Thursday, 6 June 2019

REMPAH RATUS MAK SITI TELAH 40 TAHUN MENGECAPI KEJAYAAN




Assalammualaikum ,


Mesti korang pernah dan selalu memasak dengan menggunakan REMPAH RATUS MAK SITI yang sememangnya terkenal dengan kesedapan dan cukup rasanya dalam masakan terutamanya di Malaysia. Produk MAK SITI sangat terkenal di Johor dan telah 40 tahun berada dalam pasaran . Resipi turun temurun Puan SITI KHAWA JANNAH dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusuff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya . Produk ini ‘ wajib ‘ ada didalam dapur rumah yang menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa , pewarna , dan juga pengawet.




SEJARAH AWAL  REMPAH MAK SITI



Pada awalnya MAK SITI ditubuhkan secara kecil – kecilan ketika itu untuk menyara keluarga dan pengedaran ketika itu di kampung – kampung dan bandar –bandar kecil dan akhirnya MAK SITI dikenali. Dalam perniagaan pelbagai cabaran yang di tempuhi sebagai pengasas produk untuk memajukan perniagaannya . MAK SITI sering tertekan pada mulanya kerana beliau tidak mempunyai pengalaman dan terpaksa bergelut untuk mengembangkan perniagaan milik keluarga mereka ini . 




Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan pengurus besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan dan penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI  daripada paket biasa sehingga di dalam botol . Puan Siti Khawa menimba pengalaman daripada bawah sebagai pelayan restoran dan kerani di firma audit & perakaunan setelah itu di beri mandat oleh keluarganya untuk meneruskan perniagaan . Sewaktu mula berkerja dengan MAK SITI adalah detik mencabar kerana ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran . Cabaran lain ketika itu untuk menjaga team rata – ratanya lebih matang daripada Siti Khawa dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripadanya dengan jumlah ribuan ringgit.




PENGENALAN REMPAH RATUS MAK SITI



Rempah ratus MAK SITI adalah produk semulajadi , tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegeterians. Produk rempah MAK SITI di jual di kedai runcit ,pasaraya & Hypermarket TESCO , Giant , Aeon Big , Jusco & Mydin .


Antara produk utama rempah MAK SITI adalah :

  • Serbuk rempah kari daging
  • Serbuk  rempah kari ikan
  • Serbuk rempah kicap daging
  • Serbuk rempah kicap ikan
  • Serbuk rempah kari makanan laut
  • Serbuk rempah sup kepala ikan
  • Serbuk rempah beriani
  • Serbuk cili
  • Serbuk rempah sup
  • Serbuk rempah sup soto
  • Serbuk rempah rendang
  • Sup tulang
  • Sup punjut
  • Sup Soto & Raja Sup






Rempah pembaharuan yang di pelbagaikan dalam botol dan diperkenalkan di Expo MIHAS 2017 mendapat sambutan menggalakkan antaranya seperti :

  • Emping cili ( chili flake )
  • Serbuk cili
  • Daun limau purut
  • Serbuk daun limau purut
  • Serbuk kayu manis
  • Serbuk halia
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk kunyit


PERANCANGAN 2019


Memperluaskan lagi jenama rempah MAK SITI ke seluruh negeri dan memberi pendedahan kepada pengguna MAK SITI yang kini boleh peroleh produk dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa. 





LADANG DAN KILANG MAK SITI  


Tahun 2000 keluarga ini berpindah ke Muar Johor apabila perniagaan mereka berkembang beroperasi di tanah berkeluasan 3200 ekar pelbagai aktiviti dijalankan seperti perladangan , pemprosesan rempah ratus sehinggalah penggedaran rempah ratus. Ladang ini pernah di nobatkan sebagai Malaysia Book Of Record 2014 sebagai ladang terbesar di Malaysia & mempunyai  6000 species rempah ratus dan herba . Dan juga mendapat pengiktirafan MBR ( The Malaysian book of records )  ‘ The largest Herbs & spices plantation ‘. 


Rendang Daging


RESTORAN MAK SITI

MAK SITI juga mengusahakan  sebuah restoran melayu yang terkenal dengan elemen tradisional . Masakan melayu dilihat masakan unik dan enak dengan gabungan rasa manis , pedas , masin dan masam rahsia keenakan masakan melayu disebabkan rempah asli dan bahan asas yang segar. Bahan masakan yang sering di gunakan dalam masakan melayu seperti cili , serai , ketumbar , santan kelapa , dan rempah ratus terus kekal hingga ke hari ini dan membuatkan rasa keenakkannya tidak banyak berubah . 



