Monday 9 October 2017

Wow Air Asia X Menawarkan Penerbangan Terus KL - Jeju Disember Ini



Wow kini impian akan menjadi kenyataan bagi kaki travel . Air Asia X Bhd memperkenalkan  penerbangan terus dari  Kuala Lumpur ke Jeju Korea  selatan. Menjadikan  Air Asia X satu – satunya  syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus empat kali seminggu.


Pada Pelancaran laluan baru Kuala Lumpur – Jeju Korea Selatan , Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X  Benyamin Ismail berkata penerbangan ini bermula pada 12 Disember 2017. Dengan ini akan meningkatkan lagi pertumbuhan penumpang ke Korea Selatan dan penting bagi syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh. Turut hadir , Pengerusi Eksekutif Air Asia Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia X. Manakala Lee Seung Chan Ketua Pengarah Biro Pelancongan Wilayah pentadbiran Jeju turut merasmikan laluan penerbangan ini yang turut memberikan sokongan padu antara kerajaan mereka untuk laluan ini.

  


Destinasi Jeju mesti lawat dengan Air Asia X kerana pulau tersebut tidak memiliki polisi visa.  
Maksudnya " direct flight " untuk ke Jeju tidak memerlukan visa . Untuk warganegara Malaysia kita tidak memerlukan visa untuk ke Seoul atau Jeju . Pelancong Malaysia adalah kedua tertinggi melawat Jeju mengikut perangkaan imigresen Korea Selatan. Laluan baru ini akan mengukuhkan lagi hubungan perniagaan dan pelancongan antara Malaysia dan Korea Selatan.


Sempena pengenalan laluan baharu ini Air Asia X menawarkan tambang promosi RM 199  sehala bagi tempat duduk ekonomi dan     RM 899 sehala bagi  tempat duduk Premium Flatbed. Promosi ini bermula 10 hingga 15 Oktober  bagi tempoh perjalanan dari 12 Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018.


Jeju Pulau Mesti Lawat 
 

  • Jeju juga dikenali sebagai  ‘ Hawaii di Korea Selatan ‘ banyak tempat menarik dan cantik untuk dilawati . Keindahan alam yang perlu di syukuri. 
  •  Pulau ini merupakan tapak warisan dengan 3 gelaran UNESCO World Heritage Site. UNESCO Bio Sphere , UNESCO The World Natural Heritage , UNESCO Global Geopark 
  • Pulau Jeju ialah hasil daripada bekas letupan gunung berapi beratus ribu tahun dahulu.
  •  setiap pertukaran musim akan diadakan pelbagai festival untuk menyambut pelancong yang datang.
    • Tempat tempat menarik untuk dilawati Tiub Lava yang termasuk Gunung Halla, gunung terpendam di korea selatan dan gunung berapi tidak aktif, tiub lava Geomunoreum dan landskap dramatik seongsan IIchobong , jeju olle yang indah, cheonjiyeon watafall yang menakjubkan dan pantai hyeopjae.

  •  
    Gunung Hallasan

    Ihsan Google


    •  Merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan setinggi 1950M yang terbentuk melalui letusan volcano. Pendakian gunung ini hanya dibenarkan siang hari sahaja.

Tiub Lava


Ihsan Google

  • Dikenali dengan nama Manjanggul Cave terbentuk 2.5 juta tahun dahulu. Kaya dengan batuan Stalagmite dan panjang terowong ini 14,422m tetapi hanya 1 km dibuka kepada pengunjung. Keadaan dalam terowong bersuhu sejuk gelap dan licin dinasihatkan untuk berpakaian sesuai kepada pelawat.



Seongsan Ilchulbong

Ihsan Google

  •  Telah diiktiraf antara 7 keajaiban dunia dan merupakan tapak warisan pertama di Korea yang di iktiraf UNESCO

  •  Muncul di permukaan lautan selepas letusan gunung berapi lebih 100,000 tahun dahulu yang terletak di hujung timur Pulau Jejudo, terdapat kawah yang besar di puncak gunung Seongsan Ilchulbong Peak.

  •  Keluasan kawah adalah 600m lebar dan 90m tinggi    




Cheonjiyeon Watafall 

Ihsan Google

  •  Merupakan air terjun 3 tingkat yang terletak di Jungmun tapak purba, tingkat pertama daripada air terjun ini mengalir daripada bumbung gua dari hutan Seogwipo .


  •   kedalaman air di sini adalah 22 meter. Oleh itu para pelawat tidak dibenarkan untuk berenang di air terjun ini.    

    Pantai Hyeopjae 


    Ihsan Google
  • terletak di barat Hanrim-eup
    •  warna putih pasir ini berasal dari pecahan kerang yang hancur dan bercampur dengan daratan.
    • Kedalaman pantai ini hanya sekitar 1,2 meter


    Mesti  ramai yang teringin ke Pulau Jeju termasuklah saya untuk merasai sendiri pengalaman berada di lokasi-lokasi menarik tadi. Kini AirAsia X dapat merialisasikan impian ini dengan  menerbangkan terus ke Jeju Korea Selatan. Nak tahu lebih lanjut tentang promosi ini , ikuti perkembangan terbaru AirAsia menerusi 






16 comments:

  1. Cantik cantiknya tempat dekat Jeju ni. Bagus betul AirAsia penerbangan terus ke sane. Teringin jugak nak pergi sane one day

    ReplyDelete
  2. Wow murah tu RM199 jer sehala nak pergi sana biar betul karang hari-hari kita pergi wakakakak pulau paling cantik kata orang..

    ReplyDelete
  3. Waduuh, jeju island ya, pengen nih kesana. Pengen ketemu member running man juga

    ReplyDelete
  4. Wowww... Murah tu. Tapi mampu tengok jer lah. Tapi Jeju memang tempat yang cantik.

    ReplyDelete
  5. Alaaa dha terlepas promosi tiket murah ni. Serius murahnya.

    ReplyDelete
  6. Jeju!!! Wahh nak ke sana la nanti. Lagi senang sebab terus dari Malaysia ni. Kena start kumpul duit nampaknya.

    ReplyDelete
  7. Alamak, promosi dah tamat lah pulak. Tambang murah, macam mana ngan penginapan dan makan ya

    ReplyDelete
  8. alaaa dah terlepaslah.. hehe.. promosi sempena Datuk Tony Fernandes kahwin dengan orang korea nih hehehe

    ReplyDelete
  9. Untunglah siapa yang sempat grab promosi ini. Tempat menarik dan dalam wishlist untuk ke sana.

    ReplyDelete
  10. Kalau dulu kena transit. Sekarang direct ke sana. Dengan AirAsiaX pula tu. Bila dah ada promosi best, duit plak takda. Ayoyo. Sedih!!

    ReplyDelete
  11. Yesss. Bestnya dah boleh pergi Jeju. Baru je tengok cerita korea ada pula jeju island. InsyaAllah ada rezeki boleh pi sana. Blom pernah pi tempat sejuk..

    ReplyDelete
  12. Okay next destination nak masukkan Jeju dalam vacation list.

    ReplyDelete
  13. Tambang serious murah .
    Tapi nak kena plan baik punya sebab ika tgh peak hour dekat office huhu

    ReplyDelete
  14. ada jugak tulis pasal ni, memang excited laaaa sebab senang la lepas ni, terus straight pegi jeju je. hehehe harga pon okay. hehe

    ReplyDelete