apa yang diperlukan, tinggalkan apa yang boleh’  untuk mewujudkan satu kitaran berbudi bahasa Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia , Nathan Deverre 






Kita juga boleh berkongsi lokasi pantri dengan mereka yang memerlukan kita semua boleh membantu dengan cara kita. #AyamWithYou terletak di AnjungSinggah , Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur dan di Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah no 1 , Jalan Pimping Kanan , UkayHeights 68000 Ampang Selangor 





Berikut adalah senarai lokasi pantri makanan, Jom!:


  •  Terengganu: Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah
  •  Pahang: Baitul Husna Bukit Sekilau
  •  Kelantan: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan
  •  Kedah: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku
  •  Penang: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Islam
  •  Perlis: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis
  •  Johor: Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru
  •  Negeri Sembilan: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan
  •  Perak: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh
  •  Sabah: Rumah Anak Kesayangan
  •  Sarawak: Rumah Amal Nur Murni
  •  Selangor: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah
  •  Kuala Lumpur: Anjung Singgah


Marilah bersama-sama kita menolong satu sama lain!


"AMBIL APA YANG ANDA PERLUKAN, TINGGALKAN APA YANG ANDA BOLEH"


Maklumat lanjut :


Tuesday 19 May 2020

PG Mall Dengan Pembayaran Maybank QRPay Cashback





Assalammualaikum ,


Gaiss

Agak lama dah kan kita ‘ stay at home ‘ mesti salah satu aktiviti korang shopping online kan demi kesihatan dan keselamatan diri boleh jimat masa kalau dengan shopping secara online ni. Korang tahu tak tentang kewujudan platform e-commerce no 1 di Malaysia iaitu PG Mall yang merupakan platform pertama e-commerce tempatan yang ditubuhkan sejak tahun 2017 



Pelbagai jenis  barangan dijual dekat PG Mall berpinar la jugak mata untuk memilih sebab banyak sangat pilihan seperti barangan elektrik , makanan , minuman , barangan rumah , sukan dan banyak lagi korang layari sahaja website : https://pgmall.my/consumerchant-concept/?Source=Blogger&BloggerID=161  . korang  tahu tak, PG Mall kini berada ranking top 3 dalam Iprice Insight Report ; https://iprice.my/mapofecommerce/en/ . So korang jangan lepaskan peluang shopping dengan PG Mall yang banyak tawaran istimewa menanti korang .








Guna Maybank QRPay 20% Cashback Untuk Pembayaran Lebih Berbaloi


Jika korang shopping dekat PG Mall pembayaran boleh dibuat secara online menggunakan Maybank QRPay 20% Cashback untuk dapatkan cashback semula berbaloi giler ! Korang akan mendapat cashback sehingga 20% ( maksimum RM 20 ) dengan berbelanja minimum RM 30 dengan 2 kali penggunaan sepanjang tempoh promosi kempen . Valid dari 4 Mei 2020 sehingga 26 June 2020 jadi jangan lepaskan peluang durian runtuh 2 kali untuk shopping di PG Mall ni menggunakan akaun Maybank Perghhh berbaloi...

Dapatkan 20% cashback dengan Maybank QRPay Cashback

Tarikh Promosi : 4 Mei 2020 – 26 Jun 2020

  • Gunakan Maybank QRPay untuk pulangan tunai
  •           Pembelian minimum sebanyak RM 30
  •       Diskaun 20 % terhad pada RM20 dengan perbelanjaan minimum RM 30
  •          Penggunaan 2 kali dalam tempoh kempen 
  •          Durian Runtuh 2 kali x RM 20 = RM 40 untuk setiap akaun Maybank yang membeli di PG Mall 


ConsuMerchant Concept


PG Mall menghargai pengguna dan pembeli sebagai rakan niaga jangka panjang dengan menawarkan forever cashback up to 3.5%  kepada pengguna sebagai gantian membeli & memberikan sokongan berterusan iaitu mereka diberikan penghargaan cashback sehingga 3.5% kerana berkongsi kepada rakan atau pembeli baru untuk membeli belah dengan PG Mall melalui Shop , Share & Earn











Shop , Share Dan Earn


Dengan PG Mall korang dapat memperoleh hasil ketika berbelanja dan berkongsi pengalaman membeli belah dengan rakan dan keluarga . Ganjaran pulangan tunai dapat di peroleh setelah transaksi yang berjaya. Perkongsian dibuat melaui pembelian peribadi atau semakin banyak rujukan yang dibelanjakan semakin banyak wang tunai diperolehi.


