Wednesday 1 May 2019

LELAKI OKU INI PENGASAS SYARIKAT PERNIAGAAN JAMU MALL YANG BERJAYA MEMBERI INSPIRASI KEPADA RAKYAT MALAYSIA





Assalammualaikum ,


Siapa sangka lelaki yang bernama saudara KHAIRUL NIZAM merupakan pengurus dan pengasas kepada syarikat JAMU MALL SDN BHD adalah seorang OKU yang cacat sejak lahir dan hanya mampu menggerakkan 3 jari sahaja . Meskipun begitu , beliau telah membuktikan bahawa beliau mampu berjaya dan mempunyai perniagaannya sendiri . Terinspirasi walaupun beliau seorang OKU semangat yang kuat dan mensyukuri berjaya mengubah kehidupanya  dan memberikan manfaat kepada orang sekelilingnya . Membuatkan ramai rakyat Malaysia terinspirasi dari kisahnya saya sendiri juga rasa bersemangat &  lebih yakin .  





Yang menjadikan beliau istimewa adalah keadaan dirinya yang merupakan seorang OKU kejayaan demi kejayaan di kecapinya ikuti luahan beliau di Facebook . Saya juga sangat sedih dan terharu dengan apa yang di sampaikan : 


Kehidupan nyata


“ Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu di suap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu di angkat dan tidur perlu di jaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian . Aku menanggung kehidupanini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun – tahun !!! Ada ketika saya sangat terkesan bila ada ketika bila aku haus , aku lapar , penat , takde orang di sisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati ?? Allah beri aku nyawa , nafas sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang aku perlu buat . “ 





Kebangkitan


Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar.. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk berikan manfaat  pada orang lain.. “
“ Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia – siakan ,aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan , senyuman ramai orang – orang di sekeliling aku..





Kejayaan


Di usia 30 dengan keadaan cacat aku bersyukur dengan kehidupan  aku berjaya membina satu syarikat Jamu Mall Sdn Bhd dan membina satu platform jualan Jamu Mall . Com .. Aku happy mampu makan yang mewah , mampu travel , ke Dubai , Korea , Japan , Australia dan banyak negara aku dah sampai.. yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari .. Bukan nak riak tapi aku tau ramai sebenarnya orang diluar sana nak jadi macam aku  tapii adakah mereka sekuat aku ?? 





Inspirasi


Untuk mencapai kejayaan , pekerjaan , mahupun perniagaan bukan mudah tetapi atas keinginan yang kuat kasih sayang yang hebat , keberaniaan yang tinggi , suka belajar dan improvekan diri menjadikan kita seorang yang berkomitmen dan membawa kepada kejayaan .





Terkesan dengan kata – kata saudara KHAIRUL NIZAM


Usia kita semakin meningkat  jangan tunggu lagi kita je yang mampu ubah diri kita!!! . Beliau yang keadaan OKU dapat menempa kejayaan apatah lagi kita yang sempurna boleh berusaha lebih lagi untuk mencapai kejayaan dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah . Kisah beliau sangat terinspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengorak lebih maju lagi dalam bidang yang di usahakan    




Ikuti saudara Khairul Nizam


Facebook PageJamumallcom

Instagramhyekhairul




Luahan hati beliau di FB semoga memberi inspirasi kepada semua



6 comments:

  1. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

    ReplyDelete
  2. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  3. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  4. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    ReplyDelete
  5. Terharu tgk kejayaan beliau.

    ReplyDelete
  6. Bangga dengan beliau tidak kenal erti putus asa

    ReplyDelete