Saturday 2 June 2018

Chicken Salted Egg Resepi ( Ayam Bersalut Telur Asin )

Ayam Bersalut Telur Masin

Assalamualaikum , 

Bulan Ramadhan mesti ramai yang mencari - cari resepikan kadang tu tak tau nak masak apa apa dah.
salah satu resepi yang Sai masak hari tu ramai yang nak resepi Chicken Salted Egg hari ini berkesempatan nak berkongsi. 


Bahan - Bahan 

  • 250 g ayam fillet ( isi ayam bahagian dada )
  • 1 biji telur untuk coating
  • Tepung goreng serbaguna
  • Garam 



Ayam bersalut tepung di goreng
Bahan - Bahan Sos

  • 3 biji kuning telur masin
  • Air secukupnya
  • 2 lembar daun kari 
  • 2 biji cili kering di potong
  • susu pilihan jika mahu letak
  • 2 sudu butter untuk menumis
  • Garam 
  • Lada
  • 3 biji bawang putih di cincang 




Langkah Penyediaan 

  • Potong ayam berbentuk cube taburi dengan lada dan garam perap seketika 15 minit 
  • Saluti ayam yang di perap dengan telur 
  • Campurkan ayam tadi kedalam tepung gorengan serbaguna 
  • Goreng ke dalam minyak sehingga masak 
  • ketepikan seketika 


menumis
  • Lumatkan kuning telur masin untuk sosnya
  • panaskan butter dalam kuali
  • tumiskan bawang putih , cili & daun kari sehingga berbau harum




  • Masukan kuning telur masin tambahkan sedikit air dan susu supaya sedikit creamy
  • Tambahkan garam & lada mengikut selera citarasa.
  • Masukan ayam adukkan sekali kacau rata
  • Angkat dan sedia di hidangkan 

Selama mencuba Ayam bersalut telur masin .


1 comment: