Friday 16 February 2018

Apa itu kecederaan Shoulder Impingement Rotetor Cuff Tendinitis


Anatomi Bahu


Assalammualaikum , 

Ramai bertanya kenapa kena warded tetiba haritu? 
Terima kasih mengambil berat dan doakan kita semoga sembuh .  

Kronologi          

Pada mulanya kesakitan hanya terasa seperti lenguh dan denyutan kecil lama kelamaan semakin sakit denyutan tersebut sehinggakan nak mengangkat tangan terasa sakit payah untuk memakai baju dan melakukan kerja harian . Pemeriksaan di klinik dan ubatan hanya bersifat sementara sehingga sebulan lebih menahan kesakitan doktor mencadangkan refer pada pakar . 


Kita ceritakan sikit tentang ' Shoulder Impingement Rotator Cuff Tendinitis ' sakit pada bahu kerana pemutar cuff . Bahu kita terdiri daripada beberapa sendi dan gabungan otot serta tendon . 


Bahu terdiri daripada tiga tulang : 
  • Tulang lengan atas ( Humerus )
  • Bilah bahu ( Scapula ) 
  • Tulang selangka ( Clavicle )

Lengan kita terdapat soket pemutar manakala tulang dan otot melindungi lengan . Sekitar  Acromiun otot bahu mengandungi kantong pelincir yang disebut Bursa yang membolehkan  tangan kita bebas melakukan pergerakan . 

Rotator Cuff yang menyebabkan kesakitan antara penyebabnya : 
  • Tendinitis - tali pemutar rengsa atau rosak
  • Bursitis - Bursa membengkak dan rengsa menyebabkan banyak bendalir yang menyebabkan kesakitan . 
  • Pemadaman - ruang antara Acromion dan alat pemutar sempit ketika menaikkan tangan akan terasa kesakitan menyebabkan tendon dan bursa rengsa . 


Right Shoulder X Ray

Penyebab 
  • Mereka yang sering mengangkat barang berulangan . 
  • Atlet muda yang berenang , bermain tennis mudah di serang . 
  • Boleh berlaku nyeri ketika kecederaan kecil dan kadang kala berlaku tanpa sebab . 

Simptom 

  • Mengalami kesakitan ketika menggangkat tangan pada ketinggian mungkin mengalami bengkak pada pemutar bahu . 
  • Kesakitan kecil yang terjadi kadangkala biasanya tidak mendapatkan rawatan pada awalnya. 
  • Kesakitan pada hadapan bahu sehingga belakang belikat . 
  • Kesakitan mendadak apabila menggerakkan bahu masalah berlangsung sehingga meningkat
  • Sakit terutama waktu malam 
  • Kelemahan kekuatan dan pergerakkan
  • Kesukaran untuk memakai butang dan zip pada bahagian belakang . 
  • Kesakitan yang datang pada tiba tiba mungkin bahu sudah teruk .  


My MRI Right Shoulder
Pemeriksaan 

  • Doktor akan melakukan pemeriksaan bahu dengan melakukan pergerakkan dalam beberapa arah yang berbeza untuk mengetahui kekuatan bahu . 
  • Doktor juga akan memeriksa sendi dan leher anda untuk memastikan kesakitan bukan datang daripada saraf pincek atau artiritis . 
  • Membuat ujian pengimejan seperti X Ray dan MRI untuk pengesahan diagnosis . 



Pengalaman 

Melakukan ujian MRI agak menggerunkan terutamanya pertama kali perlu memasuki mesin ini . Selama setengah jam di dalam MRI tidak boleh melakukan sebarang pergerakan kerana di khuatiri imej akan kabur . Dengan memakai headphone untuk mengurangkan bunyian kuat dalam mesin dan alat kecemasan untuk di tekan jika terasa pernafasan laju atau lemas mereka akan keluarkan kita semula. Ramai yang perlu mengulangi kerana tidak selesa dalam lorong yang sempit ini . 
Selama berada dalam MRI jantung kita memang laju berdegup sehingga boleh dengar di telinga. Untuk tidak mahu mengulangi kita cuba menarik nafas lembut sambil memejam mata setenang mungkin hahha.. 
Selepas selesai kuar daripada situ badan terasa seperti berangin nurse mengambil bacaan tekanan memang agak tinggi kerana masih terkejut agaknnya dalam MRI tadi .




Rawatan 

Warded


Matlamat rawatan untuk mengurangi kesakitan dan memulihkan fungsi .
  • Rawatan awal mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan . 
  • Pesakit akan beransur ansur pulih dan kembali berfungsi 
  • Doktor akan mencadangkan mengelakkan sebarang aktiviti berat dan banyakkan berehat


Dr Pakar
  • Ubatan anti radang di berikan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak
  • Melakukan Fisio 
  • Suntikan Cortisone anti radang ke atas bursa di bawah acromion dapat melegakan kesakitan . 



Pengalaman warded dan Rawatan 

Rawatan Pembedahan 
  • Pembedahan pula adalah untuk mewujudkan ruang pada alat pemutar . Doktor akan mengeluarkan radang Bursa dan melakukan acromioplasti anterior iaitu penyahmampatan subacromial dengan teknik arthroscopic .

Teknik Arthroscopic  

  • Instrumen pembedahan nipis di masukkan ke dalam bahu sekitar kawasan luka dan doktor akan meneliti melalui skop fiberoptik yang di sambungkan ke kemera televisyen . 
  • Doktor akan mengeluarkan tulang atau tisu lembut terutamanya pada bahagian acromion . 
  • Doktor juga boleh merawat keadaan lain ketika pembedahan seperti arthiritis atau keradangan tendon dan kes kes lain . 
  • Biasanya pembedahan mengambil masa 4 bulan atau setahun untuk penyembuhan keseluruhan 

Pusrawi Toiletaries

Kita memilih hospital pusrawi kerana selesa , islamik dan tentulah ada pakar Ortho yang akan merawat kita nanti . Alhamdullilah selesa dan semuanya berjalan lancar . Bilik pun perseorangan keluarga dapat menemani kita sepanjang masa di sini . 




Pertama kali wad ada cermin solek

tandas perseorangan yang selesa & telekung solat juga di sediakan

Sempat lagi Kekasih Paksa Rela
Sebelum di panggil ke Bilik MRI 

Baju Untuk Ke bilik Pembedahan Keesokkannya

Baju untuk kebilik pembedahan tali perlu di ikat pada sebelah belakang ye dan topi hijau ini sekali. 
Di tolak ke bilik pembedahan 
Perassan pada masa ini memang berdebar sebab mungkin ini pertama kali . Dalam bilik pembedan kita di berikan suntikan tanpa sedar . Memang tak tahu apa yang berlaku Alhamdullilah apabila sedar semua ok cuma tangan terasa berat sangat tidak boleh diangkat kesan sementara . Selepas 3 hari tangan beransur ringan . Doktor menasihatkan membuat senaman regangan sentiasa dan perlu menjalani fisio selepas 2 minggu untuk memulihkan kekuatan otot tangan semula . 


Rutin untuk rawatan perlu mengambil ubatan . 

antara ubatan yang di berikan

Acustop ini perlu di tampal pada bahagian yang sakit selesa sangat rasa sejuk itu mengurangkan sakit rengsa pada bahu kita. Sehingga kini masa terasa sakitnya cuma telah berkurang kerana dalam proses pemulihan sebab itu doktor menasihati supaya kita berehat .

1 comment: