Saturday 20 January 2018

10 Tanda Adakah Jodoh Itu Milik Kita Menurut Islam Dalam Usaha Mencari Jodoh Melalui BaitulJannah


Assalammualaikum , 

Perihal Jodoh adalah perkara yang sangat misteri telah tertulis di Luh Mahfuz jadi siapakah di takdirkan menjadi pasangan hidup kita di dunia ? Tentunya pengaruh akhlaq dan sikap kita di dunia akan menentukannya. 


Sesungguhnya Allah telah memperihalkan tentang persoalan jodoh kepada kita melalui ayatnya Al Quran surah An Nur ayat 26 yang berbunyi : 




Ertinya :

Wanita - wanita yang tidak baik untuk laki - laki yang tidak baik . Dan laki - laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula . Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. 


Dengan perihal tersebut kita dapat memahami , menyakini dan berikhtiar kerana jodoh merupakan takdir yang telah di gariskan . Rasullulah S.A.W sendiri juga memberikan kita pilihan untuk memilih jodoh yang kita inginkan.  Portal Laman Cari Jodoh Patuh Syariah dapat membantu kerisauan di hati. 


Tanda Adakah Jodoh Itu Milik Kita




Selesa Bersamanya

  • Tiada perasaan bosan dan jemu walaupun selalu bersama . Semakin hari semakin sayang rasa tenang selesa menjadi pengubat duka . Jika berjauhan seperti kehilangan dan perasaan ingin selalu berjumpa dengannya.

Bersahaja

  • Perhatikan cara percakapannya , pakaiaan , makan & minum semuanya spontan tanpa sandiwara . Apabila dia selesa dengan gaya kita tanpa di buat - buat mungkin dia sesuai untuk hidup bersamanya. 

Menerima Seadanya 
  • Tidak pernah kisah silam kita walaupun tahu kita pernah berpisah dengan kekasih lama. Yang penting siapa anda sekarang padanya . Tiada rahsia apabila bersedia menjadi pasangan hidup . 

Jujur
  • Sikap jujur yang di pamerkan sidia memikat hati anda kerana kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan.Kejujuran merupakan faktor penting dalam sebuah perhubungan kerana jujur yang di sulami kesetiaan akan membuahkan percintaan yang sejati . 

Saling Mempercayai 
  • Bagi mereka yang berjodoh sifat saling percaya dan mempercayai antara sama lain timbul dari hati nurani. Merasa tenang apabila memberitahu rahsia - rahsia kepada kekasihnya malah kita rasa selamat rahsia kita berbanding di ceritakan pada rakan lain. 

Bekerjasama 
  • Setiap pasangan perlu berkerjasama menjalani kehidupan ini . Segala perkara perlu di lakukan dengan ikhlas dengan meringankan tugas pasangan . Ini penting kerana mempengaruhi kehidupan pada masa hadapan . 

Saling Memahami
  • Pasangan yang mempunyai jodoh dapat memahami pasangannya dalam apa jua situasi . Jika pasangan sakit di bawa untuk rawatan , jika berduka kita menjadi penglipur lara , jika dalam kesusahan kita membantunya , jika berbicara kita menjadi pendengarnya. Jika pasangan dapat susah senang bersama maka itu jodoh kita . 

Menerima Kelemahan 
  • Sebagai manusia biasa kita tidak sempurna jika anda dan pasangan dapat menerima keburukkan pasangan masing - masing memang anda di takdirkan untuk hidup bersama . 

Naluri Hati 
  • Anda dan pasangan dapat memahami antara satu sama lain dan membaca fikiran masing -masing dalam situasi tertentu dan bertindakbalas tanpa di duga . Bila anda yakin tanyalah kata hati apakah dia ditakdirkan untuk bersama . Serahkan segalanya pada yang Maha Esa. 

