Monday, 12 August 2019

SAFI SHAYLA SHAMPOO PENJAGAAN LENGKAP UNTUK ANTI KELEMUMUR




Assalammualaikum,

Rambut berkelemumur mesti tak selesa kan tambahan gatal lagi !!! Rambut bertudung perlukan penjagaan yang lebih intensif . Kita kongsikan kesetiaan kita mengunakan set rangkaiaan lengkap SAFI SHAYLA anti kelumumur yang telah  memberikan kesegaran sepanjang hari  dan beberapa tip untuk menjaga rambut wow stay tune gaiss 






Kita kongsikan set rangkaian SAFI SHAYLA shampoo rambut Anti Kelemumur terdapat tiga jenis iaitu :



SAFI SHAYLA Anti kelemumur Shampoo


1.  Shampoo SAFI SHAYLA Anti kelemumur  320g


Kandungan  terdiri daripada :


  • Micro bamboo charcoal ( bahan semulajadi untuk menghilangkan minyak &  bau kepam dari kulit kepala dan ranbut )   



  • Habbatus Sauda ( menghalang pembiakkan bakteria )



  •  Micro ZPT complex ( Agen anti kelumumur )



Fungsi




  • Berkesan menghapuskan 99.9% kulat yang menyebabkan kelemumur dengan haruman sehingga 48 jam 

Minyak rambut SAFI SHAYLA Anti Kelumumur


2.  Minyak rambut SAFI SHAYLA Anti Kelumumur  100 ml 


Kandungan


  • Minyak organik Habbatus Sauda ( Memberikan kelembutan &  nutrien kepada rambut )



  • Minyak Zaitun tulen ( Memelihara , melembapkan rambut kering & kusam )



  • Mentol ( Memberikan kesansensasi dingin kepada kulit kepala untuk kesegaran & mengurangkan kelumumur & minyak )



Fungsi


  • Menjadikan rambut lebih lembut , memberikan kilauan rambut sihat dan mengurangkan kelumumur  serta menyegarkan dengan sensasi dingin 




SAFI SHAYLA refreshing scalp mask dandruff & itch control


3. SAFI SHAYLA refreshing scalp mask dandruff & itch control 160 g


Kandungan


  • Micro bamboo charcol + Minyak organik habatus sauda + Mentol



Fungsi


  • Masker penyegar kulit kepala membantu mengurangkan kelumumur ke atas 100% dari cucian pertama tiada lagi bau kepam dan gatal kepala harumanya kekal  48 jam selepas penggunaan bersama shampoo SAFI SHAYLA Anti Kelumumur berdasarkan ujian makmal selepas 5 kali penggunaan berterusan. 





Langkah dan cara penggunaan SAFI SHAYLA Anti Kelumumur  :


1 . Minyak rambut Anti Kelumumur  ( pre- wash )


  • Cara penggunaan urutkan minyak perlahan – lahan ke kulit kepala melalui hujung rambut & biarkan selama 3 – 5 minit. Bilas dan gunakan 1 atau 2 kali seminggu .



2.  Shampoo SAFI SHAYLA Anti Kelumumur


  • Cara penggunaan buihkan shampoo pada rambut yang basah dan bilas sehingga bersih



3.  SAFI SHAYLA refreshing scalp mask dandruff & itch control


  • Cara penggunaan ratakan masker penyegar  dan urut kulit kepala perlahan – lahan selama 1 minit kemudian bilas. 






Tip Penjagaan Rambut 


  • Gunakan produk yang sesuai



Pilih syampoo yang sesuai terutamanya daripada bahan semulajadi & shampoo yang dapat membersih sehingga kulit kepala

  • Mencuci rambut rambut setiap  hari dengan shampoo



Mencuci rambut adalah asas dalam penjagaan permukaan rambut pemilihan shampoo yang sesuai sangat penting agar dapat digunakan setiap hari

  • Gunakan minyak perapi & pelembap yang betul



Pemakaian minyak perapi yang betul hanya digunakan pada penghujung rambut bagi menghindari rambut kering dan bercabang

  • Amalkan pemakanan yang sihat



Jauhi makanan berminyak & pedas. Untuk merangsang pertumbuhan rambut makanan yang mengandungi protien dari sumber daging , ikan , telur & zink amat bagus

  • Gaya hidup sihat



Masalah keguguran rambut berkaitan dengan hormon yang terganggu boleh akibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala.


