Thursday 19 October 2017

Rumah Rakit Tarikan Baru Kaki Pancing Di Kampung Sungai Melayu Johor ( kembara Johor part 1 )

Rumah Rakit
Assalammualaikum , 

Rumah Rakit ? 

Siapa tahu apa rumah rakit nie ? 
Haa.. pandai rumah yang terapung atas air biasanya sungai , paya , tasik ataupun laut. Kali nie paling best kita boleh bermalam di atas rumah rakit nie. Konsepnya sama seperti homestay tapi paling special ia terapung diatas sungai. Rumah rakit nie yang pertama diwujudkan di Kampung Sungai Melayu Johor Malaysia. Kampung ini adalah perkampungan nelayan sesuai untuk mereka yang hobi memancing atau menangkap ikan.    

Jeti

Kampung Sungai Melayu terletak dalam daerah Gelang Patah hanya 15KM daripada pekannya. Jika daripada bandaraya Johor 28KM untuk sampai disini.Perkampungan ini berdekatan juga dengan Kota Iskandar , Hello Kitty / Puteri Harbour , Legoland Theme Park & Marlborough Collage. Kampung Sungai Melayu telah di buka lebih 100 tahun yang lalu.


Laluan Paya Bakau Di Kampung Sungai Melayu

Penduduk kampung ini keseluruhan berbangsa melayu kebanyakkan mereka adalah nelayan. Sekitar sungai di kampung Sungai Melayu di penuhi 75% pokok bakau. Menjadikan kampung ini diiktiraf eco pelancongan semulajadi. kerana kaya dengan warisan flora & faunanya tersendiri. 

Burung Hijrah Siberia

Percayakah anda kampung ini disinggahi burung - burung  yang berhijrah dari Siberia terutama pada bulan November hingga April setiap tahun. Pekerjaan utama mereka sebagai nelayan seperti menangkap ikan , udang , ketam dan menternak kupang. 

Penerangan asal usul Kampung Sg Melayu oleh Johor Tourism

Fam trip blogger di jemput oleh Johor Tourism untuk kembara dan mengekplorasi tempat - tempat  ' hidden ' di negeri Johor yang berpotensi untuk di bangunkan terutama dalam pelancongan. Salah satunya adalah Kampung Sungai Melayu.  Pandak Ahmad ketua kampung Sg Melayu menerangkan dengan aktiviti seperti ini dapat menaikkan taraf ekonomi masyarakat nelayan kampung tersebut dengan Eco Pelancongan seperti dibina tempat penternakan kupang , perusahaan kecil IKS selain aktiviti menangkap ikan. 

Jeti untuk Boot Tour

Bersedia untuk menaiki bot 

Kami berkesempatan belajar menangkap ketam menggunakan  ' Pinto ' iaitu sejenis perangkap ketam dengan meletakkan umpan ikan . Kemudian dilepaskan Pinto kedasar sungai untuk seketika. Di atas air terdapat pelampung untuk menandakan Pinto itu ditempatkan. 

Sebelum menangkap ketam diberi sikit keterangan

Pinto 

Untuk menangkap ketam Pinto digunakan iaitu sejenis alat perangkap dengan meletakkan umpan  ikan seperti di atas sudah memadai untuk mengumpan ketam . Tapi sebelum tu doa skit mana tau ada rezeki dapat ye tak haa..  

Tak Sabar nak tangkap ketam

 Bot yang di naiki hanya boleh diduduki dua orang penumpang dan seorang pemandu bot. Ada juga 5 orang untuk sebuah bot . Kami dah ready untuk manggrove tour nie. Safety Jacket wajib korang pakai sebelum naik bot. 


Pak Harun Bot Driver Kami  

Terima Kasih kepada Pak Harun banyak informasi yang kami dapat sepanjang merentasi paya bakau nie. Beliau adalah penduduk asal Kampung Sungai Melayu ni. Salah satu yang menarik diceritakan kepada kami ketika perang dunia kedua di mana Jepun  menggunakan sungai ini untuk menyerang Singapura. 

Keunikan Paya Bakau Kpg Sg Melayu

Perkampungan Sungai Melayu kini telah di iktiraf sebagai Eco pelancongan terdapat banyak aktiviti dan juga tarikan seperti aktiviti menaiki bot untuk melawat sekitar sungai paya bakau , memerhati burung , menangkap ikan , dan melawat tempat ternakan kupang. 


Tempat Ternakkan Kupang

Tadaa.. Dah pun sampai. Di sini kita akan lihat tempat ternakan kupang yang di bina daripada kayu iaitu binaan tradisi dan juga  " modern flooting " di mana lebih kukuh dan tahan lama untuk menjejaki dengan stabil di atas tempat ternakan tu.

Cara kupang di ternak 

Setiap tali yang di ikat berat kupang boleh mencecah sehingga 30 kilo agak berat untuk diangkat sebenarnya. Satu lagi fakta menarik tentang bagaimana untuk kita mengetahui jantina kupang ? haa korang cuba teka 
Senang je okey Sai di beritahu kita perlu pecahkan dahulu kulit kupang tersebut jika isi kupang berwarna putih maka ia adalah jantan manakala isi berwarna oren kemerahan adalah betina.

