Sunday 30 June 2019

Safi Balqis Oxywhite Hydration Lotion Memahami Keperluan Kulit





Assalammualaikum ,


Gaiss topik penjagaan kulit lagii.. yesss mestila kann semua mahukan kulit yang sihat cantik & mulus. Satu lagi rahsia rutin penjagaan kulit yang korang wajib ada SAFI BALQIS OXYWHITE HYDRATION LOTION yang merupakan losyen pada kulit wajah . Paling special SAFI BALQIS OXYWHITE mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid yang sangat penting untuk kelembapan pada kulit wajah. Kebiasaannya di pakai setiap hari untuk menyegarkan kulit dari tampak kusam . 






SAFI BALQIS OXYWHITE HYDRATION lotion merupakan gabungan formulasi penyegar dan pelembap. Satu – satunya produk halal di Malaysia yang mengandungi kandungan special seperti ini dengan harga mampu milik bagi gadis – gadis di Malaysia 


Kelebihan SAFI BALQIS OXYWHITE HYDRATION :

  • Mengandungi 5 jenis Hyaluric Asid
  • Mengandungi Whitening Hydrating lotion penyegar & pelembap
  • Mencerahkan kulit
  • Melembapkan kulit
  • Anti Aging
  • Mencegah kulit kusam
  • Menghaluskan pori – pori kulit
  • Melembutkan kulit 




Penggunaan secara berterusan memberikan pelindungan pada kulit dengan memberikan 2x penghidratan kelembapan dan pencerahan pada kulit dengan kesan optimum sepanjang hari . Jika kulit kekal lembap akan melambatkan kesan kedutan & pigmentasi pada kulit .


SAFI BALQIS OXYWHITE HYDRATION mengandungi 5 jenis Hyaluronic Asid seperti :

  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hyaluronic Acid
  • Bio – Hyaluronate
  • Oligo – Hyaluronic Acid
  • Super Nano Hyaluronic Acid 


Kesan Penggunaan berterusan SAFI BALQIS HYDRATION LOTION


  • Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared ( IR )
  • Dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE
  • NANO OXYGEN membebaskan oksigen tambahan kedalam epidermis kulit supaya kekal segar berseri
  • NANO BIOWHITE melambatkan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dancerah sempurna . 





Cara Menggunakan SAFI BALQIS OXYWHITE


  • Tuangkan setitis @ dua titis di telapak tangan untuk sapuan di keseluruhan wajah
  • Dapkan secara lembut dengan jari pada kulit
  • Untuk memudahkan meresap secara sekata dan tidak merasa melekit
  • Boleh di gunakan 2 hingga 3 kali sehari terutama selepas mandi , sebelum tidur atau sebelum mengenakan makeup untuk kelihatan lebih cantik .



SAFI BALQIS OXYWHITE sebotol bersaiz 100 ML di jual dengan harga RM 23.50 sangat mudah untuk dibawa kemana jua.  Sangat berbaloi untuk di miliki kerana bersifat 2 in 1 penyegar dan pelembap sesuai bagi yang mementingkan penjagaan kulit


More Info : https//safi.com.my 

Tuesday 25 June 2019

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK



Assalammualaikum , 


Ariq Azhafi
 atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.

Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.
Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. 





Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.
Saya terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat,Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. 







Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. 

Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.






LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN 




Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.


"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA"merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.






Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :
" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.

Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.







Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.
Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process






Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA" 

Terima Kasih atas segalanya,

Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."


- Ariq Azhafi -






Saturday 22 June 2019

KEKAL CANTIK DENGAN PRODUK KECANTIKAN KULIT DR ESLEE



Assalammualaikum ,

Kecantikan tidak dapat dipisahkan dari wanita untuk mengekalkan dan menjaga kecantikan pelbagai produk penjagaan kulit dan kosmetik menjadi buruan dan berbagai jenama di tawarkan di pasaran. Kriteria utama adalah kualiti produk yang berkesan  dan selamat digunakan terutamanya dari bahan semulajadi .Jenama terkemuka dari Korea Dr Eslee produk yang di uji secara klinikal dan selamat digunakan dan didaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak mengandungi kandungan haiwan hanya berunsurkan tumbuhan semulajadi. 






