Friday 26 October 2018

Orang Utara Nak Turun Kuala Lumpur Terokai Perjalanan Dengan Traveloka




Assalammualaikum

Sapa kat sini yang dah terbukti peminat nasi kandaq ? Hampa mesti pernah try nasi kandaq line clear kat Penang kan. Teringat mesti teruih meleleh ayaq liuq melainkan hampa dah ada kat sana. Sekarang nie lebih mudah dengan adanya Traveloka kita boleh bercuti kemana - mana sahaja terutama bercuti dalam Malaysia ja sebab ramai yang suka bercuti di dalam negara sendiri. So kalau korang rasa nak fly dari KL ke Penang atau hampa ni orang utara yang nak fly from Penang to Kuala Lumpur korang leh find out kat Traveloka kat sini hampa boleh book flight tiket sekali . 


Kebiasaannya traveller suka pergi ke sebuah tempat yang jauh dari tempat depa tinggal. Ada yang suka travel dengan kereta sendiri , sewa van or bas dan ada jugak suka naik kapal terbang sebab nak save masa dan tak penat sangat. Pada zaman dulu , orang yang naik kapal terbang ni boleh dikatakan antara orang kaya dan ada duit yang banyak , tapi nowadays , setiap orang boleh terbang macam slogan Air Asia plak kan . Actually orang yang naik kapal terbang nie bukan sahaja ' tourist ' yang ingin melancong, malah orang yang ada urusan kerja , perniagaan , balik kampung pergi belajaq dan sebagainya. Oleh kerana ramai yang menggunakan kapal terbang sebagai ' transport ' untuk ketempat yang depa ingin pergi, pasti susah jika tiket sentiasa penuh dan harga makin mahal. Jangan risau, ada cara untuk kita dapatkan tiket kapal terbang yang murah tapi kat mana tu rasanya ? 






The name is Traveloka ada menawarkan servis menjual tiket kapal terbang. Disebabkan oleh website dorang berkonsepkan travel , ada juga kemudahan untuk mendapatkan harga tiket yang murah. 
Why di Traveloka ? kerana sudah terbukti , di web Traveloka ini kita dapat comparekan harga tiket kapal terbang antara airline company sekaligus ' make our life easier ' daripada kita pergi ke website syarikat satu persatu . Tak pening dah kan ? Pada zaman dunia tanpa sempadan sekarang , pasti kita mahu permudahkan perancangan untuk book tiket flight dan dapat menjimatkan masa dengan surf di website Traveloka. 






That is why , kita pasti dapat cari ' the cheapest price ' dengan type date sesuai yang kita nak book tiket flight itu. Tiada caj tersembunyi , dan dapat book untuk seluruh Asia Tenggara dan ke benua lain. Selain itu di Traveloka , urusan jual beli adalah dijamin selamat . Lebih selamat daripada kita pergi direct ke travel agensi  bukan untuk burukkan dorang , tetapi di sebabkan ada kes - kes menipu dimana kita bayar deposit tetapi trip kita di tangguhkan atau agensi itu hilang . Berbeza di Traveloka kerana di sini pengalaman kita seperti shopping online ,  kita dapat book hotel dan juga flight tiket dari syarikat yang berbeza . Boleh dikatakan ' one stop travel planning ' la kan. 





Selain itu , perkhidmatan web depa nie memudahkan kita sehingga kita tak perlu keluar rumah , cuma mengambil plan data atau wifi , online dan surf web dorang , tekan sini tekan sana , make sure dalam bank kita ada duit dan teruskan book flight tiket . Dijamin selamat , mudah , tak pening atau confuse. Traveloka ini sudah semakin di kenali ramai  , dorang juga menawarkan perkhidmatan khidmat pelanggan 24 jam , 7 hari seminggu . Jadi bagi sesiapa yang ada masalah atau sebarang pertanyaan berkenaan booking bolehlah hubungi depa terus. Tidak perlu lagi risau harga yang mahal , kerana kita boleh survey harga yang paling murah , malah diorang juga akan buat promo dari masa ke semasa . Syokkan ? 