Rendang Ayam


Hidangan masakan melayu yang disajikan adalah tradisional yang harganya berpatutan . Restoran MAK SITI menawarkan 40 sajian hidangan masakan melayu  & pelbagai variasi lauk pauk seperti gulai nangka , ikan bakar , pecal , sayur lodeh , daging masak lada hitam , dan ulam pastinya membangkitkan selera bagi penggemar masakan melayu. Keistimewaan restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan MSG dan hanya mempelbagaikan rempah dan herba melayu asli selain rempah ratus MAK SITI dan bahan mentah yang segar seperti sayur , ikan , ayam , daging untuk memastikan masakannya terjamin.





Rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan yang segar dan bebas bahan awet serta pewarna & dikisar mengikut standard kualiti cukup tinggi. Di restoran ini pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera , salad , sup , masakan laut , dengan harga berpatutan.Pelanggan boleh memilih mengikut cita rasa mereka dan juga hidangan dalam kuantiti kecil untuk kualiti dan rasa.






Website : MAKSITI 
Facebook :  REMPAH MAK SITI 
Instagram : rempah ratus mak siti
Whatsapp : 017 330 9330

Monday, 3 June 2019

GREEN RAMADHAN KEMPEN BERSAMA MAYA KARIN DUTA RIVER OF LIFE KUALA LUMPUR




Assalammualaikum ,


Pernahkah korang terfikir kesan pencemaran sungai yang banyak menyebabkan persekitaran biodiversiti terjejas . Beberapa inisiatif untuk memulihkan sungai dan pemeliharaan sungai kita dari terjejas seperti River of Life ( ROL ) . Ia bertujuan mengubah lapan sungai di rantau  Kuala Lumpur/ Klang Valley meliputi perbandaran Kuala Lumpur , Ampang Jaya dan Selayang . Ia merupakan projek jangka panjang , bermula pada tahun 2010 dan akan selesai pada tahun 2020. Terdapat 12 inisiatif utama untuk menangani isi – isu sungai tertentu seperti kumbahan , pencemaran , setinggan , saliran , hakisan , penguatkuasaan dan promosi. 


River Life ( ROL ) adalah projek permulaan ( EPP 5 ) yang dikenal pasti di Kawasan Ekonomi Utama Negara ( NKEA ) Kuala Lumpur / Klang di bawah program Transformasi Ekonomi ( ETP ) . Ia bertujuan untuk mengubah Sg Klang dan Sg Gombak menjadi kawasan tepi pantai yang meriah dan boleh didiami dengan nilai ekonomi yang tinggi.







Terdapat 3 komponen penting di bawah ROL:


1.      Pembersihan Sungai ( JPS ) untuk membersihkan sungai
2.      Pengindahan Sungai ( DBKL ) untuk meremajakan sungai di tengah – tengah Kuala Lumpur .
3.      Pengkomersialan & pelancongan untuk memaksimumkan potensi sosial dan ekonomi tepi sungai


                          
Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) Malaysia mengetuai komponen pembersihan sungai ( ROL ). Terdapat 26 agensi dan jabatan kerajaan di 4 kementerian , iaitu Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar , Sumber Asli & Alam Sekitar  , Tenaga , Teknologi Hijau & Air , Perumahan & Kerajaan Tempatan . Projek ini juga termasuk dua negeri iaitu Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor serta tiga bandar yang termasuk dua negeri iaitu Persekutuan Kuala Lumpur , Selangor dan tiga bandar termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Selayang.





Ramadhan dan Isu Sisa Makanan


Setiap tahun semasa bulan Ramadhan , kira – kira 270,000 tan makanan terus masukke dalam tong sampah . 9,000 tan makanan dibuang setiap hari pada bulan ramadhan. Jumlah makanan ini boleh memberi makan 180 juta orang , enam kali jumlah penduduk negara 27 juta. Orang ramai perlu lebih bertanggungjawab terhadap perbelanjaan makanan kita pada bulan ramadhan kerana pembaziran makanan seolah – olah menjadi budaya tahunan. Ia jelas dinyatakan dalam islam membuang dan memakan terlalu banyak makanan bukan amalan yang baik . Selain itu jumlah penggunaan plastik tunggal juga semakin meningkat apabila bazar ramadhan dibuka setiap hari. Jumlah sisa pepejal boleh dikawal jika kita menggantikannya dengan bekas yang boleh diguna semula supaya kita dapat mengurangkan penggunaan beg plastik dan bekas makanan polistiren .





