Thursday 23 May 2019

SEGI FRESH PASARAYA BARANGAN SEGAR DAN MURAH UNTUK SEISI KELUARGA , PERUNCIT & PEMBORONG




Assalammualaikum ,


Membeli barangan basah atau segar menjadi rutin surirumah tapi perlu bijak untuk mendapatkan barangan yang benar – benar segar , bersih & jimat . SEGI FRESH MARKET menjadi pilihan sis untuk shopping barang – barang keperluan seperti  sayur – sayuran , buah – buahan , ikan , makanan laut ayam dan pelbagai lagi . SEGI FRESH MARKET juga menyediakan tapak parking percuma yang memudahkan pelanggan untuk shopping di sini . Selain berhawa dingin membuat  pelanggan sangat selesa untuk memilih barang dengan susunan produk yang teratur memudahkan lagi untuk membeli . 









SEGI FRESH adalah sebuah pasaraya berkonsep baru untuk para pedagang dan pengguna. SEGI FRESH memberikan pengalaman baru kepada peniaga dan pengguna khusus dalam perniagaan runcit dan borong . SEGI FRESH juga adalah pusat pengedaran langsung barangan segar dengan harga kompetitif dengan pelbagai pilihan untuk memenuhi keperluan dan perkhidmatan pelanggan .  
















Empat sebab kenapa perlu shopping di SEGI FRESH

  • Produk berkualiti dengan harga berpatutan
  • Makanan laut segar langsung dari sumber
  • Sayuran yang segar dari ladang
  • Makanan ternakan dan daging terus dari ladang 
  • Halal










Makanan segar di SEGI FRESH antaranya


Makanan Sejuk Beku seperti :



  • Ayam , itik , burung puyuh
  •  Daging , daging kambing
  • Makanan Laut










Makanan Segar antaranya :

  • Roti
  • Telur
  • Sayur – sayuran
  • Buahan segar
  • Mee Kuning , bihun , kuew teow 













SEGIFRESH 2U


Adalah portal jualan dalam talian dengan tujuan untuk meningkatkan penciptaan nilai pelanggan yang terdiri daripada hotel , katerer , pengendali restoran dan penjaja . Pembelian secara talian dapat menjimatkan masa dan kemudahan penghantaran terus kerumah juga sangat mudah.

Pembelian boleh di buat di website : www.segifresh2u.com













SEGI FRESH MARKET akan memastikan tahap kesegaran berada pada standard yang paling tinggi dan memberikan pelbagai piihan kepada pelanggan untuk memilih dengan tawaran harga yang berpatutan dan berdaya saing . SEGI FRESH juga menyediakan perkhidmatan pelanggan dengan baik seperti menawarkan barangan runcit , pemborong , dan pelanggan 










SEGI FRESH MARKET di bawah naugan Segi Group iaitu sebuah syarikat yang telah beroperasi lebih dari 20 tahun . Dengan menggunakan tagline ‘Pilih Fresh , Pilih Segi ‘ kerana mereka memastikan pelanggannya berpuas hati dengan kualiti dan kesegaran barangan yang di jual berbanding tempat lain. SEGI FRESH kini mempunyai lebih 32 cawangan termasuk di luar Lembah Klang 














Traders Choice


Produk yang sempat di grab di Segi Fresh Market




Laman web : 


Facebook : 



Instagram : 

Friday 10 May 2019

ShellOut Resipi Butter Creamy , Tomyum Paprik & Kari Bercili

ShellOut
Assalammualaikum

Ramadhan nie sis nak share resepi ShellOut belehlah berbuka dengan family ramai - ramai hanya dengan buat dan masak sendiri kan lebih jimat.. Kali nie sis share 3 jenis masakan ShellOut korang boleh campurkan sekali . Masak je asing - asing gitu.. 




Creamy Butter Shellout


Bahan bahan;


  • 1 1/2 kg seafood campur ketam , sotong , kepah , udang mengikut citarasa
  • 1/2 biji bawang besar Holand cincang dadu
  • 2 1/2 sudu besar
  • 8-10 ulas bawang putih cincang dadu
  • 3 tangkai/daun kari
  • 10 - 12 tangkai cili padi - hiris
  • 3 sudu besar butter
  • 1 1/2 tin susu cair - guna 2 tin
  • 1 - 1 1/2 sudu besar gula
  • Garam secukupnya


Sayur-sayuran

  • Brokoli
  • Lobak / kubis / kentang
  • Jagung
  • semua rebus
  • Minyak masak
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air


Cara Masak :

Seafood campur di, basuh dan ditos. 

