Sunday 22 October 2017

Jelajah Johor Dengan Melawat Ekspo Johor Berkemajuan 2017 ( Kembara Johor part 2 )

Ekspo Johor Berkemajuaan

Assalammualaikum , 

Kesempatan yang diberikan oleh Tourism Johor kepada blogger media dapat menjelajahi keseluruhan  Ekspo Johor berkemajuan ini. Dengan adanya ekspo begini dapat memberikan gambaran keseluruhan mengenai negeri Johor dari segala aspek kemajuan serta  pencapaian setiap daerah dalam negeri itu. Johor berkemajuan bermaksud masyarakat maju , adil , sejahtera dan peradaban yang dinikmati oleh semua.


Daerah dalam negeri Johor

Di rasmikan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,  Ekspo Johor Berkemajuan berlangsung selama 9 hari bermula pada 6 Okt hingga 14 Okt  dan menyasarkan kehadiran kira - kira 500 , 000 pengunjung.
Ekspo ini memfokuskan 12 aspirasi iaitu : 
  • Johor Lestari 
  • Johor Prihatin
  • Johor Berbudaya
  • Invest Johor
  • Keusahawan Johor
  • Johor Selamat
  • Explore Selamat
  • Perumahan Johor 
  • Johor Berkemahiran
  • Johor Islami
  • Johor Connectivity
  • Agro Johor


Jom kita lihat apa lagi yang menarik tentang Johor
Terdapat 31 program , pameran , pelancongan , persembahan  & majlis perkahwinan dan syarikat berkaitan kerajaan GLC. Menurut menteri besar Johor  ' Ekspo Johor Berkemajuan ' memaparkan bangsa Johor agama dan latarbelakang masyarakat supaya dapat menjiwai pembanggunan Johor. Serta sama sama membantu membangunkan Johor. Salah satu visi Johor untuk menjadi pusat tamadun melayu antarabangsa di mana budaya , warisan seni dan sejarah tidak dilupakan. Johor berhasrat mahu menjadi pusat rujukan tamadun melayu kepada pengkaji dan pelancong.

RV Luxury Coach

Percaya  tak sebenarnya ianya adalah sebuah bas tetapi telah diubahsuai dalamannya menjadikan seperti kediaman yang bergerak dan sangat ' exclusive ' diberi nama RV Luxury Coach. Kepada anda yang berniat untuk berkhemah boleh juga membawa RV Coach ni atau untuk menggembara kemana sahaja tanpa perlu lagi tempahan hotel haa.. mudahkan. Harga sewaan untuk sehari RM 2000. RV Coach ni lengkap dengan bilik tandas , bilik tidur , dapur , karaoke sistem , televisyen , bbq set , 10001 cleaning water ,dining , ruang tamu serta office untuk kemudahan bekerja. Kiranya lengkap macam hotel. RV Coach untuk keluarga ini adalah yang pertama di Malaysia.

Rooftop Tent

Sesuai untuk berkhemah hanya pasang atas kenderaan seperti ini mudahkan kepada mereka yang suka dekat dengan alam semulajadi. Biasanya kita akan memasang khemah dibawah kali ini Rooftop tent lebih selamat untuk didiami terutama daripada binatang berbisa , tidak mudah basah terkena air dan pemandangan malam yang menakjubkan. Harga untuk rooftop tent sehari RM 500 .  Antara tempat yang boleh kita bercamping dengan rooftop tent ini :

  •  1 malam / Sungai Kota Tinggi
  •  1 malam / Tanjung Balau Beach

Pakej termasuk :

  • Usage Installation of rooftop tent
  • rack at own expenses ( water , electric supplies , security stuff )        

Caraven

Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang pakej ini :

PSHOLIDAYS.COM.SDN.BHD
57 Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti 81300 Skudai , Johor Malaysia
Tel : 607 5217087/5217088
Email : sales@psholiday.com


 Pulau


Pulau - Pulau Di Johor
Sebagaimana yang kita ketahui Negeri Johor kaya dengan pulau - pulau yang indah . Antaranya Pulau Sibu, Pulau Besar , Pulau Rawa , Pulau Pemanggil  & pulau Aur ada di Mersing , Desaru Juga Kota Tinggi. 

