Tuesday 22 December 2015

Teluk Nipah Pangkor Pulau Ketenangan

Assalamualaikum..
Teman baru berkesempatan untuk ngeapdate entri episode ke Pangkor. Pertama kali teman menjejaki kaki ke pulau Pangkor terasa ketenangan yang damai sangat weii..Udara yang segor dan laut yang membiru serta jauh dari kesibukan kota. Membuatkan teman terus jatuh cinta la dengan suasana kat sini.Terutama sekali bila teman stay di Teluk Nipah nie. Sesuai sangat lerr kepada mereka-mereka untuk berhoneymoon disini cewahh..

Teluk Nipah  


Kenapa Teluk Nipah jadi pilihan teman nie ? Meh nak khabor banyak keistimewaan nyer stay dekat sini. Hanya 5KM dari jeti Pangkor tu jer haa.. kome boleh juge naik teksi atau nyewe kenderaan yang disediakan. Kome tau idok sejarah Teluk Nipah nie dapat nama? Kawasan ini dulunya berteluk dan sungai-sungai dipenuhi dengan pokok Nipah dari situlah namanya diambil. Pantainya yang landai dan laut kebiruan menarik ramai pelancong kesini. Kome boleh mencuba aktiviti sukan air seperti snorkeling kerana Teluk Nipah berdekatan dengan pulau Giam dan Mentagor.Aktiviti keluarga berkelah dan memancing selalu la teman nampok.

 Tarikan lain Teluk Nipah ? Burung Hornbill memang banyak sangat disini bolelah kome bermesra sama itu burung.. Enggang sama Enggang barula sepadan wohoho..  


Nipah Bay Villa 

Teman pilih untuk bermalam dekat Nipah Bay Villa kerana tertarik dengan Chaletnya yang agak comeii la jugak. Beralamat 4442 & 4434 Teluk Nipah Pangkor. Phone no 605 - 6852198. Chalet nie terpencil dan privacy sesuai untuk berehat. Breakfast pun deme sediakan mudah juga la menginap disini.

Chalet Nipah Bay Villa


Jalan skit udoh sampe pantai tok sedor nyer pun..

 budak takut ayor laut udoh main pasior je lerr..

 bawang puteh pun idok merah pun idok pe kehar memalam main buai

tudia teman kasi peace sikit

Kota Belanda 

Teman panggil kubu la senang karang nyebut Kota lain bunyi nyer.kubu lama yang berusia 324 tahun dan terletak di Teluk Gadung. Fungsi kubu nie sebagai benteng pertahanan daripada serangan lanun dan pemberontak juge tempat penyimpanan bijih timah. Di bina oleh sykt Hindia Timur Belanda.Selepas tahun 1779 kubu nie tidak lagi digunakan kerana Belanda menumpukan perdagangan di Maluku Indonesia dan Perang Napoleon. Ringkasan sejarah seorang pahlawan bernama Panglima Kulup telah menyerang kubu Belanda sehingga berjaya mengusir Belanda dari pulau Pangkor.

 Jom lihat sekitar kota Belanda

 Tinggalan Meriam lama

lingkaran po bonda ntah tapi menarik

  kubu udoh tentu dibina lebih tinggi dari aras laut

 Selamat datang ke kubu teman

Dah sampai kubu kebahagiaan 
Fu Ling Tokong 

Tokong Fu Ling terletak di Sungai Pinang Besar Pangkor. Teman nengok taman kat sini memang cantik terutama tembok besar mini china. Tokong nie terletak berhampiran perumahan beralamat 1745, Lorong Fu ling Kong 32300 Pulau Pangkor.

 Dalam kolam nie terdapat arapaima besoo..

Memang bercirikan seni bina China  
Kellies Castle 

Sebelum teman balik kolumpo singgah ler ker istana nie terletak di Batu Gajah beralamat 31000 Perak Malaysia.Dari pemerhatian maklumat yang teman baca istana nie dibina pada tahun 1905. Atas rasa kasih sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau , Agnes. Pelbagai lagi kisah menarik istana kellies nie dan cukup terkenal dengan misteri.. tau kan?? jangan kome diselubungi misteri sudaa.. Tarikan terbaru di Kellies Castle nie adalah "Paranormal Night Tour " untuk kome rasa sendiri  debaran malam jeng!!! jeng!!! . Dah banyak perubahan sekitar istana nie berbanding dulu udoh ade kemudahan surau , tandas ,cafeteria dan kedai cenderahati bolehla di buat kenangan. Harga tiket masuk bagi dewasa RM 5 , kanak - kanak RM 3 dan warga emas RM 4.

kena lintasi dulu jambatan anak sungai yer

 rasa macam dekat ober the sea dah!! dah !!

 ibu dengan anak fefiling

 taman larangan
 atas kemuncak bumbung gayat kekdahnyer


 ape lagi moh ler sini nengok sendiri

Kemudahan parking 

Ate sampai sini ler teman kabo ke deme wassalam.. 



No comments:

Post a Comment