Maklumat lanjut :  https://pgmall.my/consumerchant-concept/?Source=Blogger&BloggerID=161 








Jom Shopping Raya Di PG Mall Untuk Nikmati Lebih Keistimewaan 








Untuk kelengkapan raya kali ini dah tentu akuakan shopping dekat PG Mall untuk dapatkan promosi Kempen Raya Paling Gempak dengan membuat pembayaran menggunakan Maybank QRPay Cashback untuk mendapatkan durian runtuh 2 kali dari RM 20 minima pembelian RM 30


Senangkan hanya ‘shopping online’ dari rumah time PKPB ini dapat terhindar dari virus Covid_19 jimat masa , tenaga , dan paling best dapat pulangan tunai . So korang bolehla rancang perbelanjaan untuk raya dengan hanya duduk dari rumah . Berbaloi – baloi dengan shopping dekat PG Mall .


Untuk Maklumat lanjut sila layari :



Website: https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=161
Facebook: PGMallOfficial , https://www.facebook.com/PGMallofficial/
Instagram: PGMall.my , https://www.instagram.com/pgmall.my

Tuesday 5 May 2020

McDonald’s Malaysia beri kelainan untuk menu Ramadan kegemaran ramai



Assalammualaikum peminat MCD


Foldover Ayam Gril yang menjadi kegemaran pelanggan kini kembali, bersama pelbagai pilihan menu, termasuk Foldover Ikan Rangup baharu


Bulan Ramadan ini, McDonald's Malaysia terus menyajikan pelbagai hidangan menarik dan menyelerakan melalui menu Ramadan istimewanya, untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan. Ini termasuklah Foldover Ikan Rangup dan Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis baharu


Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, pengenalan kedua-dua menu baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan McDonald's Malaysia dalam menyediakan pilihan menu menarik sepanjang Ramadan dengan citarasa yang berlainan.


Sepanjang bulan tersebut, para penggemar ikan mempunyai pilihan untuk menikmati Foldover Ikan Rangup – dengan kepingan ikan rangup keemasan yang lengkap dengan salad, tomato, dan hirisan bawang merah segar bersama sos istimewa yang dibaluti roti nipis hangat. Dihidangkan bersama Kentang Goreng dan Teh Ais Limau, ianya merupakan hidangan yang enak dan mengenyangkan untuk berbuka puasa. Selain itu, Foldover Ayam Gril lazat yang sentiasa menjadi kegemaran ramai turut diperkenalkan semula.






"Foldover Ayam Gril sememangnya menjadi kegemaran pelanggan, dan ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkanketika kami memperkenalkannya semula pada tahun lalu. Oleh sebab itu, kali ini kami ingin memenuhi permintaan pelanggan dengan memperkenalkan varian baharu melalui pelancaran Foldover Ikan Rangup ini," tambah Melati.


Selain itu, penggemar Ayam Goreng McD juga boleh menikmati hidangan itu dengan cara baharu, iaitubersama Sos Cili Manis enak yang akan memberikan mereka rasa yang lebih mengagumkan. Nasi Lemak McD yang sentiasa menjadi kegemaran ramai bakal melengkapkan lagi hidangan Ramadan, bukan sahaja membuka selera mereka yang berpuasa, tetapi juga setiap rakyat Malaysia.


“Permulaan Ramadan tahun ini akan jatuh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan ketika rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan keadaan ini, kami ingin terus membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia menerusi hidangankami di sepanjang bulan Ramadan. Walaupun dalam persekitaran yang mencabar ini, McDonald's Malaysia akan terus menyajikan rakyat Malaysia dengan pelbagai tawaran menu baharu dan menarik melalui kemudahan saluran McDelivery danPandu-Lalu kami,"kata Melati.






Pelanggan juga boleh berbuka puasa dengan menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut dan kopi McDonald’spada bulan Ramadan ini. Pai Coklat Pisangmerupakan pencuci mulut terbaharu, yang menggabungkan inti coklat dan pisang enak dalam kulit pai coklat yang rangup. Penggemar kopi tidak akan kecewa, kerana McCafe akan memperkenalkan minuman Kurma baharu dengan ekstrak Kurma sebenar, yang sangat sesuai untuk dinikmati sepanjang bulan Ramadan iaitu Kurma Ais, Kurma Latte Ais, dan Susu Kurma Ais.

Foldover Ayam Gril dan Foldover Ikan Rangup masing-masing berharga RM16.99, lengkap dengan Kentang Goreng dan Teh Ais Limau dalam saiz sederhana. Set 2 ketul Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis pulaberharga RM15.49, manakala set 3 ketul ayam pula berharga RM20.24.

Sementara itu, set Nasi Lemak McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD boleh didapati dengan harga RM12.99, manakala set 2 ketul ayam pula berharga RM15.99.

Foldover Ayam Grildan Foldover Ikan Rangupboleh didapati mulai hari ini dalam tempoh masa terhad, manakala Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manisboleh didapati mulai 24 April.

Pesanan bungkus untuk semuamenu ini bolehdibuat di restoran-restoran McDonald’s terpilih, dan menerusi perkhidmatan Pandu-Laluserta McDelivery






Langkah-langkah Keselamatan McDonald’s yang Dipertingkatkan Sepanjang PKP

Sepanjang tempoh PKP, McDonald's Malaysia telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan makanan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan Warga Kerja dan Pelanggannya. Ini termasuk pelancaran sistem Tanpa Sentuh dan Tanpa Tunai untuk perkhidmatan McDelivery.


