Sunday 12 November 2017

Villa Castalia Kampung Tualang Tiga Johor Kembali Ke Dimensi Zaman Dahulu

Villa Castalia

Villa Castalia !!
Kat mana tu ?? 
Okey kita tak sabar nak bagi tahu Villa Castalia nie berada di Tanjung Gemuk , Sedili, Kota Tinggi Kampung Tualang 3 Johor Baharu.
Mesti pernah dengar kan Tualang 3 alaa.. dalam cerita P Ramlee tuu..
Kembara Johor 2017 bersama Johor Tourism membawa kami melihat keistimewaan Villa Castalia dangan menghayati dan menikmati rumah yang kekal klasik pada zaman dahulu. Wow Klasik serta antik yang susah lagi untuk kita temui masa kini.


Air Basuhan Kaki Dalam Tempayan

Inilah keistimewaan rumah ini yang mesti korang lawati kerana masih mengekalkan tradisional  klasik terutama generasi sekarang. Kalau kita lihat banyak tempat - tempat tarikan baru seperti rumah terbalik atau rumah 3D. Tetapi konsep Villa Castalia ini memang saya puji dan terharu kerana kita sendiri dapat mengimbas semula zaman ketika kecil apabila melihat barang yang pernah kita gunakan suatu ketika dahulu.


Lauk Pauk Tradisional Melayu

Kami disambut dengan paluan gendang sangat meriah sekali. Langkah kanan rezeki di jemput untuk makan tengahari di sini Alhamdullilah. Sedap sungguh lauk pauk yang dihidangkan oleh orang kampung Tualang Tiga terima kasih sudi melayan kami.


Di hidangkan oleh wanita melayu berpakaian klasik


tak sabar nak menjamu selera 
Lelangit
Apa fungsi kain seperti di atas tu.. okey kain ini di panggil lelangit biasanya kita boleh lihat 
dirumah - rumah kampung. Kain ini berfungsi untuk mengelakan habuk sangat menarik kan.

Beranda Villa Castalia

Selepas makan kita tinjau dalaman rumah pula lagi sekali kami dijamu kuih tradisional iaitu pulut bakar bersama kopi tualang Johor memang terbaik sedap sangat. 


Pulut Bakar Bersama Kopi Tualang

Peralatan muzik lama

Berada di dalam Villa ini seolah - olah kita berada di dimensi zaman melayu dahulu. Lihatlah barangan di setiap sudut rumah ini dari atas siling hingga setiap sudut segalanya barangan antik. Lampu gas dahulu hiasan tikar daripada rotan dan anyaman semuanya masih kekal cantik dan terjaga.


barangan dan hiasan yang klasik

Pemain Piring Hitam

Alat hiburan zaman dahulu pemain piring hitam. Ada lagi tak yang masih menyimpan koleksi piring hitam. Mesti masih ada lagi kan mungkin dah tidak ramai


Bermain permainan tradisional batu seremban


Hiasan Bilik Pengantin Melayu Dahulu

Kami memang teruja apabila melangkah ke bilik pengantin ini yelah tak sangka dapat melihat hiasan bilik pengantin zaman dahulu kerana susah lagi melihat pengantin sekarang membuat tema begini. Kepada generasi kini bolehlah datang untuk melihat sendiri . Barang yang lama tetap dikenang gitu kan.

Dapur Arang

Dapur arang ini juga kita dah tidak jumpai lagi dimana - mana rumahkan. Saya masih sempat ingat semasa kecil nenek saya masih menggunakan dapur begini. Kayu api perlu sentiasa ada untuk memasak agak renyah juga. Tetapi jika tiada dahulu tentu tiada yang sekarang bukan.


Talam dan Cawan yang Klasik

Rumah Tradisional ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin merasai suasana kampung untuk bermalam , penggambaran , dokumentari dan filem. Boleh hubungi Johor Tourism untuk keterangan lanjut.


Basikal Tua


 Datang sini berjumpa basikal ni sebab terlalu teruja nak naik dan mengayuh tak semena - mena jatuh juga ketanah sepandai - pandai kau bawa basikal. Sakit jugak itulah pesan orang dahulu jangan terlalu berseronok nanti ada benda tak elok boleh terjadi. Pesanan orang zaman dahulu yela kitakan berada dimensi dahulu kala.


Menanam pokok kelapa


Sebelum kembali semula ke dimensi sekarang sebagai tanda kami kembara Johor menaman pokok kelapa. Manalah tahu jika ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi jika umur panjang boleh kita datang lagi. Mungkin pokok kelapa nie dah pun besar tinggi. Kenangan di negeri orang.


Cenderahati


Terima kasih dapat lagi cenderahati bunga telur warna Johor biru merah dapat dua lagi rezeki. yelah boleh pula tetiba telur rebus tu tercabut jatuh tergolek memang nasiblah awak jatuh basikal dapat telur pun jatuh. Dah memberi memori kepada semua orang disitu. Apa pun memang seronok dapat kenal budaya melayu di negeri Johor.