Solat Istikarah Dan Tawakkal 
  • Istikarah dan memohon supaya Allah memberikan petujuk , Insya Allah dengan izin Nya kita mendapat petujukNya . Setelah semuanya di usahakan berserahlah kepada Allah dan berdoa selalu . 
Salah satu usaha mencari pasangan bolehlah mendaftar di sini BaitulJannah Laman Cari Jodoh Patuh Syariah semoga di permudahkan .


Thursday 18 January 2018

Keistimewaan Watson Mask Untuk Penjagaan Kulit Wajah


Assalammualaikum , 

Hai , Kali ini rutin kecantikan yang menjadi kebiasaan adalah mask untuk wajah. Salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan kulit adalah dengan memakai mask wajah. Biasa kita lihat drama korea kan dorang selalu pakai masker kulit dorang pun memang mulus dan bersih sangat .   Rupanya rahsia dorang suka amalkan memakai mask ni.

Tiga jenis mask di bawah ini adalah made in China .


Kepentingan Memakai Masker

πŸ’‹ Selain pelembap , mask juga penting kulit dapat berehat dan dirawat seolah - olah seperti berada di Spa.

πŸ’‹  Dengan bermasker di rumah lebih jimat dan berbaloi. 

πŸ’‹ Kini Watson telah mengeluarkan mask jenama sendiri dengan harga berpatutan dan setanding dengan mask lain. 

πŸ’‹ Bermasker dapat mengekalkan keremajaan kulit

πŸ’‹ Mask yang berada di pasaran dapat jimatkan masa kerana mudah di pakai.

πŸ’‹ Membantu exfoliates sel - sel kulit yang dah mati dan memaskikan pori kita sentiasa bersih.

πŸ’‹ Biasanya di pakai 2 -3 kali seminggu.


Jom kita review masker daripada Watson 




Watson Pomengranate & Hydrating Facial Mask

πŸ’‹ Di perbuat daripada gentian Tencel Austria dan chitosan laut mask yang lembut memudahkan penyerapan dengan lebih mendalam serta memanjakan kulit . 

πŸ’‹ 8 ramuan khusus  yang terdapat di dalam Intipati  Pomengranate & Hydrating Facial Mask  

πŸ’‹ Menghasilkan pelembap kulit mesra alam yang multi polip untuk melengkapi tahap kelembapan kulit daripada terhidrasi.

πŸ’‹ Ia juga diperkayakan dengan ekstrak " pomengranate " anti pengoksidaan yang kaya dengan polifenol untuk meremajakan kulit dengan mendapat ujian dermatologi. 


Bahan : 
Aqua , Butylene Glycool , PEG/PPG -b17/6 copolymer , glycerin , Glycereth -26 , Niacinamide , Hamamelis Virginia water , 1,2 - Hexanediol , Punica Granatum Fruit Extract , Onsen Sui , ChondrusbCrispus Extract , Phaseulus Radiatus seed extract , Cladosipon , Okamuranus extract , papain , Lactobasilus ferment , Paeonia suffructicosa root extract , Carbomer , Serine , Xanthan Gum , Propannediol , Sodium Hyluronate, Propelane Glycol , Hydroxyethylcellulose. Sebenarnya banyak lagi bahannya kita infokan sedikit. 




Watson Vitamin C Whitening & Moisturising Facial Mask

πŸ’‹ Di perbuat daripada kain Tencel lembut seperti sutera untuk memenuhi contour muka & penyerapan yang baik.

πŸ’‹ Di perkayakan dengan esen pemutihan vitamin C

πŸ’‹ Mempertingkatkan kulit kusam & nada kulit sekata dengan pelembap air bunga oren untuk menjadikan kulit lebih lembut , licin dan berseri.

