Wednesday 15 June 2016

Siapakah Orang Yang Muflis Dan Bangkrap


Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Bulan ramadhan yang mulia nie berkesempatan ke majlis ilmu ceramah yang disampaikan ingin juga berkongsi dapatla sesama kita mengisi makanan rohani tika berpuasa ini. Menarik juga kupasan tazkirah mengenai dosa - dosa besar.


Cerita Habil Dan Qabil

Setelah Nabi Adam AS dan Hawa turun ke bumi, Allah SWT mengurniakan anak kepada mereka.  Hawa melahirkan anak kembar laki-laki dan perempuan. Setelah anaknya mencapai dewasa, Allah SWT mensyariatkan (membolehkan) kepada Nabi Adam AS untuk menikahkan salah satu dari pasangan kembar dengan salah satu dari pasangan Qabil bersama Iqlima yang berparas cantik, sedangkan pasangan kembar adiknya bernama Habil dan Labudha berparas kurang menarik.

Ketika Nabi Adam AS hendak menikahkan mereka (Habil dengan Iqlima dan Qabil dengan Labudha, proteslah Qabil dan membangkang kerana kembar Habil tidak cantik dan kembarnya sendiri cantik. Sehingga ia menginginkan saudara kembarnya tersebut untuk dirinya sendiri lantaran ia merasa dirinya lebih berhak atas saudara kembarnya. Berdasarkan wahyu dari Allah, Nabi Adam AS memerintahkan keduanya untuk berkorban, siapa yang diterima korbanya maka dialah yang berhak (menikahi saudara kembar Qabil).

Korban Habil Dan Qabil

Qabil adalah seorang petani. Ketika diperintahkan berkorban maka ia berkorban dengan hasil pertaniannya dia memilih hasil yang telah rosak dan buruk dari tanamannya.
Sedangkan Habil seorang peternak kambing, dia pilih kambing yang muda lagi gemuk untuk berkorban. Dia berkeinginan agar korbannya diterima di sisi Allah SWT. Setelah korban dipersembahkan kepada Allah SWT lalu menurunkan api berwarna putih dan membawa korban Habil (sebagai tanda bahwa korbannya diterima) dan meninggalkan korban Qabil.

Mengikut riwayat hadis dan tafsir bahawa kambing itu diangkat ke syurga dan hidup di sana hingga diturunkan lagi ke bumi untuk dijadikan tebusan bagi Nabi Ismail AS ketika hendak disembelih oleh Nabi Ibrahim AS walahhua'lam.

Apabila korbannya tidak diterima  marahlah Qabil sehingga mengancam Habil untuk membunuhnya. Allah SWT berfirman menceritakannya dalam Surat Al-Maidah ayat 27,

                                                         اْلأَخَرِ قَالَ لأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Qabil dan Habil) dengan sebenarnya. Ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah satunya dan tidak diterima dari yang lainnya. Maka berkata yang tidak diterima korbannya, Sungguh aku akan membunuhmu. Dan berkata yang diteirma korbannya, Sesungguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang bertakwa.’

Melihat abangnya berniat untuk membunuhnya, Habil tidak membela diri. Sebaliknya, dia menyerahkan dirinya dan tidak ada keinginan melawan. Dia berkata,

لَئِن بَسَطْتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَآأَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ لأَقْتُلَكَ إِنِّي أَخَافُ اللهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ {28} إِنِّي أُرِيدُ أَن تَبُوأَ بِإِثْمِي وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ

 أَصْحَابِ النَّارِ وَذَلِكَ جَزَآؤُا الظَّالِمِينَ {29}

Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu untuk membunuhku, sekali-kali aku tidak menggerakkan tanganku. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Robb sekalian alam. Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan membawa dosa (pembunuhan ini) dan dosa kamu sendiri yang lain, maka kamu menjadi penghuni neraka, dan yang demkian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zhalim.” (QS. Al-Maidah: 28-29)

 Cara Qabil Membunuh

ketika Habil sedang menggembala kambing tiba-tiba datanglah Qabil dengan membawa batu lalu batu itu dilemparkan mengenai kepala Habil hingga memecahkannya. Dan pada akhirnya matilah Habil kerananya. Setelah Habil meninggal, tanpa rasa belas kasihan Qabil meninggalkan jenazahnya di tempat terbuka. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan kepada jenazah Habil karana ia adalah yang pertama kali di atas permukaan bumi. Perbuatan Qabil ini akan menanggung dosa dari pembunuhan tersebut karana ia tidak bertaubat sekaligus dosa orang yang menirunya yakni melakukan pembunuhan dengan jalan yang tidak benar.

Sabda Rasulullah SAW
 “Tidaklah dibunuh suatu jiwa dengan zalim melainkan dosa pembunuhan itu akan ditanggung pula oleh anak Adam yang pertama (Qabil) kerana dialah yang pertama memberi contoh pembunuhan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam keadaan yang demikian, Allah SWT mendatangkan dua burung gagak yang sedang bertarung, salah satunya mati. Maka yang hidup mengais-ngais tanah dengan paruhnya membuat lubang untuk menanam burung gagak yang mati. Qabil mengambil pelajaran dari peristiwa itu tentang cara mengubur jenazah saudaranya.
Al-Qurtubhi mengatakan, “Hasad (dengki) adalah dosa yang pertama kali dilakukan di langit dan di bumi, di langit adalah dengkinya iblis kepada Nabi Adam AS dan di bumi adalah dengkinya Qabil kepada Habil.”
Pembunuhan termasuk dosa besar yang mengancam pelakunya masuk neraka.

