Friday 7 January 2022

COSMODERM GLOW – C MENCERAH & MENGEKALKAN KEREMAJAAN KULIT

Cosmoderm Glow - C

Assalammualaikum

 

Gaiss.. sape kat sini pengguna setia produk Cosmoderm now!!! dah keluarkan produk berasaskan Vitamin C . Macam yang korang tau sangatlah banyak manfaat Vit C pada kulit wajah kerana merupakan antioksidan yang kuat dapat digunakan secara langsung pada kulit wajah untuk merawat dan mengatasi masalah kulit akibat paparan sinar UV ultraviolet.

Kalau korang nak tahu vitamin C dapat melawan radikal bebas yang terbentuk saat kulit terkena sinaran UV secara berterusan dan akan mengakibatkan kerosakan sel pada kulit jadi perlindungan daripada Vitamin C sangat membantu melindungi kulit .

Setelah kite mencuba set Glow – C Cosmoderm tidak rasa melekit langsung sangat selesa pada kulit ringan dan penyerapan yang pantas . Paling best gaiss kulit rasa glowing bersinar dan terasa smooth je bila dibelai dengan jari jemari gituu.. Menghilangkan hiperpigmentasi jadi parut jerawat pada kulit pun cepat pudar gaiss.



Bright & Bouncy Skin


COSMODERM GLOW – C

Keyakinanku setia pada produk Cosmoderm  penjagaan kulit wajah sememangnya halal serta bebas paraben tiada pengawet bahaya , fragrance tiada bauan sintetik dan bebas SLS / SLES iaitu kimia berbahaya boleh digunakan dengan selamat dan tanpa was – was . Cosmoderm Glow C set yang kaya dengan  pati buah Oren  berupaya mencerah dan mengekalkan keremajaan kulit muka terdiri daripada empat jenis rangkaian iaitu :

  •  1st Step : Glow - C Detox Cleansing Gel 
  • 2 Step : Glow – C Radiance Toning Essence 
  • 3 Step : Glow – C Super Boosting Serum 
  • 4 Step : Glow – C Brightening Moisture Solution 

Manfaat Vitamin C pada Kulit

  • Penggunaan produk penjagaan kulit dari COSMODERM GLOW – C yang berasaskan vitamin C dari pati buah oren secara konsisten dapat mengekalkan kulit lebih awet , glowing dan segar .
  • Mencerahkan kulit wajah – menjadikan wajah lebih bersinar dari kekusaman
  • Membantu melawan penuaan – Vit C menghasilakan kolagen lebih banyak boleh membantu melawan kedutan dan menyamakan tona kulit tidak sekata 


GLOW – C DETOX CLEANSING GEL 120 ml


GLOW – C DETOX CLEANSING GEL 120 ml

Bersihkan dan segarkan kulit dengan Glow – C detox cleancing gel kaya dengan minyak pati oren ia membantu menyahtoksik kulit daripada radikal bebas yang merbahaya . Melembapkan dan melembutkan menjadikan kulit lebih berseri – seri .

Cara Penggunaan

Sapukan pada kulit yang lembap dan bilas sebersih – bersihnya . 



GLOW – C RADIANCE TONING ESSENCE 100ML 



GLOW – C RADIANCE TONING ESSENCE 100ML 

Membantu menyegarkan dan mengaktifkan sel sambil merangsang pengeluaran serat protein kulit untuk kelihatan muda dapat meningkatkan keupayaan penyerapan pada kulit untuk lebih berseri . Membantu meminimumkan penanpilan garis – garis halus.Mencerah dan meratakan tona kulit sekata .

Cara Penggunaan

Selepas pembersihan , tuangkan esen toning ketapak tangan dan tepuk perlahan pada wajah . 


GLOW – C SUPER BOOSTING SERUM 30ML 



GLOW – C SUPER BOOSTING SERUM 30ML 

Mencerahkan hiperpigmentasi dan bintik hitam secara berkesan dengan 5000mg vitamin C serta mengebukan kulit dan menghindari dari kedutan . Diselitkan dengan minyak pati oren dan bersifat ‘Photodamage protection ‘ .