Jenama Dr Eslee dicipta pada tahun 2000 oleh Prof Dr Sung Nack dermatologi pioneer dilatih di Jerman dan merupakan ahli akademik terkemuka sejak kembali ke Korea pada tahun 1975 .Jenama Dr Eslee adalah klinik dermatologi khusus klinik di Korea yang mendapat pengiktirafan dari  segi kualiti dan di percayai keberkesananya. Produk Dr Eslee diuji secara klinikal di sekolah perubatandan university terkemuka seperti KFDA ,Yonsei University , AJOU University , Gachon University .


Bahan Semulajadi Utama Produk Kesihatan Kulit Dan Kecantikan  Dr Eslee

About Saururus

Tumbuh di sekitar asia termasuk Pulau Jeju & Jepun bersifat farmakologi membasmi racun dan keberkesananya seperti antibiotic/ steroid memperbaharui kesihatan kulit lebih baik dan berseri

Totarol ( ramuan utama anti jerawat )

  • Dihasilkan dari pokok totora yang tumbuh di New Zealand berkesan untuk membasmi bakteria

Magnolol ( kulit lebih sihat dan segar dari tekanan )

  • Dihasilkan dari pada bunga magnolia Houpo untuk memperbaharui kulit

Tocotrienol ( Antioksidansemulajadi yang hebat )

  • Di hasilkan daripada minyak kelapa sawit mentah dan 60X lebih kuat daripada alpha – tocopherol  




Rawatan Anti Sebum bebas minyak & steroid Dr Eslee

Sebum adalah dihasilkan oleh minyak di wajah untuk mengekalkan kelembapan tetapi sebum juga dari debu dan peluh jika berlebihan boleh menyebabkan jerawat .


Produk Penjagaan Anti Sebum Dr Eslee terdiri dari 5 jenis :


Dr.Eslee Anti - sebum wash foam 100ml

  • Pembersih berbuih untuk kulit berminyak ,kombinasi dan kulit biasa . Pembersih yang lembut & ringan tetapi berkesan , saurus untuk membasmi bacteria manakala bebas SLS/ SLES, paraben untuk mengurangkan kerengsaan kulit  
Dr.Eslee Anti – sebum skin lotion mild 60ml

  • Toner yang lebih ringan dengan mengawal sebum untuk kulit normal , kombinasi , kering & membersihkan liang pori untuk pencerahan kulit yang lebih baik

Dr Eslee Anti – sebum skin lotion 60ml

  • Tonor untuk menghindari masalah kulit dengan mengawal sebum yang berlebihan seperti kulit berminyak dan jerawat, menghapuskan pembiakan bacteria dan telah diuji secara klinikal di 3 universiti dan sekolah perubatan 





 Dr.Eslee Anti – sebum after skin AC lotion 60ml  
  • 3 dalam 1 jenis emulsi yang mengandungi toner , pelembap dan intipati sesuai untuk semua jenis kulit terutama untuk lelaki untuk mengurangkan hyper pigmentation 

Dr.Eslee Anti – sebum smooth essence plus 35ml 



  • Minyak pelembap berasaskan air sesuai untuk kulit yang berminyak , kombinasi & biasa. Pelembap dengan ekstrak kiwi & bahan tumbuhan lain yang diperolehi Houttuynia Cordata juga menenangkan kulit

                                               



Hydration / Hidrasi terdapat 6 jenis produk rawatan :

Dr.Eslee Anti – sebum backne spray 100ml 

  • Toner jenis semburan untuk masalah kulit pada badan seperti dada , belakang dan bahu 


Dr.Eslee Anti – sebum intensive care gel 5ml 


  • Gel rawatan spot yang bebas minyak menghapuskan jerawat , antibiotic dan bebas steroid. Produk yang selamat dengan tahap keberkesanan yang tinggi , dipercayai oleh dermatologi & diuji secara klinikal 