Pengajaran

Pengajaran yang dapat kita perolehi daripada cerita Habil dan Qabil ini jika kita lihat didunia sekarang akan ada dua watak Habil yang bertakwa dan Qabil yang membangkang dimana - mana. Jadilah Qabil orang yang muflis dan bangkrap kerana terpaksa menanggung @ memikul dosa manusia yang melakukan pembunuhan dosa yang sama. Jika kita lihat berapa banyak pembunuhan yang berlaku sekarang Wallahualam. Sudahlah kita melakukan dosa besar , diakhirat pula kita perlu beri pahala kita kepada orang yang kita zalimi. Berapa ramai yang kita telah zalimi seperti fitnah , hutang dan sebagainya sehingga pahala kita telah kehabisan masih ramai lagi perlu kita beri maka kita kena pikul dosa orang yang kita zalimi Masya Allah.

Jika kita lihat manusia zaman sekarang hidup dalam ketakutan kerana kita tidak mengikut syariat yang Allah tetapkan.Maka kita sebagai umat islam perlu mengikuti menyokong hukum dan undang-undang Allah. Disebabkan kita lari dari syariat Allah manusia tidak takut lagi untuk melakukan dosa dan jenayah. Sebagai contoh kita sudah tidak berani membiarkan anak-anak kita bermain sendirian diluar waima dalam rumah sendiri juga bahaya dengan kes pencolikan, kecurian dan sebagainya.

Bermaafan dan bertaubatlah kita jika masih berkesempatan.

Singgah sini : Saishy Hijab

Saishy Hijab bawal dokoh

Salam Ramadan
Di kala buntu untuk tampil 'outstanding'
Pilihlah rona-rona terang buat menemani gaya anda itu. Warna blok ekspresikan gaya jalanan asalkan anda punya keberanian untuk memakaikannya biar kemana saja kaki melangkah
Third batch
‪#‎saishyhijab‬

Hai gadis lagi berani jom pilih warna blok serlahkan warna sebenar anda.
Whatsupp
  0166471910!!!
  0166471910!!!
  0166471910!!!









Wednesday 1 June 2016

Alhamdullilah My Newborn SaiShy Hijab



Assalammualaikum
kepada korang yang sudi membaca blog SaidatulShyd terima kasih atas sokongan anda semua..
Lagi beberapa hari sahaja lagi kita dah nak menyambut ramadhan. 
Bersyukur kehadrat ilahi Allah permudahkan dan memberi inspirasi untuk Sai memulakan langkah melahirkan Saishy Hijab " Comeii Dooh " bawal jenama sendiri.

Berniaga nie macam-macam risiko dan dugaan yang kita kena tempuhi.
Tak mencuba maka belum tahu kan? Mulakan langkah biar susah untuk mendaki usaha tanpa lelah pasti sampai jua. Bak pepatah hendak seribu daya. Kenapa Sai nak buat bisness nie ?
Banyak sebab juga untuk backup masa hadapan bila terniat dihati ingin menjaga sendiri cahaya mata Insya Allah dipermudahkan. Bukanlah kerja tak perlu tapi sebagai seorang ibu hati ini nak beri komitmen sepenuhnya kepada anak2 dan keluarga.Orang cakap bekerja dari rumah banyak atau sedikit rezeki Allah yang akan tentukan Alhamdullilah. Maka perlulah bermula dengan usaha.
  
 Ahahh.. Cantik tak tudung nie ?
Tudung bawal dari SaiShy Hijab

Cerita pasal preparation raya rasanya sekarang dah ramai yang buat persiapan awal kan.Jom gorjes sesama raya nie. Perincian SaiShy Hijab dokoh dan diomand nie buatan sendirian jadi memang puas hati dan seronok tengok hasil tangan sendiri. 

Apa yang best dengan tudung bawal nie :-
  • Terletak cantik & kemas diatas kepala
  • Memberi keseimbangan kepada keseluruhan penampilan
  • Pengudaraan yang baik kepala pun tidak panas
  • Melekap pada rambut dan tidak licin 
  • Menyerap peluh sesuai untuk cuaca panas 
  • selesa dipakai untuk jangkamasa yang panjang
  • Sesuai untuk santai dan ketempat kerja
  • Menjaga kesihatan rambut
  • Nampak muda
  • Jimat masa tidak perlukan belitan yang banyak
Demi menghargai pembaca blog SaidatulShyd dan kepada yang memberi sokongan Sai berbesar hati ingin menghadiahkan SaiShy Hijab kalau boleh nak je hadiahkan kepada semua followerss.. Tapi disebabkan baru je nak melangkah huhu.. jadi Sai buat simple contest untuk pilih pemenang yer.

Caranya mudah sahaja hanya perlu ikut langkah- langkah seperti dibawah :-
Like , Share dan comment win : -

* wajib Like FB Fanpage SaiShy Hijab
* Sila share dan comment win diruangan yang anda share tadi pastikan anda publickan posting tersebut
* pemenang akan dipilih secara rawak
* Tarikh tutup sehinga 6 Jun bersamaan 1 ramadhan jam 12mlm

  
Senang jer kan hanya share posting tersebut dan komenla hai saya dah share dan jangan privatekan nanti susah Sai nak lihat nama korang tu.Contest nie hanya di Facebook sahaja,

 

Goodluck dan terima kasih sokongan anda amat saya hargai dan saya doakan kita sama-sama murah rezeki. Kepada penggemar bawal jom dapatkan koleksi SaiShy Hijab sekarang
Bagaimana cara dapatkan SaiShy Hijab “ Comeii Dooh “
 
 Boleh Like FB Fanpage SaiShy Hijab  

@Wassup 0166471910 !!!
@Wassup 0166471910 !!!
@Wassup 0166471910 !!!