Sunday 29 August 2021

Effary Fabric Perfume Pertama Di Malaysia

 



Assalammualaikum gaiss ,


Gaiss ada rahsia nak dibocorkan nim !! mau tahu ka bah .. Ni ha Rahsia dobi dah terbongkar. Korang Kenapa cuci baju dekat rumah tak sama bau seperti kedai dobi? Effary fabric perfume ni memang dah viral teroks di Malaysia. Kecoh sampai ber repeat order! Untuk pengetahuan semua, founder Effary Fabric Perfume memang bermula sebagai pemilik dobi Effary yang terletak di Jb. Daripada menjadi pemilik kedai dobi, kepada pengeluar bauan rahsia dobi. Haaa kan dah terjawab soalan soalan yang bermain di minda tu kan?



Daripada menjadi pemilik kedai dobilah, founder dapat idea untuk mengeluarkan bauan rahsia dobi ni, sebab apa? Sebab setiap kali org ambil baju daripada dobi mesti tanya “eh u pakai sabun apa eh? Wangi betul baju I lepas hantar dobi u. Wangi tahan lama tu” Haaaa soalan daripada pelanggan dobi lah yang mencetuskan idea best untuk founder ni! Memang bauan Effary ni Fabric Perfume biasa. Sebab memang di dobi kegunaannya untuk baju, cadar, langsir. Tapi di Effary, kami tukarkan jadikan dia SERBAGUNA walaupun nama yang kami beri Fabric Perfume. Jangan risau, ada bukti daripada pelanggan dobi yang mengakui sendiri bahawa SERVIS DOBI TERBAIK!




Effary Fabric Perfume banyak membantu terutama masalah bau yang tak menyenangkan contohnya korang pernahkan mengalami baju berbau hapak sebab tak betul – betul kering takkan nak basuh balik lagi pulak uniform yang kita kena pakai hari tu jugak sekarang just spray je kat baju korang tu wangi dah uollss.. musim hujan dah tak pening kepala .

Masalah kereta berbau hapak sebab makanan anak-anak berterabur , bau asap rokok last lagi – lagi bau durian yang beli tadi masuk dalam kereta mesti pening kepala baunya dalam keretakan mudah korang spray je pada tempat duduk dah wangi.

Helmet korang bau masam , anak kencing atas tilam ,karpet hapak , dapur berbau lepas masak , tandas berbau , ruang tamu rumah pun bau hotel gaiss hanya dengan Effary Fabric Perfume



 

Kegunaan Effary Fabric Perfume

๐Ÿ’ž Bau Fresh dobi baju wangi selepas dibasuh

๐Ÿ’ž Hilangkan bau kucing di rumah

๐Ÿ’ž Masalah helmet berbau

๐Ÿ’ž Dapur berbau hanyir

๐Ÿ’ž Boleh di gunakan pada semua fabrik Kain baju, cadar, karpet, langsir, kasut ,Sofa ,Tilam Telekung, Selimut, Sejadah



Effary Fabric Perfume ada 4 scent tau

๐Ÿงก Peach (Original) Rm17/Sebotol

Wangian asli dobi. Best seller




๐Ÿ’™ Biru (Fresh) Rm17/Sebotol

Wangian fresh. Sesuai utk lelaki, dalam kereta dan hilangkan bau rokok.



๐Ÿ’œ Ungu (Feminin) Rm17/sebotol

Wangian lavender campur rose. Sangat menenangkan. Dan kelebihan boleh sembur utk halau lipas dan lalat.




๐Ÿ–ค Hitam Rm25/sebotol (Premium Gold)

Wangian exclusive sangat. Bau hotel five star.

 

Wangian bertahan 48 jam / 50 ml

 

Korang boleh dapatkan produk Effary fabric Perfume dengan layari maklumat di bawah

Maklumat Lanjut

Fb Page : Saidatulshyd

IG : Saidatulshyd

TT : SaidatulShyd


KEINDAHAN MERDEKA HABIB, SI RAMA-RAMA METAFORA UNTUK KEMPEN KEMERDEKAAN

 

Karya ‘National Aspiration’ oleh Najib Bamadhaj


KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2021 - Saban tahun, rakyat Malaysia pasti berasa

teruja dan bersemangat menanti kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan

tahun ini menandakan tahun yang ke-64 kemerdekaan buat Malaysia. Istimewa pada tahun ini,

HABIB menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk

kempen kemerdekaannya, Keindahan Merdeka. Rama-rama mencerminkan sebuah harapan

untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang

ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19. HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai

metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan

rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.


Selari dengan situasi pandemik yang sedang melanda kini, kitaran hidup si rama-rama

menjadi simbolik kepada perjuangan rakyat Malaysia kerana proses kehidupan seekor

rama-rama melalui pelbagai liku dan cabaran sepanjang lima fasa kedewasaan

di dalam kepompongnya, sebelum ia terbentuk menjadi sebuah kejadian alam yang

begitu indah. HABIB mengadaptasi kisah si rama-rama kerana secara sedar atau tidak,

sudah hampir dua tahun kita mengharungi pandemik dan sepanjang tempoh ini,

kita terkurung di rumah tidak dapat bertemu insan tersayang buat masa yang panjang,

serta mengadaptasi kehidupan serba norma baharu. Dan baru-baru ini juga, kelihatan

sesuatu yang positif berikutan kadar vaksinasi Covid-19 di Malaysia yang semakin

meningkat menyebabkan bilangan kes kemasukan ke wad dan ICU semakin berkurang -

ini menjadi sinar harapan rakyat Malaysia. 


Dato’ Sri Meer Habib [kiri] and Najib Bamadhaj [kanan] bersama karya National Aspiration,

kerjasama kreatif Najib bersama kempen Keindahan Merdeka HABIB




Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, berkata, “Situasi pandemik

Covid-19 yang telah memberi impak yang sangat besar kepada kita semua seharusnya

membuatkan kita lebih menghargai erti ‘kemerdekaan’ di mana kita semua terpaksa berkurung

di rumah untuk tempoh yang lama bagi mengawal penularan pandemik ini. Walau

bagaimanapun, keadaan ini juga mengajar kita untuk bermuhasabah diri dan bangkit lebih kuat

untuk mengharungi cabaran ini bersama. Dengan peningkatan Program Vaksinasi

Covid-19 Kebangsaan yang giat berlangsung, sektor ekonomi kini mula dibenarkan beroperasi

secara berperingkat dan secara langsung, ini sedikit sebanyak membantu kita untuk

kembali meneruskan kehidupan. Justeru, masyarakat khususnya lebih menghargai makna

baharu kemerdekaan ini. Sementara kita masih menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini,

HABIB menjadikan rama-rama sebagai metafora yang paling sesuai untuk

menggambarkan perjalanan kehidupan Malaysia dalam pandemik.”


Sama seperti rama-rama yang membangkitkan perasaan gembira kepada sesiapa yang

mengagumi kecantikannya, HABIB juga menyampaikan kebahagiaan dan keseronokkan

kepada sesiapa yang melangkah ke bilik pameran HABIB, menerusi koleksi barangan

kemas dan perhiasan yang istimewa, selari dengan slogannya, ‘The Gift of Happiness’.

Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 64 tahun yang lalu, perniagaan emas

merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang terus berkembang maju. HABIB

mengimbau kenangan di mana pada suatu ketika dahulu, para wanita terpaksa

mengorbankan barangan kemas mereka demi mencapai sebuah kemerdekaan. Begitu lah

besarnya erti dan harga sebuah kemerdekaan. Jadi, kita haruslah bersyukur dan

menghargai kemerdekaan yang telah dicapai walaupun kita tidak dapat menyambut Hari

Kebangsaan dengan meriah seperti tahun-tahun sebelum ini.


Selaras dengan kempen Keindahan Merdeka pada tahun ini, HABIB membawa kelainan dan

idea baharu dengan bekerjasama bersama pelukis tempatan yang serba berbakat, Najib

Bamadhaj. Najib mempunyai kreativiti dan keunikan yang tersendiri dalam menyampaikan

makna sebuah kemerdekaan melalui karya-karya lukisan yang dihasilkannya. Setiap karya

yang dilakarkan Najib menerapkan elemen metafora dan penceritaan yang unik, bersesuaian

dengan tema kempen Merdeka HABIB yang bertujuan menyampaikan mesej harapan Malaysia

ke arah masa depan yang lebih baik. 