πŸ’‹ Di uji oleh Dermalogical


Bahan :
Aqua , Glycerin , Propylene Glycol , Corn Gluten Amino Acids ,  Diazolidinyl Urea , Methylparaben , Glyceryl polymethacrylate, PVM/MA Copolymer , Citrus Auratium Amara flower water , Chondrus Crispus Extract , Sodium Dehydroacate , Citric acid , Phenoxyethanol , Chlorpnesin , Xanthan Gum , Aloe Barbadensis leaf extract. Trehalose , Tapioca strach , Opuntia streptachanta stem extract. Dipotassium Glycyrhizate 




Sakaura Hydrating & Refreshing Facial Mask 

πŸ’‹Intipati ini mengandungi 8 ramuan khas yang dihasilkan untuk pelembap yang mesra kulit serta menghasilkan pelembab semulajadi untuk melembapkan tahap kelembapan kulit.

πŸ’‹ Serta mengelakkan daripada terhidrat dan kulit terpelihara sentiasa. 

πŸ’‹ Di perkayakan dengan ekstrak Sakura , Betaine dan ekstrak bunga untuk mencerahkan ke dalam kulit anda dan kelihatan segar sihat dan muda. 



Cara Pemakain Mask


πŸ’‹ Gunakan setelah muka dicuci bersih. 

πŸ’‹ Ratakan mask kepada wajah dan secara perlahan melekap dengan sempurna. 

πŸ’‹ Tanggalkan film hijau. Dan biarkan selama 15 - 20 minit kemudian tanggalakan . 

πŸ’‹ Urutkan intipati selebihnya kepada kulit wajah untuk penyerapan yang menyeluruh 

πŸ’‹ Tidak perlu bilas . 

πŸ’‹ Gunakan setiap hari untuk hasil yang terbaik. 

πŸ’‹  Jangan pakai pada kulit terbakar atau rosak . 

πŸ’‹ Hindari daripada terkena mata. Jika kena terus basuh pada air  biasa. 

πŸ’‹ Jika berlaku iritasi hentikan pemakaian dan jumpa doktor jika perlu.


Cara Penyimpanan :

 Simpan di tempat sejuk atau kering jauhkan daripada cahaya  matahari secara langsung 

26 ml intipati di dalam satu pack . 



Watson Mask Made From Korea





Mask ini pula di rumus khas dengan molekul tinggi HA asid hyaluronik yang mengekalkan sejumlah besar air untuk membentuk lapisan pelindungan menjadikan kulit lebih lembap dan lembut . Lembaran mask Tencel yang mengandungi serat semulajadi dan biodegredable akan menghasilkan rasa yang halus dan sesuai untuk wajah. 

Cara penggunaan dan penyimpanan sama seperti di atas serta elakkan daripada terkena mata . 21 ml intipati setiap kandungan mask . Tempoh luput sehingga 3 tahun wahh lamakan. 



Double HA Intense Moisturising Facial Mask


Boleh melembapkan kulit dengan dua jenis asid Hyaluronik HA dan saiz molekul yang berbeza membantu melembapkan kelembapan sambil menegangkan garis halus . Kulit anda akan menjadi sangat lembap dan berseri selepas di gunakan . 



Brown Rice Brightning Facial Mask

Dengan minyak beras perang membantu melindungi kulit daripada persekitaran yang tercemar dan membaiki nada kulit tidak sekata dengan mencerahkan kulit serta melembapkan .



Apple Refining Facial Mask

Dengan ekstrak apple  yang mengandungi phytochemicals dan kaya sumber vitamin akan membantu membersih kulit dan menjadikan kulit lebih lembut dan halus . 


Watson facial mask boleh didapati dengan harga 3 pack untuk rm 10.00 jimatkan. 
Jom dapatkan cepat berbaloi - baloi . 


Thursday 11 January 2018

Mencari Pasangan Untuk Ikatan Sah Daftar BaitulJannah Laman Cari Jodoh Patuh Syariah



Tahun silih berganti sekejap sahaja masa berlalu begitu juga umur kita semakin meningkat perkara yang selalu berlegar dalam fikiran soal jodoh yang tidak kunjung tiba . Adakala buntu memikirkan dek rimas dengan pertanyaan demi pertanyaan mereka di sekeliling kita. Tanpa putus asa sentiasa cari jodoh yang mengikut syarak dalam islam . 