Cara Penggunaan

Selepas toning , sapukan serum pada muka dan urut perlahan – lahan sehingga menyerap . 


GLOW – C BRIGHTING MOISTURE SOLUTION 


GLOW – C BRIGHTING MOISTURE SOLUTION


Mengandungi 1000mg vitamin C membantu meningkatkan semula pertumbuhan kulit dan mengelakkan kulit daripada kerosakan mikro akibat pendedahan harian terhadap tekanan persekitaran serta mencerah dan melembapkan untuk lebih berseri .

 Cara Penggunaan

Sapu rata keseluruh wajah serta leher sesuai digunakan siang dan malam. 


Glow - C Set

Mudah sahaja untuk dapatkan rangkaian produk Cosmoderm Glow – C secara online di www.cosmoderm.com.my atau di Watson berhampiran tempat korang

 

Maklumat Lanjut Layari :

Youtube: https://bit.ly/3DdoEnC

Instagram:https://bit.ly/3d3APZi

Facebook: https://bit.ly/3D0o0JS

TikTok: https://bit.ly/3d0gwfd

 

Sunday 29 August 2021

Effary Fabric Perfume Pertama Di Malaysia

 



Assalammualaikum gaiss ,


Gaiss ada rahsia nak dibocorkan nim !! mau tahu ka bah .. Ni ha Rahsia dobi dah terbongkar. Korang Kenapa cuci baju dekat rumah tak sama bau seperti kedai dobi? Effary fabric perfume ni memang dah viral teroks di Malaysia. Kecoh sampai ber repeat order! Untuk pengetahuan semua, founder Effary Fabric Perfume memang bermula sebagai pemilik dobi Effary yang terletak di Jb. Daripada menjadi pemilik kedai dobi, kepada pengeluar bauan rahsia dobi. Haaa kan dah terjawab soalan soalan yang bermain di minda tu kan?



Daripada menjadi pemilik kedai dobilah, founder dapat idea untuk mengeluarkan bauan rahsia dobi ni, sebab apa? Sebab setiap kali org ambil baju daripada dobi mesti tanya “eh u pakai sabun apa eh? Wangi betul baju I lepas hantar dobi u. Wangi tahan lama tu” Haaaa soalan daripada pelanggan dobi lah yang mencetuskan idea best untuk founder ni! Memang bauan Effary ni Fabric Perfume biasa. Sebab memang di dobi kegunaannya untuk baju, cadar, langsir. Tapi di Effary, kami tukarkan jadikan dia SERBAGUNA walaupun nama yang kami beri Fabric Perfume. Jangan risau, ada bukti daripada pelanggan dobi yang mengakui sendiri bahawa SERVIS DOBI TERBAIK!




Effary Fabric Perfume banyak membantu terutama masalah bau yang tak menyenangkan contohnya korang pernahkan mengalami baju berbau hapak sebab tak betul – betul kering takkan nak basuh balik lagi pulak uniform yang kita kena pakai hari tu jugak sekarang just spray je kat baju korang tu wangi dah uollss.. musim hujan dah tak pening kepala .

Masalah kereta berbau hapak sebab makanan anak-anak berterabur , bau asap rokok last lagi – lagi bau durian yang beli tadi masuk dalam kereta mesti pening kepala baunya dalam keretakan mudah korang spray je pada tempat duduk dah wangi.

Helmet korang bau masam , anak kencing atas tilam ,karpet hapak , dapur berbau lepas masak , tandas berbau , ruang tamu rumah pun bau hotel gaiss hanya dengan Effary Fabric Perfume



 

Kegunaan Effary Fabric Perfume

๐Ÿ’ž Bau Fresh dobi baju wangi selepas dibasuh

๐Ÿ’ž Hilangkan bau kucing di rumah

๐Ÿ’ž Masalah helmet berbau

๐Ÿ’ž Dapur berbau hanyir

๐Ÿ’ž Boleh di gunakan pada semua fabrik Kain baju, cadar, karpet, langsir, kasut ,Sofa ,Tilam Telekung, Selimut, Sejadah



Effary Fabric Perfume ada 4 scent tau

๐Ÿงก Peach (Original) Rm17/Sebotol

Wangian asli dobi. Best seller




๐Ÿ’™ Biru (Fresh) Rm17/Sebotol

Wangian fresh. Sesuai utk lelaki, dalam kereta dan hilangkan bau rokok.



