Wednesday, 15 June 2016

Siapakah Orang Yang Muflis Dan Bangkrap


Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Bulan ramadhan yang mulia nie berkesempatan ke majlis ilmu ceramah yang disampaikan ingin juga berkongsi dapatla sesama kita mengisi makanan rohani tika berpuasa ini. Menarik juga kupasan tazkirah mengenai dosa - dosa besar.


Cerita Habil Dan Qabil

Setelah Nabi Adam AS dan Hawa turun ke bumi, Allah SWT mengurniakan anak kepada mereka.  Hawa melahirkan anak kembar laki-laki dan perempuan. Setelah anaknya mencapai dewasa, Allah SWT mensyariatkan (membolehkan) kepada Nabi Adam AS untuk menikahkan salah satu dari pasangan kembar dengan salah satu dari pasangan Qabil bersama Iqlima yang berparas cantik, sedangkan pasangan kembar adiknya bernama Habil dan Labudha berparas kurang menarik.

Ketika Nabi Adam AS hendak menikahkan mereka (Habil dengan Iqlima dan Qabil dengan Labudha, proteslah Qabil dan membangkang kerana kembar Habil tidak cantik dan kembarnya sendiri cantik. Sehingga ia menginginkan saudara kembarnya tersebut untuk dirinya sendiri lantaran ia merasa dirinya lebih berhak atas saudara kembarnya. Berdasarkan wahyu dari Allah, Nabi Adam AS memerintahkan keduanya untuk berkorban, siapa yang diterima korbanya maka dialah yang berhak (menikahi saudara kembar Qabil).

Korban Habil Dan Qabil

Qabil adalah seorang petani. Ketika diperintahkan berkorban maka ia berkorban dengan hasil pertaniannya dia memilih hasil yang telah rosak dan buruk dari tanamannya.
Sedangkan Habil seorang peternak kambing, dia pilih kambing yang muda lagi gemuk untuk berkorban. Dia berkeinginan agar korbannya diterima di sisi Allah SWT. Setelah korban dipersembahkan kepada Allah SWT lalu menurunkan api berwarna putih dan membawa korban Habil (sebagai tanda bahwa korbannya diterima) dan meninggalkan korban Qabil.

Mengikut riwayat hadis dan tafsir bahawa kambing itu diangkat ke syurga dan hidup di sana hingga diturunkan lagi ke bumi untuk dijadikan tebusan bagi Nabi Ismail AS ketika hendak disembelih oleh Nabi Ibrahim AS walahhua'lam.

Apabila korbannya tidak diterima  marahlah Qabil sehingga mengancam Habil untuk membunuhnya. Allah SWT berfirman menceritakannya dalam Surat Al-Maidah ayat 27,

                                                         اْلأَخَرِ قَالَ لأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Qabil dan Habil) dengan sebenarnya. Ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah satunya dan tidak diterima dari yang lainnya. Maka berkata yang tidak diterima korbannya, Sungguh aku akan membunuhmu. Dan berkata yang diteirma korbannya, Sesungguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang bertakwa.’

Melihat abangnya berniat untuk membunuhnya, Habil tidak membela diri. Sebaliknya, dia menyerahkan dirinya dan tidak ada keinginan melawan. Dia berkata,

لَئِن بَسَطْتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَآأَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ لأَقْتُلَكَ إِنِّي أَخَافُ اللهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ {28} إِنِّي أُرِيدُ أَن تَبُوأَ بِإِثْمِي وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ

 أَصْحَابِ النَّارِ وَذَلِكَ جَزَآؤُا الظَّالِمِينَ {29}

Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu untuk membunuhku, sekali-kali aku tidak menggerakkan tanganku. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Robb sekalian alam. Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan membawa dosa (pembunuhan ini) dan dosa kamu sendiri yang lain, maka kamu menjadi penghuni neraka, dan yang demkian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zhalim.” (QS. Al-Maidah: 28-29)

 Cara Qabil Membunuh

ketika Habil sedang menggembala kambing tiba-tiba datanglah Qabil dengan membawa batu lalu batu itu dilemparkan mengenai kepala Habil hingga memecahkannya. Dan pada akhirnya matilah Habil kerananya. Setelah Habil meninggal, tanpa rasa belas kasihan Qabil meninggalkan jenazahnya di tempat terbuka. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan kepada jenazah Habil karana ia adalah yang pertama kali di atas permukaan bumi. Perbuatan Qabil ini akan menanggung dosa dari pembunuhan tersebut karana ia tidak bertaubat sekaligus dosa orang yang menirunya yakni melakukan pembunuhan dengan jalan yang tidak benar.