Jodoh itu rahsia Allah tetapi sebagai manusia kita juga perlu berusaha . Jodoh perlu di cari dalam aspek ini yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri. 


Antara Alasan Jodoh itu Sukar 

πŸ’œ Terlalu memilih 
πŸ’œ Belum bersedia
πŸ’œ Jodoh belum sampai
πŸ’œ Kenangan lalu putus cinta
πŸ’œ Tiada restu ibu bapa
πŸ’œ Selalu buruk sangka dengan orang sekeliling
πŸ’œ Tidak menghormati dan pentingkan diri sendiri
πŸ’œ Tidak tahu keberkatan dalam berumahtangga
πŸ’œ Tiada usaha bersesuaian 


Jom Dekatkan Jodoh Jika Belum Jumpa Calon

Menyayangi orang di sekitar kita dengan berdoa bersungguh - sungguh kerana jodoh selalunya tidak jauh. Berusaha dengan tepat menyucikan hati sentiasa bersiap sedia gembira dan kemas dengan melengkapkan diri ciri - ciri lelaki dan wanita idaman. Mencari calon pasangan di Laman Cari Jodoh Muslim - BaitulJannah ( klik Sini ) 


Apakah BaitulJannah 

BaitulJannah adalah sebuah Laman Cari Jodoh Muslim Online platform di mana anda boleh mendaftar sebagai calon jodoh ( bagi yang bujang ) dan tersenarai juga calon lain . Anda boleh mengenali mereka satu sama lain. Kelebihan portal BaitulJannah segala maklumat peribadi anda lebih terjamin dan selamat. 






Bagaimana Cara Nak Daftar Laman Cari Jodoh 
BaitulJannah ? 

πŸ’š  Daftar dekat sini ( Klik Sini ) 
πŸ’š  Baca sehingga habis . Lengkapkan profil anda dan upload gambar yang jelas.
πŸ’š  Tunggu kelulusan admin selama 12 jam - 24 jam 
πŸ’š  Selepas pendaftaran disahkan anda akan menerima 1 rubi .
πŸ’š  Sila buat pengesahan nombor telefon melalui telegram atau sms untuk buat pengesahan.
πŸ’š  Setelah itu anda sudah boleh melayari senarai calon yang anda sukai . 
πŸ’š  kirimkan salam anda sehingga berjawab dan bolehlah terus menghantar salam perkenalan.
πŸ’š  Jika sudah kenal dan selalu berinteraksi dengan calon, anda boleh mohon taaruf . 




Keistimewaan Laman Cari Jodoh BaitulJannah

πŸ’š  Website anti seo segalanya privasi pada laman profile user dan patuh syariah. 
πŸ’š  Mesej anda di pantau jika ada perkara berunsur tidak baik user akan terus di ban.
πŸ’š  Anda boleh merujuk profile calon seperti umur , tinggal di mana , asal dan perangcangan mereka untuk berumahtangga.
πŸ’š  Pendaftaran adalah percuma dan calon yang berdaftar semakin bertambah.
πŸ’š  Anda kena cepat daftar Klik Sini jangan sampai jodoh anda tertunggu - tunggu haa..   



Kini terdapat 129,500 calon telah berdaftar di Laman Cari Jodoh BaitulJannah gunakanlah alternatif ini untuk membantu anda. Dengan perkembangan teknologi kini mencari jodoh boleh dilakukan dengan mudah tanpa meninggalkan adat dan budaya kita. Jangan lupa daftar Klik Sini semoga segala urusan di permudahkan Insya Allah.

Sunday 7 January 2018

Safi Shayla Hair Spa Kini Penjagaan Rambut Bermula Dari Rumah

 

Assalammualaikum,

Korang ada masalah rambut kering dengan frizzy tak dah macam terkena elektrik kan.
Mujurlah kite jumpa dengan Safi Shayla Hair Spa
 ( Pro Leave On Milk Losyen ) .
Sesuai sangat untuk rambut wanita yang bertudung seperti kita nie kan. Jika di biarkan masalah rambut berterusan tanpa penjagaan makin kerap rambut luruh kan susah tuu..

Rambut akan terasa kering selepas kita mencucinya perapi sahaja tidak mencukupi untuk memberikan lembapan.

Bukan itu sahaja rambut berbau wangi sepanjang masa. Kini penjagaan rambut boleh bermula hanya daripada rumah .



Kenapa perlukan Safi Shayla Hair Spa ? 

πŸ‘©  Memberikan kelembapan sempurna walaupun kita bertudung. 

πŸ‘©  Harga pasaran sekitar RM 16.00++  sebotol 100ml sangat berpatutan.


πŸ‘© Safi Shayla Hair Spa ProLeave - On Milk lotion kaya dengan Habbatus Sauda & Multivitamin.


πŸ‘© krim mewah ini memelihara rambut menghasilkan rambut bersinar , tidak kusut , kelembapan sepanjang masa dan memberikan haruman yang kekal sehingga 48 jam. 


πŸ‘© Mendapat ujian daripada Makmal. 


Habbatus Sauda 

πŸ‘© Mengandungi bahan antibakteria semulajadi untuk menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan kulit rambut tidak selesa serta rambut kusam. 

πŸ‘© Bertindak meresap jauh ke dalam kulit kepala. 

πŸ‘© Kaya dengan nutrien semulajadi untuk menyihat , melindungi dan mencantikkan rambut.




Multi - Vitamins 

πŸ‘© Mempertingkatkan keelestikan serta kekuatan rambut bermula dari akar hingga ke hujungnya. 

πŸ‘© Bertindak melebatkan rambut dan sebagai antioksida. 

πŸ‘© Rambut mendapat perlindungan ekstra dari haruman dan kesegaran sepanjang hari.

Kandungan Bahan

πŸ‘© Water , Isopropyl , Myristate , Cyclopentasiloxane , C12 - 20 Alkyl Glucoside , Cyclohexasiloxane , Panthenol ,  Hydroxyetthyl  Acrylate ,  Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer , Hydrolyzed Wheat Protien , Ethylhexyl Methoxycinnamate , Tocopheryl Acetate , Disodium EDTA, Nigella Sativa ( Habatuss Sauda ) Seed oil , Fragrance , Phenoxyethenol , Methylparaben. 






Cara Penggunaan 

πŸ‘© Pamkan secukupnya pada tapak tangan dan ratakan pada rambut yang masih lembap setelah di shampo atau di perapi. 


Tips 

πŸ‘© Biarkan rambut kering di udara selama 15 - 30 minit sebelum memakai tudung.   



Halal Produk 

πŸ‘© Safi seiring kehendak syarak .

πŸ‘© Rangkaian produk SAFI mengamalkan piawaian halal yang ketat dan tidak mengandungi alkohol ataupun bahan berasaskan haiwan. 

πŸ‘© MS 2200 Part 1 : 2008 Ruj : 1 059 - 08/2005 

Kualiti Produk 

πŸ‘© ISO 14001 eco - certified factory 



WIPRO UNZA MALAYSIA SDN BHD
No 10 , Jalan Subang 2 , 
Taman Perindustrian Subang , 
47610 Subang Jaya , 
Selangor.

www.safi.com.my

Wednesday 3 January 2018

Pusat Ternakan Belangkas Sedili Kota Tinggi Johor Pemuliharaan Secara Mampan




Assalammualaikum,

Belangkas ! korang pernah makan tak  ?
Teruja dapat lihat lebih dekat belangkas nie terima kasih Tourism Johor memberikan pengalaman menarik dengan melawat Pusat Ternakan Belangkas Sedili Kecil Kota Tinggi Johor . 





Usaha pemuliharaan belangkas di jalankan di Sedili untuk memastikan populasi organisma akuatik purba ini tidak pupus. Pemuliharaan & Pemeliharaan belangkas perlu secara mampan dan di pertingkatkan.




Pusat Ternakan dan Penetasan Belangkas telah di naik taraf oleh peruntukan individu , Persatuan Nelayan Kawasan ( PNK ) Sedili menerusi kerjasama Strategik Lautan Biru ( NBOS ) & Jabatan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM ) & pusat Transformasi Luar Bandar                      ( RTC ). 




Perihal Belangkas

πŸ’š  Terdapat tiga jenis belangkas iaitu belangkas pantai , belangkas bakau &belangkas Sabah.
πŸ’š  Merupakan haiwan artropod laut . 
πŸ’š  Saiz Belangkas boleh mencapai sehingga 20 inci . 
πŸ’š  Mempunyai sistem imun yang tinggi . 
πŸ’š Anggota belangkas yang terputus boleh tumbuh semula . 
πŸ’š Belangkas hidup di laut masin dan paya air tawar . 
πŸ’š Haiwan akuatik purba 



Pembenihan Anak Belangkas





Selepas pembenihan anak belangkas yang berusia tujuh bulan akan di lepaskan ke laut semula. Projek ini dapat membantu nelayan sebagai sumber rezeki. 




Belangkas yang matang berusia 10 tahun ke atas . Projek ini juga menjadi tumpuan pelancongan dan ada juga yang menjadikan sebagai tempat tunjuk ajar cara - cara menternak belangkas .




Nilai Perubatan 



πŸ’š  Penyelidikan tentang belangkas banyak di jalankan oleh Universiti Malaysia Terengganu              ( UMT ) .


πŸ’š  Terkini UMT berjaya menghasilkan Kit Pengesan Endotoksin Pantas         ( TAL )

πŸ’š  TAL berupaya mengesan pencemaran bakteria dalam ubat - ubatan dan alat suntikan. Menganalisis ketulenan ubat - ubatan yang masuk dalam tubuh manusia.

πŸ’š  Dr NorAznawati Ismail Timbalan Pengarah Institut Bioteknologi Marin IMB berharap dapat membantu industri farmasi negara kerana kit yang dihasilkan setanding pengesan endotoksin dari luar negara.

πŸ’š  Penyelidikan ini mendapat dana dan geran sebanyak 1.9 juta daripada Kementerian Sains Teknologi & Inovasi Malaysia ( MOSTI )






πŸ’š  Darah belangkas boleh di ambil tanpa mematikan belangkas tersebut.

πŸ’š  Darah belangkas sangat  bernilai sehingga  memcecah RM 17,500 seliter .

πŸ’š  Berwarna biru dan darah belangkas banyak menyumbangkan kepada bidang penyelidikan .

πŸ’š  Darahnya dapat digunakan untuk mengesan virus , bakteria & toksin .





πŸ’š  Kulit belangkas mengandungi kitin yang merupakan bahan mentah untuk menghasilkan chitosan. 

πŸ’š  Chitosan di jadikan makanan diet untuk mengurangkan berat badan . 

πŸ’š  Ekstrak cengkerang mempunyai aktiviti antibakteria dan antimikrob. Di gunakan juga sebagai pembalut luka dan penapis air. 


Hukum Makan Daging Belangkas




πŸ’š  Telur belangkas boleh di makan oleh orang islam

πŸ’š  Masyarakat melayu di Kota Tinggi Johor memasak asam pedas , sambal tumis serta memanggang.

πŸ’š  Hanya yang benar - benar mengetahui cara menyediakan sahaja boleh di makan kerana belangkas mempunyai toksin yang boleh memabukkan kepada mereka yang memakannya.




Tourism Johor

MITA

Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkas Sedili Kecil

Alamat :
Kampung Sedili Kecil , 81900 Kota Tinggi Johor