Monday 18 January 2016

Makan Beralaskan Daun Pisang @Fathima Restoran Banana Leaf Bangsar


Assalamualaikum

ha.. korang penah tak makan dekat restoran hanya beralaskan daun pisang jer??
Yup daun pisang ?
Biasanya kita akan jumpa bila bungkus nasi lemak kan!
Haa.. sebenarnya daun pisang nie banyak betul kegunaannya..
Maka sesuatu yang Allah SWT jadikan ada manfaatnya..
Restoran Fathima Banana Leaf menjadikan daun pisang antara tarikan kepada sajian makanan di restoran mereka..
Satu tarikan yang unik dan menarik.
Apa sebab daun pisang ini berguna kepada makanan.. jom moh nak cite..

Set Nasi Beriani Ayam
Kalau di Malaysia kita dapat lihat kaum india selalu makan beralaskan daun pisang nie. Kerana menjadikan hidangan masakan itu lebih segar dan bersih. Fathima Restoran memilih daun pisang untuk dialaskan dengan masakan selatan india supaya dapat mengekalkan kualiti dan aroma hidangan dari negara asal. Chef restoran ini juga berasal dari Selatan India. Apa yang dapat kita lihat konsep restoran ini juadahnya lebih sihat kerana banyak hidangan sayur-sayuran bonus kepada mereka yang vegeterian dan berdiet..

Pilihan juadah lauk pauk ala2 indian cuisine
 
 Alkisah cerita daun pisang...
  • Sangat kaya dengan sebatian berasaskan tumbuhan yang dipanggil polifenol seperti yang terdapat dalam teh hijau.
  • Polifenol adalah antioksidan semulajadi yang mana dapat mencegah  penyakit.
  • Selain itu daun pisang adalah penambah rasa semulajadi dan bebas sebarang pengawet. kerana daun pisang mempunyai lapisan lilin yang halus apabila makanan panas dihidangkan diatas daun, lilin akan cair dan memberi aroma makanan itu lebih enak.

bestnya adik makan dah tak risau lagi tumpah
  •  Daun pisang bebas daripada sebarang bahan kimia seperti sabun jika dibandingkan dengan pinggan. secara tak langsung lebih jimat kos.
  • Sangat eco friendly iaitu mesra alam daun pisang ini mudah terurai semulajadi dalam masa yang singkat berbanding plastik. Soo.. mesti korang teruja lepas ni nak makan beralaskan daun pisang kann..
  • Praktikal sangat kerana saiznya yang besar dapat menampung seluruh komponen lauk pauk.
  • Juga kalis air sehingga dapat menggelakkan kuah melimpah keluar.
Rupa dah tak sabar nak rasa sajian beralaskan daun pisang..

      Pintu masuk disambut oleh ayam tandori

Restoran Fathima Banana Leaf

Beralamat: 
16, Jalan Bangsar Utama 1
59000 kuala Lumpur
Malaysia.
Tel : 603 22022186

Wednesday 13 January 2016

Bestnyerr Bersihkan Wajah Dengan Pobling Pore Sonic Cleanser

Assalammualaikum

Sebenaqnya selalu juga terfikiaq perlu ker guna menda alah nie ??
just untuk cuci muka krik..krik..
pakai jari pon bolee.. tapi kengkadang bila tengok muka orang korea yang cute miut tu sebab dorang cuci wajah guna pobling nie terus berubah  persepsi beb!
Satu hari tu jenjalan masuk kedai Mr DIY nampak la Pobling nie.. belek2 kotak dia sebelum nie tak pernah pun tau macam mana cara nak guna. Tetiba cam tertarik ala2 magnet nak try pakai. Soo.. tengok harga okeyla RM 18 sahaja bolehla beli untuk percubaan.

Selepas mencuci kulit wajah mengunakan pobling  memang rasa berbeza yang ketara sangat pada buih sabun pencuci tu.. Biasanya bila gunakan jari lama2 kita gosok kat kulit muka then jadi melekit pastu cam nak bermiyak. Ape yang berbeza pencuci muka kita masih berbuih walau pun diurut2 dengan berus pobling nie. Selepas bersihkan dengan air biasa kulit rasa sangat licin dan bersih sangat yang penting terus rasa confident beb !


 Ha.. cam teruja kan okey sebelum pi beli kena tau la juga serba sikit pa benda Pobling nie. 

Ciri2 yang ada pada Pobling nie :

*    
10,000 getaran sonik ( vibrate ) 

*     
Berus mikro yang halus lagi lembut ( sesuai digunakan kulit sensitif dan kawasan bawah mata )

*     
Berus boleh diganti dan pobling nie menggunakan kuasa beteri 1 AAA

Apa yang pobling nie boleh lakukan??

*   
 kuasa vibrate memberikan kesan lebih bersih semasa mencuci kerana tidak melekit dan berminyak.
 Jika    menggunakan jari masih terdapat kekotoran.. Opps.. sebenarnya mencuci gunakan jari juga  perlukan teknik yang betul yee.. hanya gunakan hujung jari sahaja dan urutan juga perlu betul supaya kulit sentiasa tegang..

Meningkatkan keanjalan kulit menjadikan wajah awet muda gituu.. berus yang lembut itu seperti massage melicinkan kulit dan menghilangkan garisan2 halus.

*
 Membantu masalah jerawat , cepat kecutkan dan hilangkan parut jerawat.

Selepas bersihkan wajah dapat merangsang penyerapan seperti moisturizer dan cream dengan lebih baik.

Membersihkan make up dengan mudah.

Cara Penggunaan :
 
Basahkan kulit muka dengan air biasa terlebih dahulu. Basahkan pobling dengan air suam 

Letakkan sabun pencuci muka pada berus pembersih.

Hidupkan pobling dan urut dengan lembut kulit wajah dan getaran dapat dirasakan. Gerakan tangan secara  urutan.

*
Kemudian bilas wajah dengan air biasa .

Langkah Terakhir

Cuci Pobling menggunakan air suam supaya dapat menghindarkan sisa kotoran yang melekap pada berus dan dapat tahan lebih lama.

wajah segar dan bersih  selepas gunakan pobling 

Friday 8 January 2016

Teruja dengan Air Asia Blogger Community (AABC)

 
Assalammualaikum

Firstly rasa happy sangat sebab dapat join AABC Air Asia Bloggers community. 
Bila dapat tahu tentang AABC nie terus nak join. 
Blogger's baru macam teman nie perlu banyak dapat pendedahan tentang informasi terbaru terutama berkaitan dengan perkara yang kita minat. 
AABC merupakan salah satu peluang pada teman kira langkah kanan lah.. 
Sebenarnya teman tertarik dengan tagline Air Asia sendiri "Now Everyone Can Fly " dengan menawarkan penerbangan tambang murah.
Jika diberi peluang oleh AABC untuk eksplorasi sesuatu yang baru dan dapat beri inspirasi serta informasi yang bagus kepada yang lain serta dapat diaplikasikan merupakan satu cara teman membantu mereka dengan memberi informasi berguna dan terkini.