Sabda Rasulullah SAW
 “Tidaklah dibunuh suatu jiwa dengan zalim melainkan dosa pembunuhan itu akan ditanggung pula oleh anak Adam yang pertama (Qabil) kerana dialah yang pertama memberi contoh pembunuhan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam keadaan yang demikian, Allah SWT mendatangkan dua burung gagak yang sedang bertarung, salah satunya mati. Maka yang hidup mengais-ngais tanah dengan paruhnya membuat lubang untuk menanam burung gagak yang mati. Qabil mengambil pelajaran dari peristiwa itu tentang cara mengubur jenazah saudaranya.
Al-Qurtubhi mengatakan, “Hasad (dengki) adalah dosa yang pertama kali dilakukan di langit dan di bumi, di langit adalah dengkinya iblis kepada Nabi Adam AS dan di bumi adalah dengkinya Qabil kepada Habil.”
Pembunuhan termasuk dosa besar yang mengancam pelakunya masuk neraka.

Pengajaran

Pengajaran yang dapat kita perolehi daripada cerita Habil dan Qabil ini jika kita lihat didunia sekarang akan ada dua watak Habil yang bertakwa dan Qabil yang membangkang dimana - mana. Jadilah Qabil orang yang muflis dan bangkrap kerana terpaksa menanggung @ memikul dosa manusia yang melakukan pembunuhan dosa yang sama. Jika kita lihat berapa banyak pembunuhan yang berlaku sekarang Wallahualam. Sudahlah kita melakukan dosa besar , diakhirat pula kita perlu beri pahala kita kepada orang yang kita zalimi. Berapa ramai yang kita telah zalimi seperti fitnah , hutang dan sebagainya sehingga pahala kita telah kehabisan masih ramai lagi perlu kita beri maka kita kena pikul dosa orang yang kita zalimi Masya Allah.

Jika kita lihat manusia zaman sekarang hidup dalam ketakutan kerana kita tidak mengikut syariat yang Allah tetapkan.Maka kita sebagai umat islam perlu mengikuti menyokong hukum dan undang-undang Allah. Disebabkan kita lari dari syariat Allah manusia tidak takut lagi untuk melakukan dosa dan jenayah. Sebagai contoh kita sudah tidak berani membiarkan anak-anak kita bermain sendirian diluar waima dalam rumah sendiri juga bahaya dengan kes pencolikan, kecurian dan sebagainya.

Bermaafan dan bertaubatlah kita jika masih berkesempatan.

Singgah sini : Saishy Hijab

Saishy Hijab bawal dokoh

Salam Ramadan
Di kala buntu untuk tampil 'outstanding'
Pilihlah rona-rona terang buat menemani gaya anda itu. Warna blok ekspresikan gaya jalanan asalkan anda punya keberanian untuk memakaikannya biar kemana saja kaki melangkah
Third batch
‪#‎saishyhijab‬

Hai gadis lagi berani jom pilih warna blok serlahkan warna sebenar anda.
Whatsupp
  0166471910!!!
  0166471910!!!
  0166471910!!!









Wednesday, 1 June 2016

Alhamdullilah My Newborn SaiShy Hijab



Assalammualaikum
kepada korang yang sudi membaca blog SaidatulShyd terima kasih atas sokongan anda semua..
Lagi beberapa hari sahaja lagi kita dah nak menyambut ramadhan. 
Bersyukur kehadrat ilahi Allah permudahkan dan memberi inspirasi untuk Sai memulakan langkah melahirkan Saishy Hijab " Comeii Dooh " bawal jenama sendiri.