Tidur & rehat secukupnya 





Produk SAFI SHAYLA boleh dapatkan di kedai berhampiran Hypermarket dan farmasi terpilih selain itu korang boleh dapatkan koleksi  percuma WE BARE BEARS beg limited edition dengan pembelian mana – mana produk SAFI SHAYLA berharga RM 35 cepat sebelum habis dipasaran




Sunday, 4 August 2019

NIVEA ROSE HOKKAIDO DEODORAN WHITENING DEEP SERUM WANGIAN MEWAH BAHARU




Assalammualaikum ,


Nivea dengan bangganya memperkenalkan produk baru ini yang mengandungi esen Ros Hokkaido yang sangat unik dan berharga kepada wanita Malaysia . Dalam kehidupan seharian sebagai  seorang wanita yang sibuk dan aktif , formula eksklusif ini memulihara dan mencerahkan kulit, dan pada masa yang sama menawarkan haruman yang mewah & lembut . Dengan deodoran NIVEA WHITENING DEEP SERUM HOKKAIDO ROSE yang baharu ini , wanita akan menikmati wangian yang tahan lama untuk kesegaran dan keyakinan sepanjang hari, “ Kata Encik Ng Hock Guan , pengurus serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura . 



Rangkaian Nivea Whitening Deep Serum Deodorant


Keindahan Ros Hokkaido yang bermekar hanya setahun sekali , adalah tumpuan utama dalam DEODORAN NIVEA WHITENING DEEP SERUM HOKKAIDO ROSE yang baharu , menawarkan cara yang baru untuk pengguna menikmati wangian yang mewah ini setiap hari . 



Nivea Whitening Deep Serum Hokkaido Rose Deodorant


Kelebihan NIVEA WHITENING DEEP SERUM HOKKAIDO ROSE :



  • Formula inovatif dengan gabungan Vitamin C pekat dan esen Ros Hokkaido yang memulihara kulit bawah lengan 



Nivea Whitening Deep Serum Sakura Deodorant

  • Memberikan pengguna3X tindakan iaitu memulih dari dalam 




  • Menjadikan kulit bawah lengan lebih cerah dan licin 





  • Mempunyai wangian Ros Hokkaido untuk keyakinan menyerlah sepanjang hari .




Majlis Perasmian 

Keunikan Ros Hokkaido ini bersertakan rangkaian produknya yang mengujakan telah memberikan inspirasi kepada pereka fesyen terkenal Malaysia. Melinda Looi untuk merekakan koleksi  ‘bespoke" ekslusive yang merangkumi enam busana menawan. 



Rekaan Busana Oleh Melinda Looi


Artis tempatan Farah Nabilah turut menyerikan majlis pelancaran dengan mengabungkan busana yang dipakai bersama inspirasi utamanya Deodoran NIVEA WHITENING DEEP SERUM ROSE HOKKAIDO dan penyanyi popular Joey Chua juga pengguna dan peminat rangkaian terbaru NIVEA .


Bersama Farah Nabilah

Bersama penyanyi Joey Chua

Hokkaido Ros adalah bunga yang jarang tumbuh iaitu hanya sebulan sekali setahun. Ros ini kaya dengan bau danmenyegarkan . Tumbuh di kawasan sejuk dengan suhu sekitar 25’C dalam musim sejuk dan 35’C pada musim panas . Para petani menui dengan tangan untuk memastikan kesegaran penuaian dan penyulingan dilakukan selama 16 jam semasa bunga mekar. 





Esen yang di hasilkan dimasukan ke dalam NIVEA WHITENING DEEP SERUM  yang kaya dengan anti – oksidan dan digabungkan dengan vitamin C terkonsentrasi untuk menjaga ketahanan kulit.


