Friday 12 October 2018

Projek Perindahkan Bandar 'Unseen Tours KL ' Travel360.Com Dengan Kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dan Yellow House

Yellow House Founder Shyam Priah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Executive Director Project Management Datuk Sr. Hj. Mohd Najib Bin Hj. Mohd, the 12th Mayor of Kuala Lumpur YBhg. Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan and travel360.com CEO Spencer Lee unveiling the latest mural in Kuala Lumpur as part of the special partnership. 

Assalamualaikum , 

Travel360.com perkasakan rakan jalanan bersama Yellow House dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) untuk memperindahkan bandar Kuala Lumpur dan memperkasakan komunitinya.  Travel360.com adalah platform majalah digital dalam penerbangan Air Asia dengan kerjasama ini dapat menyediakan pengalaman perjalanan sebenar dengan mengintegrasikan komuniti dan kisah mereka. 


Melalui Projek ' Unseen Tours KLTravel360.com akan menawarkan program lawatan 'travel360 Dance Walking-Tour ' yang eksklusif yang diterajui oleh rakan jalanan dan komuniti yang kurang bernasib baik dan terlatih sebagai pemandu pelancong. 


Acara itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-12 YBhg. Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan yang turut melancarkan sebuah mural khas bagi menandakan kerjasama itu. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Travel360.com Spencer Lee dan Pengasas Yellow House Shyam Priah. 


Ketua Pegawai Eksekutif Travel360.com Spencer Lee berkata, " Perjalanan bukan terhad kepada percutian penuh keseronokan tetapi juga pengembaraan dan penemuan. Kini ramai mencari pengalaman sosial yang melibatkan komuniti dan budaya. Justeru, kami teruja akan kerjasama ini untuk melihat kuasa sektor pelancongan dalam mengubah kehidupan komuniti yang datang dari pelbagai latar belakang. Program lawatan eksklusif ini juga merupakan inisiatif untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakan - rakan jalanan di Kuala Lumpur dengan melatih mereka untuk menjadi pemandu pelancong yang berpengalaman. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Yellow House dan DBKL atas sokongan mereka dalam merealisasikan visi ini. 


Pengasas Yellow House Shyam Priah berkata, Projek ' Unseen Tours KL ' bukanlah untuk memfokuskan kepada sisi kemiskinan di Kuala Lumpur. Tetapi ianya berdasarkan pengalaman dan pengetahaun oleh rakan - rakan jalanan kita. Jadi , pada hakkatnya kita telah mengalihkan kelemahan mereka menjadi kekuatan dengan memberi peluang untuk membuat sesuatu yang akan meningkatkan taraf kehidupan mereka. Projek ini juga mentransformasikan , memampankan dan mengembalikan martabt mereka. Dengan kerjasama seperti ini, kami berharap untuk memperkasakan lebih banyak kehidupan kerana model perusahaan sosial ini membolehkan ia turut dijalankan di bandar- bandar lain. 


Datak Bandar Kuala Lumpur ke-12 YBhg.Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, '' kami mengalu-alukan kerjasama seperti ini kerana ia benar - benar menunjukkan bahawa organisasi yang berbeza boleh berganding bahu untuk terus meletakkan bandar ini di mata dunia. Kami juga yakin bahawa mural terbaru di bandar ini akan menjadi satu tarikan tambahan yang positif dan pasti menarik pelancong asing dan tempatan. " 

Terletak di Lorong Bandar 20 , Jalan Tun H.S.Lee di pusat bandaraya Kuala Lumpur dan berhampiran dengan kuil Sri Mahamariamman , mural tersebut adalah bukti kepada apa yang dapapt dicapai melalui kerjasama organisasi dan NGO untuk tujuan sosial. Buaian tersebut menggambarkan semangat rakan - rakan jalanan yang positif. Unsur interaktif juga digambarkan pada mural tersebut untuk menggalakkan orang ramai berkongsi     minat mereka untuk melancong.



Tiket lawatan 'travel360 Dance Walking-Tour ' Rm 85 seorang :



Aktivit : menyertai tarian dan persembehan kilat berkumpulan ( flash mob ) di sekitar mercu tanda bandar Kuala Lumpur serta mempelajari sejarahnya.

Info lanjut berkenaan promosi dan aktiviti : 


Website : travel360.com




No comments:

Post a Comment