Friday 11 December 2015

Percutian Keluarga ke tanah tinggi Cameron Hingland


           Assalammualaikum kepada yang sudi membaca ruanganku ini
Keseronakan percutian bersama keluarga besar memang sangat seronak tak dapat disangkal lagi..
sesekali untuk merapatkan ukhwah adik beradik. Memandangkan ini pengalaman pertamaku semasa ke Cameroon Hingland maka perlu di coretkan dalam blog nie..

Tempat Penginapan di Cameron


          Menginap di Taman Sedia,Tanah Rata kami memilih untuk bermalam di Aiza homestay.Sangat menjadi pilihan kerana selesa dan menepati kehendak kami yang berkeluarga besar. Homestay ini banyak bilik dan ruang tamu agak besar sesuai untuk berkumpul.Di sediakan juga alatan untuk kami berbabeque di malam hari yesss... 
          Taman Sedia nie adalah perkampungan melayu yang dibuka pada tahun 1959.Banyak pilihan homestay ala2 kampung style oleh orang melayu sendiri.Jadi dapatla rasa suasana kampung disitu. Taman Sedia sangat sunyi , tenang dan udara yang segar nan dingin gituu.. datangla dan rasai sendiri cewahh.. kalau nak di bandingkan pekan2 lain di cameron nie.
          Aiza homestay sangat mengujakan dibelakang rumah terdapat kebun sayur , anak sungai dan jambatan gantung untuk keseberang.Disekitarnya juga menarik terdapat pelbagai kebun strawbery dan bunga.Surau juga berdekatan.Dari Taman Sedia ke Brinchang kurang 5km  dan Taman sedia ke Tanah Rata kurang 3 km. Okeyla aktiviti keluarga dimalam hari yang dingin jom kita bakoo..


 orang kuat kita membakor

 set untuk steambot pun ado tauu..

 sesambil membakor dah ngap dulu aippp!!

 jambatan gantung dibawahnya anak sungai terasa kesejukan mlm hari.Lepas makan tu boleh la jenjalan kat sekitar kan..

terjumpa strawbery gergasi nie apa lagi ngap la kannn...

Big Read Strawbery Farm 

            Oleh kerana masa nie saya mengandung 3 bulan memang mengidam sangat nak makan strawbery  makanya sampai la disini alkisah... Terletak di pekan Brinchang bersebelahan Cactus Valley sahaja.Dikenali juga sebagai Taman Agro Farm.Di buka dari jam 8.30am - 5.30pm. Big Red Strawbery Farm nie memang best sangat besar kita boleh memetik strawbery sendiri dan bermacam2 kebun yang ada sayur , tomato buah anggur , cactus dan bunga - bungaan. kalau kesini sudah jimat masa disediakan juga cafe dan kedai cenderahati.Kemudahan parking boleh menempatkan 200 kereta dalam satu masa.Cuma perlu pastikan kenderaan dalam keadaan baik kerana tinggi untuk mendaki dan sangat curam untuk turun. 
 agak cerun kan


 Tanaman secara hiroponik salad segar

 blackcaron bukan anggur hitam berbeza yer

 Cactus gergasi pun hadoo



 Strawbery waffle with icecream + strawbery milkshake

lepas jgk ngidam tu yer..

 Heritage Boh Tea Centre & Factory 
Teringin untuk melihat ladang teh secara dekat kami ke Heritage boh tea centre dan factory yang terletak di tanah rata.Berbanding Boh Sg Palas di sini kurang jem dan kesesakan orang ramai.Cuma harus bertabah sedikit untuk sampai keatas kerana jalan sedikit curam dan sempit.Apabila dah sampai diatas memang tak menghampakan kerana pemandangan ladang teh yang cukup indah sekali. Memang hinghly recomended untuk datang sini.

 walaupun mengandung tetap bertabah mendaki untuk melihat keindahan ciptaan Allah

 Pemandangan dari atas

 sesambil mendaki take shoot jap
 abang sadoor ku depan sekali haa..

 Jangan lupa makan Strawbery Scoones dan ice Boh tea yer

kedai cenderahati 

berkesempatan masuk ke kilang memproses daun teh di kemuncak gunung 

Sebelum balik ke kuala Lumpur singgah dulu berkelah dekat air terjun.. Den ikut jalan tapah habis kuar balik makanan tu habis muntah kekdahnya..

 Sedap tau berkelah reramai nie

tempat menarik untuk singgah beli tshirt murah sikit berbanding tempat lain tapi tak dapat pasti apa nama tempat nie ambil kesempatan untuk bergambar la sekejap.
 macam dekat Amsterdam gitu..
harap dapat kesini lagi






No comments:

Post a Comment