Assalammualaikum
Sekarang tengah musim demam terutama kanak2 mudah terkena jangkitan.
Pengalaman pertama kali anak terkena tarik betul2 memberi trauma terutama kepada ibu akibat masih terkejut lagi dengan kejadian tersebut. Banyak memberi pengajaran dan berhati2 kelak. Kalau boleh tak nak ingat lagi perkara begini.. Tapi mungkin masih ada ibu2 lain belum tahu apa perlu kita lakukan bila anak dah kena tarik.
Pada mulanya demam biasa jer suhu cuma 38C.Keesokan pagi suhu Qayyum dah turun lepas makan ubat. Ibu pun bersiap macam biasa ke tempat kerja. Dalam Around jam 11 dapat panggilan talefon suhu Qayyum makin naik makan ubat muntah balik.Terus call En Hubby amik dekat opis then sampai rumah jam 11.00 terus pergi klinik. Setelah ambil ubat dalam perjalanan balik rumah suhu badan anak makin bertambah tetiba senyap mata da naik keatas tangan dah mengeletar didada. Kebetulan berlaku berdekatan dengan klinik kesihatan dalam keadaan terkejut terus bawa kesitu.. Alhamdullilah Allah bantu.
Kejadian sawan tadi kurang dari lima minit. Mereka dah stabilkan oksigen dan menurunkan suhu badan Qayyum sementara menunggu ambulans untuk ke hospital.Okey jika pertama kali anak terkena sawan perlu dimasukkan ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut.. Semasa dihospital demam disebabkan bengkak tonsil. Setelah 3 hari pulang kerumah Qayyum demam semula dan batuk bertambah teruk kena warded sekali lagi.Kali ni pemeriksaan di buat lebih detail kerana demam telah melebihi 2 minggu lebih so we should be worried. Setelah X ray paru2 terdapat tanda putih doktor menyatakan kemungkinan jangkitan kuman. Jadi Qayyum di warded semula.Setelah darah diambil doktor masukkan antibiotik bersesuaian Alhamdullilah Qayyum semakin sembuh. Ibu2 jika anak anda demam melebihi seminggu kita kena buat pemeriksaan detail. Pengajaran buat saya juga agar tidak leka dan lambat beri ubat ikut waktu yang betul.
Jadi saya beri sedikit panduan sebagai langkah berjaga- jaga
SEBELUM SAWAN
1. Ibu bapa boleh mengawal sawan demam dengan mengawal
demam mereka. Ini adalah berkesan dengan cara mengelap anak yang demam
dengan tuala yang basah daripada air paip atau air yang suam sedikit
(jangan gunakan ais kerana ia boleh menyebab hypothermia).
2. Beri anak minum ubat seperti sirap paracetamol.
3.
Boleh beri satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3
tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam (ambil salah
satu samada melalui mulut atau punggung).
4. Jangan pakaikan anak
dengan pakaian yang tebal. Pakaian tebal boleh menaikkan lagi suhu.
Buka pakaian anak dan letak di bawah kipas. Lap dengan air paip ke
seluruh badan.
KETIKA SAWAN
1.
Jangan Panik. Cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa
ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu
berlaku.
2. Longgarkan segala pakaian.
3. Jangan ambil
sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh
menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan
tercekik objek asing sekiranya patah.
4. Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan.
5. Lap apa-apa yang lendiran atau air liur yang keluar dari mulut.
6. Duduk bersama anak anda sehingga sawan tamat.
SETELAH SAWAN
1. Baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ini akan mengelakkan daripada muntah atau lendiran masuk ke dalam paru-paru.
2. Jangan beri anak anda minum ubat atau air, atau makan sekiranya anda tidak pasti anak anda telah sedar sepenuhnya.
3.
Bawa ke klinik atau hospital. Biasanya doktor akan masukkan rectal
diazepam 5 -10 mg untuk mengelakkan terjadinya sawan demam daripada
berulang atau sawan yang berpanjangan.