  • Rawatan Intensive perbaharui kulit berminyak

  • Mengawal sebum 





 Dr.Eslee Hydra Emulsion 80ml       

  • Losyen pelembap dengan vitamin E untuk penghidratan maksimum semua jenis kulit. Tocotrienol untuk anti oxidant & anti penuaan untuk kulit sihat dan kenyal  






 .Dr.Eslee Enzyme base Cleansing powder 60gm


  •  Serbuk pembersih yang lembut dapat mengeluarkan sel kulit mati dan baik untuk kulit kering , sensitive dan matang kerana ia bersifat ringan pada kulit 


Dr.Eslee Hand cream care cream 40ml

  • Pelembap tangan jenis krim sesuai untuk semua jenis kulit daripada ekstrak tumbuhanuntuk melembutkan




Dr.Eslee Enriced water gel  50ml 


  • Pelembap jenis gel untuk mengelakkan kulit kering dan meningkatkan kelembapan , sesuai dengan semua jenis kulit , hydrator untuk struktur kulit licin sokongan untuk kontur untuk kelihatan muda  




Rejuvenating


Rawatan menangkis nutrient kulit dari hilang dan kekal remaja. Terdapat 5 jenis produk rawatan untuk rejuvenating 


1. Dr.eslee A LP Balm      
                               
  • Meremajakan & intensif balsam pelembap untuk mengurangkan pigmentasi , minyak tumbuhan semulajadi untuk pelembap segera dengan minyak bergamot .




 2. Dr.Eslee Intensive recovery Blemish Balm 20ml



  • Balsem untuk meregenerasi collagen dengan pelindungan mineral 100% ( SPF29 PA ++ ) ekstrak semulajadi untuk meningkatkan penyerapan & pemulihan kulit . Tiada wangian atau bahan pengawet kimia tambahan 





3. Dr.Eslee Intensive recovery Balm 10 ml


  • Krim untuk kulit & peremajaan lebih cepat semasa merangsang pertumbuhan kolagen , sesuai untuk semua jenis kulit , di uji secara klinikal 






4. Dr.Eslee Triple Action BB Cream SPF37 PA++ 30gm 

  •  Krim untuk kecelaan sesuai untuk semua jenis kulit , berfungsi tiga kali ganda untuk kecerahankulit , penjagaan kulit & pelindungan UV menigkatkan nada kulit semulajadi  tidak berminyak sesuai dengan kulit matte


                                             




Dr.Eslee physical sunscreen SPF 50+ PA+++ 60 gm 





  • 100% mineral berasaskan sunscreen , sesuai untuk semua jenis kulit , kadar sunscreen tinggi diuji secara standard 

Dr. Eslee HYDRA soothing mask 30g

  • Pelembap topeng yang menenangkan untuk semua jenis tekanan kulit , walaupun sensitive , memberikan kesan menenangkan dengan  100%  kepingan kapas ceremide3 & panthanol untuk melembapkan & meremajakan


Dr.Eslee elpramo –C ampoule 20ml

  • Pemutih ampoule untuk meremajakan kulit yang rosak dengan vitamin C , EGF & tembaga peptide merupakan anti penuaan & pemutihan . Penyerapan lebihcepat daripada Vit C dan bebas wangian


Dr.Eslee ELPRAMO – C age defying moisture cream 30ml
  • Anti penuaan krim C untuk semua jenis kulit , meremajakan kulit rosak dan berkesan terhadap perubahn warna kulit & kedut . Keupayaan untuk mengekalkan kelembapan kulit & kolagen untuk ketegangan kulit 





Penjagaan Diri


Dr Eslee juga mempunyai produk untuk penjagaan diri antaranya ialah :

1. Dr.Eslee Drynix cream/lotion 100ml/220 ml

  • Emulsi pelembap untuk dermatitis atopic sesuai untuk jenis kulit yang normal , sensitive & kering , minyak vegetative untuk mengekalkan kelembapan sementara pelembap intensif dengan squalane mentega shea & minyak macadamia

