Friday, 10 May 2019

ShellOut Resipi Butter Creamy , Tomyum Paprik & Kari Bercili

ShellOut
Assalammualaikum

Ramadhan nie sis nak share resepi ShellOut belehlah berbuka dengan family ramai - ramai hanya dengan buat dan masak sendiri kan lebih jimat.. Kali nie sis share 3 jenis masakan ShellOut korang boleh campurkan sekali . Masak je asing - asing gitu.. 




Creamy Butter Shellout


Bahan bahan;


  • 1 1/2 kg seafood campur ketam , sotong , kepah , udang mengikut citarasa
  • 1/2 biji bawang besar Holand cincang dadu
  • 2 1/2 sudu besar
  • 8-10 ulas bawang putih cincang dadu
  • 3 tangkai/daun kari
  • 10 - 12 tangkai cili padi - hiris
  • 3 sudu besar butter
  • 1 1/2 tin susu cair - guna 2 tin
  • 1 - 1 1/2 sudu besar gula
  • Garam secukupnya


Sayur-sayuran

  • Brokoli
  • Lobak / kubis / kentang
  • Jagung
  • semua rebus
  • Minyak masak
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air


Cara Masak :

Seafood campur di, basuh dan ditos. 

Panaskan sedikit minyak. Masukkan butter dan sehingga cair. Tujuan guna minyak masak supaya butter tidak cepat hangit bila digoreng terlalu lama.


Masukkan bawang putih kisar. Kacau sehingga sedikit kekuningan, masukkan pula bawang besar cincang. Setelah sedikit layu, masukkan daun kari dan cili padi.

Masukkan pula susu sejat, sedikit garam dan gula. Bila kuah telah mendidih, baru masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan. Pastikan telah mendidih dulu ya.

Akhir sekali masukkan seafood campur . Kacau seketika sehingga  masak, sedia untuk dihidangkan.




ShellOut Masak Tom Yam Paprika


  • bawang holand potong dadu
  • bawang putih hiris halus
  • cili kisar
  • kuib tom yam
  • daun limau purut
  • garam 
  • sedikit air
  • bahan perasa / sos tiram



Cara masak:

 Panaskan minyak, tumis bawang holand , bawang putih
dah naik bau masukkan cili kisar, masukkan kuib tom yam, daun limau purut.

Masak seketika sehingga cili masak. Masukkan semua seafood campur . tambah air sedikit perasakan dengan garam , sos tiram. Masak seketika. Siap. 

nak rebus seafood campur dulu pun boleh, kuah siram kemudian. Nak masak asing2 pun boleh, ini terpulang, ikut citarasa masing2.



ShellOut Masak Kari Bercili



  • bawang holand potong dadu
  • bawang putih hiris halus
  • serbuk kari 
  • daun kari
  • cili kisar
  • halia hiris
  • garam 
  • sedikit air
  • bahan perasa  sos tiram



Cara masak: 

Panaskan minyak, tumis bawang holand & bawang putih, halia, daun kari, dah naik bau letak cili kisar, masukkan serbuk kari, tambah air sedikit, masukkan seafood campur , perasakan dengan garam , sos tiram. Tunggu masak seketika. Siap. 

No comments:

Post a comment