Sunday 29 October 2017

Masakan Tradisi Warisan Melayu Ada Di Dapur Warisan Johor (Kembara Johor part 4 )


Dapor Warisan Johor
Assalammualaikum,  
Perut dah lapar sepanjang lawatan di Johor Bharu kami di bawa ke sebuah Restoran Dapur Warisan oleh Tourism Johor. Di sini bukan makanan sahaja sedap dan paling best korang di persembahkan juga dengan Tarian Zapin yang memang sinonim dengan negeri Johor. Kiranya memang wajib singgah untuk makan disini jika anda berada di Johor Bharu.
Kedatangan kami di sambut oleh Dapur Warisan
Restoran ini bersesuaian dengan namanya Dapur Warisan tepat dengan konsep menghimpunkan masakan melayu dengan tema ' Sanjungan Kepada Tradisi ' . Kepada peminat makanan warisan bolehlah singgah di sini pasti anda berpuas hati sudah tentulah masakan tradisi ini harus dipeturunkan dari generasi ke generasi untuk meneruskan kesinambungan masakan warisan kita.
Pinggan Dan Cawan yang begitu Klasik

Suasana di restoran ini beserta hiasan dalaman dan peralatan seperti pinggan , cawan yang sangat klasik  mungkin susah untuk di jumpai kini seperti corak bunga kangkung. Ukiran melayu di sekitar restoran membuatkan seolah - olah kita berada di dalam suasana kampung yang membuatkan kita merindui kampung halaman sendiri walaupun di tengah bandaraya Johor.
Asam Pedas Ikan Merah
Masakkan dan hidangan negeri Johor sangat unik kerana terdapat pengaruh Arab , Jawa , dan Bugis. Menjadikan olahan makanan tersebut sedap .Elemen penting  dalam masakan melayu adalah gabungan rempah ratus tertentu yang menambahkan selera dan kesedapan kepada masakan tersebut.


Ulam - Ulaman Bersama Sambal Belacan
Menu yang paling Rare dan sedap di sini adalah Asam Pedas Ikan Merah dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Masakan wajib anda cuba di Dapur Warisan ni. Selain itu ada juga menu yang best seperti :
  • Spageti daging salai
  • Sup gear box merah
  • Gear box black paper
  • Lempeng kelapa bersama asam pedas tetel
  • Pengat Pisang
  • Lontong Kering
  • Satey Goreng
  • Sambal Jering
  • Nasi Ambeng
  • Kari Kambing

Tak sabar menunggu menu untuk dihidangkan

Bercerita tentang makanan negeri Johor terkenal dengan makanan tradisi mereka yang kini mudah di jumpai bukan hanya di negeri Johor tetapi di setiap pelosok Malaysia. Kerana makanan Johor mempunyai peminat tersendiri termasuk juga saya walaupun berasal dari negeri lain. Antara Makanan tradisi Johor seperti :

Laksa Johor  
  • Menggunakan santan kelapa untuk kuahnya dan spaghetti

Mee Bandung
  • Terkenal di Muar kebiasaannya diletakkan udang kering dalam kuahnya bagi menaikkan aroma dan rasa.

Mee Rebus
  • Mee yang di celur serta di letakkan kuah dan telur rebus sebagai sampingan.

Telur Pindang
  • Telur yang direbus bersama rempah selama beberapa jam biasanya dijumpai di majlis perkahwinan.

Otak - Otak
  • Daripada isi ikan dan di bakar dalam daun kelapa terkenal di Kempas dan Gelang Patah.  

Nasi Beriyani Gam
  • Terkenal di Batu Pahat


Soto
  • Nasi Impit bersama sup dan sambal kicap.


Burasak
  • Makanan orang Bugis.
  • Beras yang dibungkus dengan menggunakan daun pisang di masak bersama santan.

Nasi Ambeng
  • Masakan Jawa
  • Dihidangkan ketika majlis yasin dan tahlil.
  • Nasi Ambeng dihidangkan bersama lontong dan Ungkep.


Tarian Zapin
Tarian Zapin selalu di persembahkan di Dapur Warisan selain itu ada juga persembahan tradisi tarian tradisional seperti Angklung setiap hari dan Ghazal di mainkan setiap malam Sabtu dan Ahad. Menceriakan makan malam anda. Sesuai bersama keluarga makan sambil bersantai melihat tarian yang jarang lagi di temukan seperti ini. 


Dari FB Dapur Warisan



Sangat tertarik dengan cerita Teh Tarik 5 sen Dapur Warisan yang saya sendiri telah di jamu teh ini selepas habis hidangan oleh staf mereka yang sangat friendly.Pada masa itu saya tidak sedar yang harganya begitu murah hanya 5 sen setelah melawat link fb mereka. Pada masa tu rasanya memang sangat sedap sebab saya memang peminat teh tarik . Rupanya teh ini dibancuh dengan adunan teh terpilih dan susu terbaik memberikan haruman dan kepekatan warna serta rasa kelat yang kaw sekali.




Terima Kasih Tourism Johor



Dapur Warisan Beralamat :

Lot 888 ,Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar,
Jalan Sungai Chat,
80100 Johor Bharu


Waktu Operasi :

12.00 pm - 11.30 pm

Tel : 013 7057301 / 016 7726146











No comments:

Post a Comment