Wednesday, 31 July 2019

SIMPLYSITI X SHOPEE & CIMB ISLAMIC UMUM KERJASAMA

(from left to right) Mohamad Safri Shahul Hamid, Deputy CEO, CIMB Islamic Bank; Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee; Dato' Sri Siti Nurhaliza, Founder, SimplySiti; Azuddin Rahman, Group CEO, Simply SS Trading Sdn Bhd; officiating the collaboration between Shopee, SimplySiti and CIMB Islamic.


Assalammualaikum , 


SimplySiti meluaskan tapak digitalnya danmelancarkan kedai rasmi SimplySiti di Shopee hampir tiga tahun dahulu . Siti Nurhaliza merupakan perintis Shopee Selebriti Skuad apabila platform e-dagang ini melancarkan portal dalam aplikasi khusus untuk pilihan produk selebriti. Menerusi platform ini, peminat juga berpeluang untuk menyertai sesi bertemu mesra dan acara yang dianjurkan oleh Shopee.


SimplySiti meluaskan kerjasama dengan Shopee bersama CIMB Islamic untuk memacu jenama ke mercu jaya yang lebih tinggi. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi tawaran menarik produk SimplySiti , konsert mininya dan juga peluang untuk minum teh bersama bintang pop.



Menurut Siti Nurhaliza , pengasas SimplySiti “ Sejak menyertai Shopee , perniagaan dalam talian kami telah meningkat lebih 100% . Pertumbuhan ini adalah hasil daripada acara – acara media eksklusive , sesi bertemu peminat dan kempen yang di anjurkan oleh Shopee seperti Shopee Brand Festival yang akan diadakan tidak lama lagi. Bagaimanapun ini adalah kali pertama kami bersama-sama akan menganjurkan Super Brand Day, konsert mini dan jamuan minum teh untuk peminat saya ! Saya teruja dengan pakatan perkongsian ini dan melihat perkembangan jenama saya yang boleh di langgani oleh ramai pengguna Shopee yang kini mencecah hampir 20 juta,”



from left to right) Mohamad Safri Shahul Hamid, Deputy CEO, CIMB Islamic Bank; Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee; Dato' Sri Siti Nurhaliza, Founder, SimplySiti; Azuddin Rahman, Group CEO, Simply SS Trading Sdn Bhd; sharing a light moment during the SimplySiti Beauty Tour.   




Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee, berkata, “Kami memang sentiasa meminati Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Bila SimplySiti memutuskan untuk membuka kedai rasminya di Shopee, usia kami belum mencecah satu tahun. Kami gembira dan pada masa yang sama kami rasa terharu kerana Ratu Pop Malaysia memberi kepercayaan kepada kami dan menyokong kami. Ini sangat besar ertinya bagi platform e-dagang yang baru diasaskan! Pada hari ini, kami telah ditugaskan untuk memacu  pertumbuhan  jenama SimplySiti ketahap seterusnya  dengan meluaskan kerjasama di luar platform digital. Ia bukan sekadar jualan, tetapi merupakan sebahagian daripada langkah kami untuk memberikan pengalaman menyeluruh kepada pengguna kami dan ini termasuk aspek hiburan  dan pendekatan di dalam dan luar platform.”







Rafe Haneef, Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Islamic Bank Berhad


mengulas, “PKS merupakan tunggak ekonomi Malaysia. Sebagai Bank Islam serantau yang terkenal, CIMB Islamic teruja untuk menyokong dan memperkasakan PKS bagi membolehkannya membesar di dalam dan luar Malaysia, khususnya menerusi inisiatif Koridor Halal CIMB. Dan sekarang, dengan PKS Malaysia seperti SimplySiti di platform berbilang saluran Shopee, disertakan dengan diskaun hebat dan tawaran untuk pemegang kad CIMB, pengguna akan mendapat manfaat dari segi kesenangan dan pembelian produk yang berkualiti. Sesungguhnya jenama seperti SimplySiti memperlihatkan peranan CIMB – menerusi tawaran kewangan dan perkongsiannya yang luas – boleh membantu PKS mengembangkan perniagaan mereka  dalam persekitaran runcit yang sangat kompetitif.”