Berniaga nie macam-macam risiko dan dugaan yang kita kena tempuhi.
Tak mencuba maka belum tahu kan? Mulakan langkah biar susah untuk mendaki usaha tanpa lelah pasti sampai jua. Bak pepatah hendak seribu daya. Kenapa Sai nak buat bisness nie ?
Banyak sebab juga untuk backup masa hadapan bila terniat dihati ingin menjaga sendiri cahaya mata Insya Allah dipermudahkan. Bukanlah kerja tak perlu tapi sebagai seorang ibu hati ini nak beri komitmen sepenuhnya kepada anak2 dan keluarga.Orang cakap bekerja dari rumah banyak atau sedikit rezeki Allah yang akan tentukan Alhamdullilah. Maka perlulah bermula dengan usaha.
  
 Ahahh.. Cantik tak tudung nie ?
Tudung bawal dari SaiShy Hijab

Cerita pasal preparation raya rasanya sekarang dah ramai yang buat persiapan awal kan.Jom gorjes sesama raya nie. Perincian SaiShy Hijab dokoh dan diomand nie buatan sendirian jadi memang puas hati dan seronok tengok hasil tangan sendiri. 

Apa yang best dengan tudung bawal nie :-
  • Terletak cantik & kemas diatas kepala
  • Memberi keseimbangan kepada keseluruhan penampilan
  • Pengudaraan yang baik kepala pun tidak panas
  • Melekap pada rambut dan tidak licin 
  • Menyerap peluh sesuai untuk cuaca panas 
  • selesa dipakai untuk jangkamasa yang panjang
  • Sesuai untuk santai dan ketempat kerja
  • Menjaga kesihatan rambut
  • Nampak muda
  • Jimat masa tidak perlukan belitan yang banyak
Demi menghargai pembaca blog SaidatulShyd dan kepada yang memberi sokongan Sai berbesar hati ingin menghadiahkan SaiShy Hijab kalau boleh nak je hadiahkan kepada semua followerss.. Tapi disebabkan baru je nak melangkah huhu.. jadi Sai buat simple contest untuk pilih pemenang yer.

Caranya mudah sahaja hanya perlu ikut langkah- langkah seperti dibawah :-
Like , Share dan comment win : -

* wajib Like FB Fanpage SaiShy Hijab
* Sila share dan comment win diruangan yang anda share tadi pastikan anda publickan posting tersebut
* pemenang akan dipilih secara rawak
* Tarikh tutup sehinga 6 Jun bersamaan 1 ramadhan jam 12mlm

  
Senang jer kan hanya share posting tersebut dan komenla hai saya dah share dan jangan privatekan nanti susah Sai nak lihat nama korang tu.Contest nie hanya di Facebook sahaja,

 

Goodluck dan terima kasih sokongan anda amat saya hargai dan saya doakan kita sama-sama murah rezeki. Kepada penggemar bawal jom dapatkan koleksi SaiShy Hijab sekarang
Bagaimana cara dapatkan SaiShy Hijab “ Comeii Dooh “
 
 Boleh Like FB Fanpage SaiShy Hijab  

@Wassup 0166471910 !!!
@Wassup 0166471910 !!!
@Wassup 0166471910 !!!
 

Friday, 20 May 2016

Bersyukur Waima Tanpa Ijazah Tetapi Menuntut Ilmu Itu Sepanjang Hayat




Assalammualaikum
Dini hari kusedar betapa besar rahmat yang Allah berikan kepada diri ini. Apa yang selalu Allah SWT berfirman :
"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216".

Seketika fikiran entah kemana-mana sekelilingku hanya dipenuhi kenderaan membonceng motosikal yang dipandu suami tiba-tiba hati sebak air mata mengalir laju apakah maknanya ini???
Hikmah Allah muncul bila-bila sahaja tidak mengira tempat dan waktu menjawab segala apa yang aku sesali selama ini. Berdosakah aku sering mempersoalkan mengapa aku tidak mendapat segulung ijazah dan belajar hingga kemenara gading.Pada aku ijazah dan belajar tinggi itu adalah segalanya supaya tiada lagi manusia memandang rendah kebolehan atau apa sahaja pada diri ini. Dengan adanya pangkat aku mungkin dihormati dan tidak lagi perlu bekerja mengerah tenaga dan kudrat.

