Thursday 6 June 2019

REMPAH RATUS MAK SITI TELAH 40 TAHUN MENGECAPI KEJAYAAN




Assalammualaikum ,


Mesti korang pernah dan selalu memasak dengan menggunakan REMPAH RATUS MAK SITI yang sememangnya terkenal dengan kesedapan dan cukup rasanya dalam masakan terutamanya di Malaysia. Produk MAK SITI sangat terkenal di Johor dan telah 40 tahun berada dalam pasaran . Resipi turun temurun Puan SITI KHAWA JANNAH dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusuff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya . Produk ini ‘ wajib ‘ ada didalam dapur rumah yang menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa , pewarna , dan juga pengawet.




SEJARAH AWAL  REMPAH MAK SITI



Pada awalnya MAK SITI ditubuhkan secara kecil – kecilan ketika itu untuk menyara keluarga dan pengedaran ketika itu di kampung – kampung dan bandar –bandar kecil dan akhirnya MAK SITI dikenali. Dalam perniagaan pelbagai cabaran yang di tempuhi sebagai pengasas produk untuk memajukan perniagaannya . MAK SITI sering tertekan pada mulanya kerana beliau tidak mempunyai pengalaman dan terpaksa bergelut untuk mengembangkan perniagaan milik keluarga mereka ini . 




Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan pengurus besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan dan penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI  daripada paket biasa sehingga di dalam botol . Puan Siti Khawa menimba pengalaman daripada bawah sebagai pelayan restoran dan kerani di firma audit & perakaunan setelah itu di beri mandat oleh keluarganya untuk meneruskan perniagaan . Sewaktu mula berkerja dengan MAK SITI adalah detik mencabar kerana ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran . Cabaran lain ketika itu untuk menjaga team rata – ratanya lebih matang daripada Siti Khawa dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripadanya dengan jumlah ribuan ringgit.




PENGENALAN REMPAH RATUS MAK SITI



Rempah ratus MAK SITI adalah produk semulajadi , tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegeterians. Produk rempah MAK SITI di jual di kedai runcit ,pasaraya & Hypermarket TESCO , Giant , Aeon Big , Jusco & Mydin .


Antara produk utama rempah MAK SITI adalah :

  • Serbuk rempah kari daging
  • Serbuk  rempah kari ikan
  • Serbuk rempah kicap daging
  • Serbuk rempah kicap ikan
  • Serbuk rempah kari makanan laut
  • Serbuk rempah sup kepala ikan
  • Serbuk rempah beriani
  • Serbuk cili
  • Serbuk rempah sup
  • Serbuk rempah sup soto
  • Serbuk rempah rendang
  • Sup tulang
  • Sup punjut
  • Sup Soto & Raja Sup






Rempah pembaharuan yang di pelbagaikan dalam botol dan diperkenalkan di Expo MIHAS 2017 mendapat sambutan menggalakkan antaranya seperti :

  • Emping cili ( chili flake )
  • Serbuk cili
  • Daun limau purut
  • Serbuk daun limau purut
  • Serbuk kayu manis
  • Serbuk halia
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk kunyit


PERANCANGAN 2019


Memperluaskan lagi jenama rempah MAK SITI ke seluruh negeri dan memberi pendedahan kepada pengguna MAK SITI yang kini boleh peroleh produk dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa. 





LADANG DAN KILANG MAK SITI  


Tahun 2000 keluarga ini berpindah ke Muar Johor apabila perniagaan mereka berkembang beroperasi di tanah berkeluasan 3200 ekar pelbagai aktiviti dijalankan seperti perladangan , pemprosesan rempah ratus sehinggalah penggedaran rempah ratus. Ladang ini pernah di nobatkan sebagai Malaysia Book Of Record 2014 sebagai ladang terbesar di Malaysia & mempunyai  6000 species rempah ratus dan herba . Dan juga mendapat pengiktirafan MBR ( The Malaysian book of records )  ‘ The largest Herbs & spices plantation ‘. 


Rendang Daging


RESTORAN MAK SITI

MAK SITI juga mengusahakan  sebuah restoran melayu yang terkenal dengan elemen tradisional . Masakan melayu dilihat masakan unik dan enak dengan gabungan rasa manis , pedas , masin dan masam rahsia keenakan masakan melayu disebabkan rempah asli dan bahan asas yang segar. Bahan masakan yang sering di gunakan dalam masakan melayu seperti cili , serai , ketumbar , santan kelapa , dan rempah ratus terus kekal hingga ke hari ini dan membuatkan rasa keenakkannya tidak banyak berubah . 



Rendang Ayam


Hidangan masakan melayu yang disajikan adalah tradisional yang harganya berpatutan . Restoran MAK SITI menawarkan 40 sajian hidangan masakan melayu  & pelbagai variasi lauk pauk seperti gulai nangka , ikan bakar , pecal , sayur lodeh , daging masak lada hitam , dan ulam pastinya membangkitkan selera bagi penggemar masakan melayu. Keistimewaan restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan MSG dan hanya mempelbagaikan rempah dan herba melayu asli selain rempah ratus MAK SITI dan bahan mentah yang segar seperti sayur , ikan , ayam , daging untuk memastikan masakannya terjamin.





Rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan yang segar dan bebas bahan awet serta pewarna & dikisar mengikut standard kualiti cukup tinggi. Di restoran ini pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera , salad , sup , masakan laut , dengan harga berpatutan.Pelanggan boleh memilih mengikut cita rasa mereka dan juga hidangan dalam kuantiti kecil untuk kualiti dan rasa.






Website : MAKSITI 
Facebook :  REMPAH MAK SITI 
Instagram : rempah ratus mak siti
Whatsapp : 017 330 9330

2 comments:

  1. akak pun suka rempah Mak Siti ni..mesti ada stok selalu kt rumah

    ReplyDelete
  2. Semoga terus maju ke peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete