Mr Dakgalbi Fried Rice Set |
Assalammualaikum ,
Annyong ....
Peminat makanan korea mesti ramai kann..
Mr Dakgalbi ada yang pernah cuba ? sedapkan !
Rasai perbezaan dan kelainan dalam masakan dan makanan Korea kerana Dak ' galbi adalah makanan gorengan yang di goreng bersama ramen dan nasi yang dimasukkan ayam potongan dadu bersama resepi sos original korea ' Gochujang ' sayuran yang sinonim negara ginseng adalah kobis yang di hiris halus , sos kubis , ubi jalar , bawang merah dan daun perilla .
Menu Pertama yang di pilih |
Percubaan menu yang pertama set untuk 2 pax ' Fried Rice + Ramen + Cheese / not spicy sebab dah makan bersama anak - anak . Sebenarnya hidangan pedas adalah pilihan lebih padu arhh.. Next memang patut cuba yang pedas kerana sos Dak galbi ternyata pedas kerana berasaskan cili . Orang Korea sebenarnya memang suka makan pedas . Walaupun menu yang kitaorg pilih tak pedas tetapi masih terasa kesedapan resepi Korea tadi .
Hidangan di masak di hadapan kita sendiri |
Lagi kelainan hidangan Mr Dakgalbi ini di masak terus di hadapan kita ! tetapi bukan kita yang masak , karang lain plak rasanya hahaa.. krew dorang yang akan gorengkan. Konsep Mr Dakgalbi adalah ' Pan Grill ' Pelindung kuali akan di letakkan terlebih dahulu mungkin untuk menggelakkan percikan makanan yang masih panas tu .
Ayam bersama resepi Dak galbi di goreng terlebih dahulu dan di potong dadu . Kemudian nasi bersama sos resepi Dak galbi , bijan dan seaweed di goreng bersama. Side dish seperti kimchi , lobak putih di jeruk dan kobis di sertakan bersama hidangan utama .
Konsep restoran begitu mirip seperti di Korea ketika menjamu selera di sini seakan - akan berada di negara tersebut walaupun saya belum pernah menjejaki kaki ke sana tetapi sering melihat review di youtube makanan di Korea .
Kelainan yang lebih menarik lagi nasi goreng ini juga di goreng bersama cheese yang banyak menjadikan nasi terasa lebih lemak , lembap tetapi masin yang begitu sekata sangat enak sekali.
Resepi Ramen juga sama lebih pedas lagi sedap di goreng dalam satu pan yang sama . Suhu yang panas menjadikan masakan korea lebih enak.
Menu |
Antara menu yang terdapat di Mr Dakgalbi bersama harganya sekali .
Main Course |
Set hidangan untuk yang datang ramai |
Pan grill per person |
Add On side dish |
Pilihan Minuman |
Menu baru Mr Dakgalbi |
Child Drink imported direct from Korea |
Alamat :
Mr Dakgalbi
L2 - 027
My Town Shopping Centre
Seksyen 90 , Jln Cochrane
Cheras 55100 Kuala Lumpur.
Phone :
03 2715 0820
Opening :
10 am - 10 pm
Facebook :
Mr Dakgalbi la!! Sedap tue.. AM suka spicy ramen & cheese + volcano dakgalbi.. menu baru tue.. so yummyy!!
ReplyDeleteaaaah suka! ritu makan sana tak puas..kne repeat lagi ni
ReplyDeletetak pernah sampai sana lagi
ReplyDelete