Friday 18 August 2017

Cheese Segar Dari Ladang Kerbau Langkawi Mesti Lawat



Assalammualaikum
Ceria selalu hendaknya ya.. ok sape pernah melawat ladang kerbau kat Langkawi nie.  Mesti timbul kesedaran tentang kepentingan haiwan nie kan. Sebelum nie tak pernah pun kita kisah atau peduli ye tak. Alhamdullilah diberi rezeki untuk datang sini. Makanya boleh kita ceritakan skit apa yang menarik dekat ladang nie.

Dimana terletaknya ladang kerbau nie ? 
Beralamat : Buffalo Park , Jalan Nyior Cabang 07000 Langkawi Kedah Malaysia

harga tiket masuk 2017
Untuk datang kesini kita akan melalui jalan kampung hurm..  jadi jangan risau sesat.
Harga untuk masuk ke ladang ini bagi warganegara dengan My Kad & My kid dewasa rm 5 , kanak - kanak pula rm 3 . Jangan lepaskan peluang untuk anak - anak kita mereka perlu didedahkan dengan salah satu aktiviti macam nie pemuliharaan dan pemeliharaan terutama dengan haiwan seperti ini.


dihidangkan susu kerbau segar



Hah yang nie paling 'excited rare' ! keterujaan disitu sebab diberikan susu kerbau yang sangat - sangat  segar sebelum masuk ke ladang. Rasanya lebih berlemak dan sedap seperti susu lain yang membezakan adalah susunya lebih tinggi zat daripada susu lembu tau sebab tu sangat ' valuable '. Korang memang kena rasa susu nie klu singgah disini.
Susu segar dihidangkan sebelum masuk ke ladang


Jom berkenalan skit pasal asal usul dan jenis-jenis kerbau yang ada di negara kita. Kebiasaannya terdapat dua jenis iaitu : 

 kerbau sungai ( kerbau Kampung ) 
- Berwarna hitam 
- Mempunyai tanduk kerinting atau melengkung seperti spiral
-  Baka kerbau nie berasal dari India dan barat daya asia.  

Kerbau Rawa ( kerbau balau ) 
- Berwarna putih & perang  
- Mempunyai tanduk panjang mengarah ke belakang. 

Seperti yang kita ketahui iklim di Malaysia panas dan lembap untuk habitat kerbau suhu yang sesuai 
15.5 ' C - 21 ' C zon nyaman. Kerbau akan mengalami stress pada suhu 24 ' C untuk kelangsungan hidup kerbau melakukan adoptasi fisiologi melalui tingkah laku seperti berkubang dan berbaring ditempat dingin.


bilik untuk menghasilkan produk tenusu
Cheese !!! yup tapi nie memang lain sebab dihasilkan dari susu kerbau terutama keju putih yang segar dari ladang dan yang pertama diladang - ladang seumpamanya di Malaysia. Buffalo Park Langkawi adalah projek kendalian jabatan veteriner Kedah dan mempunyai 100 ekor kerbau dan kini menghasilkan kira - kira 50 kilogram susu segar sehari yang mana turut mengeluarkan produk lain berasaskan susu kerbau seperti susu segar , yogurt dan ais krim. Manakala keju Mozarella yang dihasilkan secara tradisional & diisikan kedalam bekas kedap udara untuk dipasarkan.
Fakta khasiat susu kerbau
-  kaya kalsium , karbohidrat & rendah kolestrol
-  mampu memberikan tenaga
-  Mengubati darah tinggi & kencing manis
- kerbau betina menghasilkan susu secara maksimum dalam tempah beberapa minggu selepas melahirkan anak.
- Resepi tradisional Mozarella dihasilkan tanpa sebarang bahan pengawet.

menikmati produk segar dari ladang hasil tempatan
Kepentingan ternakan kerbau

-  Daging kerbau adalah sumber protein berpotensi meningkat pengeluaran daging & susu alternatif
- kurangkan kebergantungan kepada daging import
- kos ternakan kerbau adalah lebih rendah kerana ternakan tersebut lebih lasak & membantu menusia   melakukan tugas berat.
- Makanan kerbau seperti jerami padi senang dihadam selulosa lebih cekap serta tahan lasak kepada penyakit.
- Penyelidikan tentang kerbau perlu dibuat dari segi kajian baka, alternatif makanan ternakan , perubatan dan kesihatan kerbau.
- Boleh mendatang hasil lumayan jika cara betul mengkormesialakn produk susu kerbau.
 
Buffalo Farm Cafe

Antara hidangan yang boleh didapati di Buffalo Farm Cafe

  1. Mozarella Cheese with tomato (RM15.00)
  2. Buffalo Steak (RM22.90)
  3. Yogurt Buffalo Milk (RM3.00)
  4. Aiskrim Buffalo (RM1.00)
  5. Summer Tart RM  ( RM 8.00 )
  6. French Toast with Mozarella Cheese ( RM 10.00 )


Produk Susu kerbau segar dari ladang
7. Susu Kerbau Segar ( RM 3.00 )
8. Dadih plain ( RM 2.00 )
9. Ricotta Cheese ( RM 5.00 )
10. Mozarella Cheese


Aktiviti di Buffalo Farm
 Aktiviti yang terdapat di Agrocultural Buffalo Farm Langkawi

- Buffalo Ridding ( RM 20.00 )
- Cart Ridding ( RM 35.00 )
- Anok Riding ( RM 25.00 )
- Photography ( RM 10.00 )

Proses memerah susu kerbau
Jom membantu menyemarakkan lagi industri baik baka kerbau. Dengan kesedaran yang kami dapat semasa melawat ladang ' Buffalo Farm ' walaupun usaha ini kecil dengan blog ini saya ingin menyeru kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan kerbau dalam negara kita. Memelihara sistem ekologi semula jadi dan habitat asal haiwan terutamanya kerbau. Kalau bukan kita siapa lagi yang akan memelihara dan mengekalkanya untuk generasi akan datang.
 
mana satu kerbau balau cer teka?
  - Menurut Dr Azmi populasi kerbau negara menurun sebanyak 21.3% dalam masa 14 tahun terutama kerbau sawah.

- Kerbau juga berguna dalam bidang pertanian dimana dapat memberi penambahbaikan kepada kaedah penanaman padi yang dilakukan 2 kali setahun.

 
enjoying food
  Kenapa kerbau makin berkurang ?

- Kekurangan masa untuk memelihara kerbau

- kurangnya padang ragut dan kesukaran kerbau itu sendiri untuk membiak.


pengalaman memberi makanan kepada kerbau

- Tempoh bunting dan jarak masa beranak kerbau yang panjang dan perlukan kawasan berteduh serta berkubang.
 
Jentera ladang ternakan untuk mengangkut makanan
  - Kekurangan data pengurusan ladang , peserta industri dan kurang maklumat seperti paras harga , 
kuantiti , kualiti & juga hasil produk.

 
pengalaman anak kecil
  - Pengeluaran daging dan susu kerbau tempatan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi.
 
owner ladang banyak berikan kami info tentang ladang kerbau ini

Jom kepada yang datang melawat Langkawi jangan lupa singgah ladang ni selain itu dapat juga kita menambah dana untuk ladang yang seumpama ini terutama dalam penyelidikan. Lawatan sambil belajar gituu..






 

No comments:

Post a Comment