Assalammualaikum ,
TunaMaya Beach & Spa Resort Desaru ! siapa dah pernah menginap di sini ?
Kali ni nak review penginapan TunaMaya Resort di Desaru Coast Johor . Hotel ini di uruskan oleh Care Luxury Hotel & Resort .
Suasana tropika di sekitar TunaMaya Beach ni sangat sesuai untuk percutian pantai atau mengadakan team building dan mesyuarat . Juga untuk berbulan madu di sini kerana suasana yang sedikit privasi memberikan ketenangan bagi yang ingin bersantai
Kemudahan & Perkhidmatan TunaMaya Beach & Spa Resort
Antara kemudahan yang terdapat disini di reka untuk keselesan keseronokan untuk korang beriadah seperti :
- Convenience Shop
- Pertukaran mata wang asing
- Perkhidmatan dobi
- WiFi percuma
- Perkhidmatan bilik
- Penyimpanan Beg
- Perkhidmatan perancang perkahwinan
- Aktiviti Sukan Laut
- Gym
Semua tempat untuk aktiviti ini dibuka dari 6.30 am - 11.00 pm
Aras Lobi
Laluan untuk ke restoran , kolam renang & laut perlu menuruni tangga atau lif
Nelayan Seafood By The Coast
Kolam Renang
Kolam Renang sangat indah dimalam hari
Tayangan Movie
Ping Pong Board
Gym
Pilihan Tempat Makan di Tuna Maya
Terdapat 4 restoran di Tuna Maya Coast Desaru ini anda boleh memilih mengikut citarasa anda antaranya adalah :
- Pawana Restaurant
- Ombak Bar
- Aroi Thai
- Nelayan Seafood By The Coast
Nelayan Seafood By The Coast
Di buka setiap hari pada jam 11.30 pagi hingga 10 malam . Restoran ini menghidangkan hidagan laut yang segar sambil menyaksikan keindahan Pantai Desaru. Sesuai untuk makan bersama keluarga & rakan. Antara hidangan pilihan adalah Nelayan Seafood Hotpot Style .
Terdapat 2 jenis hidangan laut yang terdiri daripada udang , ikan kerapu , kepah dan pelbagai lagi :
Combo A
RM 200 ++ sesuai untuk 6 pax
Combo B
RM 280 ++ sesuai untuk 6 pax
Kembara Bloggers
Kaunter Minuman
Suasana Restorant
makanan laut sentiasa segar
Tiram
Ketam Segar
Seafood Hotpot
Side Dish
Pawana Restoran
Restoran ini di buka untuk sarapan pagi dari jam 6.30 pagi hingga 10. 30 pagi . Makan malam pula dari 9 - 11 pm . Menawarkan masakan tempatan dan antarabangsa . Terdapat juga menu Ala Carte mengikut citarasa anda yang bestnya restoran ini dekat sangat dengan pantai .
Sarapan Pagi
Pawana Restoran
Aroi Thai
Berkonsepkan Makanan Thai seperti boat noodle dengan harga RM 1.90 ++ untuk semangkuk hidangan . Di buka dari jam 11.30 am hingga 10.00 malam . Restoran sangat menarik berkonsepkan hipstur sangat sesuai untuk bersantai di sini .
Bilik Tetamu & Suite
Berkonsepkan Makanan Thai seperti boat noodle dengan harga RM 1.90 ++ untuk semangkuk hidangan . Di buka dari jam 11.30 am hingga 10.00 malam . Restoran sangat menarik berkonsepkan hipstur sangat sesuai untuk bersantai di sini .
Bilik Tetamu & Suite
Jika menginap di hotel mestilah bilik yang menjadi keutamaan. TunaMaya Desaru mempunyai 134 bilik kesemuanya.
Jenis bilik yang terdapat di sini seperti :
🎪 Standard Twin = 54 bilik
🎪 Standard Family = 54 bilik
🎪 Deluxe Room = 20 bilik
🎪 Junior Suite = 4 bilik
🎪 Royal Suite = 2 bilik
Kemudahan yang terdapat di bilik jenis
Standard Twin & Standard Family
Jenis katil twin super single / One super single & One queen
🎪 Seterika & board untuk menyeterika
🎪 Kemudahan bilik mandi
🎪 Coffee Bar
🎪 Air minuman percuma
🎪 Pemanas Air
🎪 Katil tambahan @ katil bayi
🎪 Plug antarabangsa
🎪 Penghawa dingin
🎪 Mini Bar
🎪 Television
🎪 Pengering rambut
Deluxe Room
Bilik jenis ini katil one super single & one king
Junior Suite
Kemudahan sama seperti bilik lain juga dan jenis katil one king & one queen .
Royal Suite
Jenis katil two king & one super single . Bilik dan ruang tamu lebih luas .
Beralamat :
TunaMaya Desaru Coast
Bandar Penawar
81930 Desaru Johor
Malaysia
Facebook : TunaMaya Desaru Coast
Website : TunaMaya Beach & Spa Resort Desaru Coast
dekat dengan wawa laa. wawa duk penawar..")
ReplyDeletesinggahlah Wawa pool dia best luas boleh riadah dengan keluarga.
ReplyDeleteApa je aktiviti yang boleh dibuat disini? Ada snorkling and hiking tak?
ReplyDelete