Website : Johor Tourism

Friday 10 November 2017

Amari Hotel Warisan Moden Asia Pilihan Utama Ke Johor Bharu


Kembara Johor membawa kami menginap di Amari hotel bertaraf lima bintang. Melangkah masuk ke hotel ini sangat mengagumkan walaupun pada masa itu kami berasa sangat letih tetapi bila terbau wangian hotel ini terasa begitu segar kembali. Disambut dengan ramah oleh pekerja mereka dengan memberikan kami face towel yang sejuk dan dihidangkan minuman terasa tenaga di cas semula wow


Hotel Lobby

Lobi hotel Amari terletak di aras 6. Amari hotel berasal daripada Thailand yang kaya warisan asia moden. Terutamanya boleh dilihat pada warna , arkitectur , design , makanan dan perkhidmatan. Hiasan dalaman hotel hasil daripada Warren - Brown yang bertempat di Singapura dan mendapat anugerah FBEYE international dan bekerja sama dengan Malaysia kontemporari juga bersama sentuhan Thailand. 


Reception Counter

Amari hotel lebih berkonsepkan 'business' dan santai yang terletak ditengah bandar Johor Bharu. Hanya 30 minit daripada lapangan terbang Senai. 5 minit sahaja berjalan daripada JB kastam dan imegresen. Akan datang berdekatan dengan Mass Rapid Transit MRT yang terus berhubung dari Johor Bharu terus ke Singapura.


Panel berikonik gajah

Pelanggan akan melihat sentuhan design Thailand terutamanya pada panel yang ditauliahkan  dengan skrin berikonik gajah Thai dan pokok yang sinonim dengan budaya Thailand. Selain itu aras lobi ini direka dengan ruang makan , perpustakaan untuk bersantai dan berehat. Perkhidmatan lain yang terdapat disini seperti Breeze Spa , Amaya Food Gallery , Amaya Cafe , Ballroom dan Meeting Room .


Idea Room Creative meeting space

Kemudahan untuk menjalankan seminar dan mesyuarat  seperti  peralatan audio sediakan di setiap bilik event termasuk sistem bunyi , pencahayaan  & peralatan pembentangan seminar.


Library

Komputer

Ruang Menunggu 

Kemudahan & Perkhidmatan lain yang terdapat di aras 6  Amari hotel :
  • 24 jam kaunter pertanyaan
  • Concierge Service
  • Idea room meetingspace
  • Wi-Fi & Komputer 
  • Perpustakaan
  • Limousine Service
  • Babysitter
  • Parking
  • Tour desk 

Ballroom

Amari ballroom boleh di bahagikan kepada dua bilik funtion iaitu Rex & Lido sesuai untuk meeting , gathering dan celebration. Manakala The Venus ballroom pula untuk conference , pakej mesyuarat , planning event dan untuk kemahiran seperti bidang kulinari.

Conference & Banquet "The Terrace Ballroom" boleh memuatkan 650 orang sesuai untuk  : 
  • Perkahwinan yang romantik
  • koktail
  • Parti hari lahir
  • Sambutan ulang tahun
  • Social gathering

Peralatan untuk kegunaan majlis juga disediakan seperti :
  • Sound projector
  • LCD projector
  • DVD player
  • LCD TV
  • Laser pointer
  • Multivision shows, film projection & video conference 

Sound system yang digunakan adalah yang terkini ditempatkan di semua ballroom dan ruang majlis.
Peralatan untuk majlis seperti : 
  • Microphones , table stand , clip & wireless
  • Loudspeakers
  • Recording
  • Background Music
  • Telephone & video conferencing 

Breeze Spa




Breeze Spa Amari di buka 10.00 am - 10.00 pm. Terdapat 3 bilik single termasuk bilik suite terapi dengan jacuzzi untuk pasangan.  Setiap rawatan sangat unik dan menjanjikan ketenangan , kerehatan dan lebih bertenanga. Dalaman Spa berkonsepkan Urban Chic Design.




Spa pakej termasuk Mood Massagees & Mood Scrubs. Perkhidmatan urutan termasuk seluruh badan dari kepala hingga kaki selama 3 jam dan 60 minit untuk mood massage. Manakala pakej Energy Boast 130 minit adalah terapi paling popular di Breeze Spa.  



Bahan alami yang di gunakan adalah inspirasi dari Johor Bharu sendiri iaitu kopi untuk terapi keseluruhan badan bersama citrus body scrubs dan juga sitrus  essential oil untuk mendetoksifikasikan kulit.


Staff yang sangat peramah disini

Selain itu Breeze Spa juga terdapat terapi Thailand yang di panggil urutan Sabai untuk kegembiraan dan ketenangan. Menggunakan Thai root untuk merehatkan otot yang stress dengan meletakan siames hot stone. Antara terapi thai yang menjadi pilihan seperti siamese Foot Massage dan Muay Thai.



