Sunday, 4 August 2019

NIVEA ROSE HOKKAIDO DEODORAN WHITENING DEEP SERUM WANGIAN MEWAH BAHARU




Assalammualaikum ,


Nivea dengan bangganya memperkenalkan produk baru ini yang mengandungi esen Ros Hokkaido yang sangat unik dan berharga kepada wanita Malaysia . Dalam kehidupan seharian sebagai  seorang wanita yang sibuk dan aktif , formula eksklusif ini memulihara dan mencerahkan kulit, dan pada masa yang sama menawarkan haruman yang mewah & lembut . Dengan deodoran NIVEA WHITENING DEEP SERUM HOKKAIDO ROSE yang baharu ini , wanita akan menikmati wangian yang tahan lama untuk kesegaran dan keyakinan sepanjang hari, “ Kata Encik Ng Hock Guan , pengurus serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura . 



Rangkaian Nivea Whitening Deep Serum Deodorant


Keindahan Ros Hokkaido yang bermekar hanya setahun sekali , adalah tumpuan utama dalam DEODORAN NIVEA WHITENING DEEP SERUM HOKKAIDO ROSE yang baharu , menawarkan cara yang baru untuk pengguna menikmati wangian yang mewah ini setiap hari . 



Nivea Whitening Deep Serum Hokkaido Rose Deodorant


Kelebihan NIVEA WHITENING DEEP SERUM HOKKAIDO ROSE :



  • Formula inovatif dengan gabungan Vitamin C pekat dan esen Ros Hokkaido yang memulihara kulit bawah lengan 



Nivea Whitening Deep Serum Sakura Deodorant

  • Memberikan pengguna3X tindakan iaitu memulih dari dalam 




  • Menjadikan kulit bawah lengan lebih cerah dan licin 





  • Mempunyai wangian Ros Hokkaido untuk keyakinan menyerlah sepanjang hari .




Majlis Perasmian 

Keunikan Ros Hokkaido ini bersertakan rangkaian produknya yang mengujakan telah memberikan inspirasi kepada pereka fesyen terkenal Malaysia. Melinda Looi untuk merekakan koleksi  ‘bespoke" ekslusive yang merangkumi enam busana menawan. 



Rekaan Busana Oleh Melinda Looi


Artis tempatan Farah Nabilah turut menyerikan majlis pelancaran dengan mengabungkan busana yang dipakai bersama inspirasi utamanya Deodoran NIVEA WHITENING DEEP SERUM ROSE HOKKAIDO dan penyanyi popular Joey Chua juga pengguna dan peminat rangkaian terbaru NIVEA .


Bersama Farah Nabilah

Bersama penyanyi Joey Chua

Hokkaido Ros adalah bunga yang jarang tumbuh iaitu hanya sebulan sekali setahun. Ros ini kaya dengan bau danmenyegarkan . Tumbuh di kawasan sejuk dengan suhu sekitar 25’C dalam musim sejuk dan 35’C pada musim panas . Para petani menui dengan tangan untuk memastikan kesegaran penuaian dan penyulingan dilakukan selama 16 jam semasa bunga mekar. 





Esen yang di hasilkan dimasukan ke dalam NIVEA WHITENING DEEP SERUM  yang kaya dengan anti – oksidan dan digabungkan dengan vitamin C terkonsentrasi untuk menjaga ketahanan kulit.


Terdapat juga variasi lain iaitu NIVEA WHITENING DEEP SERUM SAKURA yang meningkatkan  pemutihan.  Kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi utamadi seluruhnegara dalam 50 ml roll pada botol dan 150 ml spray botol pada harga runcitdisyorkan sebanyak RM 12.50 dan RM 17.50



More Info :


No comments:

Post a Comment