Assalamualaikum & Salam Ramadhan
Bulan ramadhan yang mulia nie berkesempatan ke majlis ilmu ceramah yang disampaikan ingin juga berkongsi dapatla sesama kita mengisi makanan rohani tika berpuasa ini. Menarik juga kupasan tazkirah mengenai dosa - dosa besar.
Cerita Habil Dan Qabil
Setelah Nabi Adam AS dan Hawa turun ke bumi, Allah SWT mengurniakan
anak kepada mereka. Hawa melahirkan anak
kembar laki-laki dan perempuan.
Setelah anaknya mencapai dewasa, Allah SWT
mensyariatkan (membolehkan) kepada Nabi Adam AS
untuk menikahkan salah satu dari pasangan kembar dengan salah satu dari
pasangan Qabil bersama Iqlima yang berparas cantik, sedangkan
pasangan kembar adiknya bernama Habil dan Labudha berparas kurang menarik.
Ketika Nabi Adam AS hendak menikahkan mereka (Habil dengan Iqlima dan Qabil dengan Labudha,
proteslah Qabil dan membangkang kerana kembar Habil tidak cantik dan kembarnya sendiri cantik. Sehingga ia menginginkan saudara kembarnya
tersebut untuk dirinya sendiri lantaran ia merasa dirinya lebih berhak
atas saudara kembarnya. Berdasarkan wahyu dari Allah, Nabi Adam AS
memerintahkan keduanya untuk berkorban, siapa yang diterima korbanya
maka dialah yang berhak (menikahi saudara kembar Qabil).
Korban Habil Dan Qabil
Qabil adalah seorang petani. Ketika diperintahkan berkorban maka ia
berkorban dengan hasil pertaniannya dia memilih hasil yang telah rosak dan buruk dari
tanamannya.
Sedangkan Habil seorang peternak kambing, dia pilih kambing yang muda
lagi gemuk untuk berkorban. Dia berkeinginan agar korbannya diterima di
sisi Allah
SWT. Setelah korban dipersembahkan kepada Allah SWT
lalu
menurunkan api berwarna putih dan membawa
korban Habil (sebagai tanda bahwa korbannya diterima) dan meninggalkan
korban Qabil.
Mengikut riwayat hadis dan tafsir
bahawa kambing itu diangkat ke syurga dan hidup di sana hingga
diturunkan lagi ke bumi untuk dijadikan tebusan bagi Nabi Ismail AS ketika hendak disembelih oleh Nabi Ibrahim AS
walahhua'lam.
Apabila korbannya tidak diterima
marahlah Qabil sehingga mengancam Habil untuk membunuhnya. Allah SWT berfirman menceritakannya dalam Surat Al-Maidah ayat 27,
اْلأَخَرِ قَالَ لأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
“
Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Qabil dan
Habil) dengan sebenarnya. Ketika keduanya mempersembahkan korban, maka
diterima dari salah satunya dan tidak diterima dari yang lainnya. Maka
berkata yang tidak diterima korbannya, ‘Sungguh aku akan membunuhmu.’ Dan berkata yang diteirma korbannya, ‘Sesungguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang bertakwa.’
Melihat abangnya berniat untuk membunuhnya, Habil tidak membela diri.