Berat kupang pada tali 30 Kg

Pelantar ternakan kupang terapung atas sungai di Kpg Sg Melayu 


Oleh kerana banyak projek ternakan di sungai ini banyak juga haiwan pemangsa semulajadi mengikut sistem Ekologi dan Ekosistem yang normal menandakan habitat haiwan biotik dan abiotik masih terpelihara di Kampung Sungai Melayu ini. Hidupan paya bakau saling melengkapi untuk kelangsungan hidup. Antara haiwan pemangsa yang kelihatan seperti burung helang dan memerang. Memang rezeki saya nampak haiwan itu cuma tak sempat dirakam. Pak Harun pemandu bot kami juga mengakui kewujudan memerang itu. 

Danga Bay kelihatan di seberang

Sebelum menaiki darat kami singgah di Rumah Rakit yang ada saya ceritakan pada mulanya. Tarikan terbaru di Kpg Sg Melayu ini . Sungainya juga bersebelahan dengan sempadan Singapura agak dekat sebenarnya. Tetapi sempadan sudah tentu dikawal tidak boleh sewenang - wenangnya untuk dicerobohi . 

Rumah Rakit
Untuk stay di Rumah Rakit ini ada beberapa pakej yang boleh kita pilih. Saya akan perincikan setiap pakej yang ada untuk kita  menetap di sini. Sangat menarik antara yang di tawarkan. Sebelum itu kita lihat sekitar rumah rakit yang menarik ini.

Lukisan mural
 Lukisan ini sangat tersirat dan mempunyai maksud mendalam.. korang mesti dapat meneka kan..  Paya bakau nie perlu di pelihara dan alam semulajadi perlu dijaga sebaiknya. Dengan Kedatangan pelawat akan meningkatkan lagi pengetahuan tentang hidupan sekitar paya bakau ini. Kebanyakan pensyarah dan pelajar yang membuat penyelidikan tentang paya bakau banyak berkunjung di sini.



Di sebabkan di sini kaya dengan hidupan udang galah , ketam ikan dan kupang menjadi tarikan kepada pemancing. Bagi yang ingin memancing bersama keluarga atau melawat flora dan fauna yang ada di Kpg Sg Melayu ini ada beberapa pilihan pakej yang disediakan : 

Boat Tour Package ( RM 35 Per Person )   

- Mangrove river Cruise
- Crab Catching
- Visit mussels farm
- Visit historical site - Japanese army attacked Singapore during world war 2


Learning Package ( RM 25 Per Person ) 

- Crab Catching 
- Netting 
- Local products demonstration
- Handicraft making 

Malay Kampung Trail ( RM 30 Per Person ) minimum 10 persons per package

- Visit tradisional house  
- Petting Zoo 
- Kain Sarong and Batik demonstation
- Tradisional game
- Local products demonstation 

Fishing Package
- 8.00 a.m to 5.00 pm ( RM25 per head )
- 8.00 a.m to 9.00 pm ( RM30 per head )
- 7.00 p.m to 8.00 a.m overnight 2 room @ raft house & Bbq kitchen ( RM 50 per head )

Bird Watching
- Migratory bird is form November till March every year.


Sebelum naik darat jangan lupa angkat pinto korang

Haa..ha.. tiada rezeki ketam tapi ikan dah kena kidnap !!! hai en ketam pandai ko yek ???


Restoran Sri Pantai Kampung Sungai Melayu 

hidangan laut segar

Makanan yang selalunya di cari kiranya ' signature dish '  yang perlu di cuba adalah Asam Pedas Ikan Semilang & Kupang antara hidangan segar yang dihidangkan . Boleh hubungi 019 7734017 untuk tempahan.

kupang

Asam Pedas Ikan Semilang


Selain itu penduduk kampung Sg Melayu menjalankan industri kecil sederhana IKS dengan membuat keropok , belacan dan kraftangan . Keropok Kupang hanya di jumpai di Kpg Sg Melayu. Kupang basah juga dijual segar disini. Antara aktiviti akan datang di kampung ini anda boleh juga berkayak dan berkhemah.

Belacan & Keropok Kupang

Keropok kupang yang telah dipotong

Keropok kupang yang belum lagi dipotong kecil

Kupang Basah

Terima Kasih Tourism Johor
Untuk pertanyaan lebih lanjut
boleh hubungi  :

Pn Sharifah ( +6 019 704 5904 )
Pandak Ahmad ketua Kampung Sg Melayu

FB ;  Sungai Melayu Eco Tourism

Email : sungaimelayuecotourism@gmail.com

Lokasi  : Komuniti 1 Malaysia Kampung Sungai Melayu
Eco Tourism ,  80200 Gelang Patah Johor , Malaysia .





1 comment:

  1. pergh..best btol selain leh lihat sekeliling boleh dapatkan hasil laut...peh 30kg..berat tu..

    ReplyDelete