Bagi penghantar makanan, mereka mesti mematuhi langkah berjaga-jaga sebagaimanaberikutketika menghantar makanan kepada pelanggan:

·           Mereka dikehendaki memakai topeng muka dan sarung tangan sebelum memasuki premis McDonald's

·           Mereka dikehendaki melakukan sanitasi tangan

 ·           Penghantar makanan mesti menjalani pemeriksaan suhu badan di luar restoran setiap hari

·           Seorang kru akan ditugaskan melakukan proses sanitasi dan membersihkan beg penghantaran setiap seorang penghantar makanan sebelum memasukkan makanan ke dalam beg masing-masing

·           Pengasingan tempat pengambilan makanan (pick-up points) bagi penghantar makanan perkhidmatan McDelivery (MDS) dan penghantar makanan Grab Food dan Food Panda di restoran-restoran McDonald's


Dengan perkhidmatan penghantaran tanpa sentuh McDonald's, langkah-langkah keselamatan tambahan dan amalan penjarakan sosial yang dipertingkatkan telah dilaksanakan, seperti:


  •          Beg bawa pulang (take-away) ditutup rapi, dengan bacaan suhu badan penghantar makanan dan kru ditampal pada beg
  •          Penghantar makanan akan menghubungi pelanggan sebaik sahaja mereka tiba di lokasi penghantaran
  •          Penghantar makanan akan meletakkan makanan di tempat selamat yang telah dipersetujui 



Di peringkat restoran, pihak syarikat telah memastikan standard keselamatan dan kebersihan makanan yang tinggi dipatuhi. Selepas restoran ditutup, setiap restoran akan menugaskan seorang Pengurus dan 4 kru untuk menjalankan pembersihan restoran secara menyeluruh dan terperinci. Ini meliputi ruangan seperti dapur, laluan Pandu-Lalu, ruang makan, dan ruang penyimpanan. Semua kru dikehendaki memakai topeng muka dan sarung tangan setiap masa. Ini termasuk kru yang ditugaskan memeriksa suhu badan pelanggan dan penghantar makanan.



Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.mcdonalds.com.my




Memperkenalkan Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream



Assalammualaikum gaiss 


Wall’s Berganding Tenaga Dengan Tealive Untuk Kolaborasi Pertamanya
Memperkenalkan Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream



Korang mungkin fikir kegilaan boba telah pudar di Malaysia, namun interpretasi semula minuman kegemaran ramai ini muncul pula, apabila jenama ais krim ternama Malaysia, Wall’s memperkenalkan rekaan terkininya melalui kolaborasi dengan rangkaian bubble milk tea, Tealive - Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream.


Keluaran terkini ini lebih dikenali dengan nama manja #WallsBobalicious, Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream merupakan gaya terbaharu peminat boba untuk menikmati minuman kegemaran mereka dalam bentuk ais krim, tidak mengira tempat dan waktu! #WallsBobalicious direka khusus untuk memberikan pengalaman sensori baharu hasil dari minuman yang tidak asing lagi di Malaysia dengan harga yang berpatutan dengan rasa teh susunya yang kaya dan bijian pearl yang kenyal dalam setiap gigitan.





Produk ini juga melambangkan pengalaman pertama jenama Wall’s, kerana ianya merupakan kolaborasi pertama di antara Wall’s dan Tealive, disamping memberikan rakyat Malaysia pengalaman baharu untuk menikmati boba dalam bentuk sebatang ais krim. Kolaborasi ini juga semestinya memberikan kenikmatan dan menjadi penaik semangat buat semua rakyat Malaysia dalam tempoh #DudukRumah ini, dimana kami semua boleh #BobaJeLAH dan menikmati kemanisan hidangan kegemaran ini tidak mengira tempat dan waktu! 






Jadi apa yang anda tunggu lagi? Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream kini hanya boleh didapati eksklusif secara pra-pesanan melalui atas talian dari 28 hingga 30 April 2020 di Tealive:


       https://tealivehq.beepit.com/ordering/ (KL, Bangsar, Mont Kiara, Damansara, PJ, Subang, Shah Alam)

       https://tealivehq2.beepit.com/ordering/ (Klang, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya & the rest of Klang Valley)



#WallsBobalicious bakal dipasarkan di seluruh negara di kesemua semua pasar raya utama, pasar raya besar, kedai serbaneka dan juga cawangan Tealive terpilih dengan harga sebatang ais krim dijual pada harga yang disyorkan iaitu RM2.20 - RM2.70 sebatang. Nantikan kemas kini dan tawaran menarik di laman sesawang Wall’s  (www.walls.com.my) atau ikuti Wall’s Malaysia di Facebook (www.facebook.com/wallsmalaysia/).