Pasir Pantai yang terbukti putih bersih

Pantai dan pulau ini menjadi lokasi pelancongan masyarakat tempatan dan luar negara. Keindahan semulajadi yang masih kekal menjadikan tarikan pelancong untuk kesini. Pasir pantai yang putih bersih serta pantai yang masih mengekalkan privasi sesuai untuk mereka yang datang untuk honeymoon. Ada juga perkampungan nelayan yang boleh kita lawati , paya bakau serta bersiar siar di tepi pantai yang mendamaikan.


Pulau Besar

Pulau Pemanggil

Ikan Buntal

Hidupan Marin Di perairan Johor

Hasil Kraftangan daripada laut

Kraftangan siput dan cengkerang
Kraftangan 

Seni Tekat 
 Johor masih lagi mengekalkan ciri tradisi contohnya seni tekat kita masih lagi boleh menjumpai dalam adat - adat kita. Seni tradisional harus di kekalkan dan diwarisi kepada setiap generasi kita supaya tidak lupus di telan zaman. Dari situ kita dapat mengenali bangsa dan sejarah asal pribumi kita sendiri. Manakala tradisi yang sukar dan hampir hilang ini jika kita mahir boleh menjadikan sumber pendapatan yang berganda. Jangan kita memandang seni dan tradisi kita itu tidak bernilai.

Seni Anyaman mengkuang

Anyaman Songket
Proses pintalan dilakukan

Proses pintalan benang songket

Seramik

Ayer Hitam terkenal sebagai bandar seramik sekian lama bermula sejak tahun 1970an. Produk - produk ini dihasilkan daripada tanah liat dan dipasarkan si sekitar atau sepanjang jalan melalui Ayer Hitam menarik perhatian sesiapa sahaja yang lalu terutama kaum wanita. Pelihara hasil kraftangan kita mungkin suatu hari kita dapat pasarkan ke pasaran antarabangsa secara tidak langsung memberi sumber pendapatan kepada masyarakat johor terutamanya.

Seramik Johor

Pertanian & Ternakan

Daerah Pontian
 Pontian terkenal sebagai pekan nanas terletak 43 KM dari pusat bandar Johor Bharu. Banyak kilang - kilang dibangunkan bagai cendawan tumbuh disini. Pengeluaran produk nenas semakin meningkat kerana kepelbagaian produk itu sendiri.

Nenas Johor
Nenas Johor memang manis dan sedap kerana kesuburan tanah gambut mereka. Banyak di pasarkan untuk pasaran tempatan dan dieksport ke luar negara. Sama ada fresh atau telah di packagingkan seperti di tinkan.


Hasil Pertanian nenas
Produk - produk ini banyak dijalankan R & D untuk menambahbaik mengikut standard supaya setiap yang dipasarkan berkualiti untuk termbusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Antaranya Jus Nenas dan sos cili daripada buah nenas menarik kan.

Produk daripada nenas




Ternakan

Jom ke Agro farm
 Kerajaan Johor sangat memberi sokongan dan bantuan kepada penternak terutamanya menyediakan institusi dan tenaga pakar untuk keberhasilan pengeluaran ternakan kepada usahawan ternakan. Selain untuk menghasilkan baka yang berkualiti kita dapat meningkatkan hasil ekonomi masyarakat tempatan.

Lembu sado 1 tan
Permintaan terhadap daging lembu dan ayam sentiasa meningkat dan tak pernah putus. Kerajaan memberi bantuan dari segi infrastruktur , latihan teknikal veterinar , menyediakan pusat latihan dan menjalin kerjasama untuk  mempromosikan dan menyebarkan maklumat tentang veterinar.

ayam gergasi

Galeri DiRaja Johor

kenderaan Tuanku
Sistem beraja negeri Johor masih kekal sehingga kini. Menarik koleksi yang di pamerkan di ekspo ini. Raja berjiwa rakyat ini sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat johor . Untuk mengetahui lebih mendalam kita boleh menghadiri ekspo seperti ini lagi.  

Mahkota Johor

Darjah Kebesaran

Pakaian Rasmi DiRaja

Ekspo Johor berkemajuan adalah kisah kejayaan Malaysia. 
Terima Kasih Tourism Johor

No comments:

Post a Comment