Kini banyak plan untuk ke mana sahaja di pelusuk dunia di hujung jari , dan pada masa ini , tidak perlu pergi banyak website , cuma perlu browse di website Traveloka. Tidak rugi untuk mencuba dengan Traveloka sangat terjamin , mudah , merupakan jalan penyelesaian bagi yang ingin travel last minute . Tak perlu lagi untuk mengisi minyak  pergi ke opis travel agensi atau airport untuk mencari dan booking flight ticket. 



Cara untuk mendownload Aplikasi Traveloka

  • Muat turun aplikasi Traveloka melalui Google Playstore
  • Register untuk mendapatkan info dan promosi tiada cas pembayaran dikenankan
  • Click search sama ada untuk booking flight , hotel atau flight & hotel terus 
  • Aplikasi ini akan membantu anda bandingkan harga
  • Setelah membuat keputusan memilih dan proses booking Traveloka akan mendapatkan pengesahan betul atau tidak hotel atau flight yang telah kita booking. 
  • Untuk proses pembayaran Trevaloka menyediakan banyak kemudahan perbankkan yang boleh dipilih untuk kemudahan kita. 
  • Setalah penbayaran resit akan di hantar menerusi email.  



Hotel Promo


Untuk info lanjut layari web : Traveloka 











Tuesday 23 October 2018

7 Fungsi Dalam Aplikasi Cannis Kini Antara Bintang Tersenarai Di NASDAQ 2021!


Assalammualaikum,


Mesti kita telah mengetahui tentang Aplikasi Cannis yang telah viral dan ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut sebelum ini juga telah di kongsikan pada post yang lalu.




Aplikasi Cannis 7 fungsi dalam 1 kini memberi banyak manfaat kepada perusahaan e - dagang dan kini bakal tersenarai di Nasdaq yang mana aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.




Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi.


Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.


"Kami sangat berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir lancar O2O."



Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik.

Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.


Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun.


Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran.




Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.


Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.


Mod Maya-Realiti yang digabungkan dengan Mod O2O


App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.



Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.


Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.




Rakan Strategik Cannis


Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.


Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.




Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App. Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.




Untuk mendapatkan maklumat lanjut, 
   sila layari : 
http://cannis.app.



Friday 12 October 2018

Projek Perindahkan Bandar 'Unseen Tours KL ' Travel360.Com Dengan Kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dan Yellow House

Yellow House Founder Shyam Priah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Executive Director Project Management Datuk Sr. Hj. Mohd Najib Bin Hj. Mohd, the 12th Mayor of Kuala Lumpur YBhg. Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan and travel360.com CEO Spencer Lee unveiling the latest mural in Kuala Lumpur as part of the special partnership. 

Assalamualaikum , 

Travel360.com perkasakan rakan jalanan bersama Yellow House dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) untuk memperindahkan bandar Kuala Lumpur dan memperkasakan komunitinya.  Travel360.com adalah platform majalah digital dalam penerbangan Air Asia dengan kerjasama ini dapat menyediakan pengalaman perjalanan sebenar dengan mengintegrasikan komuniti dan kisah mereka. 


Melalui Projek ' Unseen Tours KLTravel360.com akan menawarkan program lawatan 'travel360 Dance Walking-Tour ' yang eksklusif yang diterajui oleh rakan jalanan dan komuniti yang kurang bernasib baik dan terlatih sebagai pemandu pelancong. 


Acara itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-12 YBhg. Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan yang turut melancarkan sebuah mural khas bagi menandakan kerjasama itu. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Travel360.com Spencer Lee dan Pengasas Yellow House Shyam Priah. 


Ketua Pegawai Eksekutif Travel360.com Spencer Lee berkata, " Perjalanan bukan terhad kepada percutian penuh keseronokan tetapi juga pengembaraan dan penemuan. Kini ramai mencari pengalaman sosial yang melibatkan komuniti dan budaya. Justeru, kami teruja akan kerjasama ini untuk melihat kuasa sektor pelancongan dalam mengubah kehidupan komuniti yang datang dari pelbagai latar belakang. Program lawatan eksklusif ini juga merupakan inisiatif untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakan - rakan jalanan di Kuala Lumpur dengan melatih mereka untuk menjadi pemandu pelancong yang berpengalaman. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Yellow House dan DBKL atas sokongan mereka dalam merealisasikan visi ini. 