Panaskan sedikit minyak. Masukkan butter dan sehingga cair. Tujuan guna minyak masak supaya butter tidak cepat hangit bila digoreng terlalu lama.


Masukkan bawang putih kisar. Kacau sehingga sedikit kekuningan, masukkan pula bawang besar cincang. Setelah sedikit layu, masukkan daun kari dan cili padi.

Masukkan pula susu sejat, sedikit garam dan gula. Bila kuah telah mendidih, baru masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan. Pastikan telah mendidih dulu ya.

Akhir sekali masukkan seafood campur . Kacau seketika sehingga  masak, sedia untuk dihidangkan.




ShellOut Masak Tom Yam Paprika


  • bawang holand potong dadu
  • bawang putih hiris halus
  • cili kisar
  • kuib tom yam
  • daun limau purut
  • garam 
  • sedikit air
  • bahan perasa / sos tiram



Cara masak:

 Panaskan minyak, tumis bawang holand , bawang putih
dah naik bau masukkan cili kisar, masukkan kuib tom yam, daun limau purut.

Masak seketika sehingga cili masak. Masukkan semua seafood campur . tambah air sedikit perasakan dengan garam , sos tiram. Masak seketika. Siap. 

nak rebus seafood campur dulu pun boleh, kuah siram kemudian. Nak masak asing2 pun boleh, ini terpulang, ikut citarasa masing2.



ShellOut Masak Kari Bercili



  • bawang holand potong dadu
  • bawang putih hiris halus
  • serbuk kari 
  • daun kari
  • cili kisar
  • halia hiris
  • garam 
  • sedikit air
  • bahan perasa  sos tiram



Cara masak: 

Panaskan minyak, tumis bawang holand & bawang putih, halia, daun kari, dah naik bau letak cili kisar, masukkan serbuk kari, tambah air sedikit, masukkan seafood campur , perasakan dengan garam , sos tiram. Tunggu masak seketika. Siap. 

Tuesday 7 May 2019

LA’SOUL Creamy Matte Volumizing Lipsticks Memelihara Bibir Lebih Anjal Dan Menawan

La'Soul CREAMY Matte Volumizing Lipstik


Assalammualaikum,


Baru – baru ini sis menghadiri majlis pelancaran LA’SOUL Creamy Matte Voluming Lipstik mesti ramai yang tahu keistimewaan lipstik ni . LA’SOUL  Skin Nutrition Expert adalah sebuah jenama keluaran SNE Marketing Sdn . Bhd terkenal dengan kepakaran menghasilkan produk kecantikan unggul dan berkualiti yang di formulasikan di Korea. LA’SOUL diperkenalkan di Malaysia sejak 2013 dan mendapat sambutan menggalakkan dan terkenal dalam industri MLM .







Majlis Pelancaran  La'Soul CREAMY Matte Volumizing Lipstik



LA’SOUL kini telah melancarkan rangkaian gincu yang bakal menyemarakan lagi hari – hari wanita. Lipstick Matte Creamy Volumizing Lipstick adalah gincu yang bukan sahaja bakal menyerlahkan lagi sisi wanita malahan menambahkan lagi keyakinan. Teksture LA’SOUL lipstik yang matte diluar tetapi creamy di dalam . Sangat halus dan lembut dengan kehadiran wax micro christalyn. Satu olesan pada bibir semestinya memberikan kesegaran dengan ronanya yang terang dan tahan lama.




La'Soul CREAMY Matte Volumizing Lipstik



 Terdapat enam rona  LA’SOUL Creamy Matte Voluming Lipstik terdiri 
daripada :



  • Cherry Peach 


Cherry Peach



  • Mocha Choc





Mocha Choc



  • Passion Rosy 











  • Poppy Pink 






Poppy Pink


  • Star Nude








Star Nude


  • Velvet Burgundy 







Velvet Burgundy


LA’SOUL Creamy Matte Voluming Lipstik kandunganya berkualiti tinggi dengan anti penuaan dan membuat kulit bibir lebih anjal dengan memelihara bibir sepanjang hari . Kandungan yang terdapat dalam LA’SOUL Creamy Matte Volumi ng Lipstik seperti :


Organic Ingredients


CAMELIIA JAPONICA SEED OIL


  • Kaya dengan agen pelembap seperti Oleic , Linoleic , Palmaitic yang menghalang pengoksidaan kulit bibir .








