Thursday 26 October 2017

Fantasia Sanrio Hello Kitty Town ( Kembara Johor part 3 )


Sweet Couple Hello Kitty


Assalammualaikum,

Sanrio Hello Kitty ini adalah yang pertama dibuka di Johor Malaysia. Kedudukan yang strategik ini menjadi tarikan kepada pelancong dalam & luar Negara terutamanya daripada asean. Menjadikan keterujaan kepada peminat watak Hello Kitty untuk datang lebih dekat melihat sendiri tarikkan bertema Hello Kitty. Blogger media mengucapkan terima kasih kerana diberikan kesempatan oleh Johor Tourism untuk melawat taman tema ini.
Hello Kitty House

Hello Kitty ini di cipta oleh syarikat Jepun Sanrio pada tahun 1974 dan telah berkolaborasi dengan syarikat taman tema hiburan Hattema Group dari California untuk menghidupkan watak Hello Kitty ini untuk dikenali ramai. Kini Johor Malaysia mempunyai taman seumpama ini serta dibuka untuk menarik dan meningkatkan pelancongan dalam negara. Di buka pada akhir tahun 2012 Hello Kitty Town Johor adalah taman tema pertama dibuka di luar Jepun. Di tubuhkan oleh dana pelaburan strategik kerajaan Malaysia , Khazanah Malaysia Berhad , TAR & H berfungsi sebagai industri riadah dan pelancongan.




Sanrio Hello Kitty Town terletak di Puteri Harbour Iskandar Johor Malaysia dimana lokasinya sangat strategik iaitu hanya 25KM daripada lapangan terbang Senai. Taman teman ini terdiri daripada empat tingkat dan menelan belanja sebanyak RM 350 juta. Selain Hello Kitty terdapat watak - watak popular lain seperti Thomas & Friends , Angelina Belerina , Barney & Friends serta Pingu. 
 
Sanrio Hello Kitty

Beralamat : SANRIO HELLO KITTY TOWN
                  Persiaran Puteri Selatan , 
                  Puteri Harbour
                  70900 Iskandar Puteri
                  Johor Darul Takzim
                  Malaysia.

Harga Masuk Taman Tema :
 
Hello Kitty Town  RM 85.00 
Thomas Town       RM 85.00
Two Park              RM 125.00

Untuk Pembelian ticket       : Tiket Hello Kitty & Thomas Town


Ruang Masuk
 Hello Kitty Town ini berada di aras 1 dan merupakan ikonik rumah lengkap terdapat beberapa bahagian seperti : 
  • Ruang Tamu
  • Dapur
  • Tandas
  • Bilik Kitty
  • Bilik Pakaian
  • bilik Mimmy

Friendship Land
 Dalam Hello Kitty house ini banyak aktiviti menarik untuk kanak - kanak  dan ibubapa untuk mengambil bahagian bersama seperti ingin meraikan majlis hari lahir atau majlis khas , fotografi dan melihat persembahan langsung Hello Kitty dan kawan - kawannya. Selain itu terdapat kemeriahan yang lebih berwarna warni di tempat makan dan membeli belah semuanya bertemakan Hello Kitty.
Antara tarikan lain :
  •  Wishful studio
  • cinnamonroll cafe
  • purfect stage
  • tea cup ride
  • kawaii photo centre
  • Dream photo garden
  • kitty House
  • Friendship Land
  • Hello Kitty In OZ

Wishfull Studio / Purrfect Stage 

Disini kita boleh meet & greet dengan Hello kitty serta melihat persembahan juga.

Candy Parade 

Mini show with meet & greet
Purrfect stage performance level 1 , 1.00 pm
Parade Route level 1, 4.30 pm

Purrfect Stage  
Candy Parade
Persembahan langsung

Meet & Greet Hello Kitty

Dream Photo Garden Hello Kitty

Dream Photo Garden Hello Kitty level   1 = 11.30 am / 2.00 pm
Dream Photo Garden My Melody level 1 =  12.00 pm / 3. 00 pm
Dream Photo Garden Bad Badtz - Maru  =  12.00 pm / 3. 00 pm
Disini kita bole bergambar bersama Hello Kitty dan kawan - kawannya untuk kenangan.


Kawaii Photo centre

Dream Photo Garden

Summer Festival
 Tea Cup Ride 

Berpusing dalam cawan dan teko yang sangat ikonik.

Red Bow  Cafe 

Hello Kitty Cafe
 Di buka setiap hari pada jam 10 am hingga 6 petang. Penuhi citarasa anda dengan melawat Red Bow Cafe ini dengan makanan yang segar dihidangkan setiap hari . Paling best makanan kat sini semua bertemakan Hello kitty yang comel nie.. Nak makan pun sayang kan..

makanan bertemakan Hello Kitty
 Hello Kitty Merchandise Store

Comel sangat di setiap sudut dalam kedai ini . Banyak pilihan yang boleh dipilih untuk kenangan selamanya.


Pelbagai Cenderahati Hello Kitty

Bertemakan Pink

Bertemakan Hitam

Berjumpa Karaktor lain di Aras 2

Selain Hello Kitty terdapat juga karaktor lain seperti Angelina's Dance Studio , Bob the Builder , Pingu ' s Igloo , Barney & Yard dan fun zon yang lain. Manakala Thomas Town di level 3. 
BobThe Builder
 
Menjadi salah seorang ' Bob can do crew ' dan membantu Bob membina bangunan puzzle 
 
Bob The Builder






 
Angelina's Dance Studio
 
Di sini kanak - kanak boleh belajar tarian belerina bersama watak Angelina yang sememangnya pandai menari. Anak comel anda pasti teruja menari balet gituu..
 
 
 
Pingu's Igloo
 
Jom melawat rumah Pingu serta bermain bersama keluarga dan rakan anda .
 
 
Pingu's House

 
Barney & Friends

Barney tidak sabar untuk berjumpa dan mempersembahkan secara langsung persembahan mereka. Pasti seronok sepanjang hari disini.





Meet & Greet ( weekday ) Aras 2

Bob the Builder  =   3.00 pm
Angelina Bellerina Dance Class =  1.30 pm / 3.00 pm
Barney = 12.30 pm / 4.00 pm
Pinggu = 11.30 am / 2.30 pm


Persembahan Pentas

Bob the Builder hide & seek in sunflower valley = 12.00 pm
Barney Show = 3.30 pm


Meet & Greet ( weekend & school holiday ) Aras 2

 
Bob the Builder  =   12.00 pm / 2.00
Angelina Bellerina = 12.00 pm / 3.30 pm
Barney = 11.00 pm / 5.30 pm
Pinggu = 11.30 am


Thomas Town  


 
Peminat Thomas mesti lawat station ini di aras 3 banyak mainan menarik di sini .


 
Bertie the Bus
Thomas Bumping Buffers

Mc Bunn Café

Nikmati makanan yang hebat di Mc Bunn Café di the Island Of Sodor.


 

hiasan café yang menarik



Jangan lupa singgah di Sanrio Hello Kitty dan berjumpa watak kegemaran anda ya.














1 comment: