Alkesah... Jatuh cinta dengan pulau !!!
weii awat pelik sgt hang nie..??
Serious memang suka sangat dengan pulau Langkawi hokeyy..
Tu sebab duk ulang pi 2 - 3 kali sampai tak nampak pulau lain.. Orang tanya asyik pi sana ja..
Cheq pun tak dapat jawab tapi memang rindu nak pi lagi dan lagi..
Entri nie dah lama tapi masih dalam ingatan kenala backup.Throwback gituu..
Hentian RNR nak kesubuh hari |
Ready jom pi naik feri |
Dalam feri macam biasa di beri penerangan tentang keselamatan dan cara2 memakai life jaket jika berlaku kecemasan.First time jugak la pengalaman cheq naik feri nie cuak kot.. Perjalanan slow & steady cuma terasa ombak beralun2 gitu jew ala2 gayat skit..
Jeti Langkawi |
Tak sabaq dah nak sampai akhirnya nampak singboard nie syukur Alhamdullilah.. selamat mendarat .. eh silap berlabuh.. da naik feri kan! Agak penat jugak perjalanan duk pikiaq nak freshkan diri jaa nihhh.. terus gerak ke tempat penginapan Grand Continantial Hotel kat pekan Kuah.
Pekan Kuah Langkawi Tempat Beli Belah
Jangan kecam cheq bukan duta produk |
Pekan Kuah memang tempat shopping ha.. tengok awai2 lagi da pegang coklat !! bukan apa first time nampak cam jakun heaven kot terutama orang macam cheq yang suka makan cokelet. Tempat pertama yang dituju adalah Haji Ismail Group barang kat sini boleh kata semuanya bebas cukai jadi lebih murahlah kan. Rambang mata nak pilih barang kat sini pastu duit pun terbang hew..hew.. tengok tu kan jenuh nak pilih..
Cer.. cari coklate kegemaran |
Tengok lirik mata dah nampak yang berkenan dihati |
comel tak?? ok letak balik |
Sempat lagi orang mengirim cam tau2 jakkk kan kan.. |
kira jangan tak kira takut lebih bajet |
Ha.. tudia hasil tangkapan camna cheq tak jatuh cinta dengan Langkawi heeww! |
Makan Malam Di Bambo Beach Restoran
Dah penat shopping perut pun laparr.. tahap gaban dah.. Bamboo Beach Restoran nie terletak sebelah laut.
Sampai pun dah malam boleh dengar deruan ombak jer tak nampak pemandangan. Persekitaran sangat menarik kerana semuanya dibina daripada buluh.Masakan pun terbaik hidangan utama tentulah daripada makanan laut. Lagi best boleh pilih sendiri mana hampa suka.. Macam2
Tomyam seafood panas2
omelate
siakap 2 rasa
ketam goreng pedas
pilih dulu makanan segar |
harga nie tahun 2011 |
Beralamat : Lot 85, Kampung Penarak 07000 Langkawi
Bahagia muka kekenyangan |
Aktiviti malam hari selepas dinner terus balik sebab stay dekat Kuah banyak la kedai dah tutup. Nasih la sebelah hotel ada Shopping Mall boleh la lepak kejap jenjalan kan.. First time datang belum tau port baik kat mana huhuuu..
Aktiviti seterusnya Kilang Gamat MH Saujana
masak minyak gamat |
kebal kan??? okey sebenarnya rasa dia suam2 walaupun tengah menggelegak itu yang dirasa bila celup jari dalam tu walaupun pada mulanya penakut! Dekat MH Saujana nie ada jual pelbagai produk terutama terdiri daripada gamat la.. kiranya top to toe semua ada.
produk yang dijual antaranya minyak panas , minyak kayu putih , minyak campuran lada hitam , bam gamat , minyat gamat , krim gamat air gamat juga ada.Pendek kata rambang mata lah
Penerangan tentang produk disampaikan sendiri oleh pengusaha Kedai. Menceritakan penyakit tertentu dan ubat yang bersesuaian. Maka tak dela kita main beli jer kan. Memang info yang baik diterangkan.
Gambar keberkesanan produk cth kulit melecur apabila disapu produk gamat kulit kembali pulih.
satu kedai dah round belek2 mana nak beli hah!! bayaq la kopakkkk.. |
Rumah Mahsuri
Rumah Mahsuri letaknya di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka, Langkawi.