Anda juga boleh memanjakan diri  dari pagi sehingga petang dengan terapi body Glow , Super stress relief dan Essential Body. Rawatan untuk muka menggunakan jenama Dr Murad yang terkenal seluruh dunia membantu kulit lebih bercahaya dan anti penuaan. Manicure dan pedicure juga di tawarkan disini. Terdapat butik produk untuk anda melakukan sendiri rawatan di rumah


Bahan alami semulajadi






Katil terapi spa yang selesa


Amaya Food Gallery


Open Kitchen Concept

Amaya Food Gallery terletak di aras 6 di buka sepanjang hari untuk sarapan pagi , makan tengahhari dan makan malam. Restoran ini berkonsepkan 'open kitchen' dimana kita boleh melihat chef  melakukan kerja mereka menyediakan makanan dan memasak sangat menarik kan.





Makanan yang terdapat di sini bercitarasakan asian dan menu antarabangsa inspirasi daripada makanan jalanan yang terdapat di seluruh rantau.


Antara yang menjadi pilihan adalah daripada makanan Chinese , Indian , Malay dan Thailand.

Tea & Coffee Maker Bar
Promo weekend bufet dinner 
Friday , Saturday & Public Holiday
Dibuka dari 6.30 pm - 10.30 pm 
RM 98 ++ per person including free flow of soft drinks
RM 158 ++ per person including free flow of beer 
50% off for children fro 6-12 years old and senior citizen 60 & above
Pelbagai pilihan makanan tempatan , antarabangsa dan Thai specialties.

Ruang Makan

Panal Partition Thai design

Ruang Makan

Ruang Makan

Open Kitchen
Weekend High Tea Buffet
Saturday , Sunday & Public Holiday
Dibuka 12.30 pm - 3.30 pm 
RM 68 ++ per person including free flow of soft drinks
RM 128 ++ per person including free flow of beer 
50% off for children fro 6-12 years old and senior citizen 60 & above



Untuk membuat reservation call : +60(7)2668888
Email : fnbcoordinator.johorbharu@amari-com
harga termasuk service charge & GST tax.

Cafe Amaya


Amaya Cafe terletak di lobi. Dibuka dari 6.30 am - 6.30 pm. Berkonsepkan hip new generation menawarkan persekitaran yang santai. Pilihan yang menarik disini adalah kek , pastrie & scones sweet savoury juga TWG tea yang sememangnya famous.


Cakes

Pastries

Selain itu terdapat Dip Bar Cafe di level 8, di kelilingi oleh taman tropika , outdoor pool , spa & pool side refreshment. Antara menu disini seperti smoothies , detox drinks, TWG tea , moktails , fresh juice , beer , wine & salad.


TWG Tea
 Hotel pertama di Malaysia yang menawarkan TWG tea wow


Afternoon Tea - RM 68 ++
Reservation : +60( 7 ) 2668888
Email : amaya.johorbharu@amari.com


Amari Guest Room 

Superior Room

Penginapan Amari Hotel mendapat sentuhan hiasan dalaman daripada Malaysia yang terdiri daripada 242 bilik. Hiasan dalaman sesuai untuk bersantai dan business konsep.

Terdapat 7 jenis bilik di Amari Hotel Johor Bharu :
  • Superior 
  • Deluxe
  • Grand Deluxe
  • Deluxe pool access
  • Executive Club
  • Junior Suite
  • One bedroom suite

Bathroom
Bilik air berkonsepkan spa.

Wardrobe Include Steam Iron
Almari dual depan dan belakang boleh dibuka

Work Station
Station kerja yang ergonomik


Deluxe Pool Access From Room

Pool

Outside Room Acsess To Pool

Perabut keseluruhan bilik adalah daripada tempatan dengan kepala katil yang menggambarkan angin segar yang bertiup. Di imbangi dengan motif tradisional Thai di mana ukiran laci , cushion , fabric dan  panel kaca.


 
Room features
  • Work desk
  • Safety box
  • Minibar
  • Ironing facilities
  • Emergency lighting
  • Smoke alarms
  • 240V electrical sockets
  • Trouser press (available on request)
  • Tea and coffee making facilities
  • Individual climate control

Bathroom
Bathroom facilities
  • Shower
  • Hair dryer
  • Slippers
  • Bidet
  • Shaving mirror
  • Shaver point
  • Complimentary toiletries 
  • Bathrobe   


Glasses Shower Room

Bedroom Suite and Deluxe Pool AccessKing

Executive Lounge

Executive Lounge Meeting

Terletak di aras 20 menawarkan service persendirian , privacy dengan Johor Bharu View skyline. Tetamu juga menerima club privileges termasuk sarapan pagi , all day refreshment dan evening cocktails.




Executive Lounge privileges:
  • Private check-in and check-out
  • Complimentary daily buffet breakfast from 06:30 to 10:30
  • Fruit juices, soft drinks, tea, coffee and snacks served all day
  • Private dining and lounge area with a la cart dining (extra charges apply)
  • Daily cocktail hour
  • Customised pillow menu

Executive Coffee Bar
Gym juga disediakan


Facebook : Amari Johor Bharu 
GPS: 1.463286, 103.761629  
No.82C, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Website : Tourism Johor