Kempen Ramadhan Hijau 2019


Tahun ini River of Life ROL melakukannya pada skala yang lebih besar di bawah kempen hijau ramadhan di Bazaar Ramadhan Kampung Bharu dari 10hb hingga 24 Jun. Terdapat dua komponen iaitu kempen Cooking Oil  4 cleaning dan beg 2 bekas. Kedua – dua komponen GRC ini mensasarkan paling utama dua penyumbang pencemaran sungai iaitu sisa makanan dan pencemaran plastik. Matlamat utama adalah untuk mendidik dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan mengamalkan tabiat menggunakan beg yang boleh digunakan sebagai alternatif.  ROL menggalakkan gaya hidup ramadhan hijau dengan mengurankan pencemaran plastik dan minyak .


Untuk kempen ini , mesej utama adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk mula kecil dengan membawa beg dan bekas makanan anda sendiri apabila orang ramai menghadiri Bazar Ramadhan. Oleh itu tiada plastik , tiada sisa makanan , tiada pencemaran dan menjimatkan wang .

Sunday, 2 June 2019

EUROPEAN APPLES DARI ITALIAN ALPS MEMASUKI PASARAN MALAYSIA 2019




Assalammualaikum ,


Pernah tak  korang rasa apple dari Europe ?

Tak lama lagi EUROPEAN APPLES DARI ITALIAN ALPS  ini akan di bawa masuk ke dalam pasaran Malaysia sekitar Ogos & November . Jadi nantikan EUROPEAN APPLES DARI ITALIAN ALPS  di pasaraya yang terpilih. Apple ini di tanam secara organik di pergunungan eropah menjadikannya lebih segar dan sedap. 






Mesti ramai yang tak sabar nak merasa EUROPEAN APPLES DARI ITALIAN ALPS . Terdapat 11 jenis apple antaranya adalah : 





  • Ambrosia
  • Evelina
  • Fuji
  • Golden Delicious
  • Granny
  • Kanzi
  • Modi
  • Red Delicious
  • Royal Gala
  • Pink Lady
  • Yello    



Ambrosia


AMBROSIA


Apple bersinar dengan warna seakan coklat dan bertekstur halus dan berair . Membuatkan kita berasa segar ketika menikmati apple ini . Ambrosia adalah apple yang rendahasid sesuai sebagai hidangan salad dan baking





EVELINA



Apple ini berwarna merah ke kuning dan tahan lasak ia mengekalkan kesegarannya dan rasa terpilih dari masa ke masa dan kualiti terjaga ketika ujian rasa . 



Fuji


FUJI



Apple ini berasal dari Jepun dinamakan sempena gunung Fuji  dengan warna sedikit kuning . Rasanya sangat manis dan lazat dimakan segar sebagai makanan ringan atau salad topping dan sesuai untuk membuat roti . 



Granny Smith



GRANNY



Granny smith adalah apple hijau merupankegemaran di dunia dan mempunyai rasa segar , tart dan adicic. Sesuai di makan segar , membuat pai , sos dan banyak lagi resipi sihat yang lain . 




Kanzi


KANZI


Apple Kanzi adalah sangat ekslusive dan mewah dengan kulit merah yang memukau dengan rasa manis dan masam yang seimbang berasal dari gabungan unik jenis gala berair dan jenis braeburn . Sesuai untuk masakan dan dimakan begitu





Modi


MODI


Apple ini berwarna merah unggu terang dengan sedikit kuning dan teksturnya yang berair sangat manis sangat seimbang dari segi rasa. Apple ini sangat serba bolehdalam hidangan boleh dijadikan snak , hidangan gourmet , dan dibakar 



Royal Gala


ROYAL GALA


Apple ini adalah pencuci mulut premium dengan kulit nipis yang berbeza – beza dari warna merah dan kuning . Rasanyayang manis menjadikanya serba boleh dan sesuai dalam masakan salad dan pai .




Pink Lady



PINK LADY  



Apple ini berwarna merah jambu dan yang terakhir di tuai rasanya lebih manis sesuai sebagai makanan ringan seperti salad dan sup 



Red Delicious


RED DELICIOUS


Apple ini berwarna merah gelap dan lazat di makan . Ia adalah Apple yang  sangat menyegarkan untuk di makan dan mempunyai rasa yang manis danenak .  Rasa yang ringan dapat menambahkan sedikit rasa tambahan dalam hidangan salad




Yello


YELLO


Apple eksotik , segar dan berair dengan aroma yang tropika dan eksotik seperti nenas , pir , zaiton , lemon dan madu .Berwarna unik kekuningan dengan rasa segar dan berair sesuai sebagai snek  , rempah – rempah exotic , halia , kari sebagai hidangan manis dan masam 




More info : www.europeanapplesfromalps.com

Saturday, 1 June 2019

Boyzone “Thank you and Goodnight Farewell” Konsert Terakhir 2019 Kepada Peminat Malaysia




Hai gaiss siapa peminat BOYZONE 


Boyzone bakal mengadakan konsert terakhir Boyzone “Thank You and Goodnight Farewell Tour” pada bulan Jun 14, di Malawati Stadium, Shah Alam.Bekas ahli boy band Westlife dan penulis lagu iaitu Brian McFadden telah diumumkan sebagai tetamu istimewa untuk konsert itu. 