Kini segala persoalan itu terjawab !!!
Percaya kepada Qada dan Qadar itu sahaja
Takdir hidup kita Allah telah tentukan.. Perjalanan sahaja yang perlu kita pilih diatas dunia yang hanya sementara. Kini sudah terang lagi bersuluh Allah telah berikan banyak kebahagiaan cuma bagaimana kita hendak mensyukurinya sahaja. Ya Allah terima kasih keatas hidayah yang engkau berikan menjawab persoalan diri ini.Pekerjaan , keluarga dan kesihatan anugerah yang paling bernilai kepada hambamu ini. Rezeki itu pasti ada sedikit atau banyak serta bagaimana untuk diusahakan sahaja pasti menemui kejayaan.

Kini tidak perlu lagi merendah diri membanding- bandingkan taraf pendidikan , pangkat waima kekayaan semua itu cuma sementara. Ilmu tidak akan berhenti kita yang perlu mencari belajarlah tanpa perlu putus asa dengan jalan keredoanmu.Apa yang perlu mempersiapkan diri ini ke Alam yang kekal dan abadi.

Kini ku sedar !!!
Harta yang banyak akan melalaikan
Pendidikan Tinggi bukan untuk memandang rendah kebolehan orang lain.
Pangkat yang tinggi akan membuat kita lebih bongkak dan ego
Sedikit sebanyak membuatkan perasaan ingin menunjuk-nunjuk

Hikmah Allah disebalik impianku
Pendidikan itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Pangkat itu amanah bahwasanya sangat berat untuk digenggam
Harta itu untuk berkongsi sesama saudara bersedekah Insya Allah akan digandakan oleh Allah.

Percayalah Allah itu adil
Syukur Ya Allah walaupun aku tidak dapat belajar diuniversiti Allah masih menunaikan impianku dengan beri peluang kepada ku bekerja dalam universiti dan mengakui ayat daripada Allah SWT :
"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216".

Semoga Allah SWT permudahkan segala impian baik semua umatnya.
Niat menentukan segala Wallahualam

Friday, 6 May 2016

Booking Hotel Last Minute Dengan Hotel Quickly Dapat Harga Murah

 Assalamualaikum

Korang pernah tak last minute planning untuk bercuti terutama time public holiday.. 
Perkara pertama mestilah tempat penginapankan. 
Tapi mesti dah full atau harga pun dah tentu mahal.
Dengan Hotel Quickly segalanya mudah terutama bila keputusan secara tiba-tiba 
Yes senangla nak melancong selepas ni . 
Wow.. yang menariknya dahla booking last minit dapat pulak harga hotel murah!!!
Macam tak percaya kan?? 


Sai nak berkongsi satu aplikasi untuk booking penginapan terutama bagi yang dah last-last minute. Boleh dapat harga murah pulak tu atau silap-silap percuma ahah!! mana tau kan rezeki terutama kepada kaki travel atau yang suka melancong.
Mudah sahaja jom ikut langkah-langkah dibawah:


Untuk Harga Penginapan Murah






Kita bole dapat RM40 lagi !!!







Memang berbaloi dan jimat sangat



Aplikasi ini bagi mereka yang suka booking pada saat-saat akhir. Jika hotel luar negara pastikan ditempah lebih awal dilaman Agoda atau booking.com untuk plan backup.Setelah saat akhir dengan Hotel Quickly saat last minute dapat harga lebih murah bolehla anda batalkan tempahan yang lain itu.




 

Friday, 29 April 2016

Teh Hijau Thailand Berjaya Penuhi Citarasa Penggemar Minuman Tersebut



Assalammualaikum
Siapa suka minum teh hijau??? terbaik kitaaa gengg.....
Sekarang Sai dah jumpa teh hijau terbaikkk sedap produk dari Thailand !
Perghhh !!! dia punya sedap wangi plak tu.. memang asyikkkkk sangattt....
Satu pek nie berat 200g boleh buat banyak jug  dah jimat..
Yang penting adalah halal.
Biasanya beli kat kedai RM 3 - RM 4 skrang dah boleh buat sendiri dekat rumah.
Kepada yang ingin mencuba atau dah cuba nak lagi merasa kesedapan rasa teh hijau Thai nie boleh  dapatkan dengan Sai wassup no nie 016 6471910 !!! saya jual.
Harga berpatutan sebenarnya agak susah nak bawa keluar teh nie kena lalui pelbagai sekatan jadi apapun harganya hargailah demi untuk peminat teh hijau.
Dah madah berhelah plak

Apa yang best dengan teh hijau Thailand ?