๐Ÿ’œ Ungu (Feminin) Rm17/sebotol

Wangian lavender campur rose. Sangat menenangkan. Dan kelebihan boleh sembur utk halau lipas dan lalat.




๐Ÿ–ค Hitam Rm25/sebotol (Premium Gold)

Wangian exclusive sangat. Bau hotel five star.

 

Wangian bertahan 48 jam / 50 ml

 

Korang boleh dapatkan produk Effary fabric Perfume dengan layari maklumat di bawah

Maklumat Lanjut

Fb Page : Saidatulshyd

IG : Saidatulshyd

TT : SaidatulShyd


KEINDAHAN MERDEKA HABIB, SI RAMA-RAMA METAFORA UNTUK KEMPEN KEMERDEKAAN

 

Karya ‘National Aspiration’ oleh Najib Bamadhaj


KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2021 - Saban tahun, rakyat Malaysia pasti berasa

teruja dan bersemangat menanti kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan

tahun ini menandakan tahun yang ke-64 kemerdekaan buat Malaysia. Istimewa pada tahun ini,

HABIB menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk

kempen kemerdekaannya, Keindahan Merdeka. Rama-rama mencerminkan sebuah harapan

untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang

ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19. HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai

metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan

rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.


Selari dengan situasi pandemik yang sedang melanda kini, kitaran hidup si rama-rama

menjadi simbolik kepada perjuangan rakyat Malaysia kerana proses kehidupan seekor

rama-rama melalui pelbagai liku dan cabaran sepanjang lima fasa kedewasaan

di dalam kepompongnya, sebelum ia terbentuk menjadi sebuah kejadian alam yang

begitu indah. HABIB mengadaptasi kisah si rama-rama kerana secara sedar atau tidak,

sudah hampir dua tahun kita mengharungi pandemik dan sepanjang tempoh ini,

kita terkurung di rumah tidak dapat bertemu insan tersayang buat masa yang panjang,

serta mengadaptasi kehidupan serba norma baharu. Dan baru-baru ini juga, kelihatan

sesuatu yang positif berikutan kadar vaksinasi Covid-19 di Malaysia yang semakin

meningkat menyebabkan bilangan kes kemasukan ke wad dan ICU semakin berkurang -

ini menjadi sinar harapan rakyat Malaysia. 


Dato’ Sri Meer Habib [kiri] and Najib Bamadhaj [kanan] bersama karya National Aspiration,

kerjasama kreatif Najib bersama kempen Keindahan Merdeka HABIB




Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, berkata, “Situasi pandemik

Covid-19 yang telah memberi impak yang sangat besar kepada kita semua seharusnya

membuatkan kita lebih menghargai erti ‘kemerdekaan’ di mana kita semua terpaksa berkurung

di rumah untuk tempoh yang lama bagi mengawal penularan pandemik ini. Walau

bagaimanapun, keadaan ini juga mengajar kita untuk bermuhasabah diri dan bangkit lebih kuat

untuk mengharungi cabaran ini bersama. Dengan peningkatan Program Vaksinasi

Covid-19 Kebangsaan yang giat berlangsung, sektor ekonomi kini mula dibenarkan beroperasi

secara berperingkat dan secara langsung, ini sedikit sebanyak membantu kita untuk

kembali meneruskan kehidupan. Justeru, masyarakat khususnya lebih menghargai makna

baharu kemerdekaan ini. Sementara kita masih menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini,

HABIB menjadikan rama-rama sebagai metafora yang paling sesuai untuk

menggambarkan perjalanan kehidupan Malaysia dalam pandemik.”


Sama seperti rama-rama yang membangkitkan perasaan gembira kepada sesiapa yang

mengagumi kecantikannya, HABIB juga menyampaikan kebahagiaan dan keseronokkan

kepada sesiapa yang melangkah ke bilik pameran HABIB, menerusi koleksi barangan

kemas dan perhiasan yang istimewa, selari dengan slogannya, ‘The Gift of Happiness’.

Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 64 tahun yang lalu, perniagaan emas

merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang terus berkembang maju. HABIB

mengimbau kenangan di mana pada suatu ketika dahulu, para wanita terpaksa

mengorbankan barangan kemas mereka demi mencapai sebuah kemerdekaan. Begitu lah

besarnya erti dan harga sebuah kemerdekaan. Jadi, kita haruslah bersyukur dan

menghargai kemerdekaan yang telah dicapai walaupun kita tidak dapat menyambut Hari

Kebangsaan dengan meriah seperti tahun-tahun sebelum ini.


Selaras dengan kempen Keindahan Merdeka pada tahun ini, HABIB membawa kelainan dan

idea baharu dengan bekerjasama bersama pelukis tempatan yang serba berbakat, Najib

Bamadhaj. Najib mempunyai kreativiti dan keunikan yang tersendiri dalam menyampaikan

makna sebuah kemerdekaan melalui karya-karya lukisan yang dihasilkannya. Setiap karya

yang dilakarkan Najib menerapkan elemen metafora dan penceritaan yang unik, bersesuaian

dengan tema kempen Merdeka HABIB yang bertujuan menyampaikan mesej harapan Malaysia

ke arah masa depan yang lebih baik. 


Tentang kerjasama tersebut, Dato’ Sri Meer Habib menambah, “Kolaborasi bersama pelukis tanah

air yang berbakat seperti Najib Bamadhaj merupakan kerjasama kreatif bersinergi oleh kedua-

dua pihak. Seperti pelukis, HABIB mengetengahkan sudut kreatif menerusi rekaan barangan

kemas yang unik, mempersonakan dan kekal abadi sepanjang zaman. Walaupun kita

tidak mempunyai kesempatan untuk meraikan Hari Merdeka dalam seba kemeriahan, kami

yakin bahawa kerjasama dengan Najib dalam menghasilkan karya seni bertemakan

Keindahan Merdeka ini berupaya menyampaikan mesej yang bermakna, iaitu keutuhan

rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu untuk terus bangkit dan berjuang melawan pandemik ini.”





Kempen Keindahan Merdeka HABIB menampilkan karya sentuhan Najib Bamadhaj yang dinamakan National Aspiration:




Inspirasi di sebalik lukisan ‘National Aspiration’ ini hadir daripada kekuatan serta 

harapan yang besar rakyat Malaysia untuk kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala. Rama-rama kuning yang berterbangan melambangkan harapan Malaysia yang sedang bersama-sama berjuang melawan pandemik. Terdapat 5 rama-rama yang tersergam indah, membawa maksud keharmonian pelbagai kaum yang telah dipupuk sejak kita mencapai Kemerdekaan. Walaupun ada segelintir yang sangat terkesan akibat pandemik, rakyat Malaysia tetap bersatu teguh untuk mengharunginya bersama dan tidak akan pernah mengalah. Panorama langit di Kuala Lumpur serta bendera Malaysia yang berkibar merupakan 

pelengkap karya ini kerana menggambarkan semangat perjuangan.


Istimewa pada tahun ini, HABIB mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad

bersempena kempen Keindahan Merdeka. Rekaan koleksi ini diilhamkan daripada lima spesis

rama-rama indah yang boleh dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia dan Borneo seperti

Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper

Kite Butterfly. Spesis rama-rama terpilih ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah

dan mempersonakan. Sesuai dijadikan hadiah, pelaburan atau untuk koleksi simpanan, koleksi

Wafer Emas 999 ini didatangkan dengan rekaan serba eksklusif yang mengetengahkan

kecantikan dan keunikan setiap satu spesies rama-rama tersebut. Juga seiring dengan

kempen Merdeka ini, HABIB memperkenalkan koleksi-koleksi baharu yang diinspirasikan

daripada rama-rama, dan boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas kuning, emas putih, dan

emas rose, dan disediakan dalam jenis-jenis emas 22K, 18K dan 9K.