SimplySiti Super Brand Day


Super Brand Day di Shopee akan berlangsung dari 2 hingga 7 Ogos 2019, membolehkan pengguna mendapat   potongan harga sehingga 60% manakala Pemegang Kad Kredit CIMB Islamic akan mendapat potongan harga tambahan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM70 untuk produk   SimplySiti. Pemegang kad Debit, Kredit dan Prabayar CIMB akan mendapat potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM70. Pada 5 Ogos, peminat boleh mengikuti siaran  langsung Shopee Live menerusi aplikasinya dan menyaksikan Siti Nurhaliza memperkatakan tentang produknya. Pelanggan yang membelanjakan jumlah paling tinggi di bawah peraduan Belanja  & Menang akan memenangi barangan peribadi milik Siti Nurhaliza.
                                                          








Konsert Mini Shopee X SimplySiti

Konsert mini ini akan membawa peminat mengimbau zaman silam menerusi lagu-lagu hit paling diminati. Konsert mini akan berlangsung pada 14 September jam 8.30 malam. Tiket akan mula dijual di Shopee pada 2Ogos, berharga RM350 untuk kategori Emas dan RM450 untuk Berlian. Atau, peminat Siti Nurhaliza yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day berpeluang menerima dua tiket bernilai sehingga RM 900. 

                                                          





Minum Petang dengan Siti Nurhaliza


Berlangsung pada 18 September di Grand Hyatt Kuala Lumpur dan eksklusif untuk pemegang kad CIMB Islamic, seramai 15 pemenang  berpeluang untuk menyertai majlis minum petang ini bersama pasangan mereka apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day.








SimplySiti Super Brand Day dianjurkan sempena  Shopee Brands Festival yang akan berlangsung dari 1 hingga 18 Ogos, menjanjikan tawaran dan promosi hebat untuk pengguna yang membeli-belah di bawah Shopee Mall. Mereka boleh merebut tawaran pada harga serendah RM1 setiap hari untuk barangan  berjenama kegemaran  mereka semasa Jualan Mengejut (Shocking Sale), dan merebut baucar potongan Surprise Hour 50% dan juga menerima hadiah apabila mereka membeli barangan terpilih. Pembelian di bawah Shopee Mall disertakan pulangan percuma dalam masa 15 hari, jaminan ketulenan 100%, dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat. 





SIMPLYSITI diasaskan pada tahun 2010 di bawah aspirasi Dato' Sri Siti Nurhaliza yang menterjemahkan dan berkongsi pengetahuan serta rahsia kecantikannya dengan wanita di luar  sempadan. Sebuah jenama kecantikan tempatan, namun dengan tarikan antarabangsa, SIMPLYSITI menawarkan produk kecantikan Halal berkualiti tinggi setanding dengan jenama antarabangsa yang mantap. Semua produk baru dibangunkan berdasarkan pemahaman mendalam mengenai permintaan pasaran dan sentiasa disegarkan semula dengan pengubah suaianproduk, inovasi dan pelbagai sambungan berdasarkan pandangan dinamis meindustri.
                       
Hari ini, SIMPLYSITI telah menjadi pemain serantau dan terus berkembang serta mengukuhkan kehadiran tempatannya dan kepakarannya dalam industri kecantikan. Yang paling penting, SIMPLYSITI berhasrat untuk menetapkan jejak secara global, memperluas jangkauannya untuk menjadi pemacu untuk pasaran kecantikan halal global.








Mengenai Shopee


Shopee ialah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini , memberikan pengguna pengalaman membeli - belah yang mudah , selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan ligistik yang kukuh. 

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik , perkakas rumah , kesihatan & kecantikan , bayi & permainan , fesyen dan peralatan kecergasan .

Shopee , sebuah syarikat Sea , mula di lancarkan di Singapore sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia , Thailand , Taiwan , Indonesia , Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital , eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaik taraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah di senaraikan di Bursa Saham New York ( NYSE ) dengan simbol SE. 



Dato' Siti semasa ditemu bual








No comments:

Post a Comment