4. Masuk ke wad sekiranya perlu.
ADAKAH SAWAN BOLEH BERULANG
Ya,
sawan demam boleh terjadi berulang-ulang. Untuk anak anda yang baru
pertama kali terkena sawan demam atau sering terkena sawan tetapi tidak
pernah diperiksa adalah lebih baik sekiranya anak anda di bawa ke
Hospital kerana beberapa pemeriksaan dan pemerhatian perlu dilakukan.
Risiko sawan yang berulang-ulang boleh berlaku sekiranya :-
1. Sawan pada umur di bawah 15 bulan
2. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang mempunyai penyakit epilepsi
3. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang pernah kena sawan demam dahulu
4. Terkena sawan demam dengan suhu di bawah 40 darjah celcius
5. Jarak masa demam dan terkena sawan demam adalah singkat
Ini
semua adalah faktor risiko dan mereka yang mempunyai satu atau dua
faktor risiko di atas akan kemungkinan mengalami 10% (1 di dalam 10) kes
sawan yang berulang. Tetapi, satu kajian menunjukkan sekiranya semua
risiko di atas ada, maka risiko sawan berulang adalah 100%.
APAKAH SAWAN DEMAM
Secara
definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi
kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun.
Diagnosis sawan demam diberi sekiranya tiada bukti bahawa terdapat
masalah di dalam otak ataupun masalah metabolik di dalam darah yang
boleh menyebabkan masalah sawan berlaku.
Secara mudah, ini
bermakna, sawan demam didiagnos apabila masalah-masalah di dalam otak
seperti jangkitan atau masalah di darah seperti kekurangan garam
tertentu telah diambil kira.
Sekiranya sawan berlaku sebelum umur
3 bulan atau berlanjutan selepas 6 tahun, maka ia bukan dikira sawan
demam.
Apabila
demam menjadi terlalu tinggi, ini akan mengganggu aktiviti otak dan
menyebabkan sawan berlaku. Sawan bermaksud keadaan di mana kanak-kanak
itu akan tidak sedarkan diri, mengalami kekejangan badan dan kaki, mata
hitam akan memandang ke atas (uprolling of eyeballs) , air liur meleleh
(drooling of saliva), dan pada tahap tertentu boleh termuntah,
terkencing atau terbuang air besar.
JENIS SAWAN DEMAM
Terdapat
dua jenis sawan demam. Saya terjemahkan sebagai Sawan Demam Biasa
(Simple Febrile Fits) dan Sawan Demam Kompleks (Complex Febrile Fits).
Sawan
demam biasa adalah singkat, hanya satu episod sawan sahaja setiap kali
demam dan terjadi kurang daripada 15 minit. Manakala Sawan Demam
kompleks adalah berpanjangan, lebih daripada 15 minit dan terjadi
berulang-ulang di dalam satu episod demam
ADAKAH ANAK ANDA HARUS MASUK KE WAD ?
Mengapa
anak anda harus ke Hospital? Ini adalah kerana supaya doktor dapat
memeriksa dan memastikan bahawa anak anda tidak menghidap MENINGITIS
atau jangkitan selaput otak.
Ini adalah kerana 17% kes demam
sawan adalah positif untuk MENINGITIS dan perlu diingatkan MENINGITIS
boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan
lumpuh.
Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang terkena sawan demam
akan bangun dari sawan dan bermain seperti biasa, berlari dan tidak
menunjukkan tanda-tanda seperti lesu atau lemah. Mereka tidak perlu
bermalam ke dalam wad. Cukup sekadar pemerhatian di wad pemerhatian
selama 6 jam sahaja.
Sedangkan MENINGITIS, anak anda akan demam
berpanjangan, lemah, muntah, menangis tak henti-henti dan di dalam
kesakitan. Di dalam kes ini pemeriksaan yang lebih terperinci perlu
dilakukan dan anak anda akan ditahan di wad.
Sumber rujukan dari penulisan seorang doktor