Assalamualaikum
ha.. korang penah tak makan dekat restoran hanya beralaskan daun pisang jer??
Yup daun pisang ?
Biasanya kita akan jumpa bila bungkus nasi lemak kan!
Haa.. sebenarnya daun pisang nie banyak betul kegunaannya..
Maka sesuatu yang Allah SWT jadikan ada manfaatnya..
Restoran Fathima Banana Leaf menjadikan daun pisang antara tarikan kepada sajian makanan di restoran mereka..
Satu tarikan yang unik dan menarik.
Apa sebab daun pisang ini berguna kepada makanan.. jom moh nak cite..
Set Nasi Beriani Ayam |
Kalau di Malaysia kita dapat lihat kaum india selalu makan beralaskan daun pisang nie. Kerana menjadikan hidangan masakan itu lebih segar dan bersih. Fathima Restoran memilih daun pisang untuk dialaskan dengan masakan selatan india supaya dapat mengekalkan kualiti dan aroma hidangan dari negara asal. Chef restoran ini juga berasal dari Selatan India. Apa yang dapat kita lihat konsep restoran ini juadahnya lebih sihat kerana banyak hidangan sayur-sayuran bonus kepada mereka yang vegeterian dan berdiet..
Pilihan juadah lauk pauk ala2 indian cuisine |
Alkisah cerita daun pisang...
- Sangat kaya dengan sebatian berasaskan tumbuhan yang dipanggil polifenol seperti yang terdapat dalam teh hijau.
- Polifenol adalah antioksidan semulajadi yang mana dapat mencegah penyakit.
- Selain itu daun pisang adalah penambah rasa semulajadi dan bebas sebarang pengawet. kerana daun pisang mempunyai lapisan lilin yang halus apabila makanan panas dihidangkan diatas daun, lilin akan cair dan memberi aroma makanan itu lebih enak.
bestnya adik makan dah tak risau lagi tumpah |
- Daun pisang bebas daripada sebarang bahan kimia seperti sabun jika dibandingkan dengan pinggan. secara tak langsung lebih jimat kos.
- Sangat eco friendly iaitu mesra alam daun pisang ini mudah terurai semulajadi dalam masa yang singkat berbanding plastik. Soo.. mesti korang teruja lepas ni nak makan beralaskan daun pisang kann..
- Praktikal sangat kerana saiznya yang besar dapat menampung seluruh komponen lauk pauk.
- Juga kalis air sehingga dapat menggelakkan kuah melimpah keluar.
Rupa dah tak sabar nak rasa sajian beralaskan daun pisang.. |
Pintu masuk disambut oleh ayam tandori
wah..makan atas daun pisang ek..sedap tu..restoran pun jimat..sebab tak perlu air nak basuh pinggan. hehehehe
ReplyDelete