Monday 19 September 2016

Kebenarannn Pes Tomyum Sedap Kung Thai Brand TerbaiKKK

Pes Tomyum Kung Thai Brand

Assalammualaikum
kepada puan - puan , akak - akak dan adik - adik cewah macam nak berbahas plop. Terutama peminat tomyum la kann. Kisah benar pengalaman saya sendiri yang tak berapa suka sangat makan tomyam pada mulanya yela kebanyakan tomyum saya makan biasanya dekat kedai lah ada yang terlalu pedas atau kita sendiri masak kuahnya cair sooo tak kick la rasa tomyum tu betoi dakk . Kalau tetiba rasa teringin tomyum mesti saya akan cari orang pattani dari thai yang masak sebab kuah tomyum dorang masak memang cukup rasa dan sedap kenalah dengan tekak kita kan. Al kisah berjodoh dengan pes tomyum Kung Thai Brand mokcik dari pantai timur nie duk cakap sedak sengoti jadi kita pun belilah.Balik rumah cubalah masak perghh rasanya sedap macam orang pattani masak . Tengok tomyum kat bawah tu warna tomyum jer pun dah menarik.
 
 Tomyum in the house

Biarr kebenarann terus sukeee makan tomyum beb.. alang - alang selalu beli baik kita jual dan kongsi bersama rasa pes tomyum sedap nie. Sebab ape kami teruja nak berkongsi pes tomyum Kung Thai Brand nie sebab mudah sangat nak masak tomyum terutamanya yang bekerja mesti nak cepat bagai kan. Just masukkan lauk , sayur , cendawan terpulang citarasa masing masing kan. Tak perlu tumis segala lagi guna tiga sudu teh dah sedap meletoppp hanya tunggu sehingga didih jer mudah kan. 

RESEPI TOMYAM SEDAP, CEPAT DAN MUDAH

1.   Masukkan 4 cawan air ke dalam periuk.
2.   Masukkan daging/ayam. Jika udang/sotong, masukkan selepas carrot kerana udang dan   
      sotong mudah masak.
3.   Agak-agak hampir empuk, masukkan carrot.
4.   Masukkan pula daun limau nipis jika ada.
5.   Kemudian masukkan 3  sudu besar perencah tomyam.
6. Masak atas api sehingga naik bau harum
7.   Tunggu sehingga mendidih.
8.   Akhir sekali masukkan hirisan tomato dan bawang besar holland yang telah dipotong 
      memanjang.
9. Jangan biar terlalu lama kerana tomato akan mudah hancur.
10. Sedia untuk dihidang..

Kuah tomyam ini juga sedap dimakan bersama bihun, mee atau kueateau.

DIJAMIN SEDAP...SELAMAT MENCUBA!!

 

 Botol kecil  (114gm)  = RM 8.00
Botol sedang (227gm)  = RM 12.00
                              Botol besar (900gm)  = RM 25.00

Bagaimana cara nak dapatkan pes tomyum nie boleh hubungi @ pm saya 0166471910
            

Thursday 8 September 2016

Ceritera Lavender , Strawberry & Teh Cameron



Taman Lavender 
Assalamualaikum 
Cantiknya Lavender seindah namamu.. harum dan segarnya 
tak sangka dapat lihat lebih dekat biasanya bunga nie berasal dari luar negara..
Wah sekarang boleh lihat live Di Cameron Hingland iaitu di Lavender Garden.
Pengalaman kedua datang ke Cameron Hingland sempena hari lahir mak tersayang yang teringin bercuti ditanah tinggi Cameron Hinglands maka sampailah.. Mak nie memang penggemar bunga jadi lagi excited dan memang best lah datang sini..

Selamat Hari Lahir Mak
Apa yang menarik dekat Taman Lavender? 
 Tiket masuk  = Dewasa RM 8 
                      = kanak - kanak RM 5 
Beralamat      =Tringkap Cameron Hingland 39100 Pahang.
Waktu Buka  =  Isnin - Khamis 9 am - 6 pm
                      = Jumaat - Ahad 9 am - 7 pm
Hubungi        =  605 4961208 



Kepada peminat bunga memang patut datang sini selain tarikan bunga Lavender ada jugak bunga-bungaan lain yang semua cantik2.. Tempat nie bersesuaian untuk bergambar kenangan berlatar belakangkan lautan bugaan yang berwarna warni dan bunga yang mekar. 