McFadden memulakan karier nyanyinya sebagai ahli Westlife yang telah dibentuk pada tahun 1998 dan merilis album studio sulung “Westlife” pada tahun 1999. Dia meninggalkan kumpulan Westlife tahun 2004 untuk memulakan kerjaya solonya dan telah mengeluarkan single “Real to Me,” sebuah lagu dalam album solo debutnya “Irish Son.”Pada tahun 2016, McFadden dan Keith Duffy, ahli dari Boyzone telah membentuk kumpulan “Boyzlife” dan tur dunia, mempersembahkan lagu hits band mereka.


Ahli kumpulan Boyzone termasuk Duffy, Michael Graham, Ronan Keating dan Shane Lynch akan mempersembahkan beberapa hits terbesar termasuk “When You Say Nothing At All,” “No Matter What” dan “Love Me For A Reason.” 


Menurut web, mereka berkata: “Apabila kami bermula sebagai lima pemuda dari utara Dublin yang tak sabar-sabar untuk menghadapi dunia, kami tidak pernah terbayang yang kami masih akan mempunyai peminat yang sama lebih 25 tahun kemudian…” Jika anda pernah melihat penampilan TV pertama kami di “The Late Show”, anda mungkin akan terperanjat juga.”


Brian McFadden


Boyzone menikmati kejayaan melalui kejaya mereka.

Tambahan mereka: “Kami telah mempersembah di stadium dan arena di seluruh dunia mengeluarkan enam album, dan mempunyai hampir dua dozen hits. Kami benar-benar tidak dapat menyatakan seberapa anda, peminat, telah menyokong kami disepanjang jalan. Tanpa sokongan anda, kami tidak akan mencapai apa yang kami ada, dan untuk itu kami sentiasa bersyukur.”

Ticket selling website :  https://airasiaredtix.com/boyzone2019

Wowstar Creative Entertainment Co., Ltd.
Ditubuhkan pada tahun 2018, Wowstar Creative Entertainment adalah sebuah syarikat hiburan yang berkembang pesat yang mengkhusus dalam pelbagai perniagaan hiburan seperti konsert, muzik langsung dan acara hiburan, pengurusan artis, filem, televisyen,pengeluaran komersial dan pengedaran.

Untuk maklumat lanjut :


Thursday, 23 May 2019

SEGI FRESH PASARAYA BARANGAN SEGAR DAN MURAH UNTUK SEISI KELUARGA , PERUNCIT & PEMBORONG




Assalammualaikum ,


Membeli barangan basah atau segar menjadi rutin surirumah tapi perlu bijak untuk mendapatkan barangan yang benar – benar segar , bersih & jimat . SEGI FRESH MARKET menjadi pilihan sis untuk shopping barang – barang keperluan seperti  sayur – sayuran , buah – buahan , ikan , makanan laut ayam dan pelbagai lagi . SEGI FRESH MARKET juga menyediakan tapak parking percuma yang memudahkan pelanggan untuk shopping di sini . Selain berhawa dingin membuat  pelanggan sangat selesa untuk memilih barang dengan susunan produk yang teratur memudahkan lagi untuk membeli . 









SEGI FRESH adalah sebuah pasaraya berkonsep baru untuk para pedagang dan pengguna. SEGI FRESH memberikan pengalaman baru kepada peniaga dan pengguna khusus dalam perniagaan runcit dan borong . SEGI FRESH juga adalah pusat pengedaran langsung barangan segar dengan harga kompetitif dengan pelbagai pilihan untuk memenuhi keperluan dan perkhidmatan pelanggan .  
















Empat sebab kenapa perlu shopping di SEGI FRESH

  • Produk berkualiti dengan harga berpatutan
  • Makanan laut segar langsung dari sumber
  • Sayuran yang segar dari ladang
  • Makanan ternakan dan daging terus dari ladang 
  • Halal










Makanan segar di SEGI FRESH antaranya


Makanan Sejuk Beku seperti :



  • Ayam , itik , burung puyuh
  •  Daging , daging kambing
  • Makanan Laut










Makanan Segar antaranya :

  • Roti
  • Telur
  • Sayur – sayuran
  • Buahan segar
  • Mee Kuning , bihun , kuew teow 













SEGIFRESH 2U


Adalah portal jualan dalam talian dengan tujuan untuk meningkatkan penciptaan nilai pelanggan yang terdiri daripada hotel , katerer , pengendali restoran dan penjaja . Pembelian secara talian dapat menjimatkan masa dan kemudahan penghantaran terus kerumah juga sangat mudah.