2. Dr.Eslee Gentle cleanser 235ml

  • Pembersih berbuih rendah untuk dermatitis atopic , sesuai untuk jenis kulit biasa , sensitive & kering . Pembersihan lembut memastikan lipid semulajadi , emolien & kelembapan dilindungi

3. Dr.Eslee voneslee shampoo 400ml
  • Anti rambut rosak


4. Dr.eslee Femme cleanser 150 ml

  • Pembersih untuk zon  keintiman 


Langkah penjagaan kulit menggunakan produk Dr Eslee


Langkah 1 – Membersih :

Menghilangkan solekan , Membersih sehingga ke dalam liang pori . Pemilihan pembersih yang betul sangat penting dan digalakkan untuk mencuci wajah dua kali sehari pagi & sebelum tidur .

  •  Mencuci dengan perlahan dengan pembersih selama 20 – 30 saat
  • Mencuci dengan air bersih sehingga selesai
  • Keringkan dan lap dengan tuala muka secara lembut


Langkah 2 - Toning :

Toner adalah berasakan berasaskan alcohol , ia membantu menutup dan mengetatkan liang – liang pori. Elakkan toner dengan alcohol SD 40 memberi  kesan kulit  kering

  • Dapkan dan urut perlahan di sekitar kulit wajah
  • Jika kulit kurang berminyak gunakan toner yang lebih lembut untuk mengurangkan kehilangansebum & lembapan
  • Toning adalah penting untuk kulit berminyakkerana ia membuang baki sebum yang berlebihan
  • Toning adalah menyingkirkansel kulit mati dan memperbaharui sel kulit sihat semula

Langkah 3-  Spot Care :

Penjagaan di kawasan jerawat dengan mengawal sebum dan anti bacteria yang berlebihan boleh menghapuskan keradangan  

  • Sapukan dengan hujung jari di tempat jerawat tadi


Langkah 4 - Pelembap :

  • Menambahkan kelembapan pada kulit
  • Pelembap juga mengimbangi tahap PH kulit kita dengan  menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit
  • Dapkan dan urutkan  secara perlahan pada kulit wajah
  • Pelembap sangat penting digunakan dalam persekitaran yang mempunyai hawa dingin dan udara rendah





Cara Pembelian Produk Dr Eslee

Klik link ini : https://www.dreslee.com.my/register/1270

  • Pendaftaran percuma  di www.dr.eslee.com.my
  • 20% diskaun voucher untuk pembelian pertama
  • Vaucher reward untuk setiap pembelian
  • Penghantaran percuma untuk pembelian RM50 &
  •  bawah RM 50 cas pemnghantaran hanya RM 5 sahaja
  • Hanya perlu masukkan code 2LHX3H untuk  penadaftaran & pembelian pertama kali untuk mendapatkan 20% diskaun
  • Mendapat maklumat promosi dan aktiviti dari produk Dr.Eslee 





ALFAPEN SERVICES PLT
Suite T3A - 13 - 02 ICON CITY 
Jalan 8/2 Sungai Way 47300
Petaling Jaya Selangor
Malaysia

Tel : 03 - 77256155

Email : support@dreslee.com.my

www.dreslee.com.my










Friday 14 June 2019

NAFAS SELESA DENGAN GARLIC BALM GAJAH BARING BALSAMO



Assalammualaikum


Gajah baring BALSAMO adalah minyak bawang putih dengan bauan sebenar. Bawang putih telah di ketahui tentang khasiatnya dalam perubatan sejak ribuan tahun dahulu dipercayai dapat di gunakan dalam rawatan untuk mengubati penyakit . Masyarakat melayu juga tidak terkecuali menggunakan bawang putih.  Gajah Baring BALSAMO dihasilkan daripada petua tradisi oleh nenek moyang kita dahulu menjadi Garlic Balm untuk memudahkan cara ibu - ibu moden terutama untuk NAFAS SELESA . 