Sempena kempen Keindahan Merdeka, HABIB mengeluarkan 

Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad diilhamkan daripada lima spesies rama-rama indah



Sebagai jenama barangan kemas tempatan terkenal, HABIB menyeru rakyat Malaysia

untuk mengimbau kembali sejarah kemerdekaan untuk membangkitkan semangat patriotik

dan menghargai nilai kemerdekaan yang telah dicapai sekian lama. Untuk maklumat lanjut,

sila layari laman sesawang www.habibjewels.com dan ikuti kami di laman sosial rasmi

Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).


KISAH MENARIK SI RAMA-RAMA

Hidup seekor rama-rama bermula dengan sebiji telur yang sangat kecil dan kemudian

menetas menjadi ulat beluncas yang kelihatan seperti cacing yang berduri halus. Ulat beluncas

ini perlu mencari makanan yang cukup untuk membesar dan meneruskan kitaran hidup. Pada

ketika ini, manusia menganggapnya sebagai seekor makhluk perosak yang hodoh dan

menggelikan hanya kerana rupa bentuknya.


Kulit pada badannya akan dilucut sekurang-kurangnya sebanyak empat kali untuk dijadikan

selaput yang akan membalutnya sebelum ia melalui kitaran seterusnya yang sangat mencabar

iaitu menjadi kepompong. Ketika di dalam kepompong, ulat beluncas hanya mengharapkan

makanan yang telah disimpan sebelumnya agar cukup sehingga ke kitaran selanjutnya kerana ia

tidak mampu untuk bergerak keluar sehingga proses perubahan fizikal dan dalaman selesai.

Bahkan, tidak ada apa-apa jaminan keselamatan untuk ulat beluncas selain rasa percaya pada diri sendiri.




Fasa meninggalkan kepompong adalah fasa yang ditunggu-tunggu kerana akhirnya

si beluncas merdeka dan bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik serta mampu

terbang tinggi untuk melihat dunia yang lebih luas. Malah, dirinya yang ditakuti sebelum ini

telah bertukar menjadi serangga yang disukai dan digemari manusia.

Sunday 11 July 2021

COSMODERM TEA TREE OIL & VITAMIN E DENGAN FORMULA DAN BERWAJAH BARU

 



Assalammualaikum ,

Hai gaiss Cosmoderm kembali lagi dengan formula dan berwajah baru dengan kandungan yang lebih baik untuk kulit wajah kita stay tuned gaiss.. Antaranya Cosmoderm Tea Tree Oil ( TTO ) ada dua jenis produk yang kita nak give info tou you all gaiss ! first is TTO oil Control Facial Cleanser and TTO Refining Oil Control Serum . Seperti yang kita ketahui Tea Tree Oil memang banyak kebaikkan kepada kulit terutama kulit yang berminyak dan berjerawat kerana mengandungi anti bakteria semulajadi .





So gaiss yang ade masalah kulit berjerawat atau berparut boleh cuba Cosmoderm yang dapat pulihkan kembali kesihatan kulit malah dapat kembalikan keyakinan diri kita okey girlss..




Produk kedua ni gaiss Cosmoderm Vitamin E yang sentiasa memberikan kelembapan dan mengembalikan keanjalan kulit kembali so gaiss its ‘turn you beauty’. First kita ada Vit E Facial Cleansing Foam yang kaya dengan anti - oxidants dan membersihkan kulit sehingga mendalam. Second which is Vit E  Bi – Phase Toning essence 2000 I.U yang dapat membaiki tona kulit sekata dan melindungi kulit dari pencemaran  UV dan persekitaran . Cosmoderm juga adalah halal untuk digunakan dan di uji secara klinikal .




Cosmoderm Tea Tree Oil ( TTO )

Tea Tree oil bersifat anti – bakteria semulajadi yang terbukti dengan sifat menenangkan untuk mengurangkan jeragat dan jerawat . Produk ini sangat sesuai digunakan untuk kulit berminyak dan berjerawat .Selamat digunakan kerana pewangi daripada  natural essence from tea tree oil ,bebas paraben dan alcohol yang memudaratkan.Bebas SLS dan SLES .TTO dapat merawat jerawat seawal tiga hari. Di syorkan untuk kegunaan lelaki dan wanita .




