Thursday, 30 April 2020

Chef Kuala Lumpur Convention Centre berkongsi resipi masakan keunggulan Mereka untuk Ramadan dengan rakyat Malaysian



Resipi keluarga autentik untuk Ramadan !


Assalammualaikum ,
Ramadhan Mubarak




(Pusat Konvensyen) merayakan bulan Ramadan bersama rakyat Malaysia dengan cara yang berlainan pada tahun ini, iaitu dengan berkongsi resipi beberapa masakan keunggulan mereka yang biasanya disajikan untuk majlis berbuka puasa ‘Memoirs of Ramadan’ menerusi laman web dan saluran media sosial. Perkongsian ini bertujuan untuk menghidupkan kembali keseronokan dan keceriaan berbuka puasa dengan sajian makanan tradisional yang dimasak di rumah.





Cef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Jaafar, berkata, “Kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua rakyat Muslim di Malaysia. Umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan yang penuh berkat dan setiap tahun, kami mengalukan-alukan beribu-ribu pelanggan berbuka puasa dengan pelbagai juadah buffet Ramadan kami yang termasyhur. Tetapi pada tahun ini keadaan tidak mengizinkan dan kami mengambil keputusan untuk berkongsi ‘Resipi Asli Turun-Temurun’.”




Resipi asli turun-temurun Ramadan kegemaran ramai yang boleh di sediakan di rumah ini termasuk sup tulang rawan kicap bersama sambal cili padi daripada Chef Bahar, gulai pedas chili api udang bersama nangka muda daripada Chef Asri, daging gulai kawah daripada Chef Rezal; dan daging masak hitam daripada Chef Imran 


Chef Hisham menjelaskan, “Pasukan kulinari kami yang kreatif telah mencipta masakan keunggulan mereka ini berasaskan resipi tradisional yang diturunkan dari satu generasi kesatu generasi. Setiap resipi membawa cerita nostalgianya tersendiri yang boleh dikaitkan oleh setiap rakyat Malaysia dengan kenangan Ramadan mereka. Ini adalah benar-benar satu perjalanan yang mengembalikan memori kepada pengalaman, perkongsian dan penceritaan yang menggembirakan.”






“Perkongsian resipi-resipi ini membolehkan kami mendekati komuniti pelanggan kami, rakan-rakan sekerja kami, pelawat dan mereka yang berkepentingan sepanjang tempoh mencabar yang belum pernah kita lalui sebelum ini. Kami harap resipi-resipi istimewa barisan cef kami ini digemari oleh rakyat Malaysia dan sedikit sebanyak member inspirasi kepada mereka untuk mencipta versi dan memori istimewa mereka sendiri. Kami juga berharap perkongsian ini dapat menaikkan semangat rakyat Malaysia untuk berpuasa dan membantu mereka terus cekal, kuat dan gembira sepanjang Ramadan,”katanya.






Untuk menyertai perjalanan nostalgia cef Pusat Konvensyen merentasi masa dan mengetahui lebih lanjut tentang cerita warisan di sebalik masakan mereka, 

Jangan ketinggalan untuk mengikuti laman Facebook - @klccconventioncentre and Instagram - @klccconventioncentre dan laman web Pusat Konvensyen pada minggu-minggu akan datang untuk mendapatkan Resipi Asli Turun-Temurunyang akan mengembalikan kenangan indah bulan Ramadan.

Untuk semua berita dan maklumat terkini mengenai Pusat Konvensyen, sila kelaman www.klccconventioncentre.com.


No comments:

Post a Comment