Kegunaan Gajah Baring BALSAMO


  • Nafas selesa & tidur berkualiti 
  • Selsema
  • Batuk 
  • Berkahak
  • Hidung tersumbat
  • Antiseptik
  • Menggeluarkan angin di perut 
  • Melembabkan kulit yang kering







Garlic Balm Gajah Baring BALSAMO sesuai di gunakan oleh : 




  • Ibu - ibu moden yang sibuk bekerja sesuai juga untuk dibawa travel 
  • Digunakan oleh bayi yang baru lahir hingga warga emas
  • Digunakan secara istimewa untuk urutan kasih sayang seisi keluarga 
  • Sangat bermanfaat di gunakan ketika musim tidak menentu 






Cara Penggunaan Garlic Balm Gajah Baring BALSAMO 

Sapu pada bahagian yang diperlukan & urutkan perlahan - lahan secara bulatan. Sesuai digunakan oleh seisi keluarga . 


Kandungan Gaelic Balm Gajah Baring BALSAMO


  • Produk ini adalah natural tanpa bahan kimia yang merbahaya yang boleh menyebabkan kesan sampingan jangka panjang. Ia adalah selamat digunakan dengan kerap 
  • Extra virgin oil   
- membantu melembabkan & mengurangkan keradangan yang terjadi pada kulit 


  • Sunflawer Oil & Vit E 
- Membantu memelihara lapisan kulit daripada pencemaran & kekurangan lembapan badan 


  • Beeswax 
- Memiliki sifat antiinflamasi , antibakteria dan anti virus sehingga dapat di manfaatkan untuk membantu masalah iritasi kulit ringan 


  • Garlic 
- Tumbuhan istimewa yang banyak manfaat membantu memberi NAFAS SELESA kepada keluarga








Harga Garlic Balm Gajah Baring BALSAMO  

  • Semenanjung RM 45
  • Sabah/Serawak RM 55
  • Kini Harga Promosi RM 29.90
  • Postage 8 sm / RM 12 ss 
  • Free termometer setiap pembelian terawal 







Contact : 018 7665694
Diedarkan oleh ARS PURE SOLUTION
Buatan Malaysia











Thursday 6 June 2019

REMPAH RATUS MAK SITI TELAH 40 TAHUN MENGECAPI KEJAYAAN




Assalammualaikum ,


Mesti korang pernah dan selalu memasak dengan menggunakan REMPAH RATUS MAK SITI yang sememangnya terkenal dengan kesedapan dan cukup rasanya dalam masakan terutamanya di Malaysia. Produk MAK SITI sangat terkenal di Johor dan telah 40 tahun berada dalam pasaran . Resipi turun temurun Puan SITI KHAWA JANNAH dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusuff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya . Produk ini ‘ wajib ‘ ada didalam dapur rumah yang menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa , pewarna , dan juga pengawet.




SEJARAH AWAL  REMPAH MAK SITI



Pada awalnya MAK SITI ditubuhkan secara kecil – kecilan ketika itu untuk menyara keluarga dan pengedaran ketika itu di kampung – kampung dan bandar –bandar kecil dan akhirnya MAK SITI dikenali. Dalam perniagaan pelbagai cabaran yang di tempuhi sebagai pengasas produk untuk memajukan perniagaannya . MAK SITI sering tertekan pada mulanya kerana beliau tidak mempunyai pengalaman dan terpaksa bergelut untuk mengembangkan perniagaan milik keluarga mereka ini . 




Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan pengurus besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan dan penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI  daripada paket biasa sehingga di dalam botol . Puan Siti Khawa menimba pengalaman daripada bawah sebagai pelayan restoran dan kerani di firma audit & perakaunan setelah itu di beri mandat oleh keluarganya untuk meneruskan perniagaan . Sewaktu mula berkerja dengan MAK SITI adalah detik mencabar kerana ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran . Cabaran lain ketika itu untuk menjaga team rata – ratanya lebih matang daripada Siti Khawa dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripadanya dengan jumlah ribuan ringgit.




PENGENALAN REMPAH RATUS MAK SITI



Rempah ratus MAK SITI adalah produk semulajadi , tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegeterians. Produk rempah MAK SITI di jual di kedai runcit ,pasaraya & Hypermarket TESCO , Giant , Aeon Big , Jusco & Mydin .


