Wednesday 13 January 2016

Bestnyerr Bersihkan Wajah Dengan Pobling Pore Sonic Cleanser

Assalammualaikum

Sebenaqnya selalu juga terfikiaq perlu ker guna menda alah nie ??
just untuk cuci muka krik..krik..
pakai jari pon bolee.. tapi kengkadang bila tengok muka orang korea yang cute miut tu sebab dorang cuci wajah guna pobling nie terus berubah  persepsi beb!
Satu hari tu jenjalan masuk kedai Mr DIY nampak la Pobling nie.. belek2 kotak dia sebelum nie tak pernah pun tau macam mana cara nak guna. Tetiba cam tertarik ala2 magnet nak try pakai. Soo.. tengok harga okeyla RM 18 sahaja bolehla beli untuk percubaan.

Selepas mencuci kulit wajah mengunakan pobling  memang rasa berbeza yang ketara sangat pada buih sabun pencuci tu.. Biasanya bila gunakan jari lama2 kita gosok kat kulit muka then jadi melekit pastu cam nak bermiyak. Ape yang berbeza pencuci muka kita masih berbuih walau pun diurut2 dengan berus pobling nie. Selepas bersihkan dengan air biasa kulit rasa sangat licin dan bersih sangat yang penting terus rasa confident beb !


 Ha.. cam teruja kan okey sebelum pi beli kena tau la juga serba sikit pa benda Pobling nie. 

Ciri2 yang ada pada Pobling nie :

*    
10,000 getaran sonik ( vibrate ) 

*     
Berus mikro yang halus lagi lembut ( sesuai digunakan kulit sensitif dan kawasan bawah mata )

*     
Berus boleh diganti dan pobling nie menggunakan kuasa beteri 1 AAA

Apa yang pobling nie boleh lakukan??

*   
 kuasa vibrate memberikan kesan lebih bersih semasa mencuci kerana tidak melekit dan berminyak.
 Jika    menggunakan jari masih terdapat kekotoran.. Opps.. sebenarnya mencuci gunakan jari juga  perlukan teknik yang betul yee.. hanya gunakan hujung jari sahaja dan urutan juga perlu betul supaya kulit sentiasa tegang..

Meningkatkan keanjalan kulit menjadikan wajah awet muda gituu.. berus yang lembut itu seperti massage melicinkan kulit dan menghilangkan garisan2 halus.

*
 Membantu masalah jerawat , cepat kecutkan dan hilangkan parut jerawat.

Selepas bersihkan wajah dapat merangsang penyerapan seperti moisturizer dan cream dengan lebih baik.

Membersihkan make up dengan mudah.

Cara Penggunaan :
 
Basahkan kulit muka dengan air biasa terlebih dahulu. Basahkan pobling dengan air suam 

Letakkan sabun pencuci muka pada berus pembersih.

Hidupkan pobling dan urut dengan lembut kulit wajah dan getaran dapat dirasakan. Gerakan tangan secara  urutan.

*
Kemudian bilas wajah dengan air biasa .

Langkah Terakhir

Cuci Pobling menggunakan air suam supaya dapat menghindarkan sisa kotoran yang melekap pada berus dan dapat tahan lebih lama.

wajah segar dan bersih  selepas gunakan pobling 

No comments:

Post a Comment