  • Popular seluruh asia Indonesia dan Malaysia juga dijual ke kafe-kafe , restorant dan pasaraya dengan harga mampu milik
  • Daun teh wangi dan sedap menjadi pilihan orang ramai 
  • Halal        


Kebaikan Teh Hijau
  •  Terutama kepada kesihatan dapat membantu mencegah kanser. Kandungan polifenol dalam teh hijau membantu tubuh memerangi sel kenser dan menghentikan perkembanganya.
  • Membuatkan jantung lebih sihat
  • Membersihkan jerawat dengan mengunakan beg teh hijau yang telah digunakan sehari dua kali.Kerana terkandung antimikroba & antioksidan.
  • Meningkatkan kecergasan otak & mengatasi stress L-theanine kefain pada teh hijau secara sintifik meningkatkan kecergasan otak.Kafein dalam teh hijau tidak tinggi seperti teh lain.
  • Membersihkan saluran kencing dan merawat infeksi saluran perkumuhan
Antioksiden penting kepada tubuh penyelidikan daripada university Tufts menemui antioksidan paling tinggi dalam teh hijau cetachin EGCC penting untuk meneutralkan dan menghilangkan radikal bebas dialiran darah oleh itu dapat mencegah kanser.


Jom singgah sini :  Saishy Cute Pyjamas

 
ice cream green tea 





Cara-cara nak buah TEH HIJAU sendiri dirumah Homemade)

Bahan - Bahan :-
+ Serbuk Teh Hijau / Daun Teh Hijau
+Susu Pekat
(sebagai pemanis dan perasa susu,wajib letak).
+Susu Cair
(sebagai penambah rasa lemak manis ).
Cara - Cara : -
- Masukkan satu sudu serbuk teh hijau kedalam air panas / suam kemudian rendamkan sekejap dan tapis.
- Masukkan pula dua sudu susu pekat manis (ikut citarasa masing-masing) dan akhir sekali masukkan dua sudu susu cair (yang ni pun ikut citarasa masing-masing ye).
- Kacau sebati .
- Lepastu kalau nak minum panas atau suam boleh terus minum dan kalau nak sejuk boleh letak dalam peti sejuk atau letak ais.
Bau dia perghh~ memang harum semerbak.
-  “Making like a barista”


Partner terbaik Teh hijau adalah bersama nasi Kowmok Thai








Thursday, 24 March 2016

Kelainan Satey Minang

 

Assalamualaikum

Satey Minang !
Siapa pernah rasa atau makan satay nie..
Rasanya memang lain sangat dari kebanyakan satey - satey  yang biasa kita makan tu..
Kuahnya rasa seperti rempah dan sedikit pedas ditambah bawang goreng 
menjadikan lagi kerangupan satey Minang nie. Kiranya Sai kasi 4 bintang untuk satey nie.

Asal Usul Satey Minang

Satey Minang berasal daripada seberang tanah jawa atau Padang dan mempunyai keistimewaan tersendiri. 
Biasanya dihidangkan dengan cara berbeza dengan satey tempatan.
Satey akan dihidangkan dengan daun pisang , nasi impit dan kuah pekat kekuningan ditambah bawang juga rempah yang ditumis.


Apa yang menjadikan satey ini lebih istimewa dagingnya direbus terlebih dahulu sebelum diperap dan dibakar.
Dagingnya juga berbeza kerana dipotong nipis sebelum diperap dan dicucuk lidi selain tiada lemak. Bentuknya seolah-olah cube.Selain satey daging ada juga variasi satey ayam , perut dan satey lidah.
Kuah satey Minang sedap rasa berempah dan sedikit pedas.

