Friday 20 May 2016

Bersyukur Waima Tanpa Ijazah Tetapi Menuntut Ilmu Itu Sepanjang Hayat




Assalammualaikum
Dini hari kusedar betapa besar rahmat yang Allah berikan kepada diri ini. Apa yang selalu Allah SWT berfirman :
"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216".

Seketika fikiran entah kemana-mana sekelilingku hanya dipenuhi kenderaan membonceng motosikal yang dipandu suami tiba-tiba hati sebak air mata mengalir laju apakah maknanya ini???
Hikmah Allah muncul bila-bila sahaja tidak mengira tempat dan waktu menjawab segala apa yang aku sesali selama ini. Berdosakah aku sering mempersoalkan mengapa aku tidak mendapat segulung ijazah dan belajar hingga kemenara gading.Pada aku ijazah dan belajar tinggi itu adalah segalanya supaya tiada lagi manusia memandang rendah kebolehan atau apa sahaja pada diri ini. Dengan adanya pangkat aku mungkin dihormati dan tidak lagi perlu bekerja mengerah tenaga dan kudrat.

Kini segala persoalan itu terjawab !!!
Percaya kepada Qada dan Qadar itu sahaja
Takdir hidup kita Allah telah tentukan.. Perjalanan sahaja yang perlu kita pilih diatas dunia yang hanya sementara. Kini sudah terang lagi bersuluh Allah telah berikan banyak kebahagiaan cuma bagaimana kita hendak mensyukurinya sahaja. Ya Allah terima kasih keatas hidayah yang engkau berikan menjawab persoalan diri ini.Pekerjaan , keluarga dan kesihatan anugerah yang paling bernilai kepada hambamu ini. Rezeki itu pasti ada sedikit atau banyak serta bagaimana untuk diusahakan sahaja pasti menemui kejayaan.

Kini tidak perlu lagi merendah diri membanding- bandingkan taraf pendidikan , pangkat waima kekayaan semua itu cuma sementara. Ilmu tidak akan berhenti kita yang perlu mencari belajarlah tanpa perlu putus asa dengan jalan keredoanmu.Apa yang perlu mempersiapkan diri ini ke Alam yang kekal dan abadi.

Kini ku sedar !!!
Harta yang banyak akan melalaikan
Pendidikan Tinggi bukan untuk memandang rendah kebolehan orang lain.
Pangkat yang tinggi akan membuat kita lebih bongkak dan ego
Sedikit sebanyak membuatkan perasaan ingin menunjuk-nunjuk

Hikmah Allah disebalik impianku
Pendidikan itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Pangkat itu amanah bahwasanya sangat berat untuk digenggam
Harta itu untuk berkongsi sesama saudara bersedekah Insya Allah akan digandakan oleh Allah.

Percayalah Allah itu adil
Syukur Ya Allah walaupun aku tidak dapat belajar diuniversiti Allah masih menunaikan impianku dengan beri peluang kepada ku bekerja dalam universiti dan mengakui ayat daripada Allah SWT :
"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216".

Semoga Allah SWT permudahkan segala impian baik semua umatnya.
Niat menentukan segala Wallahualam

2 comments:

  1. betul sangat. bangsa kita terlampau memandang taraf, pangkat & darjat sedangkan semua tu sekejap mata je allah boleh tarik balik. be strong sis :)

    ReplyDelete