Pengasas Yellow House Shyam Priah berkata, Projek ' Unseen Tours KL ' bukanlah untuk memfokuskan kepada sisi kemiskinan di Kuala Lumpur. Tetapi ianya berdasarkan pengalaman dan pengetahaun oleh rakan - rakan jalanan kita. Jadi , pada hakkatnya kita telah mengalihkan kelemahan mereka menjadi kekuatan dengan memberi peluang untuk membuat sesuatu yang akan meningkatkan taraf kehidupan mereka. Projek ini juga mentransformasikan , memampankan dan mengembalikan martabt mereka. Dengan kerjasama seperti ini, kami berharap untuk memperkasakan lebih banyak kehidupan kerana model perusahaan sosial ini membolehkan ia turut dijalankan di bandar- bandar lain. 


Datak Bandar Kuala Lumpur ke-12 YBhg.Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, '' kami mengalu-alukan kerjasama seperti ini kerana ia benar - benar menunjukkan bahawa organisasi yang berbeza boleh berganding bahu untuk terus meletakkan bandar ini di mata dunia. Kami juga yakin bahawa mural terbaru di bandar ini akan menjadi satu tarikan tambahan yang positif dan pasti menarik pelancong asing dan tempatan. " 

Terletak di Lorong Bandar 20 , Jalan Tun H.S.Lee di pusat bandaraya Kuala Lumpur dan berhampiran dengan kuil Sri Mahamariamman , mural tersebut adalah bukti kepada apa yang dapapt dicapai melalui kerjasama organisasi dan NGO untuk tujuan sosial. Buaian tersebut menggambarkan semangat rakan - rakan jalanan yang positif. Unsur interaktif juga digambarkan pada mural tersebut untuk menggalakkan orang ramai berkongsi     minat mereka untuk melancong.



Tiket lawatan 'travel360 Dance Walking-Tour ' Rm 85 seorang :



Aktivit : menyertai tarian dan persembehan kilat berkumpulan ( flash mob ) di sekitar mercu tanda bandar Kuala Lumpur serta mempelajari sejarahnya.

Info lanjut berkenaan promosi dan aktiviti : 


Website : travel360.com




Wednesday 10 October 2018

McCormick Herba dan Rempah Berwajah Baru Pilihan Rakyat Malaysia



McCormick's trendy new packaging for its herbs, spices and seasonings lives up to the brand's promise of bringing consumers fresh, delicious flavors in every dish. 



Assalmmualaikum


McCormick memang menjadi pilihan dalam masakkan di kalangan warga Malaysia kini dengan wajah baru herba dan rempah McCormick yang terkenal di seluruh dunia telah di suntik nafas baru ke rangkaian produknya dengan pembungkusan yang lebih menarik , terkini dan bergaya . 


Pengguna kini lebih mudah untuk memilih dan mencari di rak - rak kedai degan imej logo dan warna - warna telah di kemas kini lebih menarik dan bergaya . Penggunaan kod warna baru hijau , merah dan oren untuk setiap kategori produk membolehkan pengguna memilih apa yang di perlukan dengan mudah sama ada mereka menginginkan herba , rempah atau perasa. 







McCormick disertakan dengan label baharu dapat mengispirasikan sambil memasak dengan pelbagai cadangan dan idea tentang cara untuk menggunakan setiap produk sama ada untuk ditabur di atas bahan tertentu di gandingkan dengan bahan satu lagi produk McCormick atau di tambah kedalam sajian kegemaran. 




McCormick's Garlic Powder


Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd pengedar bagi McCormick  Mohan Alagappar menyatakan McCormick adalah pakar dalam pengeluaran rempah dan herba  serta memahami kehendak pelanggan . Wajah baru ini di reka supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna 



McCormick's Chili Flakes




Pembungkusan yang lebih menarik mencerminkan jenama McCormick untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada setiap sajian masakan . Produk McCormick yang berwajah baru dalam rangkaian produk yang popular seperti Black Paper Cracked , Oregano Leaves , Paprika Ground , Mixed Herd , Chili Flakes dan lain lain boleh di dapati di kedai runcit dan pasaraya di seluruh negara .