Cosmoderm Tea Tree Oil Control Facial Cleanser 125 ml

Di formulasikan dengan minyak pohon teh  Australia yang terkenal dengan anti bakteria semulajadi dengan sifat menyerap untuk mengurangkan jerawat dan bintik jerawat dengan membantu mengawal lebihan sebum yang mengakibatkan  pori tersumbat.  

  • Pembersih berkrim dapat membersih dengan lembut dan secara mendalam 

  • Mengawal kegatalan dan memberikan keselesaan pada kulit 

  • Membantu mengawal lebihan sebum yang mengakibatkan liang pori tersumbat

  • Mengawal kegatalan pada kulit  


Cara penggunaan

  • Squeez sedikit pembersih muka ke telapak tangan yang dibasahi urut perlahan pada wajah dan bilaskan .




Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30 ml

Serum yang dapat membantu menyeimbangkan minyak sebum berlebihan yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat. 

  • Merawat jerawat dan memudarkan parut jerawat
  • Membuang sel kulit mati yang berlebihan pada kulit 
  • Menyeimbangkan tahap PH dan kelembapan kulit
  • Kurangkan blackhead dan whitehead
  • Kulit lebih sihat , gebu dan licin

Cara Penggunaan

Setelah toning , sapukan serum ke wajah dengan lembut sehingga di serap




 4 langkah untuk kulit cantik dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

1st step : Cosmoderm Tea Tree Oil Control Facial Cleanser 125 ml

  • Mengurangkan bintik jerawat

2 Step Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Face Toner 100 ml

  • Mengawal sebum berlebihan 

3 Step : Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30 ml

  •  Kurangkan blackhead dan whitehead 

4 Step : : Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturizers SPF 15++ 50 ml

  •  Meratakan tona kulit sekata  



Cosmoderm Vitamin E

Vitamin E

Gaiss seperti yang kita ketahui Vit E mempunyai Antioksidan yang dapat melindungi kulit dari kerosakan oksidatif dengan melawan radikal bebas. Dapat memberi keselesaan dan melindungi kulit .Mencerahkan kulit serta tona kulit sekata. Sesuai untuk kulit normal , kering dan kombinasi serta bebas pewangi , paraben , DEA dan bebas SLS / SLES . 




Cosmoderm Vitamin E Facial Cleansing Foam 125 ml

Pembersih berbuih yang berasaskan gel yang lembut di perkaya dengan anti oksidan yang membersih secara mendalam dan menghilangkan minyak berlebihan dan kotoran serta  mengekalkan kelembapan kulit .

  • Memulih , membaiki dan menganjalkan semula kulit 

Cara Kegunaan

  • Squeze sedikit gel pembersih urut dengan lembut pada wajah  dan bilaskan dengan air bersih


 Cosmoderm Vitamin E Bi – Phased Toning Essence

Toning essence yang sangat luar biasa banyak maanfaat terutama  pada kulit wajah .Di formulasikan dengan 2000 I.U vitamin E dan vitamin B5 . Ia juga membantu menyeimbangkan microbiota kulit , menyamarkan tona  tidak sekata , mencerahkan dan mengekalkan kelembapan kulit.

  • Menenangkan dan melindungi kulit dengan memulih , membaiki serta mengembalikan semula kesihatan kulit
  •  Melindungi kulit daripada pencemaran UV dan persekitan yang berbahaya 
  • Menganjalkan dan meremajakan kembali kulit 

Cara Kegunaan

Selepas toning sapukan toning esen pada kulit dengan urutan perlahan sehingga diserap . 


3 langkah untuk kulit cantik dengan Cosmoderm Vitamin E

1 step : Cosmoderm Vitamin E Facial Cleansing Foam 125 ml

  • Membantu mengurangkan jerawat dan tanda stretch mark

2 step : Cosmoderm Vitamin E Refining Toning Lotion 100 ml

  • Kulit kelihatan lembap

3 step : Cosmoderm Vitamin E Bi – Phase Toning Essence

  • Menenangkan dan melindungi kulit daripada pencemaran uv dan persekitaran 



Korang boleh dapatkan  produk  penjagaan kulit wajah Cosmoderm secara online di www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Official Store

 

Maklumat Lanjut Layari  :

https://www.cosmoderm.com.my/