Antara produk utama rempah MAK SITI adalah :

  • Serbuk rempah kari daging
  • Serbuk  rempah kari ikan
  • Serbuk rempah kicap daging
  • Serbuk rempah kicap ikan
  • Serbuk rempah kari makanan laut
  • Serbuk rempah sup kepala ikan
  • Serbuk rempah beriani
  • Serbuk cili
  • Serbuk rempah sup
  • Serbuk rempah sup soto
  • Serbuk rempah rendang
  • Sup tulang
  • Sup punjut
  • Sup Soto & Raja Sup






Rempah pembaharuan yang di pelbagaikan dalam botol dan diperkenalkan di Expo MIHAS 2017 mendapat sambutan menggalakkan antaranya seperti :

  • Emping cili ( chili flake )
  • Serbuk cili
  • Daun limau purut
  • Serbuk daun limau purut
  • Serbuk kayu manis
  • Serbuk halia
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk kunyit


PERANCANGAN 2019


Memperluaskan lagi jenama rempah MAK SITI ke seluruh negeri dan memberi pendedahan kepada pengguna MAK SITI yang kini boleh peroleh produk dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa. 





LADANG DAN KILANG MAK SITI  


Tahun 2000 keluarga ini berpindah ke Muar Johor apabila perniagaan mereka berkembang beroperasi di tanah berkeluasan 3200 ekar pelbagai aktiviti dijalankan seperti perladangan , pemprosesan rempah ratus sehinggalah penggedaran rempah ratus. Ladang ini pernah di nobatkan sebagai Malaysia Book Of Record 2014 sebagai ladang terbesar di Malaysia & mempunyai  6000 species rempah ratus dan herba . Dan juga mendapat pengiktirafan MBR ( The Malaysian book of records )  ‘ The largest Herbs & spices plantation ‘. 


Rendang Daging


RESTORAN MAK SITI

MAK SITI juga mengusahakan  sebuah restoran melayu yang terkenal dengan elemen tradisional . Masakan melayu dilihat masakan unik dan enak dengan gabungan rasa manis , pedas , masin dan masam rahsia keenakan masakan melayu disebabkan rempah asli dan bahan asas yang segar. Bahan masakan yang sering di gunakan dalam masakan melayu seperti cili , serai , ketumbar , santan kelapa , dan rempah ratus terus kekal hingga ke hari ini dan membuatkan rasa keenakkannya tidak banyak berubah . 



Rendang Ayam


Hidangan masakan melayu yang disajikan adalah tradisional yang harganya berpatutan . Restoran MAK SITI menawarkan 40 sajian hidangan masakan melayu  & pelbagai variasi lauk pauk seperti gulai nangka , ikan bakar , pecal , sayur lodeh , daging masak lada hitam , dan ulam pastinya membangkitkan selera bagi penggemar masakan melayu. Keistimewaan restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan MSG dan hanya mempelbagaikan rempah dan herba melayu asli selain rempah ratus MAK SITI dan bahan mentah yang segar seperti sayur , ikan , ayam , daging untuk memastikan masakannya terjamin.





Rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan yang segar dan bebas bahan awet serta pewarna & dikisar mengikut standard kualiti cukup tinggi. Di restoran ini pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera , salad , sup , masakan laut , dengan harga berpatutan.Pelanggan boleh memilih mengikut cita rasa mereka dan juga hidangan dalam kuantiti kecil untuk kualiti dan rasa.