Terdapat juga variasi lain iaitu NIVEA WHITENING DEEP SERUM SAKURA yang meningkatkan  pemutihan.  Kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi utamadi seluruhnegara dalam 50 ml roll pada botol dan 150 ml spray botol pada harga runcitdisyorkan sebanyak RM 12.50 dan RM 17.50



More Info :


Wednesday, 31 July 2019

SIMPLYSITI X SHOPEE & CIMB ISLAMIC UMUM KERJASAMA

(from left to right) Mohamad Safri Shahul Hamid, Deputy CEO, CIMB Islamic Bank; Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee; Dato' Sri Siti Nurhaliza, Founder, SimplySiti; Azuddin Rahman, Group CEO, Simply SS Trading Sdn Bhd; officiating the collaboration between Shopee, SimplySiti and CIMB Islamic.


Assalammualaikum , 


SimplySiti meluaskan tapak digitalnya danmelancarkan kedai rasmi SimplySiti di Shopee hampir tiga tahun dahulu . Siti Nurhaliza merupakan perintis Shopee Selebriti Skuad apabila platform e-dagang ini melancarkan portal dalam aplikasi khusus untuk pilihan produk selebriti. Menerusi platform ini, peminat juga berpeluang untuk menyertai sesi bertemu mesra dan acara yang dianjurkan oleh Shopee.


SimplySiti meluaskan kerjasama dengan Shopee bersama CIMB Islamic untuk memacu jenama ke mercu jaya yang lebih tinggi. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi tawaran menarik produk SimplySiti , konsert mininya dan juga peluang untuk minum teh bersama bintang pop.



Menurut Siti Nurhaliza , pengasas SimplySiti “ Sejak menyertai Shopee , perniagaan dalam talian kami telah meningkat lebih 100% . Pertumbuhan ini adalah hasil daripada acara – acara media eksklusive , sesi bertemu peminat dan kempen yang di anjurkan oleh Shopee seperti Shopee Brand Festival yang akan diadakan tidak lama lagi. Bagaimanapun ini adalah kali pertama kami bersama-sama akan menganjurkan Super Brand Day, konsert mini dan jamuan minum teh untuk peminat saya ! Saya teruja dengan pakatan perkongsian ini dan melihat perkembangan jenama saya yang boleh di langgani oleh ramai pengguna Shopee yang kini mencecah hampir 20 juta,”



from left to right) Mohamad Safri Shahul Hamid, Deputy CEO, CIMB Islamic Bank; Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee; Dato' Sri Siti Nurhaliza, Founder, SimplySiti; Azuddin Rahman, Group CEO, Simply SS Trading Sdn Bhd; sharing a light moment during the SimplySiti Beauty Tour.   




Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee, berkata, “Kami memang sentiasa meminati Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Bila SimplySiti memutuskan untuk membuka kedai rasminya di Shopee, usia kami belum mencecah satu tahun. Kami gembira dan pada masa yang sama kami rasa terharu kerana Ratu Pop Malaysia memberi kepercayaan kepada kami dan menyokong kami. Ini sangat besar ertinya bagi platform e-dagang yang baru diasaskan! Pada hari ini, kami telah ditugaskan untuk memacu  pertumbuhan  jenama SimplySiti ketahap seterusnya  dengan meluaskan kerjasama di luar platform digital. Ia bukan sekadar jualan, tetapi merupakan sebahagian daripada langkah kami untuk memberikan pengalaman menyeluruh kepada pengguna kami dan ini termasuk aspek hiburan  dan pendekatan di dalam dan luar platform.”







Rafe Haneef, Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Islamic Bank Berhad


mengulas, “PKS merupakan tunggak ekonomi Malaysia. Sebagai Bank Islam serantau yang terkenal, CIMB Islamic teruja untuk menyokong dan memperkasakan PKS bagi membolehkannya membesar di dalam dan luar Malaysia, khususnya menerusi inisiatif Koridor Halal CIMB. Dan sekarang, dengan PKS Malaysia seperti SimplySiti di platform berbilang saluran Shopee, disertakan dengan diskaun hebat dan tawaran untuk pemegang kad CIMB, pengguna akan mendapat manfaat dari segi kesenangan dan pembelian produk yang berkualiti. Sesungguhnya jenama seperti SimplySiti memperlihatkan peranan CIMB – menerusi tawaran kewangan dan perkongsiannya yang luas – boleh membantu PKS mengembangkan perniagaan mereka  dalam persekitaran runcit yang sangat kompetitif.”