Kepada yang ingin mencuba sendiri satey Minang boleh berkunjung di alamat 
Restoran Seri Garuda Emas Masakan Minang Istimewa 
No 36 , jalan Raja Alang Kampung Baru Kuala Lumpur

Resepi Satey Minang

Kuah satey Minang
Bahan A
  •  cili api
  • cili masak
  • kunyit
  • bawang putih + bawang merah
  • lengkuas
  • ketumbar
  • jintan manis + jintan putih
  • kisar bahan A & tumis 
Bahan B
  • serai
  • daun limau
  • daun salam
  • daun kunyit
  • halia ketuk
  • masukkan bahan dalam tumisan bahan A tadi    
Bahan C
  •  kiub pati ayam meggi
  • tepung beras (Pemekat)
  • ayam
Cara membuat
  • rebus ayam sehingga masak toskan & leraikan daging dari tulang- tulang.
  • air rebusan ayam tadi dicampur kedalam tumisan bahan A & B masukkan 3 kiub pati ayam dan kacau sebati
  • bancuh tepung beras dengan air masukkan kedalam bahan-bahan yang dicampur tadi.
  • Kacau hingga menggelegak dan pekat sesuai dengan cita rasa masakan ayam yang dah dileraikan tadi.
  • masukkan garam secukup rasa siap...
selamat mencuba



Monday, 21 March 2016

Bila Anak kena Sawan Demam Apa Perlu Buat


 

Assalammualaikum

Sekarang tengah musim demam terutama kanak2 mudah terkena jangkitan. 
Pengalaman pertama kali anak terkena tarik betul2 memberi trauma terutama kepada ibu akibat masih terkejut lagi dengan kejadian tersebut. Banyak memberi pengajaran dan berhati2 kelak. Kalau boleh tak nak ingat lagi perkara begini.. Tapi mungkin masih ada ibu2 lain belum tahu apa perlu kita lakukan bila anak dah kena tarik.

Pada mulanya demam biasa jer suhu cuma 38C.Keesokan pagi suhu Qayyum dah turun lepas makan ubat. Ibu pun bersiap macam biasa ke tempat kerja. Dalam Around jam 11 dapat panggilan talefon suhu Qayyum makin naik makan ubat muntah balik.Terus call En Hubby amik dekat opis then sampai rumah jam 11.00 terus pergi klinik. Setelah ambil ubat dalam perjalanan balik rumah suhu badan anak makin bertambah tetiba senyap mata da naik keatas tangan dah mengeletar didada. Kebetulan berlaku berdekatan dengan klinik kesihatan dalam keadaan terkejut terus bawa kesitu.. Alhamdullilah Allah bantu.

 Kejadian sawan tadi kurang dari lima minit. Mereka dah stabilkan oksigen dan menurunkan suhu badan Qayyum sementara menunggu ambulans untuk ke hospital.Okey jika pertama kali anak terkena sawan perlu dimasukkan ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut.. Semasa dihospital demam disebabkan bengkak tonsil. Setelah 3 hari pulang kerumah Qayyum demam semula dan batuk bertambah teruk kena warded sekali lagi.Kali ni pemeriksaan di buat lebih detail kerana demam telah melebihi 2 minggu lebih so we should be worried. Setelah X ray paru2 terdapat tanda putih doktor menyatakan kemungkinan jangkitan kuman. Jadi Qayyum di warded semula.Setelah darah diambil doktor masukkan antibiotik bersesuaian Alhamdullilah Qayyum semakin sembuh. Ibu2 jika anak anda demam melebihi seminggu kita kena buat pemeriksaan detail. Pengajaran buat saya juga agar tidak leka dan lambat beri ubat ikut waktu yang betul.

Jadi saya beri sedikit panduan sebagai langkah berjaga- jaga


SEBELUM SAWAN

1. Ibu bapa boleh mengawal sawan demam dengan mengawal demam mereka. Ini adalah berkesan dengan cara mengelap anak yang demam dengan tuala yang basah daripada air paip atau air yang suam sedikit (jangan gunakan ais kerana ia boleh menyebab hypothermia).

2. Beri anak minum ubat seperti sirap paracetamol.

3. Boleh beri satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam (ambil salah satu samada melalui mulut atau punggung).

4. Jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal. Pakaian tebal boleh menaikkan lagi suhu. Buka pakaian anak dan letak di bawah kipas. Lap dengan air paip ke seluruh badan.


KETIKA SAWAN

1. Jangan Panik. Cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku.

2. Longgarkan segala pakaian.

3. Jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah.

4. Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan.