Sebaliknya, dia menyerahkan dirinya dan tidak ada keinginan melawan. Dia
berkata,
لَئِن بَسَطْتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَآأَنَا
بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ لأَقْتُلَكَ إِنِّي أَخَافُ اللهَ رَبَّ
الْعَالَمِينَ {28} إِنِّي أُرِيدُ أَن تَبُوأَ بِإِثْمِي وَإِثْمِكَ
فَتَكُونَ مِنْ
أَصْحَابِ النَّارِ وَذَلِكَ جَزَآؤُا الظَّالِمِينَ {29}
“
Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu untuk membunuhku,
sekali-kali aku tidak menggerakkan tanganku. Sesungguhnya
aku takut kepada Allah, Robb sekalian alam. Sesungguhnya aku ingin agar
kamu kembali dengan membawa dosa (pembunuhan ini) dan dosa kamu sendiri
yang lain, maka kamu menjadi penghuni neraka, dan yang demkian itulah
pembalasan bagi orang-orang yang zhalim.” (QS. Al-Maidah: 28-29)
Cara Qabil Membunuh
ketika Habil sedang menggembala kambing tiba-tiba datanglah Qabil dengan membawa batu lalu batu itu dilemparkan mengenai kepala Habil hingga
memecahkannya. Dan pada akhirnya matilah Habil kerananya. Setelah Habil meninggal, tanpa rasa belas kasihan Qabil meninggalkan
jenazahnya di tempat terbuka. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan
kepada jenazah Habil karana ia adalah yang pertama kali
di atas permukaan bumi. Perbuatan Qabil ini akan menanggung dosa dari pembunuhan
tersebut karana ia tidak bertaubat sekaligus dosa orang yang menirunya
yakni melakukan pembunuhan dengan jalan yang tidak benar.
Sabda
Rasulullah SAW
“
Tidaklah dibunuh suatu jiwa dengan zalim melainkan dosa pembunuhan
itu akan ditanggung pula oleh anak Adam yang pertama (Qabil) kerana
dialah yang pertama memberi contoh pembunuhan.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam keadaan yang demikian, Allah SWT mendatangkan dua
burung gagak yang sedang bertarung, salah satunya mati. Maka yang hidup
mengais-ngais tanah dengan paruhnya membuat lubang untuk menanam burung
gagak yang mati. Qabil mengambil pelajaran dari peristiwa itu tentang
cara mengubur jenazah saudaranya.
Al-Qurtubhi mengatakan, “Hasad (dengki) adalah dosa yang pertama kali
dilakukan di langit dan di bumi, di langit adalah dengkinya iblis
kepada Nabi Adam AS dan di bumi adalah dengkinya Qabil kepada Habil.”
Pembunuhan termasuk dosa besar yang mengancam pelakunya masuk neraka.
Pengajaran
Pengajaran yang dapat kita perolehi daripada cerita Habil dan Qabil ini jika kita lihat didunia sekarang akan ada dua watak Habil yang bertakwa dan Qabil yang membangkang dimana - mana. Jadilah Qabil orang yang muflis dan bangkrap kerana terpaksa menanggung @ memikul dosa manusia yang melakukan pembunuhan dosa yang sama. Jika kita lihat berapa banyak pembunuhan yang berlaku sekarang Wallahualam. Sudahlah kita melakukan dosa besar , diakhirat pula kita perlu beri pahala kita kepada orang yang kita zalimi. Berapa ramai yang kita telah zalimi seperti fitnah , hutang dan sebagainya sehingga pahala kita telah kehabisan masih ramai lagi perlu kita beri maka kita kena pikul dosa orang yang kita zalimi Masya Allah.
Jika kita lihat manusia zaman sekarang hidup dalam ketakutan kerana kita tidak mengikut syariat yang Allah tetapkan.Maka kita sebagai umat islam perlu mengikuti menyokong hukum dan undang-undang Allah. Disebabkan kita lari dari syariat Allah manusia tidak takut lagi untuk melakukan dosa dan jenayah. Sebagai contoh kita sudah tidak berani membiarkan anak-anak kita bermain sendirian diluar waima dalam rumah sendiri juga bahaya dengan kes pencolikan, kecurian dan sebagainya.
Bermaafan dan bertaubatlah kita jika masih berkesempatan.
Singgah sini :
Saishy Hijab
|
Saishy Hijab bawal dokoh |
Salam Ramadan
Di kala buntu untuk tampil 'outstanding'
Pilihlah rona-rona terang buat menemani gaya anda itu. Warna blok
ekspresikan gaya jalanan asalkan anda punya keberanian untuk
memakaikannya biar kemana saja kaki melangkah
Third batch
#saishyhijab
Hai gadis lagi berani jom pilih warna blok serlahkan warna sebenar anda.
Whatsupp
0166471910!!!
0166471910!!!
0166471910!!!
No comments:
Post a Comment