ROSA CANINA FRUIT OIL


  • Tekstur minyaklebih ringan memberi efek kilauan serta menyegarkan bibir  dan memelihara kesihatan kulit dari radikal bebas .






BUTYROSPERMUM PARKII SHEA BUTTER


  • Melembapkan bibir  untuk kelihatan berseri dan mempercepatkan kitaran regenerasi kulit agar terpelihara .





TOCOPHERYL ACETATE VIT E


  • Mengandungi vitamin E untuk melindungi dan anti pengoksidan dan mengurangkan dehidrasi pada kulit. 





SNE Marketing Sdn Bhd bertapak di Malaysia dengan pelaburan 5.0 juta Ringgit Malaysia dengan produk yang berkualiti tinggi. Tempahan LA’SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstik boleh dilakukan menerusi agen dan pengedar di seluruh Malaysia , Thailand , Indonesia , Brunei , Singapura , Vietnam dan Australia. Harga jualan RM 60 untuk satu dan RM 300 untuk semua warna .




Layari website dan sosial media LA’SOUL






IG : Lasoulbeautybysne

Wednesday 1 May 2019

LELAKI OKU INI PENGASAS SYARIKAT PERNIAGAAN JAMU MALL YANG BERJAYA MEMBERI INSPIRASI KEPADA RAKYAT MALAYSIA





Assalammualaikum ,


Siapa sangka lelaki yang bernama saudara KHAIRUL NIZAM merupakan pengurus dan pengasas kepada syarikat JAMU MALL SDN BHD adalah seorang OKU yang cacat sejak lahir dan hanya mampu menggerakkan 3 jari sahaja . Meskipun begitu , beliau telah membuktikan bahawa beliau mampu berjaya dan mempunyai perniagaannya sendiri . Terinspirasi walaupun beliau seorang OKU semangat yang kuat dan mensyukuri berjaya mengubah kehidupanya  dan memberikan manfaat kepada orang sekelilingnya . Membuatkan ramai rakyat Malaysia terinspirasi dari kisahnya saya sendiri juga rasa bersemangat &  lebih yakin .  





Yang menjadikan beliau istimewa adalah keadaan dirinya yang merupakan seorang OKU kejayaan demi kejayaan di kecapinya ikuti luahan beliau di Facebook . Saya juga sangat sedih dan terharu dengan apa yang di sampaikan : 


Kehidupan nyata


“ Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu di suap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu di angkat dan tidur perlu di jaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian . Aku menanggung kehidupanini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun – tahun !!! Ada ketika saya sangat terkesan bila ada ketika bila aku haus , aku lapar , penat , takde orang di sisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati ?? Allah beri aku nyawa , nafas sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang aku perlu buat . “ 





Kebangkitan


Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar.. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk berikan manfaat  pada orang lain.. “
“ Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia – siakan ,aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan , senyuman ramai orang – orang di sekeliling aku..





Kejayaan


Di usia 30 dengan keadaan cacat aku bersyukur dengan kehidupan  aku berjaya membina satu syarikat Jamu Mall Sdn Bhd dan membina satu platform jualan Jamu Mall . Com .. Aku happy mampu makan yang mewah , mampu travel , ke Dubai , Korea , Japan , Australia dan banyak negara aku dah sampai.. yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari .. Bukan nak riak tapi aku tau ramai sebenarnya orang diluar sana nak jadi macam aku  tapii adakah mereka sekuat aku ?? 





Inspirasi


Untuk mencapai kejayaan , pekerjaan , mahupun perniagaan bukan mudah tetapi atas keinginan yang kuat kasih sayang yang hebat , keberaniaan yang tinggi , suka belajar dan improvekan diri menjadikan kita seorang yang berkomitmen dan membawa kepada kejayaan .





Terkesan dengan kata – kata saudara KHAIRUL NIZAM


Usia kita semakin meningkat  jangan tunggu lagi kita je yang mampu ubah diri kita!!! . Beliau yang keadaan OKU dapat menempa kejayaan apatah lagi kita yang sempurna boleh berusaha lebih lagi untuk mencapai kejayaan dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah . Kisah beliau sangat terinspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengorak lebih maju lagi dalam bidang yang di usahakan    




Ikuti saudara Khairul Nizam


Facebook PageJamumallcom

Instagramhyekhairul




Luahan hati beliau di FB semoga memberi inspirasi kepada semua