Website : MAKSITI 
Facebook :  REMPAH MAK SITI 
Instagram : rempah ratus mak siti
Whatsapp : 017 330 9330

Monday 3 June 2019

GREEN RAMADHAN KEMPEN BERSAMA MAYA KARIN DUTA RIVER OF LIFE KUALA LUMPUR




Assalammualaikum ,


Pernahkah korang terfikir kesan pencemaran sungai yang banyak menyebabkan persekitaran biodiversiti terjejas . Beberapa inisiatif untuk memulihkan sungai dan pemeliharaan sungai kita dari terjejas seperti River of Life ( ROL ) . Ia bertujuan mengubah lapan sungai di rantau  Kuala Lumpur/ Klang Valley meliputi perbandaran Kuala Lumpur , Ampang Jaya dan Selayang . Ia merupakan projek jangka panjang , bermula pada tahun 2010 dan akan selesai pada tahun 2020. Terdapat 12 inisiatif utama untuk menangani isi – isu sungai tertentu seperti kumbahan , pencemaran , setinggan , saliran , hakisan , penguatkuasaan dan promosi. 


River Life ( ROL ) adalah projek permulaan ( EPP 5 ) yang dikenal pasti di Kawasan Ekonomi Utama Negara ( NKEA ) Kuala Lumpur / Klang di bawah program Transformasi Ekonomi ( ETP ) . Ia bertujuan untuk mengubah Sg Klang dan Sg Gombak menjadi kawasan tepi pantai yang meriah dan boleh didiami dengan nilai ekonomi yang tinggi.







Terdapat 3 komponen penting di bawah ROL:


1.      Pembersihan Sungai ( JPS ) untuk membersihkan sungai
2.      Pengindahan Sungai ( DBKL ) untuk meremajakan sungai di tengah – tengah Kuala Lumpur .
3.      Pengkomersialan & pelancongan untuk memaksimumkan potensi sosial dan ekonomi tepi sungai


                          
Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) Malaysia mengetuai komponen pembersihan sungai ( ROL ). Terdapat 26 agensi dan jabatan kerajaan di 4 kementerian , iaitu Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar , Sumber Asli & Alam Sekitar  , Tenaga , Teknologi Hijau & Air , Perumahan & Kerajaan Tempatan . Projek ini juga termasuk dua negeri iaitu Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor serta tiga bandar yang termasuk dua negeri iaitu Persekutuan Kuala Lumpur , Selangor dan tiga bandar termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Selayang.





Ramadhan dan Isu Sisa Makanan


Setiap tahun semasa bulan Ramadhan , kira – kira 270,000 tan makanan terus masukke dalam tong sampah . 9,000 tan makanan dibuang setiap hari pada bulan ramadhan. Jumlah makanan ini boleh memberi makan 180 juta orang , enam kali jumlah penduduk negara 27 juta. Orang ramai perlu lebih bertanggungjawab terhadap perbelanjaan makanan kita pada bulan ramadhan kerana pembaziran makanan seolah – olah menjadi budaya tahunan. Ia jelas dinyatakan dalam islam membuang dan memakan terlalu banyak makanan bukan amalan yang baik . Selain itu jumlah penggunaan plastik tunggal juga semakin meningkat apabila bazar ramadhan dibuka setiap hari. Jumlah sisa pepejal boleh dikawal jika kita menggantikannya dengan bekas yang boleh diguna semula supaya kita dapat mengurangkan penggunaan beg plastik dan bekas makanan polistiren .





Kempen Ramadhan Hijau 2019


Tahun ini River of Life ROL melakukannya pada skala yang lebih besar di bawah kempen hijau ramadhan di Bazaar Ramadhan Kampung Bharu dari 10hb hingga 24 Jun. Terdapat dua komponen iaitu kempen Cooking Oil  4 cleaning dan beg 2 bekas. Kedua – dua komponen GRC ini mensasarkan paling utama dua penyumbang pencemaran sungai iaitu sisa makanan dan pencemaran plastik. Matlamat utama adalah untuk mendidik dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan mengamalkan tabiat menggunakan beg yang boleh digunakan sebagai alternatif.  ROL menggalakkan gaya hidup ramadhan hijau dengan mengurankan pencemaran plastik dan minyak .


Untuk kempen ini , mesej utama adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk mula kecil dengan membawa beg dan bekas makanan anda sendiri apabila orang ramai menghadiri Bazar Ramadhan. Oleh itu tiada plastik , tiada sisa makanan , tiada pencemaran dan menjimatkan wang .