|
Sudut selesa dan kemas di sofa |
Bekerja dari rumah atau lebih sinonim dipanggil Work From Home (WFH) di kalangan orang ramai adalah suatu perkara biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada antara kita yang menggunakan aplikasi Skype, WebEx dan Zoom untuk berhubung antara satu sama lain kerana akur dengan arahan kerajaan untuk sentiasa #dudukrumah #stayathome
|
Ruang artistik yang memerlukan skrin besar untuk kerja yang lebih teliti |
Bekerja dari rumah boleh menjadi produktif atau sebaliknya. Antara tip untuk menghasilkan suasana kondusif semasa bekerja dari rumah adalah:-
- Tetapkan ruang bekerja, anda mungkin memerlukan kerusi yang selesa bersama meja di satu sudut.
- Kemas ruang bekerja anda untuk mengelakkan gangguan.
- Kumpul dan susun peralatan yang diperlukan untuk kegunaan harian.
|
Dua paparan skrin bersama snek sentiasa tersedia |
- Pastikan sudut bekerja anda mempunyai plug berdekatan untuk memudahkan anda cas alatan elektronik.
- Duduk di ruang yang mempunyai pencahayaan yang cukup.
- Guna ‘headphones’ untuk kurangkan gangguan bunyi.
- Beritahu ahli keluarga ruang bekerja anda; anak-anak harus menghormati ruang ini sewaktu tempoh PKP.
Tukar ruang bekerja anda untuk mendapatkan ‘mood’ berbeza, contohnya dari ruang tamu ke dapur.
|
Pelbagai skrin di katil hanya untuk mereka yang tidah mudah tertidur |
Pasti sekarang anda sudah mempunyai gambaran ruang bekerja rakan pejabat dan juga klien anda. Kami telah meminta kumpulan About Communication untuk kongsikan bagaimana ruang bekerja dirumah mereka.
Jadi, bagaimana sudut bekerja di rumah anda?
|
skrin di permukaan tredmil untuk seorang yangaktif bersenam |
Kekalkan penjarakkan sosial. Kerap basuh tangan menggunakan sabun, sentiasa melakukan sanitasi di permukaan yang disentuh dan amalkan cara batuk dan bersin yang betul. Pastikan anda membuang tisu yang telah digunakan dan pakai penutup mulut dan hidung sekiranya berada di luar rumah. Paling penting anda #DudukRumahDiamDiam / #StayAtHome
|
ringkas dan tenang disudut balkoni dengan pencahayaan semulajadi |
Kongsikan bersama ruang bekerja dari rumah anda. Secara tidak langsung anda telah membantu untuk putuskan rantaian penularan Covid-19. Gunakan hashtag #wfhsetup dan tag kepada @_aboutcom di Instgram dan @aboutcom.my di Facebook.
|
sudut sofa di temani lampu membaca |
No comments:
Post a Comment