McCormick's Cinnamon Ground 




Untuk maklumat lanjut tentang herba dan rempah McCormick atau idea-idea resipi, sila layari laman
 website :  www.mccormick.com.

Domino's Pizza Bersama Pepsi Black Melancarkan Peraduan ' Everyone's A Winner ' Menangi RM 130,000

En Shamsul Amree, Deputy President of Domino's Pizza Malaysia & Singapore, [Center] Mr Santharuban T. Sundaram, Vice President, Marketing of Etika Sdn Bhd and [Right] Pn Linda Hassan, Senior Vice President, Marketing of Domino's Pizza Malaysia & Singapore presenting the new Bold Combo available from October 8 to November 4, 2018 at the launch of the Everyone's A Winner Contest where customers stand a chance to win the Grand Prize of a Honda City along with other exciting prizes


Assalmmualaikum

Buat semua pencinta Domino's Pizza nikmati pizza kegemaran anda yang dipadankan bersama  Pepsi Black tanpa kalori dengan kerjasama bersama rakan kongsi syarikat minuman Etika dengan menawarkan peraduan menarik untuk dimenangi hadiah bernilai lebih daripada RM 130,000. 


Peraduan  ' Everyone's A Winner ' setiap orang adalah pemenang khas buat penggemar Pizza Domino's pelbagai hadiah menarik untuk di bawa pulang . Hadiah utama merupakan sebuah kereta Honda City bernilai RM 80,000 , hadiah bernilai RM 130,000 untuk direbut , 3 buah Samsung Galaxy S9 , 10 unit Logitech G560 spekers gaming , 20 unit Samsung Gear VR berserta alat kawalan , 50 bauchar Pizza Dominos. 

Peraduan ini akan bermula pada 8 Oktober sehingga 4 November 2018 dan dengan setiap pembelian Domino's bold combos pelanggan akan layak memenangi peraduan ini . Naib Presiden Kanan Pemasaran Dominos Pizza Linda Hassan semasa pelancaran peraduan menyatakan ini adalah untuk menghargai dan memberi penghargaan kepada pelanggan yang memberi sokongan secara berterusan kepada Dominos Pizza.


Kolaborasi bersama Pepsi Black melalui Etika minuman ini sangat berpadanan digabungkan bersama Dominos Pizza dan memberikan pengalaman yang berbeza buat pelanggan. Pepsi Black adalah salah satu pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati kola tanpa kalori . 



En Shamsul Amree, Deputy President of Domino's Pizza Malaysia & Singapore, Mr Santharuban T. Sundaram, Vice President, Marketing of Etika Sdn Bhd and  Pn Linda Hassan, Senior Vice President, Marketing of Domino's Pizza Malaysia & Singapore officiating the launch by revealing the grand prize, a brand new Silver Honda City!


Pelanggan Domino's Pizza boleh merebut bold combos yang terdiri daripada Bold Buddy Combo pada RM 35.90 . Pelanggan juga boleh menikmati 2 pizza deals pada harga RM 28.30 bersaiz biasa & RM 47.15 untuk 2 pizza bersaiz besar juga RM 66.05 untuk pizza saiz Xtra besar. Untuk lebih ganjaran pelanggan juga bole memilih 2 pizza deals dengan keju Extra RM 30.65 bersaiz biasa . 
RM 50.45 untuk 2 pizza bersaiz besar dan RM 70.30 untuk pizza bersaiz Extra besar 70%  keju Extra. 


Cara Pernyertaan Peraduan  ' Everyone's A Winner '
  • Dengan pembelian sebarang pizza beserta Pepsi Black 1.5 ml
  • Menyertai permainan ' Kira Pepsi Black dan Pizza yang tersembunyi ' 
  • letakkan slogan paling kreatif di web : www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner
  • Pelanggan yang mempunyai mata terkumpul yang tertinggi semasa tempoh peraduan akan memenangi sebuah kereta
  • Dengan setiap pembelian bold combo pelanggan akan mendapat 2x mata ganjaran .