SimplySiti Super Brand Day


Super Brand Day di Shopee akan berlangsung dari 2 hingga 7 Ogos 2019, membolehkan pengguna mendapat   potongan harga sehingga 60% manakala Pemegang Kad Kredit CIMB Islamic akan mendapat potongan harga tambahan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM70 untuk produk   SimplySiti. Pemegang kad Debit, Kredit dan Prabayar CIMB akan mendapat potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM70. Pada 5 Ogos, peminat boleh mengikuti siaran  langsung Shopee Live menerusi aplikasinya dan menyaksikan Siti Nurhaliza memperkatakan tentang produknya. Pelanggan yang membelanjakan jumlah paling tinggi di bawah peraduan Belanja  & Menang akan memenangi barangan peribadi milik Siti Nurhaliza.
                                                          








Konsert Mini Shopee X SimplySiti

Konsert mini ini akan membawa peminat mengimbau zaman silam menerusi lagu-lagu hit paling diminati. Konsert mini akan berlangsung pada 14 September jam 8.30 malam. Tiket akan mula dijual di Shopee pada 2Ogos, berharga RM350 untuk kategori Emas dan RM450 untuk Berlian. Atau, peminat Siti Nurhaliza yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day berpeluang menerima dua tiket bernilai sehingga RM 900. 

                                                          





Minum Petang dengan Siti Nurhaliza


Berlangsung pada 18 September di Grand Hyatt Kuala Lumpur dan eksklusif untuk pemegang kad CIMB Islamic, seramai 15 pemenang  berpeluang untuk menyertai majlis minum petang ini bersama pasangan mereka apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day.








SimplySiti Super Brand Day dianjurkan sempena  Shopee Brands Festival yang akan berlangsung dari 1 hingga 18 Ogos, menjanjikan tawaran dan promosi hebat untuk pengguna yang membeli-belah di bawah Shopee Mall. Mereka boleh merebut tawaran pada harga serendah RM1 setiap hari untuk barangan  berjenama kegemaran  mereka semasa Jualan Mengejut (Shocking Sale), dan merebut baucar potongan Surprise Hour 50% dan juga menerima hadiah apabila mereka membeli barangan terpilih. Pembelian di bawah Shopee Mall disertakan pulangan percuma dalam masa 15 hari, jaminan ketulenan 100%, dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat. 





SIMPLYSITI diasaskan pada tahun 2010 di bawah aspirasi Dato' Sri Siti Nurhaliza yang menterjemahkan dan berkongsi pengetahuan serta rahsia kecantikannya dengan wanita di luar  sempadan. Sebuah jenama kecantikan tempatan, namun dengan tarikan antarabangsa, SIMPLYSITI menawarkan produk kecantikan Halal berkualiti tinggi setanding dengan jenama antarabangsa yang mantap. Semua produk baru dibangunkan berdasarkan pemahaman mendalam mengenai permintaan pasaran dan sentiasa disegarkan semula dengan pengubah suaianproduk, inovasi dan pelbagai sambungan berdasarkan pandangan dinamis meindustri.
                       
Hari ini, SIMPLYSITI telah menjadi pemain serantau dan terus berkembang serta mengukuhkan kehadiran tempatannya dan kepakarannya dalam industri kecantikan. Yang paling penting, SIMPLYSITI berhasrat untuk menetapkan jejak secara global, memperluas jangkauannya untuk menjadi pemacu untuk pasaran kecantikan halal global.








Mengenai Shopee


Shopee ialah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini , memberikan pengguna pengalaman membeli - belah yang mudah , selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan ligistik yang kukuh. 