Sebelum masuk perlu beli tiket dahulu yer |
Selamat Datang Ke pulau lagenda.
Alkisahnya kejadian dikaitkan dengan lagenda sumpah keramat Mahsuri. Langkawi diserang hebat oleh tentera Siam.Jelapang padi kepunyaan penduduk dimusnahkan.Padi milik penduduk dikumpulkan di Kampung Raja, Padang Matsirat dan dibakar hingga hangus.Datuk Seri Pekerma Jaya dan isterinya, Wan Mahura turut terbunuh dalam peperangan dengan Siam. Penduduk Langkawi yang terselamat dijadikan orang tawanan dan dibawa ke Siam. Langkawi tidak membangun selama tujuh keturunan. Rumah Mahsuri dijumpai di bawah sepohon cenderai yang rendang. Kawasan itu turut di kelilingi pohon rumbia.Terdapat sebuah perigi di kawasan berhampiran. Dibina semula oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1940-an.
Rumah Mahsuri |
Perigi Mahsuri |
Penjaga perigi nie ada bagi tahu kalau basuh muka dengan air nie mesti mai balik langkawi. Cheq pun lelaju basuh muka siap niat nak datang lagi nanti ternyata benerrr dongg.. udah 3 kali sampai sini.
Penjaga perigi itu orang ya he..
Underwater World Langkawi
Harga tiket untuk mykad RM 30 dewasa yer |
Aligator Gar |
Binaan kawasan yang memaparkan
Hutan Hujan Tropika, |
Ekosistem Temperate dan Sub-Antartik Ekosistem paparan termasuk yang menakjubkan penguinarium dengan terowong bawah air kepada pelawat untuk melihat penguin berenang. |
Jom masuk Antartik |
Pingu he.. |
Kerapu makan satu kampung baru habis |
sibuk kerapu tu nak jugak inteprem |
Waktu Operasi
Biasa
10:00-06:00Sekolah dan cuti umum 9:30-06:30
Cenderamata |
Beras Terbakar
Tapak Beras Terbakar |
Terletak di Kampong Raja, Mukim Padang Matsirat.
Alkisah beras terbakar oleh kerana ketewasan Datuk Kerma Jaya. Bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut
kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman
yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur
sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras
simpanan terbakar.
Beras terbakar yang masih disimpan |
Cable Car Langkawi
Pada 709 meter di atas paras laut, kereta kabel mendaki sehingga puncak kedua tertinggi
Langkawi
adalah benar-benar satu pengalaman yang
tidak boleh dilupakan.Sepanjang perjalanan selama 20 minit, akan sampai kepada air terjun dan hutan hujan dara. Perjalanan
pada curam 42 darjah, dari suatu jarak 2.2 kilometer dari stesen
pangkalan untuk kedua-dua stesen.
muka gayat sebenarnya |
Kereta kabel beroperasi 10:00-07:00, tertakluk kepada keadaan cuaca. Perkhidmatan ini boleh dihentikan semasa angin kencang.Harga Tiket Mykad RM 35 bagi dewasa dan kanak2 RM 25
Cable Car Station, Oriental Village
Burau Bay, 07000 Langkawi
Kedah, Malaysia
Oriental Village
Banyak lagi tarikan dan aktiviti sekitar sini.
Baca Sini : 23 Aktiviti Menarik Di Pulau Langkawi
Pantai Cenang
Pantai Cenang terletak 18.4 kilometer dari pekan Kuah dan ia
merupakan lokasi paling ramai dikunjungi kerana segala kemudahan seperti
restoran, hotel serta chalet bajet, pusat hiburan dan kedai cenderamata
mudah ditemui di sepanjang lokasi ini.
Pantainya pula berpasir halus umpama kristal berkerlipan ketika disinari cahaya matahari.
Mai sini nak tengok matahari terbenam sebelum tu selfie skali hewww.. |
Pantai Cenang nie terkenal dengan keindahan matahari terbenam dan di
sebelah malamnya pula dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, selagi cahaya
neon menyala selagi itulah pantai tersebut hidup dengan pelbagai gelagat manusia.
tersasar lak matahari tu hmm.. |
Indahnya Ciptaan Tuhan
|
Sambung Langkawi Part 2
Kitorg laki-bini dok plan je nak pegi sane, tp peginya idak pon :')
ReplyDeleteplan dulu pegi kemudian
ReplyDeletemesti jadi Yien