 

 menarik susunan bungaan  


Yang menarik di Lavender garden nie kita boleh merasa sendiri keseronokan memetik bunga - bungaan yang segar dan dikenakan cas untuk sekuntum rm 2. Korang juga boleh abadikan cinta dengan Love Locks haa.. jangan ingat dekat oversea aje ada tau.

Pegang aje yer huhu..

Love Locks

Rumah lebah banyak dalam lavender garden

Terus menuju menaiki puncak terdapat Lavender cafe dimana bolehla berehat dan menikmati masakan unik di ilhamkan sendiri oleh taman tu. Menarik sekali kita boleh merasa sendiri ice cream perisa lavender gitu.. 

Pilihan en Hubby tetap strawberry

 Kolam ikan juga ada

 Cendawan gergasi
   lebah
 Kincir air

 Petik strawbery pon boleh 

 kenangan dalam keterpaksaan tengok gaya budak2 nie haish..  

Kedai cenderamata terdapat pelbagai pilihan yang boleh dijadikan hadiah. Ada satu lotion strawbery nie harum sangat baunya tahan sehingga 6 jam harga juga berpatutan recomanded lah.

 cenderamata ilham strawbery 

 Produk daripada madu bungaan dan buahan kawasan iklim sejuk 

lavender souviner


 Madu lebah juga ada dijual dekat Lavender garden nie

 Bunga bungaan beli - beli jangan tak beli

 Laluan dalam taman

 Salah satu tempat menarik untuk bergambar 


Cameron Hingland nie mana2 tempat pun cantik setuju kan?


Big Red Farm Strawbery




Jenjalan sudah perut pun dah berkeroncong.. Nak bawa birthday mom makan strawbery. Wajib rasanya cari strawbery dah datang Cameron tempat pilihan adalah Big Red Farm Strawbery. Terletak di Brinchang waktu operasi  jam 8.30 am - 6.00 pm. Di sini terdapat cafe agak besar jugak


Pendek kata menu dekat sini semua berasaskan strawberylah hanya sebut nombor sahaja dan beratur layan diri untuk memesan makanan.
 

Waffle with ice cream menjadi pilihan. Antara menu lain Strawbery milkshake , strawbery yogurt , muffin , strawbery chess cake semua tak mengecewakan sedap2 belaka. Tempat permainan kanak disediakan so lebih selesa mana yang bawa anak kan. Kedai cenderamata dia besar jugak bolehla pilih produk2 strawbery tu.
 

Banyak tarikan disini salah satunya flower nursery. Dengan kaktusnya cantik dan rambang mata betul. Paling best petik strawbery sendiri makan fresh2. Sayur - sayuran kebanyakanya ditanam melalui hidroponik organik gituu. Pilih jangan tak pilih salad segar bugar kekdahnyer
 

laluan dalam Big Red Strawbery Farm menarik. Korang boleh bergambar dengan replika Strawbery yang besar alam kat situ ha. Bahagian atas kepala pula banyak buah blackcurrent bergantungan rasa cam nak jer capai petik.
 

berkenan pulak warna bunga nie cantik kan
 
 kaktus nursery


Masa nak balik tu singgah Bharat tea plantation ngeteh situ dulu. Ladang nie adalah kedua terbesar di Cameron.  Tea  Bharat nie special inspired by  Sri Lankan and South Indian. Cafe dia menarik sangat dan kedai cenderahati berasaskan produk teh kebanyakkan. saya grab juga lemon tea dan green tea 2 kotak terbaik rasanya sedap tak percaya korang bolelah try cuba. 
semoga perkongsian ini buat korang teruja nak pergi cameron. 

 

Let's #travelgr8, together with Air Asia






Assalammualaikum

Have a nice day everyone

Recently Air Asia win of the Skytrax award for the 8th time.
Air Asia want to share their joy by showing the world what it’s like to have a great travelling experience!
With their extensive flight network of over 120 destinations around Asia and beyond, they are here to be champion great travelling experiences, enabling the Time of Your Life through travel.
 Don't just travel, #travelgr8.

Join the movement with 2 simple steps:

Step 1: Post your gr8 travelling experience on social media (photo or video)

Step 2: Hashtag #travelgr8 & challenge 8 friends on the post to do the same!


 #travelgr8 


 #travelgr8  
 #familytrip
 #terengganu
#kampungcinaterengganu
#lorongsenikampungcinaterengganu