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik , perkakas rumah , kesihatan & kecantikan , bayi & permainan , fesyen dan peralatan kecergasan .

Shopee , sebuah syarikat Sea , mula di lancarkan di Singapore sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia , Thailand , Taiwan , Indonesia , Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital , eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaik taraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah di senaraikan di Bursa Saham New York ( NYSE ) dengan simbol SE. 



Dato' Siti semasa ditemu bual








Sunday, 28 July 2019

BEAUTEA BY SAFI PEMBERSIH MUKA BAHARU DENGAN 100% EKSTRAK TEH PREMIUM




Assalammualaikum ,



Wow Safi buat kejutan lagi dengan produk terbaru SAFI BEAUTEA dengan ekstrak teh premium dan gabungan bahan semulajadi & menyegarkan. Produk SAFI BEAUTEA  dengan teksture gel untuk pembersih muka dan scrub daripada Aprikot Tea sangat harum & menenangkan apabila di gunakan terasa  segar. 






Paling best SAFI BEAUTEA  dirumuskan untuk melindungi dari pencemaran sekitar tekanan & kosmetik daripada kesan berbahaya terhadap alam sekitar masa kini .


Keistimewaan SAFI BEAUTEA



Bebas Alkohol , Paraben , SLS/SLES & silicone di uji secara Dermatologically 







Terdapat 4 variasi SAFI BEAUTEA dari ekstrak tea premium iaitu 3 jenis pembersih dan 1 scrub :

  • Green Tea & Neem – untuk kulit normal


Dirumus dengan gabungan Teh Green Tea & Neem ekstrak melegakan dan perisai kulit terhadap penceroboh luaran & jerawat sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan parutan jerawat.


Cara penggunaan : Basahkan wajah urut perlahan – lahan dengan teliti dan bilaskan dengan air .






  • Apricot Tea – Scrub muka


Fungsi : Menyingkirkan sel – sel kulit mati apabila menggosok wajah kulit juga tidak kusam lagi

Cara penggunaan : urut perlahan – lahan dalam gerakan kecil , bilas dengan teliti menggunakan 3 -4 kali seminggu








  • White Tea & Damask Rose – untuk kulit kering




Fungsi : Membersihkan kulit wajah tanpa mengupas & mengekalkan kelembapan semulajadi kulit wajah menjadikan ia licin dan lembut . Damask Rosk terkenal dalam kemuliaannya melembapkan kulit. 








  • Black Tea & Black orchid – kulit sensitive




Fungsi : Ia adalah pembersih krim Amino acid yang lembut , wangi , sangat membersihkan dan mengeluarkan kekotoran . Di rumuskan dengan Teh Hitam & Black Orchid yang sangat membantu memperbaharui kulit sambil mengekalkan kulit yang sihat dan dilindungi daripada penuaan . 







SAFI BEAUTIE halal dan selamat digunakan dengan kandungan 150 g dijual pada harga RM 23.30 untuk setiap satu. Boleh di beli di Watson terdekat atau online : http://bit.ly/2JTItHO 



Maklumat lanjut


Website :


Saf i @ Watson :


Instagram :














Thursday, 18 July 2019

Fast & Furious Next-day Delivery for Electronics Purchases on Shopee





Assalammualaikum


Perkhidmatan Shopee makin superbb dengan “SHOPEE EXPRESS” hari ini order esok sampai. Shopee Mart juga dilengkapi dengan jaminan penghantaran hari ke hari menerusi perkhidmatan Penghantaran Express shop24 , bukan sahaja menawarkan barangan runcit , produk kesihatan dan kecantikan , tetapi juga tawaran elektronik yang anda tidak mahu ketinggalan ! Model popular telefon mudah alih , aksesori , peralatan komputer , peralatan rumah seperti Xiaomi Mi 9 SE , Morgan Rice Cooker dan banyak lagi terdapat pada harga yang menarik dan semua dengan jaminan ketulinan 100%