5. Lap apa-apa yang lendiran atau air liur yang keluar dari mulut.

6. Duduk bersama anak anda sehingga sawan tamat.

SETELAH SAWAN

1. Baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ini akan mengelakkan daripada muntah atau lendiran masuk ke dalam paru-paru.
2. Jangan beri anak anda minum ubat atau air, atau makan sekiranya anda tidak pasti anak anda telah sedar sepenuhnya.

3. Bawa ke klinik atau hospital. Biasanya doktor akan masukkan rectal diazepam 5 -10 mg untuk mengelakkan terjadinya sawan demam daripada berulang atau sawan yang berpanjangan.

4. Masuk ke wad sekiranya perlu.

ADAKAH SAWAN BOLEH BERULANG

Ya, sawan demam boleh terjadi berulang-ulang. Untuk anak anda yang baru pertama kali terkena sawan demam atau sering terkena sawan tetapi tidak pernah diperiksa adalah lebih baik sekiranya anak anda di bawa ke Hospital kerana beberapa pemeriksaan dan pemerhatian perlu dilakukan.

Risiko sawan yang berulang-ulang boleh berlaku sekiranya :-

1. Sawan pada umur di bawah 15 bulan

2. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang mempunyai penyakit epilepsi

3. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang pernah kena sawan demam dahulu

4. Terkena sawan demam dengan suhu di bawah 40 darjah celcius

5. Jarak masa demam dan terkena sawan demam adalah singkat

Ini semua adalah faktor risiko dan mereka yang mempunyai satu atau dua faktor risiko di atas akan kemungkinan mengalami 10% (1 di dalam 10) kes sawan yang berulang. Tetapi, satu kajian menunjukkan sekiranya semua risiko di atas ada, maka risiko sawan berulang adalah 100%.

 APAKAH SAWAN DEMAM 

Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Diagnosis sawan demam diberi sekiranya tiada bukti bahawa terdapat masalah di dalam otak ataupun masalah metabolik di dalam darah yang boleh menyebabkan masalah sawan berlaku.

Secara mudah, ini bermakna, sawan demam didiagnos apabila masalah-masalah di dalam otak seperti jangkitan atau masalah di darah seperti kekurangan garam tertentu telah diambil kira.

Sekiranya sawan berlaku sebelum umur 3 bulan atau berlanjutan selepas 6 tahun, maka ia bukan dikira sawan demam.

Apabila demam menjadi terlalu tinggi, ini akan mengganggu aktiviti otak dan menyebabkan sawan berlaku. Sawan bermaksud keadaan di mana kanak-kanak itu akan tidak sedarkan diri, mengalami kekejangan badan dan kaki, mata hitam akan memandang ke atas (uprolling of eyeballs) , air liur meleleh (drooling of saliva), dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.

JENIS SAWAN DEMAM

Terdapat dua jenis sawan demam. Saya terjemahkan sebagai Sawan Demam Biasa (Simple Febrile Fits) dan Sawan Demam Kompleks (Complex Febrile Fits).

Sawan demam biasa adalah singkat, hanya satu episod sawan sahaja setiap kali demam dan terjadi kurang daripada 15 minit. Manakala Sawan Demam kompleks adalah berpanjangan, lebih daripada 15 minit dan terjadi berulang-ulang di dalam satu episod demam

ADAKAH ANAK ANDA HARUS MASUK KE WAD ?

Mengapa anak anda harus ke Hospital? Ini adalah kerana supaya doktor dapat memeriksa dan memastikan bahawa anak anda tidak menghidap MENINGITIS atau jangkitan selaput otak.

Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk MENINGITIS dan perlu diingatkan MENINGITIS boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.

Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang terkena sawan demam akan bangun dari sawan dan bermain seperti biasa, berlari dan tidak menunjukkan tanda-tanda seperti lesu atau lemah. Mereka tidak perlu bermalam ke dalam wad. Cukup sekadar pemerhatian di wad pemerhatian selama 6 jam sahaja.

Sedangkan MENINGITIS, anak anda akan demam berpanjangan, lemah, muntah, menangis tak henti-henti dan di dalam kesakitan. Di dalam kes ini pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan dan anak anda akan ditahan di wad.

Sumber rujukan dari penulisan seorang doktor