Tuesday, 5 May 2020

McDonald’s Malaysia beri kelainan untuk menu Ramadan kegemaran ramai



Assalammualaikum peminat MCD


Foldover Ayam Gril yang menjadi kegemaran pelanggan kini kembali, bersama pelbagai pilihan menu, termasuk Foldover Ikan Rangup baharu


Bulan Ramadan ini, McDonald's Malaysia terus menyajikan pelbagai hidangan menarik dan menyelerakan melalui menu Ramadan istimewanya, untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan. Ini termasuklah Foldover Ikan Rangup dan Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis baharu


Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, pengenalan kedua-dua menu baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan McDonald's Malaysia dalam menyediakan pilihan menu menarik sepanjang Ramadan dengan citarasa yang berlainan.


Sepanjang bulan tersebut, para penggemar ikan mempunyai pilihan untuk menikmati Foldover Ikan Rangup – dengan kepingan ikan rangup keemasan yang lengkap dengan salad, tomato, dan hirisan bawang merah segar bersama sos istimewa yang dibaluti roti nipis hangat. Dihidangkan bersama Kentang Goreng dan Teh Ais Limau, ianya merupakan hidangan yang enak dan mengenyangkan untuk berbuka puasa. Selain itu, Foldover Ayam Gril lazat yang sentiasa menjadi kegemaran ramai turut diperkenalkan semula.






"Foldover Ayam Gril sememangnya menjadi kegemaran pelanggan, dan ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkanketika kami memperkenalkannya semula pada tahun lalu. Oleh sebab itu, kali ini kami ingin memenuhi permintaan pelanggan dengan memperkenalkan varian baharu melalui pelancaran Foldover Ikan Rangup ini," tambah Melati.


Selain itu, penggemar Ayam Goreng McD juga boleh menikmati hidangan itu dengan cara baharu, iaitubersama Sos Cili Manis enak yang akan memberikan mereka rasa yang lebih mengagumkan. Nasi Lemak McD yang sentiasa menjadi kegemaran ramai bakal melengkapkan lagi hidangan Ramadan, bukan sahaja membuka selera mereka yang berpuasa, tetapi juga setiap rakyat Malaysia.


“Permulaan Ramadan tahun ini akan jatuh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan ketika rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan keadaan ini, kami ingin terus membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia menerusi hidangankami di sepanjang bulan Ramadan. Walaupun dalam persekitaran yang mencabar ini, McDonald's Malaysia akan terus menyajikan rakyat Malaysia dengan pelbagai tawaran menu baharu dan menarik melalui kemudahan saluran McDelivery danPandu-Lalu kami,"kata Melati.






Pelanggan juga boleh berbuka puasa dengan menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut dan kopi McDonald’spada bulan Ramadan ini. Pai Coklat Pisangmerupakan pencuci mulut terbaharu, yang menggabungkan inti coklat dan pisang enak dalam kulit pai coklat yang rangup. Penggemar kopi tidak akan kecewa, kerana McCafe akan memperkenalkan minuman Kurma baharu dengan ekstrak Kurma sebenar, yang sangat sesuai untuk dinikmati sepanjang bulan Ramadan iaitu Kurma Ais, Kurma Latte Ais, dan Susu Kurma Ais.

Foldover Ayam Gril dan Foldover Ikan Rangup masing-masing berharga RM16.99, lengkap dengan Kentang Goreng dan Teh Ais Limau dalam saiz sederhana. Set 2 ketul Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis pulaberharga RM15.49, manakala set 3 ketul ayam pula berharga RM20.24.

Sementara itu, set Nasi Lemak McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD boleh didapati dengan harga RM12.99, manakala set 2 ketul ayam pula berharga RM15.99.

Foldover Ayam Grildan Foldover Ikan Rangupboleh didapati mulai hari ini dalam tempoh masa terhad, manakala Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manisboleh didapati mulai 24 April.

Pesanan bungkus untuk semuamenu ini bolehdibuat di restoran-restoran McDonald’s terpilih, dan menerusi perkhidmatan Pandu-Laluserta McDelivery






Langkah-langkah Keselamatan McDonald’s yang Dipertingkatkan Sepanjang PKP

Sepanjang tempoh PKP, McDonald's Malaysia telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan makanan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan Warga Kerja dan Pelanggannya. Ini termasuk pelancaran sistem Tanpa Sentuh dan Tanpa Tunai untuk perkhidmatan McDelivery.


Bagi penghantar makanan, mereka mesti mematuhi langkah berjaga-jaga sebagaimanaberikutketika menghantar makanan kepada pelanggan:

·           Mereka dikehendaki memakai topeng muka dan sarung tangan sebelum memasuki premis McDonald's

·           Mereka dikehendaki melakukan sanitasi tangan

 ·           Penghantar makanan mesti menjalani pemeriksaan suhu badan di luar restoran setiap hari

·           Seorang kru akan ditugaskan melakukan proses sanitasi dan membersihkan beg penghantaran setiap seorang penghantar makanan sebelum memasukkan makanan ke dalam beg masing-masing

·           Pengasingan tempat pengambilan makanan (pick-up points) bagi penghantar makanan perkhidmatan McDelivery (MDS) dan penghantar makanan Grab Food dan Food Panda di restoran-restoran McDonald's


Dengan perkhidmatan penghantaran tanpa sentuh McDonald's, langkah-langkah keselamatan tambahan dan amalan penjarakan sosial yang dipertingkatkan telah dilaksanakan, seperti:


  •          Beg bawa pulang (take-away) ditutup rapi, dengan bacaan suhu badan penghantar makanan dan kru ditampal pada beg
  •          Penghantar makanan akan menghubungi pelanggan sebaik sahaja mereka tiba di lokasi penghantaran
  •          Penghantar makanan akan meletakkan makanan di tempat selamat yang telah dipersetujui 



Di peringkat restoran, pihak syarikat telah memastikan standard keselamatan dan kebersihan makanan yang tinggi dipatuhi. Selepas restoran ditutup, setiap restoran akan menugaskan seorang Pengurus dan 4 kru untuk menjalankan pembersihan restoran secara menyeluruh dan terperinci. Ini meliputi ruangan seperti dapur, laluan Pandu-Lalu, ruang makan, dan ruang penyimpanan. Semua kru dikehendaki memakai topeng muka dan sarung tangan setiap masa. Ini termasuk kru yang ditugaskan memeriksa suhu badan pelanggan dan penghantar makanan.



Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.mcdonalds.com.my




No comments:

Post a Comment