Thursday, 28 May 2020

#AyamWithYou Ayam Brand Pantri Komuniti Oleh AnjungSinggah Dan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah Membantu Komuniti Yang Memerlukan Di Lembah Klan

Members of the Anjung Singgah community taking only what they need from the Ayam Brand community pantry


Assalammualaikum gaiss


Di samping kita melawan wabak pendemik Covid_19 di seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia marilah kita menanam semangat #KitaJagaKita pada waktu yang amat tidak dijangka ini , di mana seluruh warga Malaysia sedang melaluinya .


Rakyat Malaysia berusaha bersama – sama untuk menyokong masyarakat dengan kebaikan dan kepercayaan salah satunya dengan kaedah lama iaitu pantri makanan. Inisiatif #AyamWithYou ‘ food pantry ‘ oleh Ayam Brand dan 13 rumah kebajikan di seluruh negara membantu badan amal dan masyarakat sekitar yang memerlukan . Contohnya kehilangan tempat perlindungan dan tempat tinggal, AnjungSinggah di Jalan Lekiu memimpin masyarakat sekitar dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di kawasan ini 


Ayam Brand telah menyediakan bekalan produk selama dua bulan dan mencadangkan pantri makanan atau gerobok rezeki  untuk masyarakat atas keperihatinan dan kesejahteraan beberapa keluarga terutama pada bulan Ramadhan dan perayaan . Encik Amir Rudin Bin Abdul Rahman pegawai operasi AnjungSinggah menyatakan mereka telah menyediakan pantri tahan cuaca dan stok yang berasingan 



Ayam Brand #AyamWithYou Food Pantry in Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara.


Pantri tahan cuaca dipasang di luar tempat perlindungan agar jarak sosial dapat diihat. Ia dibuka untuk umum sepanjang masa. Kakitangan dan penduduk mengemas kini  mengenai pantri makanan atau gerobok rezeki melalui media sosial dan aplikasi lain seperti melalui WhatsApp dan Facebook bahawa barang – barang makanan di pantri adalah percuma bagi yang memerlukan sementara bagi yang ingin menyumbangdapat menambahkan makanan kering , makanan ringan , alat tulis , produk pembersih dan barang – barang penting lainnya. Penduduk bersama menguruskan pantri makanan dan menyimpannya dengan baik .




Respond dari inisiatif ini sangat luar biasa dengan peruntukkan harian produk Ayam Brand seperti tuna , kacang panggang , kacang  yang diproses , tin nenas & santan dan keperluan lain yang ditambah oleh masyarakat lain. Kejutan juga muncul di pantri makanan termasuk sayur – sayuran segar , kurma , susu formula bayi , lampin dan biskut raya . Projek Pantri makanan #AyamWithYou menjadikan raya ini sangat istimewa dengan ikatan kebaikan merasakan kedekatan #KitaJagaKita dengan kepercayaan dan sokongan yang lebih kuat dalam komuniti .



Kids of Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah filling up food to the #AyamWithYou Food Pantry.


Melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat yang telah lama berjalan Ayam Brand telah menyumbangkan lebih dari 2 juta makanan sihat untuk amal , menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih daripada 21,800 orang dari 524 organisasi amal dan NGO selama 12 tahun yang lalu. Ayam Brand juga telah menyokong barisan hadapan Covid_19 di Hospital Sungai Buloh , 13 rumah kebajikan , inisiatif pantri makanan #AyamWithYou dan pusat Transit Tanpa Rumah AnjungSinggah Kuala Lumpur dengan rancangan untuk menyokong lebih banyak organisasi dan komuniti .




#AyamWithYou Food Pantry ‘ telah merubah naratif untuk rakan kediaman amal kita dari menjadi penerima menjadi penyumbang dan penderma di komuniti masing – masing yang telah menerapkan konsep pantri makanan ‘mengambil apa yang diperlukan, tinggalkan apa yang boleh’  untuk mewujudkan satu kitaran berbudi bahasa Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia , Nathan Deverre 






Kita juga boleh berkongsi lokasi pantri dengan mereka yang memerlukan kita semua boleh membantu dengan cara kita. #AyamWithYou terletak di AnjungSinggah , Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur dan di Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah no 1 , Jalan Pimping Kanan , UkayHeights 68000 Ampang Selangor 





Berikut adalah senarai lokasi pantri makanan, Jom!:


  •  Terengganu: Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah
  •  Pahang: Baitul Husna Bukit Sekilau
  •  Kelantan: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan
  •  Kedah: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku
  •  Penang: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Islam
  •  Perlis: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis
  •  Johor: Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru
  •  Negeri Sembilan: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan
  •  Perak: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh
  •  Sabah: Rumah Anak Kesayangan
  •  Sarawak: Rumah Amal Nur Murni
  •  Selangor: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah
  •  Kuala Lumpur: Anjung Singgah


Marilah bersama-sama kita menolong satu sama lain!


"AMBIL APA YANG ANDA PERLUKAN, TINGGALKAN APA YANG ANDA BOLEH"


Maklumat lanjut :


2 comments:

  1. Terbaek.. semoga usaha murni diberkatiNya..

    Jemput join segmen jika sudi..

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya dan Salam Ukhwah dari Bunda...

    ReplyDelete