Bantuan makanan ke Covid19 Team Hospital Kuala Lumpur |
VIT Makanan Sdn Bhd, pengilang dan pengeluar
makanan segera dan mee kering sejak 1975, telah menjalankan tanggungjawab sosial
korporatnya dengan menghulurkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan
masyarakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid19 ini. Dengan lanjutan tempoh
Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada 14 April 2020. Vits berjanji untuk meringankan
beban petugas dan golongan sepanjang waktu PKP ini.
Sejak bermulanya PKp, Vits telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk kembali
menyumbangkan kepada masyarakat yang memerlukan dan mereka yang sedang berjuang
demi negara dalam situasi sukar ini. Vits sehingga kini telah menyumbang sejumlah 3000
lebih karton kepada petugas Hospital Kuala Lumpur, para petugas polis yang sedang
menjalankan sekatan jalan, bomba, rumah pertubuhan, rumah kebajikan dan rumah orang tua yang kurang bernasib baik di beberapa lokasi.
Bantuan makanan di agihkan pada petugas polis dan tentera di sekatan jalan raya |
Noodlesman atau Mr YT Lai, Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd berkata, Covid19 adalah situasi yang paling mencabar pada beliau dan kita semua, terutamanya petugas barisan hadapan yang kekal bekerja tanpa mementingkan diri dalam situasi penuh risiko demi perjuangan memerangi Covid 19. Sebagai penghargaan serta sokongan kami terhadap usaha murni ini, kami ingin membantu menyediakan bantuan makanan secukupnya buat mereka. Kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia pada waktu yang sukar ini.
Sebagai peneraju dalam industri makanan segera klasifikasi mee segera dan mee kering ini,
kami amat mematuhi piawaian dalam memastikan makanan yang kami hasilkan melalui
saringan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Makanan. Di mana kami amat
menitik beratkan soal sientifikasi di mana setiap pekerja yang masih bekerja di bahagian
logistik, pembungkusan, pengeluaran serta pejabat perlu melalui pemerikasaan suhu badan,
pemakaian topeng muka dan sarung tangan, pengangkutan seperti van dan lori juga perlu di
nyah kumankan setiap hari bagi memberi dan menghantar produk serta stok makanan yang
bersih dan terjamin, tambah YT Lai lagi.
Vit makanan juga ingin meneruskan niat murni ini dengan mencari warga emas yang berumur
60 tahun ke atas di seluruh Malaysia yang tinggal bersendirian tanpa anak yang bekerja
untuk diberikan bantuan makanan.
“kami percaya gologan ini seharusnya diberikan keutamaan dalam bantuan kerana mereka ini
tidak mampu untuk keluar mencari makanan di saat sukar ini. Sekiranya anda mempunyai
jiran, kenalan, kenalan sekampung boleh tampil kehadapan dan kami akan hantarkan
bantuan makanan ini terus kepada mereka. Kami berharap agar dengan bantuan ini kami
dapat membantu bersama-sama mengangani Covid19, kata beliau.
Bantuan makanan diagihkan kepada Rumah Orang-orang Tua Kuchai Lama |
Bantuan agihan makanan ke Balai Polis Rawang
Untuk maklumat lanjut klik link di bawah
Alhamdulillah. Seniga sampai kepada yg memerlukan..
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz
https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1