Thursday 8 February 2018

TunaMaya Beach & Spa Resort Desaru Coast Johor Bharu



Assalammualaikum ,

TunaMaya Beach & Spa Resort Desaru ! siapa dah pernah menginap di sini ?
Kali ni nak review penginapan TunaMaya Resort di Desaru Coast Johor . Hotel ini di uruskan oleh Care Luxury Hotel & Resort .

Suasana tropika di sekitar TunaMaya Beach ni sangat sesuai untuk percutian pantai atau mengadakan team building dan mesyuarat . Juga untuk berbulan madu di sini kerana suasana yang sedikit privasi memberikan ketenangan bagi yang ingin bersantai  




Kemudahan & Perkhidmatan TunaMaya Beach & Spa Resort 

Antara kemudahan yang terdapat disini di reka untuk keselesan keseronokan  untuk korang beriadah seperti : 
  • Convenience Shop 
  • Pertukaran mata wang asing 
  • Perkhidmatan dobi
  • WiFi percuma
  • Perkhidmatan bilik
  • Penyimpanan Beg
  • Perkhidmatan perancang perkahwinan   
  • Aktiviti Sukan Laut   
  • Gym    
Semua tempat untuk aktiviti ini dibuka dari 6.30 am - 11.00 pm 


Aras Lobi 



Laluan untuk ke restoran , kolam renang & laut perlu menuruni tangga atau lif



Nelayan Seafood By The Coast 



Kolam Renang


Kolam Renang sangat indah dimalam hari 


Tayangan Movie 


Ping Pong Board


Gym


Pilihan Tempat Makan di Tuna Maya


Terdapat 4 restoran di Tuna Maya Coast Desaru ini anda boleh memilih mengikut citarasa anda antaranya adalah :


  • Pawana Restaurant
  • Ombak Bar 
  • Aroi Thai 
  • Nelayan Seafood By The Coast 


Nelayan Seafood By The Coast

Di buka setiap hari pada jam 11.30 pagi hingga 10 malam . Restoran ini menghidangkan hidagan laut yang segar sambil menyaksikan keindahan Pantai Desaru. Sesuai untuk makan bersama keluarga & rakan. Antara hidangan pilihan adalah Nelayan Seafood Hotpot Style . 

Terdapat 2 jenis hidangan laut yang terdiri daripada udang , ikan kerapu , kepah dan pelbagai lagi :

Combo A 
RM 200 ++ sesuai untuk 6 pax

Combo B 
RM 280 ++ sesuai untuk 6 pax 



Kembara Bloggers 


Kaunter Minuman 


Suasana Restorant


makanan laut sentiasa segar



Tiram




Ketam Segar


Seafood Hotpot 


Side Dish


Pawana Restoran 


Restoran ini di buka untuk sarapan pagi dari jam 6.30 pagi hingga 10. 30 pagi . Makan malam pula dari 9 - 11 pm .  Menawarkan masakan tempatan dan antarabangsa . Terdapat juga menu Ala Carte mengikut citarasa anda yang bestnya restoran ini dekat sangat dengan pantai . 



Sarapan Pagi 


Pawana Restoran


Pop Corn Pawana Restoran
Aroi Thai 

Berkonsepkan Makanan Thai seperti boat noodle dengan harga RM 1.90 ++ untuk semangkuk hidangan . Di buka dari jam 11.30 am hingga 10.00 malam . Restoran sangat menarik berkonsepkan hipstur sangat sesuai untuk bersantai di sini .




Bilik Tetamu & Suite




Jika menginap di hotel mestilah bilik yang menjadi keutamaan. TunaMaya Desaru mempunyai 134 bilik kesemuanya.

Jenis bilik yang terdapat di sini seperti :

🎪 Standard Twin = 54 bilik
🎪 Standard Family = 54 bilik
🎪 Deluxe Room = 20 bilik
🎪 Junior Suite = 4 bilik
🎪 Royal Suite = 2 bilik





Kemudahan yang terdapat di bilik jenis

Standard Twin & Standard Family

Jenis katil twin super single / One super single & One queen

🎪 Seterika & board untuk menyeterika
🎪 Panggilan antarabangsa secara langsung
🎪 Kemudahan bilik mandi
🎪 Coffee Bar
🎪 Air minuman percuma
🎪 Pemanas Air
🎪 Katil tambahan @ katil bayi
🎪 Plug antarabangsa
🎪 Penghawa dingin
🎪 Mini Bar
🎪 Television
🎪 Pengering rambut




Deluxe Room 

Bilik jenis ini katil one super single & one king




Junior Suite 

Kemudahan sama seperti bilik lain juga dan  jenis katil one king & one queen .




Royal Suite 

 Jenis katil two king & one super single . Bilik dan ruang tamu lebih luas .







Beralamat : 
TunaMaya Desaru Coast
Bandar Penawar
81930 Desaru Johor
Malaysia




































3 comments:

  1. dekat dengan wawa laa. wawa duk penawar..")

    ReplyDelete
  2. singgahlah Wawa pool dia best luas boleh riadah dengan keluarga.

    ReplyDelete
  3. Apa je aktiviti yang boleh dibuat disini? Ada snorkling and hiking tak?

    ReplyDelete