Tentang kerjasama tersebut, Dato’ Sri Meer Habib menambah, “Kolaborasi bersama pelukis tanah

air yang berbakat seperti Najib Bamadhaj merupakan kerjasama kreatif bersinergi oleh kedua-

dua pihak. Seperti pelukis, HABIB mengetengahkan sudut kreatif menerusi rekaan barangan

kemas yang unik, mempersonakan dan kekal abadi sepanjang zaman. Walaupun kita

tidak mempunyai kesempatan untuk meraikan Hari Merdeka dalam seba kemeriahan, kami

yakin bahawa kerjasama dengan Najib dalam menghasilkan karya seni bertemakan

Keindahan Merdeka ini berupaya menyampaikan mesej yang bermakna, iaitu keutuhan

rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu untuk terus bangkit dan berjuang melawan pandemik ini.”





Kempen Keindahan Merdeka HABIB menampilkan karya sentuhan Najib Bamadhaj yang dinamakan National Aspiration:




Inspirasi di sebalik lukisan ‘National Aspiration’ ini hadir daripada kekuatan serta 

harapan yang besar rakyat Malaysia untuk kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala. Rama-rama kuning yang berterbangan melambangkan harapan Malaysia yang sedang bersama-sama berjuang melawan pandemik. Terdapat 5 rama-rama yang tersergam indah, membawa maksud keharmonian pelbagai kaum yang telah dipupuk sejak kita mencapai Kemerdekaan. Walaupun ada segelintir yang sangat terkesan akibat pandemik, rakyat Malaysia tetap bersatu teguh untuk mengharunginya bersama dan tidak akan pernah mengalah. Panorama langit di Kuala Lumpur serta bendera Malaysia yang berkibar merupakan 

pelengkap karya ini kerana menggambarkan semangat perjuangan.


Istimewa pada tahun ini, HABIB mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad

bersempena kempen Keindahan Merdeka. Rekaan koleksi ini diilhamkan daripada lima spesis

rama-rama indah yang boleh dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia dan Borneo seperti

Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper

Kite Butterfly. Spesis rama-rama terpilih ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah

dan mempersonakan. Sesuai dijadikan hadiah, pelaburan atau untuk koleksi simpanan, koleksi

Wafer Emas 999 ini didatangkan dengan rekaan serba eksklusif yang mengetengahkan

kecantikan dan keunikan setiap satu spesies rama-rama tersebut. Juga seiring dengan

kempen Merdeka ini, HABIB memperkenalkan koleksi-koleksi baharu yang diinspirasikan

daripada rama-rama, dan boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas kuning, emas putih, dan

emas rose, dan disediakan dalam jenis-jenis emas 22K, 18K dan 9K.



Sempena kempen Keindahan Merdeka, HABIB mengeluarkan 

Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad diilhamkan daripada lima spesies rama-rama indah



Sebagai jenama barangan kemas tempatan terkenal, HABIB menyeru rakyat Malaysia

untuk mengimbau kembali sejarah kemerdekaan untuk membangkitkan semangat patriotik

dan menghargai nilai kemerdekaan yang telah dicapai sekian lama. Untuk maklumat lanjut,

sila layari laman sesawang www.habibjewels.com dan ikuti kami di laman sosial rasmi

Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).


KISAH MENARIK SI RAMA-RAMA

Hidup seekor rama-rama bermula dengan sebiji telur yang sangat kecil dan kemudian

menetas menjadi ulat beluncas yang kelihatan seperti cacing yang berduri halus. Ulat beluncas

ini perlu mencari makanan yang cukup untuk membesar dan meneruskan kitaran hidup. Pada

ketika ini, manusia menganggapnya sebagai seekor makhluk perosak yang hodoh dan

menggelikan hanya kerana rupa bentuknya.


Kulit pada badannya akan dilucut sekurang-kurangnya sebanyak empat kali untuk dijadikan

selaput yang akan membalutnya sebelum ia melalui kitaran seterusnya yang sangat mencabar

iaitu menjadi kepompong. Ketika di dalam kepompong, ulat beluncas hanya mengharapkan

makanan yang telah disimpan sebelumnya agar cukup sehingga ke kitaran selanjutnya kerana ia

tidak mampu untuk bergerak keluar sehingga proses perubahan fizikal dan dalaman selesai.

Bahkan, tidak ada apa-apa jaminan keselamatan untuk ulat beluncas selain rasa percaya pada diri sendiri.




Fasa meninggalkan kepompong adalah fasa yang ditunggu-tunggu kerana akhirnya

si beluncas merdeka dan bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik serta mampu

terbang tinggi untuk melihat dunia yang lebih luas. Malah, dirinya yang ditakuti sebelum ini

telah bertukar menjadi serangga yang disukai dan digemari manusia.