Assalammualaikum ,
Menikmati
makanan di gerai tepi jalan dengan menjamah isi berwarna kuning lembut berkrim
benar-benar merupakan satu pengalaman yang menarik. Musim durian sudah bermula
tetapi aktiviti yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat ini kini dilarang di
Malaysia untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Walau
bagaimanapun, sekatan tersebut tidak melemahkan semangat penjual durian dan
pengguna dengan beralih ke atas talian untuk mendapatkan bekalan Raja Buah yang
berterusan. Shopee juga mengalami trend baharu serta menarik ini dan mendapati
bahawa platformnya telah secara organik menarik petani yang menanam durian dari
seluruh negara dalam pada mereka menawarkan D24, Musang King, XO, Hor Lor,
Udang Merah dan banyak lagi atas talian. Ramai juga yang menjadi kreatif dengan
kempen mereka sendiri seperti Duduk Rumah, Makan Durian untuk kekal relevan.
Covid-19
dilihat memberi kesan buruk kepada perniagaan dalam banyak sudut selain
penjualan. Shan Cheng Durian yang biasanya menerima pelancong di ladang seluas
12 hektar di Balik Pulau, Pulau Pinang mendedahkan bahawa penularan virus telah
menyebabkan pelancong untuk tidak lagi mengunjungi ladang tersebut. Kini,
ketika mereka mencari cara baharu bagi menjual hasil tanaman mereka, mereka
juga harus memikirkan kaedah inovatif demi memastikan durian yang dihasilkan
kekal segar dan enak. "Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan
ketika melakukan penjualan atas talian. Kesegaran durian adalah salah satu
daripadanya. Untuk memastikan pelanggan mendapat kualiti terbaik, kami
mengumpul durian dari ladang pada waktu pagi, membuka dan membungkus semula ke
dalam kotak serta menyimpan dalam bekas vakum sebelum penghantaran dilakukan
pada hari yang sama. Dengan begitu banyak penjual atas talian yang bersaing
untuk penjualan, ia bergantung kepada kualiti, perkhidmatan dan harga untuk
memenangi hati orang ramai,” kata Leow E
Shuen, Pengasas Bersama dan Pengurus Perniagaan Shan Cheng Durian Penang.
Bagi
Mountain Cat Durian, penularan Covid-19 memberi impak kepada penjualan produk
diproses seperti durian puff dan
aiskrim durian sebanyak 50%. Ini disebabkan oleh permintaan
perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang rendah daripada sektor bakeri dan
konfeksionari, serta peniaga makanan dan minuman. Syarikat yang berpusat di
Puchong ini yang mempunyai ladang seluas 20 hektar di Broga, Negeri Sembilan,
juga mengalami cabaran kewangan daripada perbelanjaan overhed seperti pekerja
dan komitmen kilang. "Dengan penjualan luar talian dan B2B kami terjejas
ketika kenaikan tekanan kos, kami menyedari sudah tiba masanya bagi kami untuk
meneroka model luar talian-ke-atas talian untuk mengekalkan perniagaan dan
memastikan durian kami tidak dibazirkan. Sebelum menjual secara atas talian,
kami hanya mempunyai beberapa pesanan dalam sebulan; tetapi sekarang di Shopee,
kami menerima pesanan setiap hari. Keadaan semasa merupakan pembuka mata bagi
kami - ini menunjukkan kepada kami bahawa kami tidak boleh berpuas hati dengan
pendekatan kami dengan mengabaikan dunia digital,” kata Ma Tuck Mun, pengasas Mountain Cat. Isi Musang King pada masa ini
merupakan produk terlaris mereka di Shopee.
Shopee
mendedahkan selanjutnya bahawa pencarian kata kunci untuk "durian" di
platformnya juga mula menjadi trend, menandakan minat pengguna ketika musim
durian bermula. Dalam usaha untuk membantu penjual durian mengekalkan
pendapatan mereka dan rakyat Malaysia mendapatkan durian kegemaran mereka,
Shopee akan menampilkan Shan Cheng Durian dan Mountain Cat, bersama dengan 500
penjual durian dan buah-buahan lain dalam 6.6
Super Sale yang berlangsung dari
sekarang hingga 6 Jun 2020. Buah durian akan dijual dalam Jualan Kilat Shocking Sale pada harga RM0.66 dengan
diskaun tambahan 10% di kedai untuk penjual terpilih sepanjang kempen.
"Kesan
Covid-19 telah diterjemahkan ke dalam banyak aspek lain dalam kehidupan kita
selain kesihatan. Ia telah menghalang kita daripada melakukan aktiviti
kegemaran seperti merapatkan hubungan persahabatan dan kekeluargaan sambil
makan durian. Namun, itu tidak bermakna kita tidak dapat menikmati durian atau
memberi buah ini kepada orang yang kita sayangi. Dengan lebih banyak penjual
durian yang menjual atas talian, rakyat Malaysia dapat membelinya daripada
platform kami untuk dinikmati di rumah dengan selamat. Tambahan pula, penjual
tempatan kita memerlukan sokongan berterusan demi ekonomi kita. Itulah sebabnya
selain menampilkannya dalam kempen kami seperti 6.6 Super Sale, Shopee
komited untuk memastikan platform kami adalah kos efektif. Kami juga menasihati
semua penjual agar memastikan bahawa mereka dapat memenuhi pesanan - bekalan,
pembungkusan dan logistik - sebelum menjual. Kami memahami bahawa ini mungkin
agak sukar bagi penjual yang pertama kali menjual secara atas talian dan
disebabkan itu, kami menugaskan pasukan khusus untuk membantu mereka yang memerlukan
pertolongan. Mereka dapat menghubungi kami di http://tiny.cc/shopeefresh dan
kami akan menghubungi mereka,” nasihat Ian
Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Untuk
penjimatan lebih banyak lagi bagi pelbagai jenis produk, tawaran bermula
daripada hanya RM0.66; nikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum
RM16 serta dapatkan baucar RM6 setiap hari pada 6.6 Super Sale ini.
AJO_QQ poker
ReplyDeletekami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856