Wow kini
impian akan menjadi kenyataan bagi kaki travel . Air Asia X Bhd memperkenalkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeju Korea selatan. Menjadikan Air Asia X satu – satunya syarikat penerbangan yang menawarkan
penerbangan terus empat kali seminggu.
Pada
Pelancaran laluan baru Kuala Lumpur – Jeju Korea Selatan , Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X Benyamin Ismail berkata penerbangan ini
bermula pada 12 Disember 2017. Dengan ini akan meningkatkan lagi pertumbuhan
penumpang ke Korea Selatan dan penting bagi syarikat penerbangan tambang rendah
jarak jauh. Turut hadir , Pengerusi Eksekutif Air Asia Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Air Asia X. Manakala Lee Seung Chan Ketua Pengarah Biro Pelancongan
Wilayah pentadbiran Jeju turut merasmikan laluan penerbangan ini yang turut
memberikan sokongan padu antara kerajaan mereka untuk laluan ini.
Destinasi
Jeju mesti lawat dengan Air Asia X kerana pulau tersebut tidak memiliki polisi
visa.
Maksudnya " direct flight " untuk ke Jeju tidak memerlukan visa . Untuk
warganegara Malaysia kita tidak memerlukan visa untuk ke Seoul atau Jeju . Pelancong Malaysia adalah kedua
tertinggi melawat Jeju mengikut perangkaan imigresen Korea Selatan. Laluan baru
ini akan mengukuhkan lagi hubungan perniagaan dan pelancongan antara Malaysia
dan Korea Selatan.
Sempena pengenalan laluan baharu ini Air Asia X menawarkan tambang promosi
RM 199 sehala bagi tempat duduk ekonomi
dan RM 899 sehala bagi tempat duduk
Premium Flatbed. Promosi ini bermula 10 hingga 15 Oktober bagi tempoh
perjalanan dari 12 Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018.
Jeju Pulau Mesti Lawat
- Jeju juga dikenali sebagai ‘ Hawaii di Korea Selatan ‘ banyak tempat menarik dan cantik untuk dilawati . Keindahan alam yang perlu di syukuri.
- Pulau ini merupakan tapak warisan dengan 3 gelaran UNESCO World Heritage Site. UNESCO Bio Sphere , UNESCO The World Natural Heritage , UNESCO Global Geopark
- Pulau Jeju ialah hasil daripada bekas letupan gunung berapi beratus ribu tahun dahulu.
- setiap pertukaran musim akan diadakan pelbagai festival untuk menyambut pelancong yang datang.
-
- Tempat tempat menarik untuk dilawati Tiub Lava yang termasuk Gunung Halla, gunung terpendam di korea selatan dan gunung berapi tidak aktif, tiub lava Geomunoreum dan landskap dramatik seongsan IIchobong , jeju olle yang indah, cheonjiyeon watafall yang menakjubkan dan pantai hyeopjae.
Gunung HallasanIhsan Google
- Merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan setinggi 1950M yang terbentuk melalui letusan volcano. Pendakian gunung ini hanya dibenarkan siang hari sahaja.
Tiub Lava
Ihsan Google |
- Dikenali dengan nama Manjanggul Cave terbentuk 2.5 juta tahun dahulu. Kaya dengan batuan Stalagmite dan panjang terowong ini 14,422m tetapi hanya 1 km dibuka kepada pengunjung. Keadaan dalam terowong bersuhu sejuk gelap dan licin dinasihatkan untuk berpakaian sesuai kepada pelawat.
Seongsan Ilchulbong
Ihsan Google |
- Telah diiktiraf antara 7 keajaiban dunia dan merupakan tapak warisan pertama di Korea yang di iktiraf UNESCO
- Muncul di permukaan lautan selepas letusan gunung berapi lebih 100,000 tahun dahulu yang terletak di hujung timur Pulau Jejudo, terdapat kawah yang besar di puncak gunung Seongsan Ilchulbong Peak.
- Keluasan kawah adalah 600m lebar dan 90m tinggi
Cheonjiyeon Watafall
Ihsan Google |
- Merupakan air terjun 3 tingkat yang terletak di Jungmun tapak purba, tingkat pertama daripada air terjun ini mengalir daripada bumbung gua dari hutan Seogwipo .
- kedalaman air di sini adalah 22 meter. Oleh itu para pelawat tidak dibenarkan untuk berenang di air terjun ini.Pantai Hyeopjae
Ihsan Google - terletak di barat Hanrim-eup
- warna putih pasir ini berasal dari pecahan kerang yang hancur dan bercampur dengan daratan.
- Kedalaman pantai ini hanya sekitar 1,2 meter
Mesti ramai yang teringin ke Pulau Jeju termasuklah saya untuk merasai sendiri pengalaman berada di lokasi-lokasi menarik tadi. Kini AirAsia X dapat merialisasikan impian ini dengan menerbangkan terus ke Jeju Korea Selatan. Nak tahu lebih lanjut tentang promosi ini , ikuti perkembangan terbaru AirAsia menerusiFacebook : www.facebook.com/airasiaWebsite :https://www.airasia.com
Cantik cantiknya tempat dekat Jeju ni. Bagus betul AirAsia penerbangan terus ke sane. Teringin jugak nak pergi sane one day
ReplyDeleteWow murah tu RM199 jer sehala nak pergi sana biar betul karang hari-hari kita pergi wakakakak pulau paling cantik kata orang..
ReplyDeleteWaduuh, jeju island ya, pengen nih kesana. Pengen ketemu member running man juga
ReplyDeleteWowww... Murah tu. Tapi mampu tengok jer lah. Tapi Jeju memang tempat yang cantik.
ReplyDeleteAlaaa dha terlepas promosi tiket murah ni. Serius murahnya.
ReplyDeletewow very affordable ya. haha
ReplyDelete4D3N Star Cruise 2017
Jeju!!! Wahh nak ke sana la nanti. Lagi senang sebab terus dari Malaysia ni. Kena start kumpul duit nampaknya.
ReplyDeleteAlamak, promosi dah tamat lah pulak. Tambang murah, macam mana ngan penginapan dan makan ya
ReplyDeletealaaa dah terlepaslah.. hehe.. promosi sempena Datuk Tony Fernandes kahwin dengan orang korea nih hehehe
ReplyDeleteUntunglah siapa yang sempat grab promosi ini. Tempat menarik dan dalam wishlist untuk ke sana.
ReplyDeleteKalau dulu kena transit. Sekarang direct ke sana. Dengan AirAsiaX pula tu. Bila dah ada promosi best, duit plak takda. Ayoyo. Sedih!!
ReplyDeleteYesss. Bestnya dah boleh pergi Jeju. Baru je tengok cerita korea ada pula jeju island. InsyaAllah ada rezeki boleh pi sana. Blom pernah pi tempat sejuk..
ReplyDeleteOkay next destination nak masukkan Jeju dalam vacation list.
ReplyDeleteTambang serious murah .
ReplyDeleteTapi nak kena plan baik punya sebab ika tgh peak hour dekat office huhu
ada jugak tulis pasal ni, memang excited laaaa sebab senang la lepas ni, terus straight pegi jeju je. hehehe harga pon okay. hehe
ReplyDeleteWah..menarik ni....
ReplyDelete