Nikmati faedah tambahan seperti dasar pulangan percuma kerumitan 15 hari , penghantaran percuma , pelan ansuran Shopee 0% dan juga mendapatkan Duit Syiing Shopee ( mata wang pembeli ) di sepanjang jalan . Dengan penjual – penjual , para pembeli dapat memiliki ketenangan pikiran ketika berbelanja di platform Shopee sebagai pemegang wang dari semua pembelian di escrow dan hanya mengeluarkan pembayaran kepada penjual setelah pembeli telah mengesahkan penerimaan produk. Sekiranya pengguna merasakan bahawa terdapat sebarang masalah atau ketidakpuasan terhadap produk mereka boleh menerima bayaran balik daripada krew perkhidmatan pelanggan yang mesra .









Buat pesanan anda pada jam 2 petang ( tidak termasuk hari Ahad & hari cuti umum ) untuk memastikan anda menerima produk anda pada hari berikutnya atau penghantaran seterusnya.  Shopee24 kini tersedia untuk pengguna di Lembah Klang berfungsi untuk menjawab panggilan pengguna bagi memenuhi keperluan semasa membeli – belah dalam talian.


Untuk simpanan selanjutnya dari sekarang hingga 21 Julai 2019 , gunakan kod SMLEMA5 untuk menerima rebat RM5 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100.



Jangan ketinggalan tawaran elektronik khas masa terhad hanya di Shopee Mart




Products
Discounted Price (RM)
Retail Price (RM)
202.60
350.00
82.10
111.00
56.70
99.00
68.50
135.00
138
399
285
319
629
849
739
999
480
499
1249
1299





Tuesday, 16 July 2019

Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50%

Exclusive rewards with Domino's Express Card all year round!


Kad Ekspres Fasa 2 yang berwajah baru ini telah dilanjutkan tarikh luputnya yang kini sah sehingga 31 Julai 2020, bukan 31 Disember 2019. Kad ini boleh didapati dengan potongan harga 50% untuk tempoh terhad sahaja, di mana pelanggan boleh membeli Kad Ekspres pada harga RM30 dan bukan RM60. Manakala, pemegang Kad Ekspres sedia ada juga boleh memperbaharui kad mereka pada hanya RM15, bukan RM30.


Dengan Kad Ekspres Domino’s Fasa 2 ini, peminat piza boleh mendapat pelbagai tawaran VIP di Domino’s sepanjang tahun! Manfaat VIP termasuk tawaran beli 1 percuma 1 piza, beli 1 percuma 1 sajian sampingan terpilih, tawaran istimewa sempena hari lahir, dan tawaran bulanan eksklusif khusus untuk pemegang Kad Ekspres. Untuk tawaran masa terhad bulan ini, tawaran Beli 1 Percuma 1 Piza juga boleh didapati untuk penghantaran, bermula dari 1 Julai hingga 31 Julai 2019.

Di samping itu, pelanggan Kad Ekspres berpeluang membeli piza a la carte dengan potongan harga sebanyak 50% untuk piza saiz Regular, Large dan Xtra Large, tertakluk kepada terma dan syarat. Sebaik sahaja Kad Ekspres diaktifkan dalam talian, pelanggan akan menerima 1 e-Kupon Piza saiz Regular scara percuma, bernilai RM29.90.

Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dalam operasi kami  dan kami berhasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang bermakna kepada pelanggan kami. Selaras dengan itu, kami dengan sukacitanya melancarkan Fasa 2 Kad Ekspres kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami kerana sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan kepada Domino’s Pizza. Kami benar-benar berharap rakyat Malaysia akan merebut peluang ini untuk menikmati piza kegemaran mereka bersama keluarga dan kawan-kawan. Seperti biasa, kami amat komited untuk memberikan nilai yang sebaik mungkin kepada pelanggan setia kami, di samping terus menawarkan produk baharu dan menarik.”

Untuk merebut tawaran hebat ini, pelanggan boleh membeli atau memperbaharui Kad Ekspres mereka di mana-mana cawangan Domino’s, menghubungi talian Domino’s di 1-300-888-333, atau mengunjungi laman web Domino’s, sehingga 30 Julai 2019.