Pembelian boleh di buat di website : www.segifresh2u.com













SEGI FRESH MARKET akan memastikan tahap kesegaran berada pada standard yang paling tinggi dan memberikan pelbagai piihan kepada pelanggan untuk memilih dengan tawaran harga yang berpatutan dan berdaya saing . SEGI FRESH juga menyediakan perkhidmatan pelanggan dengan baik seperti menawarkan barangan runcit , pemborong , dan pelanggan 










SEGI FRESH MARKET di bawah naugan Segi Group iaitu sebuah syarikat yang telah beroperasi lebih dari 20 tahun . Dengan menggunakan tagline ‘Pilih Fresh , Pilih Segi ‘ kerana mereka memastikan pelanggannya berpuas hati dengan kualiti dan kesegaran barangan yang di jual berbanding tempat lain. SEGI FRESH kini mempunyai lebih 32 cawangan termasuk di luar Lembah Klang 














Traders Choice


Produk yang sempat di grab di Segi Fresh Market




Laman web : 


Facebook : 



Instagram : 

Friday, 10 May 2019

ShellOut Resipi Butter Creamy , Tomyum Paprik & Kari Bercili

ShellOut
Assalammualaikum , 

Ramadhan nie sis nak share resepi ShellOut belehlah berbuka dengan family ramai - ramai hanya dengan buat dan masak sendiri kan lebih jimat.. Kali nie sis share 3 jenis masakan ShellOut korang boleh campurkan sekali . Masak je asing - asing gitu.. 




Creamy Butter Shellout


Bahan bahan;


  • 1 1/2 kg seafood campur ketam , sotong , kepah , udang mengikut citarasa
  • 1/2 biji bawang besar Holand cincang dadu
  • 2 1/2 sudu besar
  • 8-10 ulas bawang putih cincang dadu
  • 3 tangkai/daun kari
  • 10 - 12 tangkai cili padi - hiris
  • 3 sudu besar butter
  • 1 1/2 tin susu cair - guna 2 tin
  • 1 - 1 1/2 sudu besar gula
  • Garam secukupnya


Sayur-sayuran

  • Brokoli
  • Lobak / kubis / kentang
  • Jagung
  • semua rebus
  • Minyak masak
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air


Cara Masak :

Seafood campur di, basuh dan ditos. 

Panaskan sedikit minyak. Masukkan butter dan sehingga cair. Tujuan guna minyak masak supaya butter tidak cepat hangit bila digoreng terlalu lama.


Masukkan bawang putih kisar. Kacau sehingga sedikit kekuningan, masukkan pula bawang besar cincang. Setelah sedikit layu, masukkan daun kari dan cili padi.

Masukkan pula susu sejat, sedikit garam dan gula. Bila kuah telah mendidih, baru masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan. Pastikan telah mendidih dulu ya.

Akhir sekali masukkan seafood campur . Kacau seketika sehingga  masak, sedia untuk dihidangkan.




ShellOut Masak Tom Yam Paprika


  • bawang holand potong dadu
  • bawang putih hiris halus
  • cili kisar
  • kuib tom yam
  • daun limau purut
  • garam 
  • sedikit air
  • bahan perasa / sos tiram



Cara masak:

 Panaskan minyak, tumis bawang holand , bawang putih
dah naik bau masukkan cili kisar, masukkan kuib tom yam, daun limau purut.

Masak seketika sehingga cili masak. Masukkan semua seafood campur . tambah air sedikit perasakan dengan garam , sos tiram. Masak seketika. Siap. 

nak rebus seafood campur dulu pun boleh, kuah siram kemudian. Nak masak asing2 pun boleh, ini terpulang, ikut citarasa masing2.



ShellOut Masak Kari Bercili



  • bawang holand potong dadu
  • bawang putih hiris halus
  • serbuk kari 
  • daun kari
  • cili kisar
  • halia hiris
  • garam 
  • sedikit air
  • bahan perasa  sos tiram



Cara masak: 

Panaskan minyak, tumis bawang holand & bawang putih, halia, daun kari, dah naik bau letak cili kisar, masukkan serbuk kari, tambah air sedikit, masukkan seafood campur , perasakan dengan garam , sos tiram. Tunggu masak seketika. Siap.