Assalammualaikum ,
Siapa sangka lelaki yang bernama saudara KHAIRUL NIZAM merupakan pengurus dan
pengasas kepada syarikat JAMU MALL SDN
BHD adalah seorang OKU yang
cacat sejak lahir dan hanya mampu menggerakkan 3 jari sahaja . Meskipun begitu
, beliau telah membuktikan bahawa beliau mampu berjaya dan mempunyai
perniagaannya sendiri . Terinspirasi walaupun beliau seorang OKU semangat yang kuat dan mensyukuri
berjaya mengubah kehidupanya dan
memberikan manfaat kepada orang sekelilingnya . Membuatkan ramai rakyat
Malaysia terinspirasi dari kisahnya saya sendiri juga rasa bersemangat & lebih yakin .
Yang menjadikan beliau istimewa adalah keadaan dirinya yang
merupakan seorang OKU kejayaan demi
kejayaan di kecapinya ikuti luahan beliau di Facebook . Saya juga sangat sedih
dan terharu dengan apa yang di sampaikan :
Kehidupan nyata
“ Bayangkan
anda di dalam jasad aku.. makan perlu di suap , mandi perlu diuruskan , duduk
perlu di angkat dan tidur perlu di jaga , bukan mudah untuk aku meneruskan
kehidupan seharian . Aku menanggung kehidupanini bukan sehari , bukan tiga hari
, bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun – tahun !!! Ada ketika saya
sangat terkesan bila ada ketika bila aku haus , aku lapar , penat , takde orang
di sisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati ?? Allah beri aku nyawa ,
nafas sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang aku perlu
buat . “
Kebangkitan
“ Aku cuba
merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar.. kalaulah aku di beri
tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku
gunakan sehabis baik untuk berikan manfaat pada orang lain.. “
“ Aku cuba buktikan
pada masyarakat the best kehidupan adalah bersyukur dengan nikmat yang Allah
beri dan jangan sia – siakan ,aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain .
Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan
, senyuman ramai orang – orang di sekeliling aku..
Kejayaan
“ Di usia 30
dengan keadaan cacat aku bersyukur dengan kehidupan aku berjaya membina satu syarikat Jamu Mall Sdn Bhd dan membina satu
platform jualan Jamu Mall . Com ..
Aku happy mampu makan yang mewah , mampu travel , ke Dubai , Korea , Japan ,
Australia dan banyak negara aku dah sampai.. yang paling best aku dapat
sediakan rumah mewah untuk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari
.. Bukan nak riak tapi aku tau ramai sebenarnya orang diluar sana nak jadi macam
aku tapii adakah mereka sekuat aku ??
Inspirasi
Untuk mencapai kejayaan , pekerjaan , mahupun perniagaan bukan
mudah tetapi atas keinginan yang kuat kasih sayang yang hebat , keberaniaan
yang tinggi , suka belajar dan improvekan diri menjadikan kita seorang yang
berkomitmen dan membawa kepada kejayaan .
Terkesan dengan kata –
kata saudara KHAIRUL NIZAM
Usia kita semakin meningkat
jangan tunggu lagi kita je yang mampu ubah diri kita!!! . Beliau yang
keadaan OKU dapat menempa kejayaan apatah lagi kita yang sempurna boleh
berusaha lebih lagi untuk mencapai kejayaan dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan
Allah . Kisah beliau sangat terinspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengorak
lebih maju lagi dalam bidang yang di usahakan
Ikuti saudara Khairul
Nizam
Facebook : khairul Nizam Official
Facebook Page : Jamumallcom
Instagram : hyekhairul
Website : https://jamumall.com/
Luahan hati beliau di
FB semoga memberi inspirasi kepada semua
Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...
ReplyDeleteSemangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya
ReplyDeleteBeing physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.
ReplyDeleteBeliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha
ReplyDeleteTerharu tgk kejayaan beliau.
ReplyDeleteBangga dengan beliau tidak kenal erti putus asa
ReplyDelete